Wednesday, April 29, 2009

Wahai Islam 'Baka'... Berimankah kamu???

salam semua...

sejak dari bangku sekolah lagi, masa pelajaran agama islam... saya sering di 'syarah' oleh ustaz atau lecturer tentang perkara 'islam baka'..

mula-mula saya 'tak ambil pot' sangat pasal islam baka ni...
cerita dalam syarah tu; islam baka ialah seseorang itu yang lahir dari sebuah keluarga islam.

maknanya kalau ibubapa kepada seseorang itu islam maka anaknya pun turut islam.

pendek kata; islam otomatik.


menyusuri zaman permulaan Islam dahulu; iaitu sewaktu Baginda Rasulullah mendapat wahyu pertama di gua hiraq.

seterusnya siri-siri perjuangan Baginda dalam mengembangkan dakwah tentang agama tauhid yang bernama Islam ini yang penuh dengan pancaroba, ujian serta tentangan dari kawan & lawan.

di antara siri-siri dakwah Baginda tersebut tersingkap satu pengajaran tentang topik iman & islam.

sudah pasti Baginda menempuh sejuta kepayahan dalam berdakwah kepada masyarakat yang ketika itu sangat tunduk patuh serta taat kepada tuhan-tuhan Al-Latta, Al-Uzza termasuk juga Allah (yang mereka warisi dari nenek moyang mereka sejak zaman berzaman, dari zaman Nabi Allah Ibrahim lagi).

maka hanya yang rapat dengan Rasulullah; yakni mereka yang kenal ertibudi Baginda sahaja merupakan antara yang awal mengucap 2 kalimah syahadah yakni beriman kepada Allah & Rasul utusan Allah.

mereka-mereka yang beriman pada waktu itu ialah mereka-mereka yang 'kembali' kepangkal jalan yang lurus (sebagaimana doa di dalam surah Al-Fatihah; tunjukkanlah kami jalan yang lurus..)

dan mereka-mereka ini benar-benar 'berserah' secara penuh atau 'total acceptance' atau 'total submission' hanya kepada Allah & Rasul utusan Allah yakni Rasulullah.

maka kualiti keimanan mereka tidaklah boleh diragui kerana keyakinan mereka itu telah Allah buktikan di dalam peperangan Badar Al-Qubra (ketika itu tentera umat islam seramai 313 orang telah berjaya menewaskan pihak musuh yang berjumlah 3 hingga 4 kali ganda dari jumlah mereka)

kemudian Rasulullah mula mendidik mereka dengan satu sistem yang mudah yakni; piagam agama yang kita kenali sebagai Rukun Islam.

perlu kita ingat piagam komitmen diri yang kita kenali sebagai Rukun Iman datang dulu sebelum Rukun Islam.

kerana fatonah dalam dakwah Rasulullah dengan memberi ilmu, kefahaman seterusnya wujud bibit-bibit keimanan dalam diri adalah rangka atau modul pertama yang perlu dilalui oleh setiap manusia yang mahu bergelar insan yang hanya mempunyai amanah sebagai hamba abdi Allah.


bibit-bibit keimanan yang lahir dari 'tarbiyah' atau kelas-kelas rasmi atau tak rasmi Baginda telah sebenarnya mewujudkan tapak atau asas yang kukuh dalam diri seseorang itu.

asas yang kukuh ini terus dibina dari masa ke semasa dengan semangat pengorbanan dari segi masa, harta benda dan wang ringgit.

kita pun tahu, bangunan yang tersergam indah serta kukuh itu bermula dari sekecil-kecil kerikil.

------------------------------

maka ikut sifir : iman akan datang dahulu sebelum islam.

oleh itu bagi manusia yang islam 'baka'.... ianya adalah satu proses 'songsang' tapi istimewa dalam kejadian Allah atas setiap perjalanan hidup ini sebagai untuk membantu kita manusia akhir zaman ini agar sentiasa dalam peliharaan Allah dalam masa yang sama berkerja keras untuk mendapatkan, memahami serta menyakini Piagam Komitmen Diri iaitu Rukun Iman akhir hidup nanti.

tiada kejayaan yang akan datang mengolek tanpa kepayahan berusaha, berdoa serta bertawakkal.

tiada dapat kita rasa kemanisan iman itu jika kita tidak dapat melakukan pengorbanan ke atas diri untuk menikmatinya.

hidup ini sebenarnya tiada pilihan... yang ada hanya 'kami dengar dan kami patuh'...'samiaqna wa atoqna..'

maka jika adapun pilihan, perlulah kita beramanah dengan pilihan yang telah kita buat... bukannya dengan 'memarahi Allah' secara tidak lansung kerana kecewa dengan pilihan sendiri..

sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rad ayat 11 :" Tidak Aku ubah nasib atau sifat seseorang itu melainkan dia yang mengubah nasib atau sifatnya sendiri"

soalan.... sudahkah kita beriman?
soalan.... di mana tahap iman kita?

jawab sendiri...

wasalam

4 comments:

Sis Lin said...

iman sesaorg trletak pd diri sendri kan sifu? tp bg diri lin,rasenye belum kuat dn seteguh iman di didada utk menjalani segala ujian&cobaan hidup...
kdg2 iman tu giyah jgk tnpa di sedari...

Sifu Mirza said...

salam sis-lin...

benar iman seseorang itu terletak pada diri sendiri...

insya Allah..dengan azam serta pengorbanan yang kita lakukan demi menegakkan iman diri.. Allah akan permudahkan perjalanan kita...

ya...iman yang ter'goyah' sentiasa berlaku... namun atas kefahaman yang ada..insya Allah kita kembali ke jalan yang lurus..

:-)

~*as*~ said...

Assalamualaikum Sifu,

Gerun sungguh dengan topik Sifu kali ni, tapi menarik utk dikongsi..

Iman dan amal juga perlu seiring kan SiFu..Kalau ada Iman tapi x diamalkan tu yg jadi Islam Baka @ Islam pak turut..Nauzubillah...

Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dariNya...

SRISUFI said...

Salam sifu.

TERIMA KASIH atas peringatan dan nasihat.

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails