Tuesday, April 28, 2009
Tak Puas Hati : Jangan Cakap Belakang!!!
salam...
saya ada beberapa rakan yang sedang memakan daging busuk lagi berulat.
saya juga ada beberapa rakan yang sedang mengunting lidah mereka sendiri.
saya perhatikan mereka ini antaranya adalah yang 'kuat sembahyang'.
saya juga perhatikan mereka ini antaranya adalah yang hidup dalam keadaan 'gelandangan' atau tak tentu hala.
perumpamaan memakan daging busuk serta menggunting lidah sendiri ini adalah sebenarnya diambil dari kisah benar perjalanan Rasulullah semasa Baginda melakukan mikraj ke sidratul muntaha sewaktu kisah 'israk & mikraj'...
(mikraj itu kemudiannya diambil oleh saintis Perancis lantas mencipta & menamakan pesawat pejuang meraka mengan nama 'mirage')
----------------------------------------
antara perkara yang Rasulullah dapat saksikan;
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
------------------------------------
cakap belakang adalah antara perkara terkutuk yang mereka-mereka ini (ada yang berani sekali mengelar diri sebagai hamba Allah) lakukan saban hari setiap masa.
cakap belakang timbul kesan dari ketidak puasan hati seseorang itu terhadap orang lain.
cakap belakang ini juga adalah kesan dari gagalnya manusia ini menjaga hati-hati mereka lantas sanggup melakukan perkara terkutuk ini.
cakap belakang ini akan berterusan hingga kiamat dan kita semua arif, bahawa ahli-ahli cakap belakang ini tidak lepas dari kesalahan cakap belakang itu sehinggalah dia memohon maaf dari orang yang dicakap belakangnya itu.
hanya hati seorang manusia yang kotor lagi hina sahaja yang akan sanggup melakukan cakap belakang.
hanya hati seorang manusia yang tidak jujur, tidak amanah, tidak tobligh dan tidak amanah sahaja yang sanggup untuk cakap-cakap belakang.
jadi bilamana kita terserempak dengan manusia yang cakap-cakap belakang ini... hendaklah kita;
1. menasihati beliau agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.
2. keluar dari majlis perbincangan tersebut.
3. menjauhkan diri dari manusia tersebut.
dan dari jauh... kita lontarkan pandangan kita ke arah manusia terkutuk tadi lalu mengangkat tangan sambil berdoa, mudah-mudahan manusia itu 'kembali' ke jalan yang lurus.
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
jarang ada org yg x puas hati..ckp depan2..huhu..
bg mereka lg sampai maksud "sakit hati" tu bila ckp blakang2..
Salan hebat sifu..
Pertamanya saya mahu minta maaf ye.. berlaku sedikit silap faham. Saya bukan delete blog yang sedia ada tu. Hehehhe
kita masih kawan yang berkongsi rasa dan cerita
~sifu entry ini buat saya gerun.
salam..
lin klu x suke pun ckp depan2..x suke ckp blakang2..
itu yg kwn2 gelar laser..
niaq laser dr jd dosa kan sifu...
salam shemmi..
betul saya setuju dengan awak..
sebab itulah 'saiz' neraka lebih besar dari syurga untuk isi jumlah penghuni yang banyak..
:-)
apa yang boleh kita kata pada mereka yang dah tahu salah.. tapi terus juga bergelumang...
:-)
salam hebat juga buat sri...
ya.. saya tahu yang mana awak delete..
tapi still sedih.. anyway, sri yang lebih tahu akan tindakan yang terbaik..
:-)
memang kita gerun...
tapi lebih ramai yang tak gerun sedetik pun...
terutamnya yang islam 'baka'..
:-)
salam sis-lin..
betul tu...
cakap ajer... jangan simpan..
tapi cakap kena kontrol yer lin..
takut terguris pulak secara tak sengaja..
:-)
itu namanya fatonah atau bijaksana..
:-)
Salam Sifu,
Agree ngan kata sifu.. kita lontarkan saja doa dari jauh..
Alhamdulillah, memang itu yg sering as amalkan.. kita x mampu memuaskan hati semua org.. kdg2 tidakan menasihati pun dianggap serong.. berdoa adalah jalan yang terbaik.. Allah maha mendengar dan maha mengetahui segala apa yg berlalu yg penting sebagai hambanya kena kawal ke"sabar"an.. berkat kesabaran tu, Allah pay Cash kat dunia ni..yg selebihnya tunggu sahaja di akhirat nanti.. Wallahualam..
Jazakallah atas doa dari SiFu.. semoga Sify dan keluarga juga sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t
Teruskan memberikan tinta ilmu yg berguna ya SiFu, as setia follow dari jauh.. sgt berguna buat kami sekeluarga disini..
Salam dari NZ..
Post a Comment