Wednesday, April 22, 2009

Iman vs Ringgit...

salam semua...

doa murah rezeki yang selalu atau tidak pernah 'miss' kita panjatkan ke hadzrat Ilahi selalunya berkitar kepada gelogak hawa nafsu diri yang tidak pernah puas hatta mahu bersyukur dengan apa yang ada.

doa murah rezeki kita selalunya berakhir dengan 'koleteral' yang kita letakkan kepada Tuhan, malah ianya selalu juga kita sertakan dengan 'ugutan halus' kepada Tuhan.

"Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakan Aku kemurahan rezeki (dalam hati 'kalau dapat Ya Allah.. dalam 20 ribu untuk selesaikan masalah kad kredit hambamu ini)....

Aku berjanji Ya Allah sekiranya selesai masalah ini, aku akan tunduk patuh serta taat mengerjakan segala suruhanMu......"

benar, Allah berfirman 'berdoalah nescaya Aku makbulkan'.

kita sebagai hamba tuhan lagi abdi ini memang disuruh oleh Allah untuk meminta kerana memang dasar seorang hamba 'sikap'nya ialah meminta-minta kerana kita tiada apa-apa... dan permintaan itu wajiblah dituju hanya ke hadzrat Ilahi dan bukannya ke 'al lata & al uzza' (tangkal-tangkal yang kita pergi jumpa bomoh utk pelaris, murah rezeki dsbnya).

namun atas ketertiban seorang hamba dalam menyatakan permintaannya hendaklah si hamba itu ikhlas dan benar-benar beriman pada qada' & qadar....maka penyerahan mutlak atau total surrender perlulah ada dalam diri seorang hamba tuhan itu pada setiap masa terutamanya semasa berdoa.

Allah tahu segala kesilapan dan segala kehaprakkan yang kita telah lakukan.

perkara ini telah dijelaskan tatkala Allah mahu menjadikan makhluk yang bernama manusia apabila para malaikat bertanya dan memberi input tentang sikap manusia yang benar-benar akan 'melakukan kerosakan di atas muka bumi ini'... namun Maha Suci Allah yang berkuasa menghidupkan serta mematikan Maha Mengetahui perjalanan setiap hamba makhluknya.

maka, antara kerosakan-kerosakan yang kita lakukan ialah berhutang hingga habis semua sumber untuk kita pergi mendapatkan hutang lagi...

berhutang itu harus apabila ianya melibatkan keperluan yang benar-benar perlu.... jika kita sudah ada sofa dan kita mahu menukar sofa itu dengan yang baru dan penukaran itu melibatkan hutang maka kita sebenarnya telah meletakkan satu tangan pada selut yang hitam.

sekiranya kita mampu sekalipun, hutang ini memang tidak digalakkan terutamanya di atas perkara-perkara yang melampaui batas.

hutang rumah, hutang kereta adalah hutang yang perlu dan ianya perlulah berdasarkan di atas kemampuan untuk membayarnya nanti.

jika kita hanya mampu untuk membayar 500 sebulan bagi sebuah rumah yang berharga 70 ribu, maka istiqomahlah dengan keupayaan itu... jangan memaksa diri untuk membeli sebuah rumah yang berharga 200 ribu sehingga kita terpaksa membayar lebih dari 1,200 sebulan dari wang upah @ gaji bulanan kita... sehingga kita terpaksa ber'ikat perut' demi memastikan kita berjaya memenuhi nafsu serakah dengan memiliki rumah besar serta boleh menutup mulut sesiapa sahaja yang berada di sekeliling.

nafsu serakah??? jawapan ada pada diri sendiri.

maka apabila kita tersepit dan dikelilingi oleh hutang yang berlambakkan... kita secara 'terpaksa' akan 'bertukar' menjadi orang yang paling kuat imannya di kalangan yang semasa dengan kita.

solat tidak tinggal, cakap jadi tertib, mulut berbuih dengan zikir serta istigfar... pendek kata kita tiba-tiba jadi alim... mulalah mencari buku-buku solat tambahan untuk tahu macamana nak solat hajat.. apa nak kena baca dan sebagainya... sampai kita lupa untuk melakukan 'SOLAT TAUBAT' dengan sebenar-benar taubat di atas segala perbuatan 'kerosakan' yang telah kita lakukan.

iman 'segera' kita itu lahir akibat dari bahana tangan sendiri.
iman 'segera' kita itu lahir akibat dari nafsu serakah kita sendiri.

patutkah kita meminta pertolongan dari Tuhan kita?.......memang patut.
patutkah kita sujud tunduk patuh dan kembali ke jalan yang lurus semula?.... memang patut.
patutkah kita bertaubat serta menginsafi apa yang telah kita lakukan?......sudah tentu patut.
patutkah kita mengambil pengajaran, ilmu serta memahami atas perkara yang berlaku?... patut.
patutkah kita berhenti dari mengulangi kesilapan lalu?.... patut.

persoalan..

patutkah kita bersyarat dengan Tuhan dalam menyatakan hasrat serta permintaan kita?
patutkah kita bersyarat dengan Tuhan dalam beribadah dan melakukan taubat?
patutkah kita bersyarat dengan Pencipta kita sedangkan kita hanya hamba abdi yang tidak punya apa-apa?
patutkan kita bersyarat dengan Tuhan sedangkan apa yang disuruh selama ini tidak kita lakukan?
patutkah kita banyak soal dan terus mempersoalkan setiap kejadian sedangkan kita tidak pernah berfikir sejenak dalam menghayati nikmat & kurniaan Tuhan?
patutlah kita 'biadab' dengan Pencipta kita yang saban waktu berbicara dengan diri kita?

benar, kita kini berada di penghujung zaman... menanti masa untuk dijemput kembali kerahmatullah...

dan hujung zaman ini, ujiannya berkisar disekitar duit, harta, anak, isteri & keluarga.

dan semua itu akan menghanyutkan kita ke lembah jurang gaung yang kita sendiri cipta.

iman vs ringgit...

di mana kita?

:-)

8 comments:

kesturi said...

salam sifu ...

iman vs ringgit ... tambah lagi satu sifu iaitu ' kuasa '

:-)

SRISUFI said...

SALAM PERJUANGAN BUAT SIFU,

Sifu, catatan ini memuhasabahkan diri. Betapa kerdil nya kita...


~sifu, ada program apa selepas ini?

KTS said...

insaf...

Allah tak pernah meletakkan syarat ketika dia mengurniakan kita nikmat...

tp kita senantiasa, bersyarat2... bila sudah dpt apa yg diinginkan, maka lupa segala2nya..


terima kasih kerana mengingatkan :)

Shemmi said...

inilah bukti cinta agung
cinta tanpa syarat..

kalau manusia berani kata dia cinta seseorang tu tanpa syarat..bagi saya dia mengarut sendiri...x mungkin!

Sifu Mirza said...

salam kesturi...

ya betul... rakusan kuasa yang fana terus membelit diri lantas takut hilang semua yang ada...

:-)

Sifu Mirza said...

salam perjuangan juga buat sri yang hebat...

alhamdulillah... syukur ke hadzrat Allah yang sentiasa bersama kita

------

lepas ni saya ada beberapa program 'mantap diri'..

ada satu di luar negara dalam bulan 6 nanti..

alhamdulillah... maha suci Allah...

ni tengah tunggu sri utk 'berserta' dalam program perjuangan ini... :-)

Sifu Mirza said...

salam puteri kts...

doa saya tuan puteri terus diberi kekuatan oleh Allah utk terus berjuang..

:-)

Sifu Mirza said...

salam shemmi...

benar... itulah cinta agung ilahi..

manusia & insan ialah makhluk yang sama tetapi berbeza...

berbeza dari tahap kecintaan mereka..

Rasulullah telah membuktikan serta memberi contoh bagaimana cinta tanpa syarat itu boleh dinikmati, diamalkan serta dikecapi oleh semua...

:-)

insya Allah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails