Tuesday, April 07, 2009

Jihad Seorang Muslim Bernama Tariq Ibni Ziyad

(gunung yang mengambil nama Pahlawan Islam Tariq Ibni Ziyad dan kisah penaklukan negara Sepanyol di tangan Tentera Islam Pimpinan beliau. Di pantai inilah Tariq mengarahkan tenteranya membakar kesemua kapal-kapal perang milik tentera islam lantas membakar semangat tentera islam)

-------------------------------------------------------------------

Tariq ibn Ziyad (bahasa Arab: طارق بن زياد‎) merupakan seorang pemuda yang kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika.

Tubuhnya tinggi lagi tegap. Meninggal dunia pada 720M. Di negara Sepanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu.

Pada peringkat awal kerjayanya Tariq merupakan timbalan kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng pertahanan di utara Afrika. Namanya menjadi terkenal selepas Musa menghantar beliau ke semenanjung Iberia yang mana tempat itu pada hari ini terletak di sempadan negara Sepanyol dan Portugal.

Atas kejayaannya menewaskan tentera Visigoth, beliau dilantik oleh khalifah sebagai gabenor di daerah Hispania. Selepas beberapa tahun mentadbir wilayah tersebut, Tariq dipanggil untuk pulang semula ke Damsyik atas arahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.

Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.

Ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal laut dan membuatkan tenteranya bingung. Namun perintah ketua wajib diikuti dan kesemua kapal pengangkutan tentera Islam habis dibakar menyebabkan tenteranya buntu dengan keadaan tersebut.

Lalu untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu:

"Wahai tentera Islam. Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki. Kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. Tiada yang menolong kamu di sini melainkan Allah Ta'ala"

Slogan itu merupakan pembakar semangat bagi tentera Islam

Dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Eropah, Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth pimpinan Raja Roderic dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah.

Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan di atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau negara barat memanggilnya sebagai Gibraltar.


---------------------------------------------------

adakah semangat perjuangan kita sehebat Tariq Ibni Ziyad?

adakah kita mampu berjihad dan ibadah kita seperti Tariq?

atau hanya berpeluk tubuh dan menanti bulan jatuh ke riba?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails