Friday, April 17, 2009

Menanti DiCintai atau Membina Cinta?

salam jumaat buat semua...

setiap makhluk ciptaan Allah pasti merasakan cinta.

cinta yang terbit di benak hati membentuk berbagai cita & rasa.

wujudnya setiap makhluk di alam maya ini adalah di atas rasa cinta yang agung.. Cinta Ilahi.

atas dasar cinta 'unconditional love' dari Allah, setiap makhluk ini terus hidup hingga dijemput nanti.

namun cinta sering disalah erti.
namun cinta terkadang lenyap dari diri.
namun cinta sering dikhianati.
namun cinta sering kering tandus tanpa siraman keyakinan.
namun cinta sering kosong tanpa pengisian keimanan.

siapa yang kita cintai sebenarnya?

kata pujangga; cinta itu dari mata turun ke hati.. dari hati membina rasa.. dari rasa terbit kenikmatan.. dari nikmat terbentuk keyakinan.. keyakinan menyemai pohon keimanan.. dari pohon keimanan yang subur, makhluk itu hilang lenyap dalam rasa cinta Agung Ilahi..

adakah kita cinta seseorang itu kerana kecantikan dia? kerana ketampanan dia? kerana harta yang banyak? kerana dia boleh menyediakan apa yang kita hajati?

adakah cinta kita hanya untuk segala yang fana?

benar; manusia itu buta saat bila dia dapat menyaksikan.
benar; manusia itu pekak serta tuli tatkala dia boleh mendengar.
benar; manusia itu angkuh, sombong, bongkak serta takbur apabila dia boleh mengerakkan seluruh anggotanya.

manusia menjadi lupa, alpa, lalai serta leka....
tatkala itulah manusia menjadi jauh dari cinta Agung Ilahi.

namun, Allah Maha Suci...membekali setiap diri manusia itu dengan satu titis cahaya indah buat bekalan jauh di satu sudut hati kita semua, buat penyambung titisan cinta yang terputus dek kerana noda serta dosa ciptaan manusia itu sendiri.

Alhamdulillah... titisan cahaya itu akan senantiasa berkerlipan setiap detik setiap ketika setiap masa...

pokok persoaalanya kini...

adakah kita memanti cinta itu hadir?
atau kita terus memulakan langkah untuk membina cinta terhadap Ilahi?

selamat bercinta & sememangnya dicintai...

wasalam

14 comments:

nadinezuharra said...

Assalamualaikum Sifu.. lama saya tidak bertanya khabar.. : ) Moga Sifu dan keluarga sihat walafiat dan ceria selalu..

hari Jumaat hari yang mulia..sama-sama kita renungi cinta kita,sedalam mana untukNya.. muhasabah diri berpandukan niat, hidup dan mati kita kerana Allah SWT..cinta yang abadi..

Iliana said...

cinta itu ibarat nyawa diri..
tanpa cinta, hidup lesu..
tapi, salah cinta, durjanalah manusia..
selayaknya, tiada cinta yang melebihi cinta kita kepada-Nya..

sifu, kalau free jom la ke sini ya :

http://www.muslimheritage.com/

Shemmi said...

cinta ilahi sentiasa memberi dan diberi..

SRISUFI said...

Salam semakin hebat buat sifu,

Ermmm,
alangkah indahnya jika bercinta bisa merubah tingkahlaku kita menjadi semakin baik dan semakin tabah mengharungi ujian bercinta.

doakan saya ye sifu. entri kita semacam ada kesinambungan.

Purpleheart said...

Salam, cinta itu indah bila kena pada tempatnya tapi akan jadi sebaliknya bila disalahgunakan, betul ke?

joegrimjow said...

dah perit untuk bercinta
tp mahu lagi

Sifu Mirza said...

salam nadine...

selamat kembali ke tanahair...

:-)

Sifu Mirza said...

salam yana...

insya allah saya ke sana...

ya...teruslah bercinta..

:-)

Sifu Mirza said...

salam shemmi...

cinta ilahi tidak pernah pudar..

:-)

Sifu Mirza said...

salam sri...

benar...

ya.. macam ada kesinambungan pulak..

:-)

Sifu Mirza said...

salam purpleheart...

ya.. salah guna... semua akan sengsara...

betul tu..

:-)

Sifu Mirza said...

salam joegrimjow..

bercinta boleh mengurangkan berat badan...

:-)

Akhi Farid Rashidi said...

Salam hari Isnin,

Cinta itu berbagai-bagai. Persoalanya bagaimana mahu mendapatkan cinta ilahi?

Sifu Mirza said...

salam akhi farid rashidi...

cinta ilahi terus menyala dalam diri..

cuma diri yang mungkin kurang peka dengan rasa..

adakah kita mampu untuk menolak kurniaan cinta ilahi dengan apa yang telah diberikan sejak dahulu?..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails