Wednesday, September 09, 2009

09-09-09 : Hari Ni Hari Radio...

salam semua...

bila drive ke ofis pagi tadi... dengar radio sinar..ada beberapa perkara menarik;

antaranya kedengaran suara dj prema (dulu kl fm)... kemudiannya diberitahu hari ini malaysia menyambut hari radio, negara ke tiga di dunia yang menyambutnya selepas Rusia & Kanada..

so saya terkenanglah radio kat kampung masa kecik-kecik dulu...

rupanya macam kat bawah tu tapi besarnya 2 kali ganda.. boleh main 'piring hitam' ... so banyaklah piring hitam masa tu, ada sharifah aini, ada p.ramlee, ada rafeah buang, ada ahmad jais dan beberapa piring hitam lagu inggeris dan lagu siam... (di bawa oleh saudara dari sana)..







pendekar mustar : itu si ros main radio, kalau dia tak main satu hari tak senang..

aziz : eh dengarnya macam suara ramlee tu pakcik..

pendekar mustar : suara ada macam-macam, ada suara macam jasmi, ada suara macam kusupi....suara yang garok garok tu suara 'usmanak macansubang'...

he he he...

apapun selamat menyambut hari radio....untuk anda yang gemar melayan radio semasa memandu, semasa buat kerja kat opis tu atau di mana sahaja anda berada...

la ni lagi senang... mp3, 4 & 5 dah ada radio, plus handphone boleh kata semuanya ada radio...

p/s..tiba-tiba teringat lagu headwind : hanya di radio...

:-)

5 comments:

birU said...

salam sifu...

sama lah kita, sinarfm, i followwww heheh

tadi pun ingat nak wat n3 pasal hari radio. gogle2, tak jumpa sgt info n pic, dah malas dah. hehheh

dulu biru dgr era, hot dll. tapi cam borin jerk, lastly.. sinarfm, org lama la katakan. ekekekk

salam aidil fitri
maaf zahir & batin

buat sifu sekeluarga

kuina said...

hari radio dicipta ker sifu... atau hari siaran radio ke udara?

piring hitam dulu2 leh buat pinggan makan kan.

Sifu Mirza said...

salam biru..

yess..
i followwww..

dulu follow halim othman..
sekarang khairil, saleh & k.e

apapun...radio sinar menceriakan pagi saya..

salam aidil fitri juga buat awak..

:-)

Sifu Mirza said...

salam kuina...

soalan yang menarik..

kita sambut 9 sept sempena radio komersial ke udara.

rusia sambut 7 may sempena radio dicipta oleh Alexander Popov (rakyat rusia)

:-)

razifembi said...

suka layan Sinar ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails