Sunday, September 06, 2009

15 Bilah Pertama & 15 Bilah Kedua

15 Bilah pertama Ramadhan menjadi saksi
akan kesungguhan hamba-hambaMU
menginsafi diri, amalan dan perbuatan
mencari kudus diri yang baru bak kain putih

15 Bilah pertama Ramadhan menjadi saksi
akan kealpaan hamba-hambaMU
terus-terusan dengan dosa dan noda
seolah semua bulan itu sama sahaja



15 Bilah kedua Ramadhan telah tiba
menjadi saksi buat hamba-hambaMU yang setia
memanjangkan solat & zikir di waktu dini
air mata membasahi hangat sejadah

15 Bilah kedua Ramadhan telah tiba
menjadi saksi buat hamba-hambaMU yang alpa
terus sibuk dengan aksesori dunia fana
dengus dengkuran menghiasi kamar tiduran

15 Bilah kedua Ramadhan sangat istimewa
walau bisikan nurani hanya didengari hati sendiri
terbuka luas pintu langit menanti saat ketika
menjemput diri ke pangkin permata

15 Bilah kedua Ramadhan akan pergi jua
mungkin akan ketemu atau ini yang terakhir
menjadi saksi betapa berbezanya hamba-hambaMu
beza cinta, beza amal, beza iman, beza ikhlas, beza ilmu



sifumirza
uluyambaru
060909

2 comments:

birU said...

salam...

tq, malam tadi time balik dari solat terawih, mmg nampak bulan penuh dan terang sangat. nak ambik pic, kamera tak bawa, heeeeee
tapi sangat menakjubkan kejadian Tuhan itu...

semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna bagiku,
amin...

Sifu Mirza said...

salam biru..

insya Allah..
ameen...
ya rabbal alameen...

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails