Tuesday, September 01, 2009

Kena Paksa Pakai Minyak Murah : RON95

salam...

malam tadi isteri saya dapat sms dari rakan beliau...

isi sms tu ringkas sahaja.. "minyak naik malam ni"...

isteri saya pun tanya saya.. ye ker minyak nak naik?

saya pun jawab... "kalau dia orang nak naikkan pun kita boleh buat apa?"
"selama ni kita pun disuapkan ajer dengan minyak jenis apa-apa" sambung saya...

saya tak minat sangat nak ulas atau bincang isu minyak ini..sebab tak ada gunanya kita nak mengulas atau bagi input, kerajaan memang ada strategi yang tersendiri untuk menetapkan harga minyak dan berapa dia nak naik, dia akan naikkan... TANPA MEMPERDULIKAN kesusahan rakyat dsbnya...

PETRONAS tu apa?

PETRONAS keluarkan minyak...agak lama baru bayar royalti untuk terengganu, lepas terengganu ada sekali jatuh kepada parti pembangkang, royalti ditarik dan ditukar jadi wang ehsan.... telaga minyak di kelantan ada digali tapi di daratkan di negara siam agar rakyat kelantan dinafikan hak royalti...

jenis perut apa mereka ini?... busuk sebusuknya...

cakap ajer 1Malaysia... cakap tak serupa bikin...
--------------------------------------------------------

pagi tadi saya isi minyak RM50.00 pada harga yang sama iaitu RM1.80 seliter... tapi saya diberi minyak murah RON95 dan bukannya RON97 seperti selalu..

saya tiada pilihan sebab stesyen Petronas tu semua pamnya adalah RON95... demokrasi ker bila kita tiada pilihan?

khabarnya RON97 dah naik ke RM2.05 iaitu 25sen dari RM1.80
--------------------------------------------------------

sebenarnya kita dah 'terkena'...

inilah hadiah buat semua rakyat negara Malaysia semperna sambutan kemerdekaan kali ke 52.

pakai minyak murah pada harga mahal...

inilah santapan untuk rakyat marhain...

namun dalam masa yang sama, kumpulan kaya melayu, kumpulan tauke cina dan kumpulan orang kaya india terus bergelak ketawa kerana bagi mereka apalah sangat 25 sen tu sebab kereta-kereta mereka dan jet-jet peribadi mereka pakai minyak lagi mahal...

peduli apa dengan rakyat... nanti nak pilihanraya, barulah sibuk berlakun kununnya prihatin dengan masalah rakyat...
------------------------------------------------

nasib engkaulah labu...

12 comments:

phalla said...

you site his nice, could you exchange my link?
here is my link
I hope you can share friend ship me..
http://khmerlovenews.blogspot.com
thanks you in advance

Unknown said...

betul la sifu...
ni bukannye rakyat didahulukan... tapi rakyat didahulukan untuk disusahkan...

MOMMY CGG said...

salam sifu:)

minyak nak naik lagi:(

haru

Sifu Mirza said...

thank you..

yes i'll link your blog with mine soon..

u r welcome..

phalla said...

thanks you for sharing,
I also linked your blog too

kuina said...

kita dah diberi peluang utk mengubah dan berubah...
tapi tak terubah... cuma gah!

birU said...

salam sifu,

macam ni la kita rakyat2 biasa ni. harga minyak naik ke, harga barang naik ke, bil itu ini naik ke, harga turun ke, dapat bonus ke? kita hanya terima ajer, kalo bising pun belakan2 jerk. apa boleh kita buat?
or macam kata sahabat ku kuina,
kita da peluang untuk berubah? tapi masih takut itu ini gak, so...

=)

Sifu Mirza said...

salam kuina...

ya..peluang akan datang lagi...

cuma janganlah termakan ubat tidur pula nanti..

:-)

Anonymous said...

Dalam manis kita diperdaya.

khanim

eliana said...

nape sifu posting mcm emosi jerk? hehehe.. tenang..tenang... next election, kte bt la perubahan...

Sifu Mirza said...

betul tu kak hanim...

mudah-mudahan lepas ni kita tidak terpedaya lagi..

:-)

Sifu Mirza said...

salam yana..

ya..saya bertenang ni...

dah 3 election saya buat perubahan..

mudah-mudahan yang ke 4 nanti akan benar-benar merubah lanskap hanyir politik negara kita..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails