Sunday, September 13, 2009

7 Likur vs Lailatul Qadar

salam..


Surah Al-Qadr:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

----------------------------------------------------------------

alhamdulillah... lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut satu hari yang diberi nama eid al fitri... iaitu hari kembali kepada fitrah...

setelah hampir 3 minggu kita mengharungi ibadah puasa.. kita terpaksa akur bahawa masa yang berlalu pantas tidak pernah akan menunggu kita yang sering leka dan alpa..

kita perlu terima hakikat bahawa ramadhan al mubaraq akan pergi meninggalkan kita semua..

dan sepuluh malam terakhir ini, mudah-mudahan kita dapat memperkemaskan ibadah kita seharian... walaupun kita tidak larat dan telah cuba untuk bangun malam tetapi gagal di awal 10 malam terakhir ini, namun insya Allah dengan ibadah harian yang bersungguh-sungguh..Allah Maha Mengetahui apa bahagian kita di 10 malam terakhir ini...

dan 10 malam terakhir ini dalam islam, ada di alam melayu... namanya ialah malam 7 likur.



entah macammana dapat nama 7 likur pun tak tahulah... rata-rata info yang saya ketemu ialah malam 7 likur ini ialah malam ke 27 ramadhan.

kununnya, semua rumah kena pasang pelita dan kununnya ruh ahli keluarga yang dah meninggal akan pulang ke rumah malam tersebut..

itulah kepercayaan orang melayu yang begitu jauh menerobos pengertian serta penghayatan malam lailatul qadar..

bunga api serta mercun sudah jadi sebati dengan bulan ramadhan serta hari raya..
sampai ramai ahli-ahli sains muda dari keturunan melayu cedera malah tidak kurang yang hilang jari tangan serta kaki dalam mereka cipta mercun-mercun baru..


alhamdulillah...

alhamdulillah buat hamba-hamba Allah yang begitu tenang dan tenteram disepanjang bulan ramadhan ini...

persediaan hamba-hamba Allah ini lebih kepada persediaan kearah melahirkan diri yang baru sejajar dengan takrifan 'eid fitri'.. atau hari kita kembali kepada fitrah yakni putih bersih mulus serta suci semula..

persoalan bangun malam itu terletak kepada individu hamba-hambaNya..
semua telah arif, ibadah malam yang afdal serta kemuncakknya ialah di antara jam 1 hingga jam 3 pagi...

cubalah dengan sepenuh daya upaya untuk bangun malam dan melakukan ibadah-ibadah seperti solat taubat, tasbih, tahajjud, hajat serta zikir-zkir yang berpanjangan...

mudah-mudahan 5 minit zikir yang kita lakukan selepas solat taubat, sebelum mata benar-benar mengantuk itu diterima dan memperoleh diri kita taufiq, hidayah serta rahmat 1000 bulan sebagaimana yang telah dijanjikan...


namun, hamba-hambaNya yang begitu cinta, rindu dan kasih tidak terhingga kehazrat Allah Robbul Jaleel sudah semestinya tidak mendambakan ganjaran 1000 bulan tersebut sebaliknya hamba-hamba ini mendambakan balasan cinta, rindu serta kasih dari Allah s.w.t..

hatta memperoleh setitis debu cinta dari Allah, itu sudah memadai buat mereka, kerana mereka-mereka ini adalah hamba-hambaNya yang beriman serta benar-benar bertaqwa dan bertawakkal setiap detik dan ketika...

salam al lail al qadar buat semua...

mudah-mudahan kalian mendapat renjisan titisan syurga pada malam tersebut...

insya Allah

1 comment:

kesturi said...

salam sifu ..

.. kat rumah pun dah pasang pelita .. anak2 saudara yang teruja sngat !

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails