Tuesday, September 12, 2006

Bacalah....Bacalah Dengan Nama Tuhanmu....



Salam Semua…

Lama tak menulis…..tangan gatal jer memanjang….. …

Bagaimana tabiat membaca anda semua?..... harap ada perubahan….perubahan positiflah hendaknya…

Satu ketika dahulu, kerajaan ada menyarankan agar rakyat Malaysia meningkatkan minat dalam membaca dan menyarankan membaca satu buku satu bulan…. Bukan satu buku satu tahun…. …

Alhamdulillah….saya cuba menyahut seruan itu dan akibatnya saya kengkadang terbeli lebih dari satu buku dalam sebulan….

Orang ‘Antartik’ kata…. ‘Lead by example’…. So saya cuba juga utk lead & jadi example pada anak-anak saya….

Maka….kesannya bolehlah dilihat sedikit sebanyak….

Bacalah…. Bacalah dengan nama Tuhanmu……

Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di gua Hira’….1400 tahun dahulu…

Kenapa Allah suruh ‘Baca’ yer?... tidak ‘Tulis’ atau ‘Dengar’ dan sebagainya?

Ingat….. sedikit pekalah kepada ‘clue-clue’ yang diberikan oleh Allah buat hamba-hambaNYA…. Hanya hamba-hambanya yang tidak asyik masyuk dengan dunia sahaja yang dapat mengenalpasti setiap ‘clue-clue’ yang diberi….

Selamat membaca…..

Saturday, September 09, 2006

KURSUS REIKI LEVEL 1



Salam Semua…

Saya akan mengadakan Kursus REIKI Level 1 pada 23 September 2006 bertempat di No. 9-10, The Boulevard, Midvalley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur.

Kepada yang berminat, bolehlah beri nama, no. tel untuk saya hubungi.
Yuran adalah sebanyak RM100.00 sahaja.

Pastikan anda adalah 20 yang pertama. (hanya 20 orang sahaja layak untuk setiap sesi)

Dalam Kursus REIKI Level 1 ini, anda akan diajar:

1. Asas Ilmu REIKI
2. Pengenalan kepada warna-warna alam
3. Pengenalan kepada warna-warna peribadi
4. Teknik dan cara-cara mengenalpasti warna peribadi
5. Teknik dan cara-cara mengenalpasti tenaga positif & negative
6. Teknik dan cara-cara ‘scan’ penyakit
7. Teknik dan cara-cara menyalurkan tenaga positif kepada diri sendiri.

Kurus ini merangkumi pelajaran dari segi teori dan amali serta ujian.

Di akhir kursus ini, anda akan diberikan Sijil REIKI Level 1 dan layak untuk mengamalkan Ilmu Reiki untuk kegunaan peribadi.

Wasalam

Wednesday, September 06, 2006

Apa itu REIKI?




Apa itu Reiki?... Reiki berasal dari Bahasa Jepun yang bermaksud Rei = Universal (Alam Semesta) dan Ki = Life Force (Tenaga Hayat).

Reiki ialah satu ilmu yang berkaitan dengan Tenaga Hayat Alam Semesta yang merangkumi Keseimbangan Diri & Alam Semesta, serta Teknik Penyembuhan atau Rawatan menggunakan ‘Tenaga Alam Semesta’ tersebut.,

Reiki adalah satu ‘perkara’ yang telah lama dipraktikkan (ada yang mengatakan ianya bermula seawal zaman Nabi Isa A.S) dan ianya di pelopori semula secara sistematik pada sekitar 1800 oleh Dr. Mikao Usui dari Jepun dan Reiki terus dikemaskini dari masa ke semasa oleh Master-Master mengikut kesesuaian tempat dan keadaan tanpa mengubah prinsip-prinsip asas ‘Just For Today’ Reiki.

Prinsip Asas Reiki

1. Just For Today… (hanya untuk hari ini sahaja..)
2. Do Not worry…. (jangan sesekali risau…)
3. Do not get angry… (jangan sesekali marah)
4. Show your gratitude… (pamirkan kesyukuran…)
5. Be honest….. (jujur & ikhlaslah..)
6. Honour all living thing…. (menghormati setiap hidupan….)

Tiada had masa atau kuasa bagi Reiki. Ianya terbuka, asli dan dipenuhi dengan kasih sayang tanpa batasan. Dan setiap kali kita menggunakan Reiki, tenaga yang mengalir itu akan berganti dengan sendirinya atas dasar tindakbalas keseimbangan kepada diri & alam.




Reiki lebih dikenali sebagai salah satu kaedah di bawah perubatan Supplementari @ Alternatif.

Terdapat 4 tingkatan dalam pembelajaran Reiki; Level 1, 2, 3 (Advance Level) dan Master.

Tingkatan teratas ialah Master Teacher dan mereka lebih dikenali sebagai Sifu.

Monday, September 04, 2006

Penerima Reiki Level 1 teramai dalam sejarah...



TAHNIAH!

Sebanyak 34 individu-individu dari Sabak Bernam telah ditauliahkan sebagai penerima REIKI Level One pada hujung minggu lepas.

Moga ilmu Allah ini digunakan sebaiknya…

Tahniah buat anda semua…

WARNA-WARNA DIRI

Setiap dari kita mempunyai warna diri yang tersendiri...

Warna-warna diri ini mempunyai perwatakan-perwatakan yang berbeza...
Dan kegunaan warna-warna yang sama seperti warna diri sudah tentu akan meningkatkan 'kehebatan' diri, keserlahan diri, keyakinan diri kerana....

Warna-warna mempunyai tenaganya masing-masing...kerana...Tidak Allah Jadikan Sesuatu itu dengan sia-sia....termasuklah warna....

Berikut saya perturunkan warna-warna peribadi berserta dengan ciri-cirinya....
Moga mendapat sedikit sebanyak ilmu & pengetahuan darinya...




WARNA PUTIH..
SIFAT – Spiritual (Kerohanian) ELEMEN – Angin – PUSAT KAWALAN - Pineal

Perwatakan
Merupakan seorang yang amat peka dengan suasana, bijaksana, boleh membaca situasi, bersemangat tinggi, cendiakawan, meminati muzik, berkeyakinan tinggi dan dapat memotivasikan orang lain serta layak menjadi pemimpin.

Kelemahan
Egoistik, keras hati, mudah putus asa, suka bersendirian, murung, sentiasa bimbang, mudah terpengaruh, ketakutan, suka memerintah orang lain, meterialistik & lemah semangat.

Kebolehan
Daya Imaginasi yang baik, muzik, kreatif, fotografi, warna

Kerjaya
Perkhidmatan Awam, kebajikan, kaunseling, PR

Gangguan
Hiper Aktif, Mabuk/Pitam, Pening, Lesu, Letih, Tekanan Darah

Penyakit
MINOR – migrain, ENT, imun sistem, demam, tengkuk
MAJOR – Epilepsi, Imsomnia, Down Sindrom, Histeria, Alergi

TERAPI SESUAI : Audio, Muzik, Sensori & Sensasi, Input & Output




WARNA PINK
SIFAT – Emosional (Emosi) ELEMEN – Api – PUSAT KAWALAN - Hipotalamus

Perwatakan
Merupakan seorang yang periang, berfikiran terbuka, menghayati, memahami perasaan orang lain,bertimbang rasa dan rasional membuat sesuatu keputusan, penyayang, matang dan pemurah, suka bersendirian dan amat kreatif

Kelemahan
Sensitif melulu, suka merajuk, pemarah, serius, suka termenung, suka membenci, mudah sedih, dengki, kuat cemburu & pemalu.

Kebolehan
Daya Imaginasi, berkhayal, holistik, muzik, kreatif, fotografi, warna

Kerjaya
Usahawan, arkitek, artis, perancang strategik

Gangguan
Khayal, mengantuk, terlalu ikut perasaan, sinus, tekanan darah

Penyakit
MINOR – Demam kelenjar, ENT, berdengkur, selsema
MAJOR – Angin Ahmar, Shock, pembuluh tersekat, katarak, resdung

TERAPI SESUAI : Visual, Sentuhan, Bau-bauan, warna




WARNA HIJAU
SIFAT – Mental (Akal) ELEMEN – Air – PUSAT KAWALAN – Pitutuari

Perwatakan
Merupakan seorang yang berilmu, daya ingatan tinggi, pemikiran kritikus, penganalisa bijak, perancang, pengerak objektif sesuatu kerja, peramah, suka bergaul, pintar, mudah mengingati seseorang.

Kelemahan
Malas berfikir, lembab, keliru, pelupa, gelojoh, sangat berkira, suka kmen, celupar.

Kebolehan
Disiplin mental yang tinggi, analatikal, tumpuan, berbahasa, berhemat, terperinci & logikal

Kerjaya
Ahli Fizik, Jurutera, Pengurus Kewangan, Teknikal, Peguam, Pengamal Perubatan

Gangguan
Angin, Gastrik, Sakit Belakang, lenguh-lenguh, alahan kulit, kejang

Penyakit
MINOR – migrain, senak perut, keracunan, ulser, loya
MAJOR – Diabetis, buah pinggang, hepatitis, toksin, hormon seks

TERAPI SESUAI : Verbal, Kaunseling, Bahasa, Saikologi




WARNA BIRU
SIFAT – Fizikal (Jasmani) ELEMEN – Tanah – PUSAT KAWALAN – Spinal Cord

Perwatakan
Merupakan seorang yang intelek, matang, aggresif, berpandangan jauh, penuh gaya, kemas, bercita-cita tinggi, tegas, cekal, tabah, bertanggungjawab, fizikal yg kuat dan bertenaga, ahli sukan.

Kelemahan
Super Egoistik, keras hati, amat pelupa, berfikiran sempit, putus asa, tidak sensitif, konflik dalaman, penting diri, menindas, opurtunis.

Kebolehan
Disiplin mental yang tinggi, analitikal, terperinci, logikal

Kerjaya
Pentadbir, Auditor, Akauntan, Perancang Operasi

Gangguan
Bisa-bisa tulang, sakit saraf, kebas, kejang kaki, usus sensitif

Penyakit
MINOR – migrain, gout, sembelit, cirit-birit, pundi kencing
MAJOR – Dingin, ED, tulang reput, prostate, toksin

TERAPI SESUAI : Keseimbangan Aktiviti Fizikal, Pergerakan


Untuk mengetahu warna peribadi, ianya boleh dilakukan melalui kaedah REIKI, Kinesologi, Kamera Aura dsbnya....

Perlu diingat... warna kegemaran tidak semestinya adalah warna peribadi...

wasalam

Warna-Warna.....

Salam Sejahtera buat semua...



Doa saya.... hari ini hidup & dunia anda semua disinari & diwarnai oleh keceriaan.
Nak cerita sikit pasal warna-warna...

Manusia amat bertuah kerana dikurniakan deria yang bukan sahaja boleh melihat warna malah boleh menggunakan warna-warna untuk memberi
menafaat kepada tubuh badan serta persekitaran.

Menurut kajian sains, hanya manusia, kura-kura & sotong (oktopus) sahaja yang boleh melihat warna dengan lengkap.

Warna yang wujud sebenarnya mempunyai tenaganya yang tersendiri. Tenaga dari warna-warna menghasilkan frekuensi-frekuensi tenaga yang boleh memberi keseimbangan kepada sistem kehidupan.

Seseorang yang mempunyai kesihatan yang seimbang, kehidupan yang baik, persekitaran yang baik, pengawalan emosi yang baik, perhubungan sesama makhluk yang baik dan paling penting hubungan cemerlang dan hebat dengan Sang Pencipta sudah tentu mempunyai warna-warna kehidupan yang bercahaya. Dan cahaya inilah yang selalu dinamakan Aura Diri.

WARNA PUTIH

LOKASI :ATAS KEPALA/UBUN-UBUN
NAMA POIN/CAKRA : CROWN
MENGAWAL : PINEAL GLAND, MATA KANAN, OTAK ATAS/MINDA

Warna putih ini akan berubah kepada warna keperakan dan seterusnya keemasan bergantung kepada kekuatan rohani seseorang dalam satu-satu keadaan.
Menggunakan warna putih terutamanya di bahagian kepala akan membuatkan seseorang itu meningkatkan kesedaran rohani & mengguatkan tenaga jasmani tubuh badan.
Penggunaan warna putih juga akan membantu seseorang itu berkomunikasi dengan baik dan bergerak dengan pantas

WARNA INDIGO/PURPLE

LOKASI : ANTARA KENING
NAMA POIN/CAKRA : THIRD EYE
MENGAWAL : PITUITARY GLAND, MATA KIRI, OTAK BAWAH, TELINGA/HIDUNG, SISTEM SARAF

Ianya berkait rapat dengan daya gerak rasa, imaginasi dan spontan yang berkaitan dengan kekuatan minda.
Ia mewakili kuasa utk mengenengahkan idea dalam gambaran kreatif dan mengumpulkan arahan dari Crown Cakra untuk membuatkan sesuatu itu berhasil.
Merawat pasangan yang masih belum mendapat zuriat melalui warna ini dan fokus kepada lokasi Third Eye boleh membantu.

WARNA BIRU

LOKASI : LEHER/TEKAK
NAMA POIN/CAKRA : THROAT
MENGAWAL : THYROID, ALATAN VOKAL, TEKAK & LALUANNYA

Warna biru ini terletak di lokasi leher atau tekak.
Ianya mengawal kelenjar Tiroid, Vokal & Alatannya serta Tekak & laluannya.
Contoh terbaik ialah apabila seseorang itu menghadapi masalah beguk – menyapu nila di sekitar lokasi beguk (leher)
Ianya adalah penghubung di antara ingatan dan luahan dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan dunia sekeliling kita.

WARNA HIJAU

LOKASI : TENGAH DADA
NAMA POIN/CAKRA : HEART
MENGAWAL : SISTEM PEREDARAN DARAH/ANGIN, , SARAF, HATI / JANTUNG

Warna hijau ini terletak di bahagian dada.
Ianya mewakili Elemen Angin di mana segala wujudnya perasaan senang, mudah bergerak, ringan tubuh badan, dihormati dan menarik perhatian ramai.
Ianya adalah pusat kepada rasa Cinta, Harmoni, memberi dorongan dan menghasilkan cahaya kepada ROH.
Permasalah dalam perhubungan selalunya mendapati adalah kerana poin atau cakra ini berlaku sekatan.

WARNA KUNING

LOKASI : TENGAH PERUT
NAMA POIN/CAKRA : SOLAR PLEXUS
MENGAWAL : SISTEM SARAF, PERUT, PANKREAS, BUAH PINGGANG, HEMPEDU, KEYAKINAN DIRI

Di lokasi ini kita akan merasakan kehangatan, kegembiraan dan ketingian nilai sesuatu..
Ia juga menentukan nilai keyakinan diri serta kekuatan dalaman.
Apabila ianya melalui perubahan, kita akan dapat rasakan ianya boleh berubah dari seorang yang melihat kehidupan dengan keceriaan kepada seseorang yang melihat kehidupan yang kabur.

WARNA OREN

LOKASI : BAWAH PERUT
NAMA POIN/CAKRA :SACRAL, MENGAWAL, SISTEM PRODUKTIVITI, URIN, CECAIR KELAMIN, AIR LIUR

Oren terletak di lokasi bawah perut.
Berkaitan dengan kesuburan lelaki & wanita.
Contoh paling baik ialah pengantin yang memakai inai.
Penggunaan warna oren boleh membantu seseorang itu mendapat tenaga untuk memperbaiki sistem produktivitinya.
Ia berkait rapat dengan kawalan cecair dalam badan.

WARNA MERAH

LOKASI : DASAR SPINAL COD
NAMA POIN/CAKRA : ROOT
MENGAWAL : ADRENAL, BUAH PINGGANG, TULANG BELAKANG, TULANG-TULANG, GIGI, KUKU DSBNYA

Warna merah terletak di bahagian paling bawah.
Ianya memberikan tenaga yang agak rendah dan berfrekuensi perlahan.
Ia ada kaitan dalam mengawal deria bauan.
Ia juga menentukan hasrat yang tinggi, tenaga hayat dan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu.
Mudah tertutup disebabkan oleh kekecewaan hidup dan kurangnya keperluan seks.

Ok?..... Ada ok?...... ;-).... insya Allah ok....

wasalam

Saturday, September 02, 2006

WORLD!!!....HERE I COME.....




Bersama kakitangan-kakitangan Perpustakaan Awam Selangor, Bahagian Sabak Bernam dalam siri Kursus Motivasi ‘Tenaga Tinggi’ Topik Khidmat Pelanggan Yang Cemerlang

Saya amat bersyukur ke hazrat Allah Azza Wa Jalla kerana memberi saya kesempatan dan ruang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang di‘pinjam’kan kepada saya buat semua peserta kursus di Sabak Bernam.

Tiada yang lebih membahagiakan apabila dapat melihat semua peserta begitu berminat dalam menerima ‘suapan’ demi ‘suapan’ yang saya sampaikan dengan izinNYA…. Syukur Alhamdulillah….

Syukran Master Roy, Bro Fahmi & Bro Man kerana dorongan dan bantuan serta kepercayaan….

Buat Bro Allen Lee at PEOPLElogy……thank you for your support….thanks lots bro!
To David, Chandra, Thiru & Siva….. thanks for your support

‘Wama Karu, Wama Karullah…..Wallah Hu Khairun Ma Kirin….

Regards & Wasalam

Thursday, August 31, 2006

Salam Kemerdekaan Buat Malaysia & Rakyatnya...



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah… Sudah 49 Tahun Negara kita Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya…. Ini bermakna, sudah 49 tahun kita mengemudi Negara tercinta kita Malaysia dengan ‘tangan-tangan’ sendiri dan ‘acuan-acuan’ sendiri…..

Mendengar ceramah di Selangor FM malam tadi dalam perjalanan pulang ke Ulu Yam, yang menampilkan Ustaz Uda Kassim mengulas tentang kemerdekaan dan cintakan Negara adalah sebahagian dari Sunnah Rasulullah….

Beliau menjelaskan bagaimana Rasulullah meluahkan rasa kecintaannya terhadap bumi Makkah tatkala Siti Khadijah memberitahu Baginda bahawa Baginda akan terpaksa meninggalkan bumi Makkah sebaik sahaja dilantik menjadi Rasul…..

Apapun….setiap perkara yang kita lakukan, selagi ianya jelas & nyata tidak mensyirikkan Allah……jelas & nyata tidak menduakan Rasulullah…. Dan kita lakukan ianya hanya Kerana Allah Azza Wa Jalla…. Ianya adalah merupakan satu ibadah…..

Menyambut kemerdekaan Negara…. Sambutlah atas dasar mencintai Negara tempat lahir kita Hanya Kerana Allah Ta Ala…. Hanya Kerana cintakan Rasulullah…..

Malaysia & Rakyat Malaysia…..di mana sahaja anda berada….. Salam Kemerdekaan Dari Saya……

Sunday, August 27, 2006

Cinta Tanpa Syarat....Unconditional Love



‘Unconditional Love’……. Cinta Tanpa Syarat…..

Ungkapan perihal kasih sayang serta cinta ini memang terlalu banyak… berbagai-bagai ungkapan yang keluar dari mulut Sang Pencinta terhadap Sang DiCintai….

Sebagai Hamba Allah…. Kita wajib mencintai Allah dengan segenap serta sepenuh rasa…. Dan ianya adalah wajib Cinta Tanpa Syarat…kerana cinta bersyarat samalah seperti kita ‘mensyirikkan’NYA….. Na u zubillah hi min zaliq…

Dakwah Rasulullah juga adalah berlandaskan kepada Prinsip Cinta Tanpa Syarat….

Ingatkah kita akan Sabda Baginda “Tidak sempurna iman seseorang kamu sekiranya kamu tidak mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri”

Adakah kita sudah mempraktikkan kecintaan kita sehingga tahap Cinta Tanpa Syarat atau masih bermain lagi dengan nafsu-nafsi dan memilih-milih untuk mencintai seseorang itu……

Kita akan dapat cinta sejati jika kita faham akan erti Cinta Tanpa Syarat….
Kita akan dapat cinta sejati jika kita tahu erti Cinta Allah Tanpa Syarat….
Kita akan dapat cinta sejati jika kita arif akan Cinta Rasul Tanpa Syarat…
Kita akan tengelam dalam ‘zuk’ kecintaan sekiranya kita Cinta Allah, Rasul, Diri & Semuanya Tanpa sebarang Syarat….

Kerana ‘syarat-syarat’ itu terletak di tahap nafsu paling rendah…..

Friday, August 25, 2006

Feel Good....

<----rashid carry aliah
abang aizat, angah & rashid ------>


Semalam saya mengharungi satu perjalanan yang agak jauh…dalam 500 kilometer dari Kuala Lumpur.

Bukan aper, saya sekeluarga menuju ke Kota Bharu untuk menyempurnakan beberapa misi; misi pertama- melawat mertua, misi kedua membawa anak berjalan cuti sekolah, misi ketiga menghadiri majlis solat hajat bapa saudara yg ‘naik’ rumah baru, misi keempat melawat biras yg kemalangan jalanraya dan misi-misi kecil sampingan ke kedai-kedai tudung & kain serta t-shirt…….

Tetiba tangan kanan terasa ‘gatal’ pulak…. Rupanya Bro. Fahmi called utk ‘good news’….

Terus senyum hingga sampai KB…. Yakin & Iman ; Yakin = Diri, Iman = Allah…..

Tapi ‘weekend’ sebelum tu saya bersama ‘partner-partner’ saya ke Taman Tasik Metropolitan Kepong utk bersantai…..

<----semua sibuk mengawal lelayang

<----angah dgn senyuman macho

Tuesday, August 22, 2006

Kesan "Halus' Kabel Letrik....



Salam….

Nampak gambar kat sebelah?????
Agak-agak aper tu?…

Ianya dinamakan ‘High Tension Cable’….. ada org panggil ia pencawang…..anyway tak kisahlah apa panggilannya…. Janji kalau ianya serupa atau hampir serupa dgn gambar ni…ia mengalirkan arus tenaga letrik dalam voltan yang tinggi dari pencawang ke sub-sub stesen….

Kalau boleh…sesapa yang berhajat nak membeli rumah, nak beli ofis, nak sewa rumah, nak sewa ofis….cuba elakkan lokasi yang berhampiran dengan ‘cable’ ini…..

Sebab???

Sebab ia membawa tenaga tinggi 24 jam sehari semalam tetapi ‘lemah dari segi frekuensi’ yang boleh mengakibatkan manusia stress, migrain, keluh kesah, resah, tak selesa dsbnya….(boleh kita bayangkan betapa sebuah keluarga yang bahagia berpindah ke lokasi berhampiran dan hasilnya seluruh ahli keluarga mengalami stress dsbnya…..)

So???……

Kalau boleh elakkan berada berhampiran dengan lokasi ‘High Tension Cable’ itu….

Bagi yang dah terbeli rumah atau ofis berdekatan…… jalan keluar ialah..pastikan bumbung dan dinding luar ofis atau rumah berwarna putih (atau cerah)…. Dinding dalam juga kalau boleh warna putih atau warna-warna 'light' atau cerah..…..(warna yang ideal ialah warna ‘silver’ agar frekuensi rendah itu boleh di’bounce’ balik….) dan elakkan warna-warna gelap yang boleh ‘membantu’ memerangkap frekuensi rendah tersebut…..

selamat mengecat rumah......

Pergilah 'Take a Break'.....


Salam semua…..

Apa kahabar? Harap semua ok dan hebat belaka….
Cuti sekolah dah mai dah…. Tak kemana?
Tak tahu nak kemana?…..

Ok kalau tengah piker…. Eloklah pekena Nescafe Tarik…sambil melihat ‘telatah’ orang-orang kita….manalah tahu ‘idea’ melancung timbul…..

Tak kiralah nak kemana….tapi memang kena bawak bebudak (kalau ada anak sekolah) tu ‘break’….. paling kuat pergi camping seharian ditepi laut ke…di air terjun ker……

Pergilah….everbody need a break….sometimes….depend…..but surely not all the time…

Sunday, August 20, 2006

Bertemu Rasulullah di Masjid Nabawi.....


Pagi itu...sebaik selepas subuh....aku terus memaku diri di salah satu tiang di Masjid Nabawi itu.... sengaja aku pilih tiang yang mengadap maqam Baginda..... duduk bersila sambil berzikir dan terus berzikir.....

Kiri dan kanan ku seperti biasa penuh dengan orang-orang seperti ku....cuma bezanya mereka tak menyandar pada tiang yang ada...ada yang bersolat, berzikir, bermunajat dsbnya mengikut niat dan 'planning' masing-masing.....

Masuk hari ni...dah seminggu aku berada di Madinah.... kota suci kedua selepas Maqqatul Mukarramah.... 'schedule' ku...setiap hari...berjemaah setiap waktu di Masjid Nabi ku ini...... selalu juga aku berteleku....hanya duduk berdiam diri...bermuhasabah.....mengenang sejarah silam.....mengimbau saat-saat 1400 tahun dahulu....

Assalamualaikum.....tetiba aku disapa oleh seorang lelaki berbangsa Arab dari sebelah kanan hadapan.....
Wa alaikumussalam....jawabku ringkas......

Apa Khabar?....Tuan dari mana? Soal lelaki itu....
wah....nasib baik dia boleh cakap melayu..bisik kecil hati ku...kalau tidak...jenuh beb....
Khabar baik....saya dari Malaysia.....jawabku ringkas.......tuan?...sihat? balas ku pada lelaki itu....
Alhamdulillah....sihat.....boleh saya duduk di sini...? jawab lelaki itu sambil menunjukkan ruang kosong disebelah kananku.....
Silakan....pelawaku....sambil menghulur tangan untuk berjabat....aku sebut namaku....saya mirza....
Saya Ahmad...jawab lelaki itu......

Tuan pandai berbahasa melayu....soal ku kehairanan dan ingin tahu.....
Alhamdulillah.....jawabnya ringkas....

Aku tak tahu nak memula bicara.....segan mungkin.... takut mengganggu Tuan Ahmad juga satu hal.....
Jadi 5 minit pertama itu kami berbicara dalam hati....... penuh suspen.....

pergh....Tuan Ahmad membuka mulut dengan soalan yang 'straight to the point'.....
Bagaimana keadaan ummat islam ditempat tuan? soal TuanAhmad kepada ku....

mmmmmmm..........lama juga aku memikirkan untuk menjawab soalan ringkas Tuan Ahmad itu...... nak kata ok.....taklah ok..... nak kata tak ok..... tapi sikit sangat.... kalau nak cerita pasal yang ok....apa yg nak dibanggakan kerana zaman Nabi dahulu sahabat & umatnya lebih hebat....dalam puasa pun boleh pergi perang.... kalau kat tempat aku...bulan puasa sampai...semua lembik...mc, sakit sdbnya...... apa hebat kalau nak kata hebat..... nak cerita pasal pencapaian dalam bidang ilmu...... org dulu dah menjangkaui org tempat aku.... Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ibnu Zuhr, Al Batani, Al Mawardi...dan banyak lagi......kalau aku jawab ok hebat...aku menipu......mmmmmmmm

isk.... malu aku nak jawab......

Kenapa Tuan diam?....tanya Tuan Ahmad kepadaku apabila aku mengambil masa yg agak lama utk menjawab....

Teruk Tuan.....jawab ku ringkas dan dgn nada yg perlahan....

Saya malu dengan bangsa saya yang mendahului dalam segala-gala kerosakan di negara saya.....
Saya malu dengan remaja-remaja bangsa saya yang beragama Islam......mereka hanya tinggal nama Islam sahaja.... tidak kepada pembawakan....
Saya malu dengan tuan-tuan pimpinan yang hanya pandai berkata dan dalam pada itu sibuk memikirkan hal sendiri & kedudukan......
Saya malu dengan bangsa saya Tuan..... tiada apa yang boleh dibangggakan...... dosa melebihi pahala..... itupun kalau dapat pahala.....

Tuan Ahmad memandangku dengan serius tetapi tenang.....
mata hitamnya tembus ke mata ku..... risau jugak aku.......

Tuan.....kenapa pandang saya begitu?....saya tahu saya juga bukan ummat yang baik.... saya cuba untuk jadi baik dan seterusnya cemerlang.....

Mirza.......
Islam, Iman, Ehsan, Ikhlas.......
Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah....

Jawab ringkas Tuan Ahmad..... saya hanya tunduk.... malu pada beliau.....
Jiwa saya direntap-rentap..... bayangan perjuangan Rasulullah bermain di kepala.....

Teruskan Dakwah....Fisabilillah....
Tujuilah Nafsul Muthma innnah.....
Ingat....semuanya kerana Allah Ta ala....
Ingat....

.......................................................................mata ku tiba-tiba menjadi kabur.....ada linangan air mata.....ada kilauan mata Tuan Ahmad.......makin lama makin kabur.....tapi kelibat Tuan Ahmad bagai cahaya dalam kabus putih....... tersenyum........hilang perlahan-lahan...... dalam pertemuan ringkas tapi padat itu.....

syukur allhamdulillah........

Jalan 'Jem' : Penyumbang Kesengsaraan....


salam berhari minggu.....

Sedari ataupun tidak....

.... stress yang terhasil dalam diri, konflik jiwa yang muncul tetiba, tekanan emosi yang menggila, gangguan kepada kerjaya, pemus nah kepada keriangan keluarga, penyayang menjadi pembenci, periang menjadi pendendam, dan berbagai-bagai lagi perkara kronik dalam kehidupan adalah berpunca dari....

kesesakan jalan raya...atau 'jem'....

saban hari kita 'disajikan' dengan jem...pergi dan balik kerja....amat sedikit yang beruntung tidak mengalami jem ini...berbanding yang sudah menjadi darah daging.......

boleh dibayangkan...seseorang itu bangun pagi dengan semangat berkobar-kobar & berpakaian cantik, bersih kemas dan wangi sekali....keluar rumah utk ke pejabat atau tempat kerja..... alih-alih.... terpaksa menempuh jem......

'apakan daya dah terpaksa'.....
'nak wat camner dah nak jem'.....
'aku keluar awal pun jem...keluar lewat pun jem gak'....
'argh...nasiblah....'...
dsbnya lagi.....

mood baik & cemerlang pagi tadi....bertukar menjadi kurang baik....dan tension menjelma.....apabila tiba di tempat kerja..... (itu tak termasuk kena 'accident'.....) kalau kena 'accident'.... jenuhlah hari tu dan hari-hari seterusnya bergantung kepada teruk atau tidaknya 'accident' tu....

jadi camner nak 'toyer'kan diri dan relax menghadapi jem ni agar diri tak stress dsbnya?.....

memula.... belajar utk tidak kerut kening......bila tengok pemandu-pemandu yg me'nensionkan'...
pastu........belajar buat 'derk' jer...... atau buat muka selamba..... bila tengok kereta kiri kanan...
pastu........cuba 'layan' dj-dj stesen radio...... presetkanlah stesen-stesen mengikut perubahan mood kita.... supaya senang kita 'switch' stesen bila ada dj yg mengarut atau cuba menwujudkan suasana tension pada diri kita....
pastu.......cuba menghafal 'benda-benda' yang memberi menafaat....cth. surah quran, zikir, dsbnya...termasuk menghafal skrip presentation atau apa-apa yg berkenaan dengan kerjaya....

jgn lupa bawa bekal air mineral......
atau utk ekstrem sikit.....bawak ler kuaci..... :-o ....boleh layan (oopss lawan ) ngantuk.....

akhir sekali........... dan paling penting...kenalah 'feel good'..... always ada rasa 'good' itu dalam diri...sebab feel good itu akan buat kita tersenyum..... sendiri dan sudah tentu ada rasa syukur dalam diri atas kurniaNYA selama ini.......

wasalam

Friday, August 18, 2006

Warnailah Hidup Anda......(cheer up!....)



salam jumaat buat semua....

bagaimana kehidupan anda sekarang?..... kelam, biru, haru...atau penuh dengan warna warni?.....
kalau kelam atau kelabu......jgnlah berterusan begitu....
sebab kita hidup ni kena 'heppi'.... kena 'bahagia'....

hayatilah kehidupan yang dianugerahkan Allah ini sebaiknya...
rasai & nikmatilah nafas-nafas yang turun naik itu dengan baik....

sifu m.nasir kata hidup kita tinggal 7 nafas lagi...... yer ker?....

saya mengikuti beliau sejak dulu lagi.....
suka lagu dan terutamanya lirik beliau....
penuh serta sarat dengan kata-kata mutiara..... namun disembunyikan dengan nada yang pelik..... ;-)

nak berkongsi dengan anda semua lirik lagu 7 nafas lagi....

inikah dia..
yang ku impikan...
dalam lambaian firdausi...
kali ini ku harapkan....
bukan fatamorgana lagi....

jiwa lama bersengketa...
sedang hakikatnya kita sama-sama redha..
hati hamba dah sedia...
perjalanan ini tinggal 7 nafas lagi....

sepertimu, aku juga pernah....
persoalkan kekuatan batinku...
dalam seribu kekalutan ku cinta
dalam sejuta resah ku cinta jua
dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
dalam rasa paling rendah....
ku angkat cinta....

rinduuu ku bukan kemurahannnn
jika mahu dianggap mainan
kau tanya bilangan namaMU ku sebut
jawabnya hanya sekali lafaz tak terputus....

cinta ku yang ku maksudkan
seperti buih-buih dimilik lautan...
seperti nafas yang meresapi badan
seperti kenangan yang tak pernah
luput selamanyaaaa.....



so???...... lets color our life.......lets appreciate our life.... feel it....taste it...... syukur alhamdulillah....

wasalam.....

Monday, August 14, 2006

Hati Yang Damai...


salam....

hati yang damai adalah ibarat air tasik yang tenang tidak berkocak...
hati yang damai adalah ibarat air tasik yang tenang di permukaan & dasar...
hati yang damai adalah ibarat air sejuk yang mengalir dikali...
hati yang damai adalah ibarat kehijauan alam semesta....

hanya mereka yang punya hati yang damai akan ketemu syurga...
hanya mereka yang punya jiwa yang tenang akan dijemput ke syurga...
hanya mereka yang punya nurani yang telus akan bertemu DIA..
hanya mereka yang punya Nur itu akan mengecap RahmatNYA....

Jalan Yang Lurus....


salam....

setiap hari kita sering bertemu 'jalan-jalan yang lurus'....
cuma bezanya adakah jalan-jalan lurus kita itu 'jelas' atau 'berkabus'...?

kalau cerita pasal jasmani....sudah tentu jalan berkabus yang ingin dilalui wajib disediakan lampu 'fog' agar 'clear' sikit perjalanan...

kalau cerita pasal rohani pula.... sudah tentu penggunaan 'mata hati' amat penting...agar kabus yang dilihat hanyalah 'fatamorgana' bagi mata biasa...

Ke Tronoh Lagi....


salam.....

semalam saya ke UTP, Tronoh sekali lagi......
mission???... menghantar 'Artifak-Artifak' ke Dewan Pameran di sana....

termasuk melakukan kerja-kerja 'rectification'.....

sampai ulu yam??...pukul 3.30pagi..... ketika mereka semua sedang nyenyak tidurrrrr.....

Wednesday, August 09, 2006

Untuk Hebat : Kenalah Bersifat Amanah....

salam......

salah satu lagi sifat utama Baginda Rasulullah ialah bersifat Amanah....

Amanah tidak sama dengan Tanggungjawab....
Amanah ialah Accountability manakala Tanggungjawab ialah Responsibility...

cth. seorang pekerja masuk kerja pukul 9 pagi dan pulang pukul 5 petang... beliau adalah merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab..... tetapi....apabila beliau pergi minum dan mengambil masa pejabat barang setengah jam....dan tetap pulang jam 5 petang.... beliau merupakan seorang yang tidak Amanah.....

Amanah memang payah ditunaikan apabila ianya berlaga dengan sikap keakuan atau selfish..... seorang yang selfish atau mementingkan diri sendiri akan mempunyai seribu alasan untuk tidak mahu menggantikan masa yang 'dicuri' tadi.....

Amanah goes beyond responsibility..... ianya menyeberangi sempadan ego diri dan berkepentingan diri.... ianya menjangkau sehingga Abdul Rahman Auf sanggup menjual perniagaannya kerana merasakan tidak bersifat Amanah kepada Allah apabila 'terlambat' berjemaah dengan Rasulullah......

Kita? Bagaimana?..... sejauh mana kita memegang amanah pada diri sendiri dan paling penting kepada Allah Azza wa Jalla.....

Rasulullah adalah manusia yang begitu Amanah... Amanah beliau kepada Allah menyaksikan betapa Agama Allah berkembang dengan hebatnya keseluruh pelusuk dunia.... Rasulullah juga begitu menjaga Amanah terhadap ummatnya.... sehingga saat sakratul maut menjelma... beliau masih lagi memikirkan Amanah yang dipikulnya terhadap kita semua.....

Kita? Bagaimana?.....

Bolehkah kita mengukur Amanah pada diri kita?

Bolehkah kita menggengam Amanah itu sehingga ke saat terakhir?

Tepuk dada tanya diri..... tanyalah diri sebenar diri.... Pasti ada jawapannya...

wasalam..

Tuesday, August 08, 2006

Untuk Cemerlang : Kena bersifat Siddiq...

salam....

semua orang kenal Nabi Muhammad... semua orang kenal Rasulullah... Rasul terakhir dan penamat bagi semua Nabi & Rasul.... dalam bahasa Arab - Khatamun Anbiya'....

Rasulullah juga mendapat 'title' Kekasih Allah atau 'Habibullah'...

Siapa Rasulullah ini sebenarnya?... selain dari yang kita tahu iaitu Pesuruh Allah.... tahu pun bukan sebarang tahu...tahu dan kita ucapkan setiap kali kita solat..... apatahlagi apabila kita 'berselawat' ke atas Baginda..... Pencipta kita akan berselawat ke atas kita dengan gandaan 10.... turut berselawat ke atas kita apabila kita berselawat ke atas Muhammmad Rasulullah ialah para Malaikat di langit & di bumi....

Bagi yang hanya tahu 'gitu-gitu' sahaja atau melalui 'frame ayat' yang tergantung di rumah mak ayah (rumah sekarang jarang dah ada sebab 'tak moden' gantung ayat-ayat tu.....) atau masa belajar pelajaran agama Islam di sekolah atau di kolej atau di mana sahaja atau dengar orang bercerita....

Sebenarnya manusia yang bernama Muhammad ini ialah seorang manusia yang amat hebat.... dari segi kepimpinannya sahaja.... setakat ini beliau adalah merupakan manusia yang paling berpengaruh di dunia...(tercatat dalam buku 100 great leaders...)

Baginda begitu cemerlang sehingga disegani oleh para sahabat mahupun musuh....
Baginda begitu hebat sehingga tiada yang berani bertentangan mata, bukan kerana takut tetapi lebih kepada segan & malu.....
Baginda begitu hebat sehinggakan Raja Rom dan Parsi (boleh diibaratkan sebagai kuasa besar - Amerika & Britain) menawarkan tahta kepada Baginda....

Apa rahsia Baginda?.....

Al-Amin adalah gelaran Baginda sejak dari kecil lagi....
Al-Amin bermaksud yang terpuji......

Jadi semua orang memanggil beliau dengan gelaran Muhammad Al-Amin (Muhammad Yang Terpuji..) sebelum beliau diangkat untuk menjadi Rasul....

Maknanya Muhammad ini bukanlah manusia biasa tetapi beliau adalah manusia luar biasa.....

Dalam kekalutan dan hiruk pikuk kota Mekkah yang di diami oleh Kaum Quraish serta beberapa suku kaum lain, mereka hidup tanpa pegangan...bebas & tindas menindas adalah perkara biasa.... perhambaan adalah normal.... membunuh anak perempuan adalah perkara biasa.... dan segala macam kemaksiatan yang hebat-hebat.....

Rupanya dalam kekalutan...keresahan dan hiruk pikuk itu mereka sebenarnya 'memerlukan' seseorang yang 'baik' untuk menjadi contoh kepada mereka....untuk menjadi ikutan....untk mengekalkan 'superiority' mereka...dalam pada masa mereka begelumang dengan keharaman dunia yang fana...

Salah satu sifat Baginda ialah Siddiq yakni Benar lagi Membenarkan......

Sifat ini adalah antara sifat utama Baginda.....

Baginda cemerlang kerana sifat tersebut...
Baginda cemerlang kerana mengadaptasikan sifat tersebut dalam kehidupan...
Baginda dihormati kerana hidup dengan sifat tersebut.....
Baginda disegani kerana bersifat benar dengan kebenaran...

oleh itu Baginda merupakan manusia yang paling cemerlang..... luar dan dalam....

kita?..... kita juga boleh cemerlang....

kerana?.... kerana Baginda diutus untuk menjadi contoh atau suri taulan buat semua manusia di dunia.... mustahil satu contoh itu tidak boleh diikuti.... jika tidak boleh diikuti maka ianya bukanlah contoh.... dan Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui akan setiap HambaNYA......

wasalam

Monday, August 07, 2006

Kalimah Allah : Di Mana Anda Hadapkan Wajah...




salam....

dapat gambar ni yg di email dari seorang sahabat.....
ramai yang hairan.... ramai juga yang 'tak keesaahhhh'....

apapun..sebenarnya Kekuasaan Allah itu memang nyata di langit & di bumi... ianya ada di mana-mana sahaja...pada tubuh badan kita.... cuma kita nak pandang atau tak nak ajer... nak ambil tahu atau..tak keeesaaahhh....

tengok telapak tangan ajer..sudah ada tanda-tanda kebesarannya.....

Terkena : Jangan Sampai 2 kali...

salam....

ramai sangat antara kita yang pernah dengar ungkapan-ungkapan ini ; 'kalau dipatuk ular, jangan sampai dua kali....lebih malang kalau patukan itu ialah dari lubang yang sama....' atau...'once bitten, twice shy...'

kalau dalam kehidupan ianya lebih kurang macam ni..... kalau dah kena atau terkena dengan seseorang itu... jgnlah sampai terkena sampai dua kali.... dan lebih malang lagi kalau terkena berkali-kali....

kalau terkena berkali-kali tu.... kenalah buat mandi bunga.... kalau tak pun kena pergi bertapa atau menuntut ilmu agar org nampak muka kita ni lain sikit....

memang dalam dunia ini..ada kelompok yang dilahirkan untuk terkena...dan ada kelompok yang dilahirkan untuk mengena..... tapi mereka-mereka ini boleh berubah...dgn syarat ada kekuatan & sifat ingin maju dan berubah untuk memperbaiki perangai masing-masing.....

saya sendiri turut mengalami situasi 'terkena'..... bukan dengan sesapa pun.....dengan kengkawan jugak....

bagi sekali peluang....dipatuknya kita..... pastu senyap..... datang balik ingatkan dah berubah.... aleh-aleh mematuk lagi......

so jawabnya..... jgn kasi dia 'chan' lagi......

lain kali datang...................... boleh kena 'bo layan' ajerlah....

so beringat..... spesis-spesis yg mengenakan org ni tak pernah nak berubah.... cuma kita yang terkena ni kena ambil sikap berhati-hati...... paling kuat..... depa degil sgt.... 'jotos jer' dahi depa tu..... ;-)

wasalam


Sunday, August 06, 2006

Cermin Diri : Jangan Hipokrit....


salam sejahtera....

kita setiap hari pasti akan menggunakan cermin untuk 'menyuluh' diri.... nak check jerawat, nak bersolek, nak bersikat, nak nengok baju camner cantik ke dak...sesuai ke idak....

namun solekan atau sikatan yang kita lakukan itu tidak kurang atau tidak lebih dari satu perbuatan yang 'cuba' memperindahkan diri luaran kita.... tidak lebih dari itu...

kita tidak mahu pergi lebih jauh lagi dari itu....

samada kita sengaja tidak mahu memikirkan atau kita takut untuk memikirkannya....

cth. kita cermin diri luaran kita.... sejauh mana atau sekerap mana kita cermin dalaman kita?

luar cantik berkilau....bagaimana pula dalaman....

kalau luar cantik berkilau...dalaman penuh debuan.....itu jawapnya parah....
perlu kepada internal adjustment....ataupun major overhaul jika terlalu teruk sangat...
kalau sikit-sikit...alhamdulillah...tapi kena adjust jugak sana sini...

so...bila duduk depan cermin tu..... suluh dua-dua sekali.... luaran dan dalaman...
biar lama menyuluh janji kita muhasabah diri.....

tanya soklan-soklan 'berapi'..... aku ni ok ker? aku ni baik ker? aku ni ikhlas ker? aku ni istiqomah ker? aku ni kaki temberang ker? aku ni kaki celok ker? aku ni pandai jaga hati kawan ker? aku ni dah cukup berusaha ker? aku ni dah kira tahap berjaya ker? aku ni suka sakitkan hati orang ker?......dan banyak lagi soklan-soklan yang kita sendiri tahu sebenarnya.... kerana sikap itu.... kerana sifat itu memang ada dalam diri kita cuma kita ni nak tahu atau hipokrit terus-terusan...

kita tanya...kita jawab.... kita repair sendiri apa-apa yg patut kena repair.... janji hati ikhlas utk berubah....

hanya kita dengan Allah yang tahu apa isi hati kita itu....

kalau wajah cantik (pandangan umum) tapi hati busuk...... orang tetap akan dpt bau....
kalau wajah bersih (pandangan umum) tapi hati busuk......orang tetap dapat kesan lambat laun....

tapi sebenarnya.....ada sesetengah orang memang dikurniakan oleh Allah boleh mengesan mereka-mereka yang 'teruk' ini diperingkat awalan.... yang tak dikurniakan juga akan berjaya mengesan..pabila segala 'pundi tahi' itu pecah.....

so... berhati-hatilah kita.... jangan sampai kena 'serkup' kerana status pendusta....atau hipokrit.....

cermin diri segera..... cecepat repair...... sebelum semua manusia meninggalkan kita....atau menjauhkan kita....

wasalam

Thursday, August 03, 2006

Terus Melonjak Ke hadapan.....

salam.....

nampaknya dunia semakin kalut sekarang....
masihkah ada masa untuk kita menggapai cita-cita kita?
masihkah ada masa untuk kita mengecapi kebahagiaan yang timbul tenggelam...?

ya..masih ada masa...

tapi untuk berjalan menuju cita-cita......
tapi masih lagi berhenti untuk melihat kiri & kanan serta melayan perasaan....
tapi masih lagi terhegeh-hegeh malayan perasaan....
tapi masih lagi tertanya-tanya siapa aku....
tapi masih lagi sibuk & risau tentang apa orang kata kat kita....
tapi masih sibuk risau apa yang jiran serta kawan lakukan....

kita tidak akan kemana....

utk berjalan....kita tiada masa...
utk berlari......kita tiada tenaga...

jadi apa perlu kita lakukan...????

kita perlu MELONJAK untuk kehadapan.....
simpan tenaga......LONJAK!
simpan tenaga......LONJAK!
simpan tenaga......LONJAK!

tarik nafas............LONJAK!
tarik nafas............LONJAK!
tarik nafas............LONJAK!

insya Allah berjaya.....

Wednesday, August 02, 2006

my amiruls & aliah


salam.....


they are small in sizes....
but they have great energies within....
they are all plain white....
they are my amiruls & aliah....

Siddiq, Amanah, Tabligh & Fatonah - 4 Excellence Attitude of Super Success People

salam....

kita biasa dengar 7 habits of highly successful people....

kali ini saya akan membawa ketengah apa yang orang lain tidak perasan atau terlepas pandang atau terlalu sikit kupasan tentang 4 sikap cemerlang insan yang terhebat...

kasi suspen dulu......

tajuk ini juga akan saya bentangkan dalam seminar, kursus motivasi, team building serta table talk... insya allah....

wasalam

Monday, July 31, 2006

Akhirnya......komputer itu jatuh ke riba.......


salam buat semua......

syukur alhamdulillah.... akhirnya komputer itu jatuh ke riba saya....
setelah sekian lama saya menanti & terus berusaha.....

berapa tahun tunggu yer????? :-) .....adalah....

tapi usaha kena terus....
yakin wajib ada....
jangan keluh jangan resah....
matlamat kena jelas....
baru perjalanan dipermudahkan....

harap terus dapat terus memanjang-manjang apa yang diAnugerahkan olehNYA....
serta menyampaikan apa yg dipesan......walau sepatah ayat.....

wasalam

Friday, July 28, 2006

Sebab Apa Jadi 'Tension'?


salam semua....

hari nak cerita pasal tension.... sebab apa kita jadi tension... atau pasal apa kita tension memanjang..

sepatutnya mengikut hukum akal serta perjalanan dunia ini..... ianya harus berjalan dengan baik..teratur di atas rancangannya yg tersendiri.... perjalanan yg terancang inilah membuatkan seluruh cakerawala berjalan dgn baik mengikut paksi masing-masing dan tergantung di angkasa lepas sehingga kiamat kelak...

utk skop yg lebih kecil...kita melihat kepada diri kita sendiri..... seharusnya perjalanan hidup kita ini beredar dengan cukup baik atau baik.... tiada sebarang gangguan samada dalam bentuk emosi, mental & fizikal...

tension timbul apabila ada himpitan perasaan atau emosi.... tidak himpitan fizikal kerana himpitan fizikal akan hanya menyebabkan kesan-kesan kesakitan serta parut-parut sahaja....

himpitan emosi atau tekanan atau himpitan perasaan boleh kita elakkan....& sewajarnya kita hindari.... kerana ianya adalah faktor penyumbang gangguan dalam hidup....

emosi & perasaan adalah benda 'ghaib'....yg tidak kita boleh pegang tetapi boleh kita rasai.... selagi kita bernafas di dunia ini...selagi itu kita akan rasai perjalanan emosi serta perasaan itu....

seseorang manusia akan tewas apabila dia tunduk kepada kehendak emosi & perasaan....
seseorang manusia akan hilang kawalan ke atas dirinya apabila dirinya alah kepada tekanan emosi & perasaan...

bagaimana kita hendak melawan 'nafsu' serta syaitan yang ghaib sedangkan kita sendiri alah dengan emosi & perasaan?

bolehkah kita mengawal perkara ghaib itu sedangkan kita ini tidak ghaib?.... sebenarnya boleh....

kita boleh mengawal 3 perkara sekali gus.... pertama minda @ mental, fizikal @ tubuhbadan serta spiritual...

kita boleh mengawal ketiga-tiga perkara tersebut dan memastikannya bergerak seiring....& kita juga yang boleh membuatkan ketiga-tiganya 'berberantakan' tidak sekata....

kalau boleh bergerak seiring..... anda seorang yang 'superb'....
kalau sesekali tergelincir.......... anda perlukan lagi latihan.... latihan paling asas ialah jujur ke atas diri sendiri....

tension juga berlaku apabila kita 'tidak bersedia' menerima satu-satu perkara atau keputusan atau kejadian atau situasi.... cth... seorang pelajar yg tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan..... apa akan jadi kepada beliau?.... sudah tentu...hidupnya tidak keruan..... sudah tentu dirinya berada dalam tekanan.... sehinggakan..apabila tiada tekanan dari pihak ketiga (ibubapa, guru dsbnya...)...diri beliau yang sendiri meletakkan tekanan keatas diri sendiri........ (trauma....)

cuba kita lihat seorang pelajar yang besedia utk menduduki peperiksaan.... sgt berbeza sekali dgn pelajar di atas...... tiada tension...relax....tenang..... happy go lucky.... redho......
inilah yg dikatakan 'fantastic'!.......

so?..... hidup tanpa tension adalah kehidupan seseorang yang bersedia.... luar & dalam..... termasuklah bersedia utk mati..... bersedia utk cabaran yang lebih tinggi.... bersedia utk memajukan diri.... bersedia utk menjawab soalan kubur...... bersedia utk dibicarakan pada mahkamah mahsyar nanti.......

adakah kita sudah bersedia?..... harapnya 'ya'......
kalau belum bersedia.......... saya amat pasti anda seorang yang sentiasa dibelenggu.....'tension'....& 'ketensionan memanjang'....... sentisa murung...tiada semangat..... hidup layu...... tiada matlamat & objektif......

jangan jadi begitu........

jumpa lagi....

Tuesday, July 25, 2006

tak sedar : suami dayus....isteri nusyus.....


salam buat semua.....

kisah masyarakat byk mengambil perhatian saya...
bukan aper...walaupun ianya 'real' & benar-benar berlaku...namun kebanyakannya adalah natijah dari 'kedua tangan' kita sendiri....

sedar tak sedar....ramai dari kalangan suami yang benar-benar dayus.... dalamana si isteri pula sering nusyuz.... perkara ini berlaku sehinggakan ianya sudah jadi 'tegal dek biasa'...walaupun sudah berkali kali 'alah bisa'...setiap hari...

sejauh mana kita boleh lepas pandang...
sejauh mana kita boleh buat 'donno'......

suami tetap suami...
isteri tetap isteri.....

ada undang-undang yang terpateri dalam hubungan halal itu.... undang-undang yang mengawal perjalanan hubungan itu agar ianya kekal berada di tempatnya dan menjadi 'do & don'ts' antara satu sama lain....

suami dayus kerna gagal....
isteri nusyus juga kerana gagal....

gagal?.... ya gagal dalam memahami kehendak perkahwinan itu.... gagal dalam memahami kehendak diri sendiri....gagal dalam menakhodai kapal yang belayar.... gagal dalam mencari titik kesamaan..... gagal dalam melakukan pengorbanan.... gagal dalam menuju matlamat perhubungan....

apa ubatnya?..... ada ubat utk kegagalan itu..... ubatnya ialah menerima keadaan dengan redho & insaf.... memulakan semula perjalanan dengan pengalaman berharga di dada..... kedua-dua belah pihak perlu lakukan ini.... jika hanya satu pihak sahaja..... 'reconcilation' ini akan menempuh jalan kegagalan....ataupun 'deadlock'...

suami ok...isteri nusyus...... suami & isteri kena bekerjasama untuk kembali...
suami dayus...isteri ok........ suami & isteri kena bekerjasama untuk kembali...

selagi di situ masih ada ruang utk kebaikan...maka usahakanlah ianya..kerana ianya disertai dengan Rahmat Allah....
walau besar manapun dugaan.... insya Allah...usaha itu diberkati....

tiada apa yang perlu dimalukan...
tiada apa yg perlu disegankan.....

lontar ego itu jauh-jauh demi kebahagiaan hubungan itu......

wasalam

Sunday, July 23, 2006

berjaya dunia & akhirat....



salam semua....

camner nak berjaya di dunia & akhirat yer?

kita selalu dengar...."kalau kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita....tapi kalau kita kejar dunia, akhirat akan tinggal kita...."

"sa miaqna....wa atoqna...."
bukan "sa miaqna...wa asoina.."

"kami dgr, kami patuh....."
bukan "kami dgr, kami bantah...."

buat baik dpt pahala...
buat jahat dpt dosa....

'dosa pahala' itu perkara akhirat....selagi kita bertimbang-timbang atas 2 perkara itu.....kita masih mengejar akhirat.....insya allah....

kejarlah selaju mungkin kerana masa tidak selalu bersama kita...

...yakinlah....
...ikhlaslah....
...redholah....

Thursday, July 20, 2006

Solat: Benteng Awal & Akhir.....


salam.....

'sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari berbuat pekerjaan yg keji & mungkar. ...'

pernah dengar ayat di atas? mesti pernah, malah selalu bermain ditelinga kita.....

mengapa solat? bukan puasa, zakat serta haji atau lain-lain?

kerana solatlah salah satunya ibadah khusus yg kita lakukan dlm menzahirkan betapa kita ini adalah hamba-hamba yg pasrah, tidak bermaya, sgt lemah serta memerlukan bantuan Allah setiap detik & ketika.....

solat yg dilakukan dgn sempurna akan beroleh khusyuk...insya allah

solat yg dilakukan dgn sambil lewa akan dijanjikan dgn azab api neraka....

pentingnya solat dlm diri kita itu diibaratkan sebagai 'tiang agama'.... tiada solat maka tiada tiang...tiada tiang maka runtuhlah segala apa yg kita bina...

perangkap dlm solat ialah apabila solat itu menjadi budaya....dilakukan sekadar syarat....ibarat mengalirkan air di daun keladi.... tiada kesan selepasnya...

solat yg sempurna akan memberikan kekhusyukan & kesan....memberi tenaga baru ...memberi semangat baru.....ibarat bateri yg baru dicaj.... bertenaga!

dari kekhusyukan & tenaga itu, maka diri kita akan diselaputi oleh medan2 aura positif yg akan menghindar segala perbuatan keji & mungkar yg dtg dari luar...

bagaimana pula yg dtg dari dalam diri sendiri?.... ada caranya....

langkah pertama...jagalah solat kita..... 'improvise'....serius.....ikhlas.....tenang......yakin......

jumpa lagi....

Friday, July 14, 2006

Angin Senja di 'Toronto' @ Tronoh.... :-)


salam semua....

dah hampir seminggu berada di tronoh....

akhirnya....alhamdulillah, exhibition 'Culture of Excellence in the Islamic World selamat dirasmi Paduka Seri Sultan Azlan Shah....sebaik solat Jumaat tadi....

rasa letih, jerih, payah hilang begitu sahaja apabila Sultan Azlan begitu berminat dengan galeri serta kandungannya....

dalam duduk-duduk petang tadi mengadap bangunan 'Dewan Pameran' di UTP yg kami bina dalam tempoh 1 bulan serta menyediakan 'isi kandungannya'..... matahari senja melabuhkan sauhnya perlahan-lahan.....

fikiran melayang jauh.....

gambaran anak isteri segera menjelma...
bayangan meja di pejabat sesekali muncul....
forum-forum serta blog yg ditinggalkan menggamit jemari....

ya.....ya....i'll be back!

kita jumpa minggu depan....

tiba-tiba alunan lagu 'angin senja' bermain di telinga....

angin senja....
yg membelai....
keheningan.....
desa permai....

...........zzzzzzz (terlena di bench yg mengadap 'hasil peluh' sebulan yg penuh dgn turun naik emosi, himpitan mental serta regangan fizikal)

...hanya Allah Maha Mengetahui....

wasalam

Thursday, July 13, 2006

Culture of Excellence in The Islamic World...


salam.....

sejak sabtu lepas saya duduk berkampung di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak...

'biological clock' saya terus berubah 360°.....

apa taknya..... setiap malam tidur pukul 4 pagi....menyiapkan 'material' utk pameran atas...

rindu utk menulis tak terkata....

apa nak buat....dah tugas..

tengoklah...sehari dua kalau ada kesempatan saya menulis....

jumpa lagi...insya allah...

wasalam...

Thursday, July 06, 2006

Diri Kita : Sebutir Pasir atau Sebentuk Permata?

salam...

seringkali berlegar-legar pesan rasulullah......'umatku di akhir zaman nanti ibarat sebutir pasir di pantai yang luas.....tiada bermaya & bertenaga.....jumlahnya terlalu banyak namun...tiada mampu untuk menghadapi setiap hamburan ombak.....'

pasirkah kita?.....kita pasti ada jawapannya dalam diri....

namun......sejauh mana mata memandang di tepian pantai itu......akan pasti ada kilauan-kilauan dicelah-celah pepasir yg melata itu....

adakah kilauan itu kilauan kaca?....atau kilauan permata?.....

pasir tetap pasir....permata tetap permata....
pasir tidak akan berubah menjadi permata...
dan permata tidak akan jadi pasir......

namun permata perlulah digilap....... tanpa gilapan...sinarnya tidak menyerlah...ianya malap sehinggalah ke akhir hari nanti..... tiada siapa yang tahu...ianya permata...... tanpa dia mengambil tahu akan dirinya......

berbahagialah mereka yang tahu & mengambil tahu..... berusaha menggilap diri sendiri...yang sudah cukup serba-serbi.....

celakalah mereka yang lalai leka & bermain dengan nafsu duniawi...... tidak mahu mengambil peduli akan apa yg terbentang dihadapan mata mereka..... sedang mereka itu senantiasa mengharap ehsan allah...mengharap oksijen 'free'....mengharap 'nasib' baik.......

betulkah kita ini permata?.......

telah diberitahu zaman berzaman...... musuh diri kita adalah hawa nafsu kita sendiri.....
di mana letaknya hawa nafsu kita?...... di dalam diri kita sendiri.... bukan di dalam diri orang lain.....

telah kita ketahui.....dalam peperangan ada menang & ada kalah...... pihak yang menang sudah tentunya melakukan persediaan yang cukup berbanding dengan pihak yang kalah.... kerana tiada faktor 'nasib' dalam islam....

musuh kita telah kita ketahui......
adakah kita mengambil tahu?.....atau sengaja buat-buat tak tahu......?
musuh fizikal kita boleh nampak dengan mata kasar.....
tapi tidak dengan hawa nafsu.......ianya datang dalam bentuk yang kita tidak nampak.....

musuh fizikal kita boleh cantas atau tembak....
bagaimana pula dengan nafsu itu?.....

kita ada senjata sulit utk memerangi nafsu itu...... ianya telah tersedia dalam diri..... hanya kita yang enggan mengambil tahu atau mengambil peduli.....

apa itu iman?
apa itu islam?
apa itu ehsan?

soalan 'basic' sebelum pergi lebih jauh......

apa itu rukun islam?
apa itu rukun iman?

soalan 'basic' sebelum kita melangkah menjadi mukmin.....

kita perlu beriman dahulu sebelum menjadi islam......jika kita tidak beriman atau menolak salah satu dari rukun iman.....kita bukan islam..... kerana jika kita mengaku kita islam sedangkan kita tidak beriman........maka....kitalah pasir-pasir di tepi pantai itu......hanya tinggal nama......itu sudah 'confirm'.......

nak tanya lagi.......awak pasir atau permata?....

wasalam

Wednesday, July 05, 2006

suami curang : salah siapa?

salam....

topik ni boleh dikatakan topik yg hangat jugak....seringkali....malah selalu....sehinggakan boleh kita katakan ianya satu 'fobia' bagi pasangan yg berumahtangga...

mengapa suami curang?

antara sebab musababnya ialah...
1. suami gagal mengawal diri sendiri
2. suami 'hilang punca' & arah dlm mengemudi rumahtangga
3. suami ada 'inferiority complex'
4. suami terlalu berahsia & tidak 'open' dgn isteri serta keluarga
5. suami 'kurang agama' & tak mahu belajar
6. suami 'lepas tangan' kerana isteri nampak 'independent'
7. suami dibayangi 'keperkasaan' isteri
8. suami menganggap isteri sebagai 'rival' dlm hidup

& byk lagi sebabnya.... namun 8 sebab di atas adalah punca-punca yg 'common' dlm kecurangan yg berlaku....

saya masih berpendapat bahawa punca suami curang adalah kerana diri suami itu sendiri....

namun para isteri yg dicurangi boleh mengambil beberapa langkah awalan dalam membendung & mencantas para suami yg 'nampak gaya' macam nak curang......

so salah siapa?.........salah suami anda....

wasalam

Sunday, July 02, 2006

bahagia : biarlah 'real'.....

salam....

antara perkara yg melibatkan soal hati & perasaan ialah bahagia....

ada orang benar benar mengecapi kebahagiaan 'hampir 100%' dln hidup mereka....
ada orang yg merasa 'sekali-sekala' aja kebahagiaan dlm perjalanan hidup mereka...

selebihnya?.....berpura-pura bahagia......
patut ker kita pura-pura bahagia?

jawapannya ialah tidak patut!
sebab?
kita dilahirkan kedunia ini bukan utk derita.....
kita dilahirkan kedunia untuk menikmati alam semesta ini, mengecapi keindahannya, menghayati perjalanannya....

apabila seseorang itu gagal mengecapi kebahagiaan....ada di antara mereka malah kebanyakannya akan cuba 'berlakon' atau berpura-pura bahagia....
malah, tidak kurang juga yg menyalahkan pihak lain..... juga terdapat 'fatwa-fatwa songsang' yg berbunyi 'aku dilahirkan utk membahagiakan org lain....biarlah aku menderita....asalkan dia@mereka bahagia....'

'fatwa songsang' itu sebenarnya secara 'halus' sudah membuat kita 'kufur' nikmat kerana di dlmnya terkandung rasa@sifat putus asa.... yg mana kita tahu, putus asa itu adalah sifat yg dibenci Allah....

'berbahagialah mereka-mereka yg beriman.....'

'berilah berita-berita gembira kpd mereka yg beriman....'

apa hikmahnya?

hikmahnya->org beriman itu bahagia.... bahagia yg 'real'....bukan buat-buat atau 'lari' dari realiti....

bagaimana nak kecapi bahagia yg real?.....jwpnnya ada dlm diri anda......so?....tak payahlah menipu diri sendiri...... & jgnlah cari selain Allah utk menuju kebahagiaan hakiki.....kerana, selain Allah itu adalah nafsu serta syaitan....

wasalam

'nasib' england terhenti...

salam...

baru aje menyaksikan 'nasib' pasukan bolasepak england 'ternoktah' di tangan pasukan portugal...

cerita pasal 'nasib'...sebenarnya tiada dlm islam....

cerita 'nasib' ini ibarat kita berjudi... maka judi adalah haram & berserah pd nasib juga tiada dlm agama...

so? apa yg ada? yg ada ialah 'rezeki'....

jadi? jadi pasukan england tiada 'rezeki' setakat mlm ni....

kerana Allah->usaha->doa->bersungguh->tawaqal->redho->rezeki@tiada rezeki=redho

begitulah 'setting' yg harus kita lakukan...

setting apa?.....setting niat di hati, lafazan di mulut & perlakuan oleh anggota tubuh.....mesti disetkan & seiring.....

baru boleh redho 'all the way'...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails