Wednesday, February 07, 2007

Keluarlah Dari Tempurung....


salam semua...

sampai bila kita harus duduk di bawah tempurung?
kenapa kita sanggup membiarkan pemikiran kita terus sempit?
mengapa kita 'macam seronok' membiarkan diri kita terus berada di bawah tempurung?

cerita sana-sini berdegar-degar perihal 'membina negara'...
tapi pada hakikatnya, mentaliti masih di kelas bawah tempurung...

saya bercakap pasal pemikiran....belum lagi pasal agama yang kita anuti...

mendengar berita dan menyampaikannya semula adalah dua perkara yang berbeza...
berita yang didengar hendaklah diperhalusi serta dipertajamkan pemahamannya sebelum kita menyampaikan....

itu satu contoh.....

dalam satu topik di web saya (al-insan village : corporate viewers) ada cerita pasal misintrepretation.... akibat salah faham dan salah terjemah.. maka hiroshima dan nagasaki di bom...

keluar dari tempurung dan luaskan minda....
lihat dunia dan perbanyakkan bacaan serta perbincangan....

kalau saya kata perbuatan keluar dari tempurung itu merupakan satu 'jihad'... apa kata anda?.....

apapun, pastikan esok lebih baik dari hari ini...dan sudah tentu hari ini mesti lebih baik dari semalam...

wasalam

Saturday, February 03, 2007

Maaf kerana sibuk dengan SCA


salam buat semua....

makin lama makin susah nak menyelit masa buat posting di sini...
maaflah kerana saya sibuk dengan kerja-kerja di firma latihan saya, Strategic Corporate Alliance Sdn Bhd atau SCA...

anda dijemput untuk masuk ke websitenya www.sca-insan.com

di sana anda boleh masuk ke forum untuk berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan dan tip-tip sesama kita.

juga turut serta di sana ialah sahabat 'trainer' saya, bro. nor azman dan bro. suhaimi sulaiman..... azman ialah pakar EQ dan stress management.... manakala suhaimi sulaiman...(iyer..suhaimi sulaiman tv3 tu.....) ialah expert dalam media, komunikasi dan paling expert dalam 'branding' dan 're branding'.....

jemput ke sana....and have a cup of tea with them...

insya Allah dalam bulan ni 'lega' lah sikit untuk posting....tapi...hanya Allah jua Maha Mengetahui...

Wednesday, January 31, 2007

Cikgu Shaari....



salam semua....

ingat cikgu shaari?

mesti ingat kut....

cikgu shaari yang kahwin dengan 'perempuan kabaret'...
alah cikgu yang 'cikgu suka main bola..hari-hari cikgu main bola......'... cikgu dah tidur.....

bukan aper...saya selalu lalu di MRR2.... dan lalu didepan sekolah yang P.Ramlee buat shooting utk filem 'Masam-Masam Manis'....

ingat 'padi malinjer'?....

sorilah kalau tak ingat.....sebab saya ni 'fan' P.Ramlee.....

anyway hari tu saya ke pekan dan singgah di satu mini market, terlihat saya satu tin biskut yang ada gambar Allahyarham.... titlenya Tan Sri Dr. P. Ramlee....

mmm....saya terfikir dari mana P.Ramlee dapat doktorate?....
apapun... saya setuju dia dapat doktor... sebab dia memang layak....kerana mendahului zamannya.....

payahkan nak dapat macam P.Ramlee sekarang....tidak kiralah bidang aper pun.... payah nak dapat pemikir, pengiat dan pengamal sesuatu bidang yang mendahului zaman...

sebab?.... sebab kita berada di zon selesa....sangat selesa....yang penuh dengan 'gelombang' rancangan realiti.....

tah aper aper tah.....

wasalam

Sunday, January 28, 2007

Tewas Tapi Syabas buat Pasukan Bolasepak Malaysia..




salam semua...

malam tadi saya bersama anak saya amirul aizat menyaksikan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua di antara pasukan Malaysia dan pasukan singapura...

keputusannya, malaysia tewas kepada pasukan singapura dengan sepakan penalti (4-5).

walaupun tewas, kami dapat saksikan mutu permainan pemain-pemain malaysia semakin meningkat dan wajar diberikan pujian.

saya ok dengan prestasi mereka sebab?....sebab mereka telah meletakkan sasaran untuk ke separuh akhir..... dari segi metafiziknya, energi mereka semua (pemain & team termasuk jurulatih pasukan malaysia hanya ke setakat separuh akhir sahaja.... apa sahaja yg lebih itu merupakan 'bonus' buat mereka....

oklah tu....nak wat camner....

lain kali kalau cerita letak sasaran...letaklah tinggi sikit....atau letak terus untuk jadi johan... bukan 'alah kalau dapat masuk semi pun cukup lah....'.. sebab kalau Allah makbulkan doa kita iaitu kita masuk 'semi'..pastu kalah...kita jadi 'frust' maka kita sebenarnya telah menzalimi diri kita sendiri.... sebab?... kita minta masuk 'semi'....Allah makbullah sampai 'semi'....

anyway..... sekali lagi syabas buat team footbal malaysia... dan saya yakin barisan muda pemain akan membuka lembaran-lembaran sejarah kejayaan yg baru buat masa depan bolasepak malaysia....

tahniah...& wasalam....

Monday, January 22, 2007

Bersama asnaf di pantai remis

salam semua,

jumaat, sabtu dan ahad lepas saya ada di pantai remis, kuala selangor.
apa acaranya?....kursus anjuran lembaga zakat selangor berjudul Hijrahku dalam modul Bina Insan.
seramai 50 orang yang hadir utk kursus ini.









cabaran?... antara cabarannya ialah hampir separuh dari mereka buta huruf.
cabaran?... membawa mereka untuk keluar dari kehidupan 'bawah tempurung' dan bebas terbang seperti helang....
cabaran?... membawa mereka utk sama-sama melakukan 'qiam al lail'...solat taubat, tahajjud dan hajat' serta sujud syukur....

kepuasan?... alhamdulillah....puas melihat kesungguhan mereka...
kepuasan?... dapat merasa 'kerang bakar' RM4 sebakul di sana.... :-)
kepuasan?... perjalanan kursus @ program dipermudahkan oleh Al-Khaliq....

matlamat?... tak mahu jumpa mereka lagi tahun depan..(maksudnya, mereka telah keluar dari kepompong kemiskinan melarat ini..)
matlamat?... terus berdakwah & terus berdakwah...hanya kerana Allah Ta ala...

wasalam

Friday, January 19, 2007

Nasihat Buat Majlis Guru Besar

salam semua...

membaca akhbar pagi ini, saya tertarik kepada saranan 'Majlis Guru Besar' iaitu memansuhkan UPSR.

alasan utama ialah UPSR tidak membantu dalam mewujudkan sahsiah para pelajar.

apa ini? cakap boleh cakap... beri saranan boleh beri saranan tetapi biarlah berfikiran 'kelas pertama' bukan mempunyai minda kelas ketiga...

apa dia 'fikiran kelas pertama' itu?

fikiran itu ialah, bila kita beri saranan kenalah beri cadangan...

kalau cakap pasal masalah, semua orang boleh cakap... ada banyak masalah dekat johor tu yg sedang di landa banjir...

so kalau mansuh UPSR, nak ganti dengan aper?

saya lulusan Ujian Penilaian Darjah 5 dengan keputusan 5A dan dengan keputusan itu saya ke sekolah berasrama penuh...

di sekolah ber asrama penuhlah 'sahsiah' saya dibentuk....

apalah sangat 'bebudak' sekolah rendah tu nak pikir selain dari main, main dan main...

ikutlah saranan Rasulullah dalam membimbing anak-anak....
jgn ikut kepala sendiri sahaja....

apa yg kita rancang sekarang ini akan memberi kesannya 10, 15 tahun akan datang...
fikir-fikirkanlah....

jangan main lepas kita ajer dan apa nak jadi dengan anak-anak kemudian hari lantaklah.... jgn sesekali begitu....

fikir atas iman & amal
fikir atas kefahaman & keyakinan

jgn main terjah ajer....kalau nak main terjah..jadi wartawan 'Melodi TV3'...

wasalam

Ahlan Wa Sahlan 1428H...




ku renung ke langit ku lihat wajah MU
ku redah kehidupan menyaksikan MU
ku kecapi nikmat hayat ini hanya kerana MU
dari sana ku datang
ke sana jua akan ku kembali

aku pohon KAU menerima ku sebagaimana KAU menerima ku

buat rakan semua, jauh sudah kita mengembara
buat rakan semua, marilah kita bersama

bersama menuju ke hakikat pengabdian
bersama menyakini hakikat pengabdian

dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali

salam Maal Hijriah buat semua

Tuesday, January 16, 2007

Bila isteri mimpi saya kahwin lagi....

Erra Fazira dlm 'Cinta Kolestrol'...


salam...

ada sehari dalam minggu lepas isteri saya panik apabila bangun dari tidur...
berpeluh-peluh bila dia bangun, dan dilihat saya masih di sisi....

dia tanya saya,....nak tahu tak apa yg dia mimpi?
saya kata 'boleh jugak'.... tapi dalam pada itu dia tergelak besar...dan terus ketawa tak berhenti-henti...

saya tanya lagi kehairanan...kenapa gelak ni?...

lepas 10 minit geli hatinya lega...baru dia cerita, dia kata malam tadi dia mimpi saya berkahwin satu lagi....akibatnya 'perang besar'...!!! dan dia marah saya kenapa saya tak beritahu dia yang saya kahwin lagi satu....

saya pun tanya....cantik ker isteri saya tu?... ada macam Erra Fazira?...

dia terus gelak lagi.....
saya terus hairan....???

dia kata yg 'best part' mimpi tu..... dia hairan kenapa dia nak 'hot' semacam...
saya tanya lagi apasal awak tak patut 'hot'???

isteri saya kata...dalam mimpi tu dia lah yg jadi 'isteri muda' saya...

Laaa..... gamaknya......

lepas 5 minit....saya beritahu beliau.... Alhamdulillah...awak diberi Allah untuk merasai bagaimana rasanya perasaan isteri pertama dan juga dalam masa yang sama perasaan isteri kedua......dalam satu mimpi yang membuatkan awak berpeluh-peluh....

buatlah solat taubat dan sujud syukur....

insya Allah awak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang yakin lagi memahami....

wasalam

Mencari 'Driver' ke arah kecemerlangan....



salam semua....

nak tanya sikit..... siapa atau apa yang menjadi 'driver' awak selama ini yang membuatkan awak bersemangat untuk melonjak kehadapan untuk terus berjaya?

tak kisahlah siapa atau apa, yang penting 'ia' merupakan 'de factor' dalam diri yang memberi semangat dan bukannya 'pulling factor' yang menarik awak ke bawah...

dalam research saya, pasangan (suami atau isteri) bukanlah 'de factor'...
dalam research saya juga, teman wanita, kereta mewah, rumah banglo, posisi kerjaya adalah antara 'de factor' seseorang itu melonjak ke hadapan untuk berjaya dengan cemerlang....

pelikkan.... suami atau isteri bukanlah 'de factor'.... ye pelik tapi benar....

so?...adakah kita dah ada driver?
so?...adakah kita pulling factor?

sendiri jawab...

wasalam

Doa Buat Mangsa Banjir...



Salam...

Setakat saya menulis ini, mangsa banjir yang dipindahkan masih berada sekitar 100,000 mangsa. Doa saya buat mereka ialah mereka terus bersabar dan melakukan solat-solat taubat serta hajat agar dipermudahkan segala urusan ini.

Sesungguhnya setiap peristiwa itu ada hikmahnya biar se'dahsyat' manapun ia berlaku, pasti ada pengajaran yang Allah beri buat hambaNYA...

Cuma yang membezakan ialah, mereka-mereka yang yakin, faham serta bertaqwa yakni redho atas ketentuanNYA dan mereka-mereka yang putus asa, terpaksa redho, marah dsbnya...

'what a thin blue line'....

wasalam

Monday, January 08, 2007

Kahwin Lagi Satu kerana Takut Berzina....



salam semua....

lebih 70% suami yang berkahwin lain adalah kerana mereka 'takut' untuk melakukan zina.

dan lebih 80% dari mereka 'terbongkar rahsia' setelah setahun berkahwin.

berikut adalah hasil dari soal selidik yang dijalankan oleh satu badan bukan kerajaan dalam usaha untuk mengenal pasti 'kesan', 'sebab' atau 'punca' poligami berlaku di dalam masyarakat.

sewaktu soal selidik ini itu hendak dijalankan, saya 'risau' 'takut-takut' hasilnya itu digunakan sebagai peluru berpandu untuk meletupkan sasaran-sasaran tertentu.

so bila lapuran yang dikeluarkan itu merujuk kepada peratusan di atas.... saya pun 'release' sikit...bukan aper, masih ada iman yang tipis di dada...dan saya pasti kebanyakkannya sebenarnya bukan takut berzina...mereka takutkan Allah...

poligami?.... ramai rakan saya berpoligami; ada yang 'smooth sailing' dan ada yang bercerai berai serta berberantakkan.....

kalau tanya saya camner nak ok dalam poligami?...jawapan saya ialah....pokok pangkalnya pada hati...dan sedikit sangat perihal isu keadilan....(sebab saya sudah melihat betapa secara kasar seorang isteri kedua itu susah namun beliau bahagia dengan 'routine' 2 hari seminggu dan gembira dengan rumahnya yang ada 2 bilik)...

sebab hatilah yang menentukan segala-galanya...nak jadi baik pun dari hati..nak jadi tak baik pun dari hati....

ianya soal pengurusan hati..... sebab kalau tak mampu (berlaku adil) beristeri 2, 3 atau 4...memadailah atau cukuplah dengan satu.....

wasalam

Ferris Wheel & Visit Malaysia Year 2007




salam buat semua...

2007; seperti yang semua dah tahu adalah Tahun Melawat Malaysia....

saya sempat menyaksikan aksi-aksi 'hebat' peluncur-peluncur berkulit putih di Taman Tasik Titiwangsa sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 melalui kaca TV tempohari...

dalam masa yang sama 'Eyes On Malaysia' dirasmikan oleh YB Perdana Menteri.

tidak banya yang boleh saya katakan mengenai program perasmian itu, sebab 'caption' lintas lansung dari tasik itu pun agak gelap.... mungkin yang berada di sana 'meriah' kut...

'Roda Feri' yang 'disewa' itu harapnya akan mendatangkan pulangan modal serta membuat sedikit keuntungan dengan tambang sebanyak RM15 utk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak...

Malaysia menyambut Tahun Melawat Malaysia dengan 'pancutan' bungan api yang saya anggarkan bernilai ratusan ribu ringgit yang meletup tanpa irama.... dan dalam masa yang sama masih terdapat lebih kurang 15,000 mangsa banjir berada di tempat-tempat perpindahan di selatan tanahair terutamanya di Negeri Johor....

pagi ini bila baca akhbar, YB datuk Shahrizat merayu agar lebih ramai sukarelawan 'turun' ke Johor bagi membantu membersihkan kawasan-kawasan banjir dan dipohon lebih ramai lagi yang tampil memberi bantuan kepada mangsa...

dan di pantai timur, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran 'merah'; berbahaya dan berjaga-jaga untuk semua penduduk di sana kerana cuaca yang tidak menentu serta ribut yang akan datang bila-bila masa sahaja.....

dalam termanggu..... saya melihat langit... ya 'lately' ni langit agak suram... dan sudah tentu keadaan ini baik bagi kita semua....berdasarkan 'semua yang Allah jadikan itu baik'...dan sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian...

apapun...'Selamat Tahun Melawat Malaysia 2007'....

wasalam

Saturday, January 06, 2007

Sudahkah kita memberikan yang terbaik?

salam semua...

dalam kehidupan seharian, kita sering mengalami berbagai-bagai tugasan yang tidak berhenti-henti...dari kecil sehingglah mati...

namun, tugasan-tugasan itu antaranya membuahkan hasil yang 'cukup makan' sahaja.
mengapa boleh jadi cukup makan?
kat mana penilaian yang membuatkan kita sendiri merasakan ianya cukup makan?
tidak perlu kita mempertikaikan faktor-faktor luaran kerana dalam Islam tiada istilah menuding jari ke pada pihak lain kecuali ke pada diri sendiri sahaja...

sekerap mana kita melakukan muhasabah diri? setiap hari? setiap bulan atau setiap tahun? atau setiap kali kita dirundung 'malang'?

lakukanlah setiap tugasan dengan baik dan sesempurna yang mungkin... kerana meletakkan effort yang tinggi sering menjanjikan kesempurnaan dan hasil yang baik..

ada seorang rakan 'mat saleh' saya sering mengucapkan..."when we do the same thing, we will get the same result"...

jadi jika kita melakukan sesuatu perkara sekadar memberikan 40% sahaja tumpuan... sudah pasti resultnya pun sekitar 20% ke 30%... dan jgn sesekali mimpikan 100%....

so nak result 100% kenalah beri yang terbaik... sehingga tahap 150%.....

insya Allah, kesannya amat mendalam terutamanya terhadap diri sendiri....

selamat memberikan yang terbaik....

wasalam

Ilmu dan kepentingannya..

salam....

..."orang yang tidak berilmu di akhirat kelak akan disiksa oleh Allah sebelum orang-orang kafir yang menyembah berhala itu di siksa"

itu adalah petikan dari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bertugas di Masjid bandar Kinrara semalam.

betapa pentingnya ilmu di sisi Allah dan kesan ke atas kita yang sering menolak tepi ilmu-ilmu yang datang mengolek ataupun tidak.

"menuntut itu ilmu fardhu ke atas setiap umat Islam"
"tuntutlah ilmu itu dari buaian sehingga ke liang lahad"
"tuntutlah ilmu itu sehingga ke negeri Cina"

begitulah cerita perihal ilmu...

harapan saya, tahun ini, kita semua akan bersungguh-sungguh menambah dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pastikan ilmu itu baik dan boleh diamal serta di menafaatkan ke sekelian alam....

wasalam

Tuesday, January 02, 2007

Tahun 2007 = Tahun "Attitude Re Tuning Program"

salam semua...

Tahun 2007 ini adalah Tahun 'Attitude Re Tuning Program' atau ARP
apa itu ARP?

ARP ialah singkatan kepada Attitude Re Tuning Program, satu Program Pembentukan Sikap yang menggunakan nilai-nilai sikap cemerlang sebagai 'alatan' dalam proses untuk menghasilkan insan yang benar-benar bersikap cemerlang serta hebat malah mantap dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing.

ARP mula 'masuk' ke pasaran Malaysia pada penghujung Tahun 2006 dan kini, telah menerima banyak tempahan dari organisasi-organisasi yang mahukan setiap warga kerja mereka 'kemas & mantap' dengan sikap yang 'betul lagi cemerlang' dalam menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi.

ARP secara lansung akan melahirkan Modal Insan yang bersikap 'Ultra Positif' yang bersedia untuk menaiktaraf atau menambahisi ilmu di dada atau kepakaran diri dengan dorongan kekuatan dalaman diri. Ini sekali gus akan memberi kesan positif pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi, masyarakat serta negara.



















'Alatan' yang digunakan untuk Program ARP ini ialah Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah....

Ingin tahu lebih lanjut?.....

Bagi mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk mengalami, menyertai dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan ARP, bolehlah menghubungi STRATEGIC CORPORATE ALLIANCE SDN BHD dan pegawai yang berkenaan;

Talian Pejabat : 03-8070 4587
Saudara Shamsul Kamal : 019-292 4274
Saudara Fahmi Taib : 016-634 5489

wasalam

Sunday, December 31, 2006

Salam Tahun Baru Masihi 2007....




salam semua...

masa saya menulis ni..kurang lebih 40 minit lagi kita semua akan meredah masuk ke tahun baru masihi 2007...

kenapa saya kata meredah?... sebab rata-rata kita terpaksa untuk menerima tahun baru pada setiap tahun tanpa sebarang persediaan yang benar-benar sedia...

oleh itu tidak ramai yang berjaya dengan 'azam-azam separuh masak'.... azam yang hanya di'tukar kulit' sahaja...isinya masih sama...

iyelah..cth: azam nak kuruskan badan..hanya akan bertahan selama paling lama 3 bulan sahaja....pastu..semua belasah balik..silap haribulan, berat boleh jadi bertambah...

perlukah kita bersedia pada setiap akhir tahun sebelum tahun baru menjelma dengan berbagai azam dan perancangan yang teliti ataupun tidak?... perlukah?

atau kita sebenarnya perlu sentiasa bersedia tidak kiralah pada bila-bila masa...?

ketika ini saya teringat sepotong ayat "Berusahalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya"...

persoalan....

adakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh seolah kita akan hidup seribu tahun lagi.... berusaha bermati-matian dalam setiap apa yg kita kerjakan....(sudah pasti niatnya kerana Allah s.w.t....untuk jatuh ia menjadi ibadah @ wanusuki..)...

adakah kita sudah melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh yakni yakin dan faham akan apa yang kita kerjakan?.... sudahkah?...

kalau sudah...Alhamdulillah...
kalau belum...masih ada masa, insya Allah...

apapun...sama-samalah kita berdoa agar hari-hari mendatang nanti akan menyaksikan kita ini tergolong ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang yakin, faham serta beriman...yang tenang jiwanya....dan yang berusaha dengan penuh kesungguhan....serta dengan kehidupan yang seluruhnya dalam istilah 'wanusuki'....Lillah Hi Robbil Alameen...

wasalam

Saddam Hussien - Inna Lillah....



salam semua....

pagi tadi saya sempat menjengok berita dan antara slotnya ialah berita tentang bekas Presiden Iraq, Saddam Hussien yang dihukum gantung sampai mati...

"..sebaik selepas subuh, Saddam di bawa ke bilik gantung dan di tangannya ada kitab Al-Quran.." antara lapuran berita tersebut....

dan juga terdapat visual Saddam di sarung tali gantung dan mayatnya yang terbujur selepas meninggal dunia...

Iraq?.... ya Iraq terus huru-hara dengan pemerintahan baru yang hanya sekadar 'puppet' Amerika Syarikat...'puppet' yang membiarkan Amerika terus mengawal minyak Iraq...

saya terus teringat akan Afganistan... sebaik pemerintahan Afganistan ditumbangkan, rakyatnya terus kembali ke amalan lama iaitu membela kanak-kanak lelaki untuk memuaskan nafsu mereka... mereka terus 'bebas' memenuhi nafsu serakah yang hanya mampu di'kawal' oleh pemerintahan taliban....

orang arab dan kehidupan padang pasir, membuatkan mereka antara manusia yang agak kasar sedikit dari manusia lain... maka atas lumrah itu, mereka perlukan pemerintahan yang 'robust' yang boleh mengawal mereka luar dan dalam....

namun, pemerintah dan cara pemerintahan hanya pengisian 'jawatan'.... jika tidak disertakan dengan kasih sayang, dengan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.... siapa sahaja yg kita letakkan di atas sana.... serupa sahaja...

kembali kepada Iraq & Saddam....

saya juga sedikit sedih..dalam memenuhi kehendak Amerika, Saddam digantung pada hari-hari seluruh umat Islam akan menyambut 'Hari Raya Korban @ Eid Ul Adha'...

apa rasionalnya?.... Saddam seorang Sunni..sudah pasti para Shia' amat menanti hukuman ini.... bukankah Sunni & Shia juga umat Islam?....

Sorak Shia' tidak sekuat sorak George W. Bush Jr.
Sorak Shia' adalah tangisan Sunni...

Siapa yang akan terus bersorak? Sudah pasti George Bush dan kuncunya....
Berapa hari puak Shia' boleh terus bersorak...dan akhirnya akan menghadiahkan Al-Fatihah juga buat Saddam?....

Saya pernah duduk berbicara dengan seorang Mufti... saya ajukan pertanyaan tentang puak Shia' ini.... Beliau dengan tenang menyatakan, selagi mereka itu mengucap dua kalimah syahadah..selagi itu mereka Islam...dan untuk menghukum mereka sesat...jgn sesekali....

Begitulah Saddam...ya Beliau nampak kejam...sehingga membunuh beribu-ribu rakyatnya... dan saya pasti, di hujung hayatnya...jika beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat.... siapakah kita untuk mengatasi kekuasaan Allah untuk memberi pengampunan dan menerima taubatnya....

saya juga teringat kisah seorang lelaki yang membunuh ibu saudaranya di Arab Saudi... sehingga saat akhir, beliau tidak diampunkan oleh waris ibu saudaranya... namun setelah si pemancung mengangkat pedang utk melaksanakan tugasnya..bapa saudara yakni waris kepada ibu saudaranya dengan kuat mengucapkan "Aku waris si mati mengampunkan kamu"....

lelaki itu longlai dan merasakan mati hidup semula...(sila ikuti Mingguan Malaysia minggu lepas)....

begitulah indahnya hukuman Allah.... hanya waris yang berkuasa memberi ampun kepada pesalah....

Saddam?.... tiada siapakah yang mahu memaafkannya?....
Tiada sedikit jasakah dia?... saya tidak pasti.... namun, Iraq menerima pakai undang-undang Amerika...maka, hanya tali gantung 'Made In America' yang layak menjerut dan menamatkan riwayat seorang hamba Allah di subuh hari mantai Aidil Adha...

Al-Fatihah buat Saddam...

Eid Ul Adha....Korban = Pengorbanan...




salam semua...

alhamdulillah... seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia menyambut Eid Ul Adha dengan suasana penuh 'keredhoan'...redho kerana Eid Ul Adha ini sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan terbesar dalam sejarah...

kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim mendapat mimpi yang memerintahkan Baginda untuk menyembelih anak kesayangan beliau yakni Nabi Allah Ismail...

Nabi Allah Ismail pula apabila disampaikan berita akan perintah Allah melalui mimpi ayahnya Nabi Allah Ibrahim, terus redho dan menerima ketentuan itu lalu bersedia dan amat yakin sekali..."Laksanakanlah perintah itu ya Rasul Allah, ayah ku...nescaya kamu akan mendapati aku berada dalam golongan mereka-mereka yang sabar..."kata Nabi Allah Ismail...

Tiada 'ek' tiada 'ah'..tiada 'yer ker'...dsbnya..... semuanya atas 'Samiaqna Wa atoqna...'.."Kami dengar Kami Patuh"...

itulah kisah pengorbanan paling besar yang menjadi contoh kepada setiap umat manusia khususnya umat Islam...

adakah kita sudah diuji sedemikian?...adakah kita sudah diuji sedahsyat demikian?..

wallah hu aklam....

ujian atas iman yang paling baik ialah..apabila kita sanggup berpisah dengan apa yg kita sayang...atau paling sayang...

kalau kita benar-benar redho....insya Allah...Allah akan memberi ganti kepada pengorbanan kita itu... sebagaimana Allah mengantikan Nabi Allah Ismail kepada satu haiwan @ kibas yang begitu baik, tegap dan sihat... sebagai tanda kebesaran Allah dan sebagai hadiah bagi umatNYA yang beriman...

begitulah.....

untuk hebat kita perlu berkorban...
untuk bahagia kita perlu berkorban...

korban harta, jiwa serta perasaan....

yakinlah...Allah akan mengantikan kita kepada perkara yang lebih baik apabila kita benar-benar fahami & yakini serta redhoi makna korban atau pengorbanan kita itu...apatah lagi ianya memang dituntut oleh Pencipta kita...

salam aidil adha buat semua...di mana sahaja anda berada...

wasalam

Saturday, December 30, 2006

Bila Line Internet 'Kong Ka Li Kong'...

salam....

kelam kabut dunia sebelah sini apabila berlaku 'earthquake' di dasar laut Taiwan tempohari....

para bloggers & forumers semuanya...menggeletar..bukan sebab aper..sebab tangan menggigil tak dapat menulis....

saya sendiri yg menggunakan khidmat talian DiGi dengan EDGEnya mengalami gangguan dan telah pun dipohon maaf dari operator telefon tersebut kerana berlaku gangguan sesekali....sesekala...

apapun...beginilah keadaan manusia akhir zaman.... rasa macam dah 'sophisticated' rupanya terlalu 'fragile' dan mudah pecah bila terhempas.... so istilahnya?... terlalu tidak 'independent'......

apapun... line akan ok sepenuhnya dalam masa 3 - 4 minggu.... dan saya menjangkakan negara India akan menggunakan 'bencana' ini dengan mempromosi 'tapak' server di negara tersebut....

Malaysia, Singapura, Indonesia?.... payah kut sebab kedudukan negara yang terletak di garisan gempa yang amat tidak stabil untuk kabel dasar laut.... dan berbagai lagi...

esok Eid Ul Adha.....

salam Eid Ul Adha dari saya buat awak semua....

wasalam

Sunday, December 24, 2006

Selamat Hari Natal...



buat semua rakan saya serta masyarakat Malaysia yang menganut Agama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal buat anda dan keluarga tidak kira di mana jua anda berada...

semoga Allah memberi taufiq, hidayah, rahmat serta petunjukNYA....insya Allah

Saturday, December 23, 2006

Oh Tuhan....

Oh Tuhan....
Aku tahu Engkau memerhatikan...
Aku tahu Engkau Maha Mengetahui...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihi...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihani...

Oh Tuhan...
Telah banyak dosa yang aku lakukan...
Telah banyak kezaliman yang aku lakukan...
Telah banyak kemungkaran yang aku lakukan...
Telah banyak kebinasaan yang aku lakukan...

Oh Tuhan...
Ampunilah segala dosa-dosaku...
Terimalah semua taubat-taubatku...

Oh Tuhan...
Aku tahu Engkau tetap dengan janji-janjiMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan masa-masaMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan azab-azabMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan rahmat-rahmatMU...

Oh Tuhan...
Berilah ketenangan kepadaku...
Berilah rahmat kepadaku...
Berilah kemudahan kepadaku...
Berilah petunjuk kepadaku...

Oh Tuhan...
Akulah hambaMU...

Air Terus Naik..."Banjir Makin Teruk"....



salam semua....

semasa saya menulis ini, jumlah mangsa banjir yang telah di pindahkan meningkat kepada 80,000 mangsa...

lihat gambar di atas.... gambar terakhir saya lihat sebegini ialah semasa foto-foto tsunami di acheh...

cuma bezanya..... tiada ombak....

habis semua....

simpati kepada mangsa... doa saya mereka semua selamat dan tabah menghadapi situasi sebegini... banyak hikmahnya....

antaranya ialah...Allah mampu dan sangat-sangat berkuasa untuk melakukan segala-galanya... dan segala perancangan manusia itu hanyalah sekelumit zarrah sahaja...

pemanasan global?...taufan...? iklim luarbiasa?.... itu hanya istilah ciptaan manusia..yang telah termaktub di dalam Al-Quran....

cuma ketahuilah..di saat ini, Allah melihat dan menanti di mana antara hambaNYA yang terus yakin, faham dan semestinya REDHO dengan ketentuan.... REDHO dengan sebenar-benar REDHO...REDHO dari segi niat, lafaz dan perbuatan..... REDHO yang total...

wasalam

Friday, December 22, 2006

Banjir ke Tsunami Tanpa Ombak?



salam semua...

setakat ini berita 'banjir' yang berlaku di selatan tanah air tiada khabar beransur surut...cuma di JB sahaja 4000 mangsa telah kembali semula ke kediaman masing-masing...

'in-total' banjir di seluruh negara telah menyaksikan lebih kurang 30,000 telah dipindahkan ke tempat-tempat selamat...dan angka ini tidak termasuk yang tidur atas bumbung rumah selama berhari-hari dengan berbekalkan keropok & maggie mee...

apapun... selepas saya melihat visual melalui berita di tv semalam....

hati saya hanya mampu berbisik.....ini bukan banjir....ini 'tsunami' cuma tsunami ini tidak datang dengan ombak.....

rata-rata visual yang dihidangkan menyaksikan hanya bumbung rumah kelihatan dan lebih memeranjatkan, visual bas yang terbalik, kereta hanyut dan masuk ke parit, orang-orang 'merompak' pasaraya dan banyak lagi.....

apa itu semua?..... masing-masing ada intrepetasi tersendiri....

air yang melimpah itu adalah air lumpur....datang dari laut yang suci.... dan dari segi kajiannya, ianya berpunca dari ribut atau taufan dari Filipina...

dan apa yg kita selalu lakukan dengan air lumpur ini?.... yaa... kita samak diri kita dari segala najis-najis.....

nak tunggu samak sendiri....lambat kut.... so kenalah Allah samak kan untuk kita....

jadi.... seribu hikmah yang tersirat ada di sebalik peristiwa 'banjir besar' ini....

sama-samalah kita periksa balik...di mana kita ketika ini..bagaimana hubungan kita dengan Maha Pencipta....bagaimana adab kita dengan Rasulullah......dsbnya...

Al-Fatihah untuk semua bangsa bencana dan juga untuk diri kita sendiri....

wasalam.....

Thursday, December 21, 2006

Mentor vs Bintang Cari Bintang....



salam semua.....

saya ketika ini memang secara terus terang sangat 'rimas' dengan promo mentor vs bintang cari bintang....

rimas apabila melihat 'gelek' anak didik inul (satu caption program itu di indonesia yg diinsert dalam promo itu)...

rimas bila menyedari betapa promo itu ditonton oleh berjuta-juta rakyat malaysia yang terutamanya remaja & kanak-kanak....

rimas apabila menyedari betapa ianya 'berpengaruh' terhadap minda remaja & kanak-kanak....

rimas apabila setiap hari, promo itu diulang tayang berkali-kali.....

soalan rimas kepada diri saya ialah....'sampai bila'?....perkara ini akan berakhir?... tidak cukupkah keruntuhan yang sudah berlaku di hadapan mata?.... perlukah lagi kita meng'import' keruntuhan dari luar untuk di satukan agar keruntuhan yang berlaku nampak 'gah' dan hebat?....

cuba lihat dengan teliti foto yang saya sertakan di atas....
perhatikan kalimah yang tertera di t-shirt merah yang dipakai oleh gadis itu....

boleh lihat dengan jelas...ianya ialah kalimah syahadah....

sekarang kita fikir..... kena ke tak kena?.....
mmmmm....mungkin ada yang kata tak kena.... memalukan..dan sebagainya...
dan mungkin ramai yang 'tak kisah'.....sebagaimana aiman cakap 'aiman tak kesahhh'...

pasal apa tak kisah?.... pasal tak tahu apa itu Allah...dan tak kenal siapa itu Muhammmad Rasulullah....

sebagai kanak-kanak dan remaja....minda mereka begitu 'peka' dan cepat menangkap persekitaran dalam proses mereka membesar.... ianya akan menjadi memori dan akan diulang-ulang tayang sehingga mereka sendiri akan melakukan apa yang telah dirakam...

dan kita tahu pengaruh televisyen begitu besar dalam satu-satu institusi kekeluargaan... rata-rata setiap rumah pasti ada sebuah televisyen....

cuba buat homework sikit..... kita buat catitan atas apa yang disiarkan oleh tv..... dari mula hingga habis siaran..... kita hanya buat kategori hiburan dan pendidikan...

pastu kita beri peratus..... dan sebelum kita habis mengira berapa peratus... otak kita sudah tentu akan memberikan jawapan.....

begitulah dunia.... ianya akan terus menerus menyesakkan.... sebagaimana kata-kata Saidina Ali R.A....."akhir zaman nanti, maksiat itu akan masuk ke rumah kamu tanpa kamu pergi mencarinya...."...

sama-samalah kita renungkan....

wasalam

Wednesday, December 20, 2006

Eidul Adha Menggamit HambaNYA yang Bertaqwa....



salam semua....

apa kaitan foto di atas dengan tajuk yang saya beri?...

foto itu saya rasa semua tahu bangunan tersebut....ya bangunan yang paling 'seksi' di ibukota kuala lumpur...seksi aper yer?...sebab pinggang dia 'ramping'....

apapun...bangunan itu berfungsi menempatkan satu organisasi yang mengguruskan 'rukun islam' kelima untuk rakyat malaysia... Lembaga Tabung Haji....

dan sebut pasal 'haji'.... seperti yang kita semua tahu, kini berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Makkatul Mukarramah dan menanti saat untuk berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan fardu haji disamping melakukan ibadah korban di sana....

Lab Bai Kallah Hum Malabbai...Lab Bai Kala Syarikalabbai....

bagi yang telah menunaikan fardhu haji..syukur alhamdulillah...
bagi yang belum, insya Allah...anda akan dijemput juga ke sana satu hari nanti.... kuatkan azam...tanamkan niat...mohon dipermudahkan....

Eidul Adha.... bakal tiba.... dan sudah tentu ianya adalah berkaitan dengan ibadah korban, berkaitan dengan pengorbanan, berkaitan dengan keimanan, berkaitan dengan keyakinan, berkaitan dengan kefahaman, berkaitan dengan kesucian.....

peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail...
peristiwa henjakkan kaki Baginda (Nabi Allah Ismail) sehingga terbit mata air zam-zam yang tidak akan kering sehingga kiamat....
peristiwa safa & marwah......
dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya....

adakah peristiwa itu sekadar peristiwa atau, kita mengambil langkah pro-aktif dengan mendalami peristiwa tersebut untuk mendapat kefahaman yang mana kefahaman itu akan menghasilkan keyakinan dan seterusnya keimanan kepada Allah.....

adakah peristiwa itu memberi contoh terbaik bagaimana kita mahu mengukur tahap pengorbanan kita dalam hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah Al Khaliq...

sama-samalah kita melakukan muhasabah.....

janganlah risaukan dosa yang menggunung...kerana dengan kekuasaan Allah, ianya akan hancur sekiranya seseorang itu benar-benar bertaubat dan insaf atas perbuatannya yang lalu....

jangan jadikan alasan dosa-dosa dahulu sebagai rantaian yang mengikat kaki untuk maju kehadapan.... kerana banyak beralasan itu salah satu dari sifat-sifat org-org yang mensyirikkan Allah....

orang hebat ialah orang yang berani berubah...
orang hebat ialah orang yang berani berkorban... ya, kudrat, harta, jiwa serta perasaan..

wasalam....

Friday, December 15, 2006

Kelas Reiki esok (16 Dec 06) ditunda... Harap Maklum..

salam semua....

kelas Reiki Level 1 yang sepatutnya di adakan esok telah ditunda ke tarikh yang lain.

ianya adalah kerana beberapa faktor seperti 'orang kahwin', 'bercuti', 'meeting' dan sebagainya.... ;-)

harap maklum...

Jumaat datang lagi dengan berita tol akan naik....



salam Jumaat Yang Mulia buat semua...

Jumaat datang dan pergi..
kali ini Jumaat datang dengan berita kadar tol akan naik mulai 1 Januari 2007..

dalam Berita Harian...Menteri Kerja Raya mengatakan..

"Kerajaan tidak boleh terus membayar pampasan kerana wang itu lebih wajar digunakan bagi pembangunan infrastruktur lain yang bermanafaat kepada rakyat (jelata)"

saya menambah perkataan 'jelata' itu kerana menteri ini selalu menggunakannya dalam setiap sesi ucapan atau soal jawab dengan pemberita...

dan selalunya jelata itu adalah perkataan yang digunakan oleh seorang Raja....cth. "Beta amat berbangga bahawa rakyat jelata sekelian begitu taat kepada kerajaan Beta"....

kadar yang naik dari serendah 30sen sehingga semaksima RM1 itu sudah tentu akan memberikan 'tekanan' baru buat semua rakyat yang menggunakan jalanraya yang ber'tol'...

satu perkara yang menarik ialah berkenaan dengan 'pampasan'....apa itu pampasan? mengapa perlu ada pampasan kepada syarikat konsesi yang mengutip tol itu? adakah pampasan itu memang telah dunyatakan di dalam perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi?....dan tidak pula dinyatakan kepada rakyat tentang perihal pampasan itu?.... hujung jatuhnya kita terimalah 'kepanasan' atau 'bahang' akibat kenaikan kadar tol itu...

minyak sudah naik...
letrik sudah naik...
air juga naik.......
kini tol pula naik..

dengan tekanan yang dialami oleh rakyat dari bentuk wang ringgit, dan dalam masa yang sama rakyat ditekan dalam bentuk emosi oleh pembikinan banglo-banglo berjuta ringgit oleh para penguasa... adakah ini wajah terbaru negara kita?

wajah-wajah penguasa yang sedikitpun tidak merasa bersalah... apa nak bersalahnya, rm50 bagi mereka ialah seperti 50sen sahaja...

saya teringat dan sering teringat bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang begitu cermat menggunakan amanah yang diberi oleh rakyat sehingga pelita yang digunakan juga diambil kira....

kita juga amat arif bagaimana, jika rasuah wang ringgit atau rasuah kedudukan berleluasa, sesebuah negara itu boleh rebah dan sudah tentu masyarakatnya juga akan berberantakkan...hilang punca dan akan wujud huru hara....

huru hara itu perkara besar dan tidak perlu dipikirkan.... kita fokus pada masalah kecil di dalam rumahtangga.... bagaimana sepasang suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak boleh membesarkan anak dengan keadaan tekanan?...tidak cukup wang utk meneruskan kehidupan dsbnya....

saya sendiri merasakan bagaimana peritnya kehidupan 'orang-orang susah' ketika saya memberi kursus kepada asnaf-asnaf Lembaga Zakat Selangor....

purata pendapatan mereka hanya sekitar 1,000 ke rm1,200 sebulan.... anak paling kurang 3 orang... boleh kita bayangkan....

bukan mereka tidak berusaha...mereka keras berusaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan itu...namun jurang di antara mereka dengan si kaya semakin besar dan mustahil untuk dirapatkan....

saya turut berfikir...adakah ini 'perjalanan' alam?....
dan saya tidak pernah terlupa untuk berfikir bahawa semua kisah-kisah penguasa yang rakus, fakir miskin serta seorang penguasa yang baik dari sejuta penguasa yang korup memang sudah termaktub di dalam Al-Quran.....dan ini adalah perjalanan seorang musafir yang berkelana mencari KEKASIH....

sampai bila?.... hanya Allah Maha Mengetahui....

kita?... teruslah yakin dan berusaha.... kerana buih dilautan boleh bertukar menjadi intan berharga dengan syarat, buih itu tahu, faham serta yakin 'kedudukan' dirinya dengan penciptanya....

wasalam

Thursday, December 14, 2006

Suami Isteri....Di Mana Kasih Sayang...???



salam semua....

'lately' ni banyak yang merujuk menuju ke arah hubungan suami isteri...

telah saya beritahu berulang-ulang kali bahawa hubungan suami isteri bukanlah satu pertandingan atau perlumbaan...

ianya adalah lebih kepada satu perkongsian pintar di mana suami memegang 51% saham dan isteri memegang 49% saham...

perkongsian yang berdasarkan pembahagian hak masing-masing mengikut tugas dan tanggungjawab, penghormatan sesama insan yang saling memerlukan, penyaluran kasih sayang yang tiada batasnya, pengorbanan yang mempunyai objektif dan sebagainya...

dan sudah pasti dalam satu-satu perkahwinan itu, pembajaan kepada kasih sayang amatlah perlu....ungkapan 'i love u', 'darling', 'ayang', 'anje' dan sebagainya yang sering menjadi hiasan mulut sewaktu bercinta hendaklah diteruskan tanpa ada kekuk dan sebagainya...

'kucupan' manja sebelum pergi ke pejabat/kerja, 'pelukan' sayang perlulah diteruskan malah digalakkan sebagaimana perlunya satu sama lain tidak mengira masa....

perkara-perkara yang saya sebutkan itu memang perlu dan malah hendaklah menjadi asas kepada kejituan satu-satu rumahtangga yang hebat serta harmoni....

mengutamakan keluarga adalah satu kemestian dan ianya adalah termaktub dalam kitab perjuangan seseorang itu di mana, jika seseorang itu menganggap si isteri adalah pemangkin dan si isteri pula menganggap si suami adalah pemangkin maka pemangkin itu sudah sepatutnya menjadi penyebab kepada kecemerlangan satu-satu rumahtangga....

persoalannya sekarang...ialah mengapa, cinta menjadi pudar?... mengapa kasih sayang menjadi suram?.... di mana perginya semua janji-janji manis.... adakah mahu kita katakan ianya hanya indah khabar dari rupa atau kita sudah masuk ke dalam perangkap yang kita sendiri buta apabila berhadapan dengannya?

cabaran kehidupan memang menjadi salah satu faktor yang utama dalam rumahtangga...
gangguan keluarga juga boleh menjadi satu punca mengapa pasangan suami isteri berberantakkan hubungannya....
faktor 'bodoh sombong' atau sikap suami mahupun isteri juga menjadi faktor penyumbang kepada keretakkan rumahtangga...
sikap ego suami atau isteri juga tidak kurang menjadi penyebab mengapa rumahtangga tidak sampai ke akhir hayat....

ingatlah....'always focus on solutions' dan bukannya 'focus on problems'...
contoh ketara... apabila kita mempunyai masalah kewangan.... adakah kita hanya berfikir kepada kitaran hutang yang berlambak? atau kita mencari jalan penyelesaiannya? semua orang berhutang....hutang tetap hutang namun tidak ramai yang dapat keluar dari belengu hutang kerana setiap hari mereka memikirkan hutang dan bukannya mencari jalan utk menyelesaikan hutang....

di mana perginya kekuatan minda... di mana perginya tulang empat kerat.... di mana perginya semangat berusaha....di mana hilangnya disiplin diri...

janganlah malu kerana mempunyai banyak hutang....tetapi malulah jika tidak mampu mencari jalan keluar dari belenggu hutang itu....

sia-sialah Allah menjadikan manusia itu sesempurna makhluk...jika hanya tahu membuat kerosakan tetapi tidak tahu cara memperbetulkannya....

di mana perginya ilmu pengetahuan...tidaklah perlu belajar tinggi untuk mencari sumber rezeki yang halal..... hanya berbekalkan kejujuran, keikhlasan..seseorang itu mampu untuk mengubah kehidupannya dari susah kepada senang....dengan syarat, seseorang itu tahu apa itu masalah dan apa itu peluang....

ramai orang-orang menjadi senang atau kaya di atas kesusahan... cth. kita pening kepala...sudah tentu pembekal dan pencipta uphamol atau panadol atau klinik akan mendapat rezeki dari kesusahan kita itu..... belum cerita pasal perang lagi... ramai pembekal senjata menjadi kaya raya...di atas penderitaan sesebuah negara yang berperang....

apakah ubat kepada segala kesusahan ini?...
apakah ubat kepada segala kepeningan masalah suami isteri?...

ubatnya ialah kasih sayang....

kasih sayang perlu digilap.... ia umpama cermin.... cermin yang lama tidak digilap kelam sinarnya....malah tidak bersinar pun....
tetapi jika cermin itu digilap setiap hari, kita akan saksikan sinarnya.... kita akan saksikan dengan baik bagaimana diri kita ketika ini...

jika cermin sudah terang...maka untuk bermuhasabah diri pun senanglah sikit....

begitulah sedikit sebanyak...

wasalam

Friday, December 08, 2006

Pendaftaran Kursus Reiki Level 1 dibuka sekarang...



salam buat semua....

pendaftaran untuk Kursus Reiki Level 1 adalah dibuka sekarang...
maklumat untuk Kursus tersebut adalah seperti dibawah...

Tarikh : 16 Disember 2006
Hari : Sabtu
Waktu : 9.30 pagi hingga 2.00 tengahari
Lokasi : No. 14B, Jalan 2/21D, Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Yuran : RM150.00 seorang.

sila hubungi saya di talian 016-206 7469 untuk pendaftaran.

untuk maklumat perihal Reiki, boleh click di Label 'Reiki' dan dapatkan tulisan-tulisan serta peta untuk ke sana.
sila 'confirm' selewat-lewatnya Khamis 14 Disember 2006 untuk urusan penyediaan nota, sijil dan perkara-perkara yang berkaitan.

wasalam

Thursday, December 07, 2006

Kehidupan Yang 'Bahagia' & 'Cantek'....



salam semua...

lama jugak tidak menulis perihal perkahwinan; suami isteri.

bukan apa...masa terus menghambat diri ini agar memenafaatkannya dengan sepenuhnya...
memang hajat amat besar sekali untuk menulis dan update blog ini serta buku-buku, jurnal, cerpen dsbnya diwaktu dinihari....

namun jadual saya sebelah malam, setiap kali pulang dari ofis, sampai di rumah selalunya selepas maghrib (dan sering juga selepas isya')... sebaik solat isya' saya akan 'melayan & melekakan' anak-anak agar mereka 'alpa' sikit dari ibu mereka (utk memudahkan isteri saya yang juga sering sampai di rumah 'time-time' lepas maghrib) mandi, solat dan menyiapkan sedikit makan malam...

lepas makan malam.... meluangkan minima setengah jam bersama anak-anak, memeriksa kerja-kerja rumah mereka sebelum 'memaksa' mereka untuk tidur awal agar bangun subuh awal juga...(anak yang darjah 5 tu memerlukan pantauan dan disiplin yang ketat - ingat formula umur : 1 -7, 7-14, 14-21 ???...mesti ingatkan... itu formula didikan anak-anak..)

anyway.....

buat rakan-rakan diluar sana.... cerita gelora perkahwinan selalu kita dengar... dan amat jarang sekali kita mendengar perihal indahnya perkahwinan... mengapa yer?

kerana itu sudah lumrah manusia... mereka akan menyembunyikan yang bahagia... kerana bagi mereka, kebahagiaan itu tidak perlu dikongsi beramai-ramai... yang sedih boleh kongsi.... sebab?.... manusia memang memerlukan 'simpati'....dahaga kepada belaian dan kasih sayang....

bagi saya, sedih serta suka perlulah dikongsi bersama.... sedih dikongsi untuk meredakan suasana dan emosi....serta mendapat kekuatan untuk mengharungi badai yang bergelora....
suka juga dikongsi untuk mendapat tips-tips kebahagiaan agar boleh diguna pakai demi mendapatkan masyarakat yang begitu baik dan penuh dengan nilai-nilai kasih sayang...

namun...

begitulah lumrah dunia....begitulah lumrah alam...itulah sifir kehidupan...

formula khusus untuk para pejuang kebahagiaan = anda perlu utamakan diri anda.... bukan untuk jadi 'selfish' tetapi mengutamakan diri anda terlebih dahulu sebelum memikirkan atau membantu orang lain...

mengapa?...

kerana kita adalah satu bentuk 'tenaga'... walaupun kita berunsur dari tanah, air, api dan angin..namun apabila dimusnahkan semua unsur itu..kita hanya akan memperolehi satu jisim 'atom'..... jisim atom yang mempunyai tenaganya yang tersendiri...

tenaga yang terhasil ini adalah berpandukan kepada 'hati' seseorang itu... pernah dengar 'hati adalah Raja kepada semua anggota'?... ya... bermula dari hati lah, segala perjalanan hidup kita dimanifestasikan.... hati yang baik akan melakukan perkara-perkara yang baik.... bercakap perkara yang baik, berfikir perkara yang baik dsbnya.....

manakala hati yang 'tidak baik'...akan memanifestasikan perkara-perkara yang seangkatan dengannya juga..... itu sudah pasti....

mengapa berlaku yang 'tidak baik' itu? kerana diri kita telah dimanupulasikan oleh akal....

hati senantiasa 'membisik'kan perkara-perkara yang baik.... dan akal akan memproses perkara-perkara itu untuk mengarahkan tindakan diambil.... akal pula sering 'diperdaya' oleh nafsu.... dan nafsu pula sering dipermainkan oleh hasutan syaitan dan iblis....

seringkali kita menderita akibat 'termakan' hasutan ini...
seringkali akal tertipu dengan muslihat syaitan ini...
seringkali anggota menderita akibat kesan perlakuan 'tidak baik' ini...

dan hati?....

hati akan menangis duka dan berlara.... apa yang boleh kita lakukan setelah 'nasi menjadi bubur'?... taubat...?...kembali kepangkal jalan?... ya itulah sering kita lakukan selepas 'lajakan demi lajakan' yang kita lakukan di dalam kehidupan....

berbalik kepada soal hati itu.... pernah dengar 'love attract love'...'hatred attract hatred'..?... kasih sayang menambat kasih sayang.... kebencian mengundang kebencian....

itu formula asas diri... kalau kita seorang yang penuh dengan kasih sayang...maksud saya diri kita sendiri sayang saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri kita...maka diri kita sebenarnya penuh dengan kasih dan sayang....

begitu juga jika diri kita penuh dengan kebencian, dengki, marah, sakit hati, tamak haloba dsbnya...maka kita akan dikelilingi oleh manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut.... begitulah....

umpamanya...
tiada orang solat yang akan dikelilingi atau disukai oleh perompak...
dan tiada perompak yang akan dikelilingi atau disukai oleh orang solat....

namun.... atas kekuatan diri yang telah dijana.... charging pun semuanya positif, penuh dengan keimanan dan kasih sayang.... sedikit sebanyak... cahaya atau tenaga yang keluar dari tubuh badan kita akan 'menimpa' juga kepada orang sekeliling..... dan akibatnya?.... akibatnya akan terbuka sedikit demi sedikit ruang untuk dimasuki oleh cahaya itu....

cahaya apa itu?... ianya adalah cahaya kasih dan sayang yang terpancar dari hati kita..... apa itu cahaya kasih dan sayang?......

ianya adalah cahaya dari Allah Az Za Wajalla... ingat makna Bismillah?.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

ya....itulah cahaya keimanan.... yang keluar dari diri setiap hambaNYA yang benar-benar faham dan yakin.... dan cahaya itu menerobos, meresap masuk kedalam hati dan jiwa insan-insan disekelilingnya...walaupun mereka bersyak wasangka dengan kita....

insya Allah....

dakwah kena terus.... kuatkan diri, mantapkan keimanan dalam perjalanan ini....
(atom = tenaga = cahaya = kasih sayang).....

wasalam

Wednesday, December 06, 2006

Tahniah Buat Reiki Graduates Advance Level : 2 Disember 2006



TAHNIAH BUAT REIKI GRADUATES ADVANCE LEVEL !

"kita semua adalah miracle dan kita tidak perlu kepada mana-mana miracle yang lain untuk memastikan kejayaan diri kita..."

"kita adalah sesempurna makhluk yang dijadikan oleh Allah....maka kita sebenarnya adalah sangat istimewa..."

"hubungan kita dengan Allah amatlah erat sekali...ibarat mata hitam dan mata putih, jauh tidak berperantara, dekat tidak bersatu..."

"ilmu yang Allah anugerahkan kepada kita hendaklah dimenafaatkan dengan sebaiknya dan ilmu itu wajib diamalkan serta dikongsi bersama..dan seharusnya ianya diamalkan dengan penuh keikhlasan..."

"tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri Cina...."

"Umatku yang terbaik ialah mereka yang boleh memberi menafaat kepada orang lain..." sabda Rasul Junjungan Mulia Muhammad s.a.w.


Alhamdulillah, pada 2 Disember yang lalu, seramai 8 penuntut Reiki Level 1 telah menjalani Kursus Reiki Tahap Advance (Advance Level) dan menerima anugerah tahap tersebut...

Doa saya, mereka dapat terus memberi menafaat kepada yang memerlukan....

Tahniah juga buat 2 penuntut yang menerima Reiki Level 1...

TAHNIAH & SYABAS SEKALI LAGI...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails