Thursday, December 13, 2007

Kebesaran Allah : Jangan Sesekali Nafikan...




salam semua...
salam ceria...
salam hebat...

saban hari selepas solat atau waktu-waktu tertentu kita sering memanjat ungkapan takbir, tahmid serta zikir-zikir buat Tuhan...

antara zikir yang seringkali terucap dari mulut kita ialah; SubhanAllah, Alhamdulillah dan Allah Hu Akhbar...

mengamati makna-makna yang tersurat serta tersirat dalam bait-bait zikir tersebut adalah satu nikmat yang tidak terhingga dari Allah buat setiap hambaNya...

apakah makna yang kita dapat fahami dari Subhanallah?
apa pula makna yang kita dapat dalamai dari Alhamdulillah?
dan apa pula makna dari ungkapan Allah Hu Akhbar?

Subhanallah yang kita tahu ialah bererti Maha Suci Allah
Alhamdulillah yang kita tahu ialah Bersyukur Kepada Allah
Allah Hu Akhbar pula ialah Allah Maha Besar....

kita lihat kepada ungkapan Allah Hu Akhbar... saya pernah bertanyakan kepada peserta program saya tentang ungkapan tersebut.... apa yang dimaksudkan Allah Maha Besar... 'bolehkah kita 'describe' kebesaran Allah?' selain dari hanya pandai berkata 'Tuhan aku Maha Besar... Allah aku Maha Berkuasa....dan seterusnya...?

baiklah... saya akan beri satu contoh bagaimana kebesaran Allah itu dimanifestasikan dalam kejadian alam semesta ini....

tahukah kita bahawa bumi yang kita diami ini berada dalam satu sistem planet yang dipanggil 'Solar System'? Solar System mengandungi satu matahari dan beberapa planet mengelilinginya....atau mengikut perjalanan orbit masing-masing mengelilingi mahatari.

tahukah kita bahawa 'Solar System' kita ini adalah salah satu 'Solar System' yang berada di dalam satu lagi system yang besar yang di kenali sebagai Bima Sakti atau 'Milky Way'? di dalam system Bima Sakti atau Milky Way terdapat banyak solar-solar system selain solar system kita...

tahukah kita ada berapa solar system di dalam Bima Sakti?

jangan terperanjat ya... terdapat 200 billion...ya 200 billion solar system di dalam sistem Bima Sakti....

dan lebih menakjubkan lagi...sekaligus memantapkan lagi ungkapan 'Allah Hu Akbar' ialah, terdapat 200 billion sistem Milky Way di dalam satu sistem yang lebih besar di angkasan sana....!

200 billion sistem besar --> 200 billion Milky Way --> 200 billion Solar System

(terdapat lebih kurang 200 billion sistem besar yang setiap sistem besar itu mengandungi 200 billion milky way dan setiap milky way itu mengandungi 200 billion solar system)

Masya Allah....Allah Hu Akhbar..!

siapa kita ini?... siapa Pencipta kita?...

adakah setelah kita mengetahui sebahagian dari kebesaran Allah, kita masih lagi mahu 'melawan' atau men'syirik'kan Allah?...

cuba kita cari tafsir Al-Quran dan buka ayat-ayat ini;

1. Surah Al-Mulk (Kerajaan) ayat: 3-4

"Allah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang (atau cacat)?

Kemudian pandanglah sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah dan kepenatan"

2. Surah An Nahl (Lebah) ayat: 12

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan dengan perintahNya. Sesunguhnya pada demikian itu benar-benar ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi yang memahaminya."

3. Surah Ibrahim ayat: 33-34

"Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.

Dan Dia telah memberi kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya(tidak terhitung banyaknya). Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"

cukuplah beberapa ayat yang saya kongsikan di sini buat semua kita...

ayat-ayat yang menceritakan tentang kebesaran Allah, kebesaran kesempurnaan penciptaan Allah, perjalanan planet-planet, kehadiran bulan dan bintang, kehadiran malam dan siang, manusia-manusia yang mendustai Allah, manusia-manusia yang sangat zalim pada diri sendiri serta manusia-manusia yang mengingkari perintah Allah...

mampukan kita menidakkan apa yang diperintahkan ke atas kita?
mampukan kita 'melawan' firman-firman Allah, Pencipta kita?...

adus.... sama-samalah kita sujud dan beristigfar serta melakukan taubat.... di atas segala ilmu, kesedaran serta keinsafan yang Allah titipkan ke dalam hati kita setiap detik dan ketika....

janganlah lalai serta leka.... cubalah lawan dan kawal nafsu-nafsi kita..agar kita tidak terjerumus ke lembah manusia-manusia yang rugi....

banyak tanda-tanda disekeliling kita.... untuk kita ambil dan jadikan ilmu serta faham di atasnya dan terus mengamalkannya dengan penuh keikhlasan...

kita tiada banyak masa.... malah masa itu tidak bersama kita dan bukan milik kita...

ianya bermula diketika ini.... permulaan untuk menuju ke arah insan sempurna atau kamil...

insya Allah...

wasalam

Wednesday, December 12, 2007

Plaza Tol Jelapang : Kematian yang berterusan...



salam semua....

perasaan sedih & duka menyelubungi saya...

Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan terbaru Plaza Tol Jepapang yang meragut 7 nyawa serta mengakibatkan 4 mangsa parah....

perasaan 'geram' berbaur dengan perasaan 'hairan' apabila memikirkan betapa kemalangan yang lepas juga berlaku ditempat sama turut mengorbankan beberapa jiwa... dan 'geram' itu lebih kepada apabila mengingati janji-janji seorang menteri yang terbabit dengan hal ehwal tol ini bahawa tol jelapang ini tidak selamat dan akan dipindahkan dengan kadar segera...

rupanya janji-janji itu 'perlu' di alas dengan kematian lagi...

inilah rupa bagaimana kita menangangani hal ehwal 'rumahtangga' negara kita...

kita memerlukan 'bencana'...dan bencana itu adalah dalam bentuk 'kematian' dan kehilangan nyawa barulah ada tindakan susulan yang perlu diambil...

pendek kata...kalau tak ada yang mati... takda apa-apa... boleh lagi....

inikah cara kita me'manage' negara serta sistem yang sedia ada?

rupa-rupanya cara menangani dengan adanya korban jiwa tidak lagi menjadi 'titik tolak' kepada perubahan...
rupa-rupanya korban jiwa itu memerlukan lagi banyak korban jiwa barulah ada tindakan susulan.....
nampaknya ini cara terbaru pihak-pihak berwajib menjalankan tugas....

saya pasti soal membina tol plaza baru yang menelan belanja jutaan ringgit bkan satu halangan buat pihak konsesi tol yang sememangnya terus-terusan menaikkan kadar tol tanpa mengambil kira kos perbelanjaan dan pendapatan rakyat....

(kenaikan tol yang berterusan juga merupakan satu perkara 'pelik'...nanti lain kali kita bincangkan hal itu)

so?.... kalau di negara maju... seorang menteri yang bertanggungjawab akan meletakkan jawatan selepas gagal melunaskan beberapa tugasan dan mengakibatkan kesengsaraan buat rakyat....

plaza tol jelapang............kematian demi kematian demi kematian...

menteri tu buat apa?... ooohhh.menteri tu buat 'anouncement' dan 'press conference' lagi bahawa plaza tol jelapang yang baru akan siap dalam masa 6 bulan....

itu ajer?... bukankah lebih 6 bulan yang lalu berlaku kehilangan jiwa di sana, anda juga membuat janji yang sama?....

atau perlu menunggu hingga genap 100 nyawa terkorban di sana baru pindahkan?....

cakap pusing-pusing... orang jadi pening.... kalau dah tak mampu pikul tanggungjawab berhenti sahaja.....

ini bukan marah............nasihatttt.... :-)

apa yang kita pejari dari peristiwa ini?....
fikir-fikirkanlah....
buka mata...buka minda....buka hati...
ingat...minda kelas berapa yang kita buka?....

kita ada prasarana kelas pertama.... minda kelas ketiga.....(itu kata memanda menteri Pak Lah)
bagaimana dengan 'attitude' atau sikap?... kelas ke berapa?.... kelas ke sembilan kut...

wasalam

Monday, December 10, 2007

Program 'Tenaga Tinggi' ARP untuk semua....

salam semua...

firma latihan saya kini dalam proses-proses akhir perancangan dan perlaksanaan untuk menganjurkan Program ARP-Tenaga Tinggi atau dikenali sebagai ARP-LVT (ARP-Light Vibration Theraphy) untuk semua.

Program ARP-LVT ini disasarkan secara umumnya untuk semua lapisan masyrakat dan khususnya untuk;

1) peminat-peminat ilmu sains metafizik
2) peminat-peminat ilmu tasauf modern
3) peminat-peminat terapi-terapi sains perubatan komplementari
4) peminat-peminat motivasi diri
5) usahawan-usahawan yang terumbang-ambing
6) suami-isteri yang sering 'tewas' dengan pancaroba kehidupan
7) pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti
8) pekerja-pekerja yang sering hilang punca masa depan
9) diri-diri yang penuh bermasalah

Program ARP-LVT ini mengandungi pengisian yang padat dengan teori, amali, gerakkerja individu dan berkumpulan serta meditasi-meditasi 'frekuensi tinggi' untuk meng'caj' semula diri yang lemah, lembab dan hilang fokus.

Program ARP-LVT ini juga terbuka buat semua yang ingin terus hebat dan cemerlang.

Program ini dijangkakan akan diadakan pada minggu ke 3 bulan Januari 2008.

Maklumat lanjut boleh di dapati melalu blog saya ini atau talian 03-5882 4407 (nurul)

wasalam

Wednesday, December 05, 2007

Cinta 'Lelaki Hidung Mancung' = Cinta Lara....






salam semua....

ada 3 foto di atas... satu foto lelaki berbangsa arab, foto kedua lelaki berbangsa pakistan dan foto terakhir ialah 'luggage' atau bag pakaian yang melalui 'imbasan x-ray' di lapangan terbang....

apa yang saya cuba utarakan melalui foto-foto di atas?...

ianya lebih dari lapuran-lapuran akhbar yang memberi statistik 'lebih kurang 30 rakyat malaysia' kini di tahan di luar negara kerana kesalahan menyeludup dadah dan ada yang menerima hukuman mati, penjara dsbnya di negara-negara tersebut...

kisah yang paling hangat ialah seorang gadis yang di jatuhkan hukuman mati di negara Cina kerana membawa masuk lebih kurang 2,000 gram dadah... kini beliau sedang diberi tempoh 2 tahun untuk merayu di atas hukuman mati yang dikenakan...

gadis ini selalu berulang alik ke negara Cina di atas 'pre-text' beliau bertugas dengan salah satu syarikat pengedar barang-barang kesihatan.

di jepun pula, seorang gadis dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun kerana disabitkan kesalahan membawa masuk dadah jenis syabu.... gadis ini mempertahankan dirinya atas alasan beliau diperdaya oleh seorang lelaki yang menjanjikan kerja lumayan di jepun...

di satu sudut dalam negara kita pula, ada kisah seorang ibu yang berjaya membawa pulang anaknya dari suaminya seorang warga pakistan setelah diperlakukan dengan berbagai-bagai cara di sana dalam proses beliau ingin bertemu dengan anaknya... kini ibu tersebut begitu 'fobia' untuk melihat warga-warga pakistan yang berkeliaran di sekitar rumahnya...

3 kisah di atas membawa berbagai-bagai kesimpulan dan cerita yang tersembunyi...

antaranya kisah 'cinta dua benua'.... benar cinta tidak mengenal paras rupa dan sebagainya... cinta melenyapkan keresahan sementara.... cinta menjanjikan segala-galanya....

namun apabila sudah 'terhantuk' barulah hendak tergadah....
bilamana nasihat 'orang tua' diendahkan.... malah diherdik pula....
maka jalan 'cinta suci' yang dituruti...

mana pergi lelaki-lelaki malaysia?.... mungkin ada... ramai malah banyak dari segi kuantitinya..... dan apabila dilihat dari segi kualitinya.... adus.... haprak maprak...

lepak, rempit, serenti, syabu, ganja, sex bebas, rambu-ramba, hiburan tanpa kawalan, minuman keras, gangster, ..... adalah 'makanan& dunia' lelaki-lelaki remaja malaysia.... dan mereka ini akan 'memenuhi' ruang-ruang 'pengisisan' rakyat kita 10 tahun ke hadapan...

kita boleh gambarkan...

gadis-gadis malaysia tiada banyak pilihan kecuali memilih untuk membujang, bermadu atau ber'pak we' kan orang luar....

di malaysia kita dapat lihat, setelah pelancaran kempen melawat Malaysia '07... kelonggaran visa telah mengakibatkan kebanjiran ramai 'orang-orang luar' ke sini...

mana-mana kita boleh lihat negro-negro berkeliaran...tidak termasuk pekerja-pekerja dari mynmar, bangladesh, pakistan, india dan indonesia....

apa agaknya statistik mereka-mereka ini dari segi jumlah?... ratusan, ribuan atau jutaan?...

belum kita kira statistik dari segi kes-kes sekedudukan.... kes-kes penculikan, kes-kes pembunuhan, kes-kes penderaan dsbnya....

ianya bermula dari sebuah cinta....

cinta boleh membahagiakan..
dan cinta juga ada deritanya..
selamat bercinta....

wasalam

Tuesday, December 04, 2007

Malaysia: Setiap 330 rakyat, seorang mengidap Aids...

salam semua....

sedikit berita dari laman web UNICEF

..........................
AIDS in Malaysia

Malaysia is home to one of the fastest growing AIDS epidemics in the East Asia and Pacific region with its current rate of HIV infections doubling every three years.

Between the first detected case in 1986 and 2006, 76,389* people have been infected with HIV while 9,155* have died of AIDS. These statistics suggest that an average of 16 people test positive for the virus each day.

Malaysia’s epidemic is largely dominated by injecting drug users who make up about 72% of total cases. There is concern however that heterosexual transmission is on the rise. The proportion of women reported with HIV has increased dramatically in the last decade from 4% of new cases in 1995 to 15% of new cases in 2006. Surveys show that in 2006, more housewives tested HIV-positive than sex workers. At the same time, the percentage of babies born with HIV has also increased from 0.2% in 1991 to 1.4% in 2006.

As in most parts of the world, young people in Malaysia account for an increasing number of HIV infections every year. December 2006 statistics from the Ministry of Health reveal that 36% of infections are amongst people aged between 13 to 29 years old. It is likely that people infected with HIV before the age of 30 were infected in their twenties and sometimes even during their teens.

Gender inequity, stigma, discrimination, silence, denial and ignorance fuel the epidemic in Malaysia.

* Source: Ministry of Health, Malaysia
.....................................................

mmmm....

menakutkan bila meng'digest' analisa di atas...

menakutkan apabila mengetahui dalam 330 orang yang kita berselisih, bertemu, berbual, bersalaman, bermesyuarat, minum teh tarik dsbnya, seorang dari mereka berkemungkinan adalah penghidap AIDS atau pembawa kuman HIV Positif....

kita semua amat arif tentang kewujudan 'institut-institut serenti' di seluruh negara bagi merawat penagih-penagih yang berpotensi besar adalah pengidap Aids...

kita juga amat arif tentang bagaimana 'penagih-penagih' ini mendapat 'produk' keperluan mereka dengan mudah di institut-institut tersebut...

kemana arah tuju negara kita jika gejala ini tidak dibendung dengan baik...?

semua kita amat arif bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti oleh kuman HIV sehingga ke tahap menjadi pengidap Aids.... ia boleh merebak dengan jarum suntikan yang bertukar tangan, ia boleh merebak dengan hubungan sex rambang, ia juga boleh merebak dengan penerimaan darah, ia juga boleh merebak dengan jangkitan luka di badan dsbnya....

sangat-sangat mengerikan...

apakah langkah selain dari penggunaan jarum bersih yang dilancarkan oleh kerajaan melalui kementerian kesihatan kepada para penagih?
apakah langkah selain dari penggunaan kondom yang bermutu tinggi apabila melakukan sex bebas dan rambang?

2 langkah di atas ialah langkah mengurangkan atau menstabilkan kemerebakkan kuman HIV tersebut... namun langkah tersebut adalah diaplikasikan di atas 2 dosa yang manusia lakukan...

pertama, dosa menghisap dadah...
kedua, dosa melakukan seks bebas atau istilah agamanya berzina...

negara kita juga terkenal sebagai pusat penyebaran atau pusat serenti bagi pengedaran dadah seluruh dunia... jika nak guna istilah pelabuhan, negara kita ialah negara 'entrepot'... iaitu dadah keluar dan masuk dengan bebas...

dadah juga adalah merupakan satu teknik atau taktik bagi melemahkan satu-satu negara itu...
dengan melambakkan dadah dalam sesebuah negara, rakyatnya akan jadi lemah... ingat kisah sejarah bagaimana opium satu ketika dahulu menghancurkan negara Cina?...

dari statistik di atas.... ianya amat membimbangkan...

selamatkah kita setiap hari?
selamatkah anak-anak kita setiap hari?
selamatkah masa depan kita esok lusa?

dalam sebuah institusi keluarga, mungkin kawalan boleh dilaksanakan... namun apabila keluar dari rumah, kita memerlukan atau bersandarkan kepada sistem yang sedia wujud dan dikawal selia oleh kerajaan....

adakah sistem yang sedia ada boleh menjamin keselamatan kita semua?...

mari nilai dan pikirkan jalan bagaimana boleh kita membendung gejala ini?....

wasalam

Bank Dunia nasihat IPTA Malaysia 'bangun' dari tidur...

salam semua...

nyambil-nyambil mendengar celoteh HO, SY & KE setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, saya terkezut 'sikit'..(sikit ajer...) apabila mendengar 'Buletin Sinar' yang melapurkan betapa Bank Dunia menyarankan universiti-universiti Malaysia agar melakukan langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan mutu masing-masing agar tidak ketingalan dengan universiti negara-negara jiran.....

antara langkah-langkah yang disarankan ialah bekerjasama dengan sektor-sektor korporat dan lain-lain lagi...

dan lebih 'menyedihkan' lagi...apabila saranan bank dunia ini di 'curahkan ke daun keladi' oleh kementerian yang berkaitan dengan memberi alasan bahawa langkah-langkah telah diambil untuk memastikan universiti malaysia terus berdaya saing....

sedihkan....

untuk jadi yang terbaik, samada individu, organisasi dan apa sahaja, kita memerlukan input-input dari pihak ketiga yang menjadi cermin kepada diri kita... melalui input-input tersebut maka langkah-langkah 'koreksi' serta pelan-pelan jangkamasa pendek dan panjang boleh digerakkan ke arah objektif untuk cemerlang.... namun ada pihak dan kebanyakan pihak mengambil sikap 'defensif'...

sikap 'defensif' ini sebenarnya adalah batu penghalang yang wujud dalam diri untuk berjaya....

saya sendiri berpengalaman menjalankan temuduga semasa bertugas di sektor korporat sedikit masa dahulu....rata-rata, kualiti atau mutu graduan universiti tempatan berada pada level yang sangat menyedihkan...

jangan dikira pasal boleh berbahasa Ingeris.... ambil sahaja beberapa subjek yang mereka pelajari dan soal kembali kepada graduan... kebanyakan mereka tidak mampu 'mengeluarkan' kembali apa yang telah dipelajari....

alasan paling 'common' ialah, mereka belajar dengan cara menghafal untuk lulus peperiksaan...

tiada apa yang boleh dibanggakan dengan mereka kecuali 'terpaksa' memberi mereka peluang untuk mengalami proses pembelajaran semula di alam pekerjaan...

ianya boleh dikatakan betapa 'ilmu' yang difardhukan untuk dituntut oleh Tuhan begitu mudah dipermainkan oleh manusia-manusia ini....

ianya boleh juga dikatakan sebagai mana dulu 'telur atau ayam?'.... nak jaga 'prestij' universiti, kelulusan para graduan perlu diambil kira...kalau banyak 'fail' nanti tak glamour pulak universiti dan pak menteri yang menjaganya... walaupun kualiti terpaksa digadaikan dan dalam jangkamasa panjang menjurus kepada penghasilan graduan-graduan yang tidak bermutu....

inilah 'wajah' bakal-bakal pemimpin negara yang makin hari semakin 'haprak'....

belum lagi nak ulas tentang nilai-nilai EQ dan SQ yang ada pada diri manusia-manusia ini...

di mana amanah yang perlu dipikul?... atau masih belum cukupkah harta untuk dinikmati oleh 7 keturunan si penguasa?....

soalan 'ayam & telur' terus dilaungkan.... dan jawapannya sudah pasti dengan alunan lagu 'bangau oh bangau'....senang cerita.... 'blame ajer orang lain..dan diri terus cuci tangan'....

takpa... dunia boleh lepas... akhirat nanti, tunggulah episod kat sana pulak...bila mulut dah dikunci...dan anggota lain hadi saksi...

wasalam

Monday, December 03, 2007

Merangka "Pelan Diri' untuk tahun 2008



salam semua...

tinggal lebih kurang 27 hari lagi kita akan menyambut tahun 2008.

rasa cunggapan tahun 2007 masih belum hilang...
kini muncul pula tahun 2008 yang penuh dengan seribu satu macam cabaran yang menunggu...

dari kesamaran kos kehidupan yang dijangka akan naik... sejajar dengan kenaikan tol, bahan bakar, bahan asas dan lain-lain yang penting, sudah tentu 2008 bukanlah satu tahun yang boleh menjanjikan apa-apa kecuali cabaran demi cabaran...

bagaimana persiapan kita?...

adakah tenaga diri kita sudah berada di dalam keadaan penuh 'radiasi'...

adakah 'atom' diri kita sedang berada dalam keadaan 'caj' yang hebat getarannya? atau masih berselimut dengan kesejukan dan kesamaran?..

dari sudat sain metafizik... semua perkara di alam semesta ini adalah terdiri dari atom-atom....

pengurusan atom-atom ini akan memastikan kita bergetar pada tahap terbaik dan bersedia untuk menjana tenaga-tenaga positif yang akan mengegarkan 'dunia' kita dan persekitarannya...

saya berpeluang melihat clip video 'the secret'...

ianya berkitar kepada 'law of attraction' dan video ini selalu dimainkan dalam program-program 'membuat duit'.....program-program berfrekuensi tinggi yang melibatkan siri-siri motivasi diri dan kumpulan...

jika diselidiki dengan mendalam.... tersembunyi betapa diri kita sangat hebat dan berkemampuan tinggi untuk berjaya...

ianya bermula dengan berfikiran positif...
fikiran positif itu akan menjana satu medan elektromagnetik yang akan menarik apa sahaja yang kita fikirkan (sudah tentu yang positif)...

dan pemikiran positif ini perlu dilakukan secara 'istiqomah' dan berulang-ulang sehingga ianya menjadi kuat serta berkemampuan menarik 'wang', kemewahan, kebahagiaan dan sebagainya....

nampak mudah tapi itulah realiti....

bermula dengan sebutir atom dalam diri yang begetar dengan hebat...mempengaruhi atom-atom diri yang lain seterusnya menjana satu kehebatan diri yang mampu untuk mengubah kehidupan kita...

so?... 2008 kita bagaimana?... bersedia untuk menghadapinya dengan positif?...

saya yakin kita semua bersedia... dengan syarat kita tahu untuk mengetarkan atom-atom diri... dan mengekal serta mengawalnya agar apa yang dihajati termakbul...

insya Allah...

wasalam

Thursday, November 29, 2007

Ice Berg : Teori Diri zaman berzaman....



salam semua....

suka saya berkongsi teori yang sering digunakan oleh pakar-pakar serta pemikir-pemikir agung berkenaan 'ice berg'....

'ice berg' selalu merujuk kepada bahagian kecil yang boleh dilihat berbanding bahagian besar tang tersembunyi.... malah nisbah biasa yang digunakan ialah 10% boleh dilihat atau timbul, dan baki 90% yang tersembunyi...

teori ice berg ini saya ingin kaitkan dengan diri....

apakah 'nilai-nilai' diri kita yang terserlah? dan apakah yang tersembunyi?..
teori ini boleh membantu diri kita dalam mengenal potensi diri, melakukan muhasabah diri serta mengira risiko-risiko yang ada...

contoh: diri

1. apakah potensi diri yang telah kita serlahkan?.... kecantikan, kemahiran, pengetahuan, kecerdikan?

2. apakah potensi diri kita yang tersembunyi?........ penyabar, baik hati, rajin, kreatif, bersungguh-sungguh, taat dsbnya?

ada manusia yang menyembunyikan potensi diri masing-masing hingga ianya 'berkarat' dan tidak dapat di'manupulasi' untuk kecemerlangan diri..... dan apabila ditanya apakah alasan menyembunyikan potensi-potensi tersebut?... alasannya hanya satu iaitu 'malu', atau 'kurang yakin', atau 'rendah diri'....

berkali-kali saya ulangi, untuk menjadi seorang manusia yang hebat, kita perlulah berani... dan jika berani itu boleh di'skala' kan, biarlah ianya pada awalnya di skala 2 atau 3 sahaja... tidak perlu skala 8 atau 9...

sedikit keberanian akan menjana atau menjadi pemangkin kepada perjalanan hidup yang hebat...
ingat, 1000 langkah itu bermula dengan 1 langkah pertama...

bagaimana untuk melangkah?... sudah tentu dengan menggunakan kaki.... tidakkah kaki itu satu anugerahNYA untuk kita?....

jika kita tidak tahu mengggunakan kaki untuk melangkah.... amatlah malang sekali diri ini...

mengapa malang?... kerana kaki yang akan digunakan ialah kaki kita... kita yang mengawalnya...bukan orang lain... kita berhak ke atas kaki kita itu.... malanglah kita jika hendak melangkah pun kita perlu bantuan orang lain....

berbalik kepada teori ice berg...

mari lihat balik kepada diri... senaraikan potensi diri yang terserlah dan senaraikan potensi diri yang tersembunyi...
gerakkan yang tersembunyi atau tidur itu untuk bangun dan 'bertugas' dengan sebaiknya...

kita nescaya akan memperoleh menafaat yang sangat dahsyat cemerlang! percayalah...

melihat gambar ice berg satu hal...
mendapat ilmu darinya satu hal...
faham akan ilmu yang kita dapat satu hal...
mempraktikkan apa yang kita faham satu hal...

apa yang pasti... Tuhan tidak sesekali menjadikan sesuatu itu sia-sia...
melainkan manusia itu yang selalu kata "ni best.." "tu tak best..."... sedangkan mereka amat jahil untuk mencungkil apa 'hikmah @ ilmu @ kefahaman' yang Allah cuba sampaikan....

untuk memperoleh syurga, kita perlu 'bekerja keras'...
kat mana nak kerja keras tu?.... kat dunia ini...

jika tidak... senang ajer hidup ini.... :-)

saya doakan kita semua berjaya dengan cemerlang dan hebat!

wasalam

Tuesday, November 27, 2007

UPSR: setengah juta / limapuluhribu / limaribu....

salam semua...

tahniah buat semua calon-calon UPSR yang telah menerima keputusan masing-masing tempohari...

dari satu sudut saya melihat betapa memperoleh 5A bukan lagi tiket untuk ke sekolah berasrama penuh....

dari statistik.. 1/2 juta mengambil peperiksaan upsr, 50 ribu mendapat 5A dan hanya 5 ribu sahaja yang berpeluang untuk masuk ke sekolah berasrama penuh...

untuk layak masuk ke sekolah berasrama; seorang pelajar itu perlu ada beberapa ciri lain seperti aktif dalam sukan selain mendapat 5A... dan yang pasti nisbahnya ialah 1 dari 10 pelajar layak ke asrama....

sangat, sangat, sangat kompetetif!! selalu kita dengar.... its the cream of the cream...

ya, begitulah ceritanya 'pertandingan' di alaf baru ini... sangat-sangat kompetetif dan sengit sekali.....

dan jika kita mengadaptasi 'kisah benar' di atas... dan apply di tempat kerja atau perniagaan kita... betapa kita perlu sedar... kita senantiasa berada di jurang perlumbaan yang sangat hebat....

mendapat A saha tidak menjanjikan apa-apa melainkan kita mendapat A plus plus plus (sepuluh kali plus)... barulah kita boleh memenangi perlumbaan hidup ini...

dahsyatkan..... kalau ikut hukum dunia... pergh... ini boleh buat 'mati'.... dan ada juga yang menggunakan ayat 'redho' terpaksa iaitu 'alah kat dunia biarlah mereka menang..nanti akhirat kita pulak yang menang..." itu ialah ayat 'kawah redho'...

jika tidak bermula di sini (dunia).... mana akan berakhir di akhirat?...
jika kita tak bagus di sini (dunia)... agak-agak kita akan bagus di sana?...

kita perlu menerima hakikat....
hakikat bahawa hidup ini satu 'jihad'... dan jihad mendambakan 'kematian'... dalam ertikata pengorbanan seluruh jiwa dan raga untuk mendapatkan terbaik... yang selalu dikatakan sebagai syurga firdaus....

dalam pekerjaan, rumahtangga, perniagaan.... memerlukan jihad... barulah kita jadi the cream of the creams.... the excellent among the excellents....

yakin?... insya Allah...

wasalam

Bersama Warga MBSB : 22 & 23 Nov '07

salam semua...

memula maaf kerana 'absent' lama dari menulis...
bukan apa... sebaik saya habis satu program 'certification', saya perlu bersedia untuk satu lagi program 'pembangunan sumber manusia'.....

program-program ini memerlukan saya 'bertukang' dalam erti kata menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk program dsbnya...

anyway... syabas buat semua warga MBSB yang telah dengan jayanya mengikuti program selama 2 hari di ibupejabat MBSB, Damansara, Kuala Lumpur....

warga-warga MBSB ini telah memberikan yang terbaik dari mereka..dan saya yakin, perjalanan mereka yang jauh (sejauh dari KK, Sabah) amatlah berbaloi dengan menggunapakai segala teknik, ilmu dan pendekatan yang telah sama-sama dikongsi...

doa saya mereka terus sukses dan menjadi insan hebat..insya Allah





Saturday, November 17, 2007

Pemimpin Terbilang : Khalid Al Walid


Khalid ibni al-Walid
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
خالد بن الولي
Khalid ibni al-Walid
592 - 642
Gelaran Pedang Allah
Tempat lahir Mekah, Arab Saudi
Tempat wafat Homs, Syria
Kesetiaan Khulafa' Ar-Rasyidin

Khalid ibni al-Walid (592-642) (Bahasa Arab: خالد بن الوليد) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Bizantin dan tentera Parsi pada kurun ke tujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengapalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah Abu Bakar dan Uthman.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Bizantin dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibni Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraish yang pernah suatu menentang nabi Muhammad. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tantera Sassanid Parsi dan tentera Bizantin Rom.
--------------------------------------------------------------------------

salam,

serba ringkas sejarah salah seorang pemimpin terbilang yang mendapat gelaran "Pedang Allah"... beliau ialah Khalid Al Walid, seorang pemimpin perang yang sangat hebat di zaman Rasulullah dan khalifah berikutnya...

seseorang pemimpin akan diukur dari segala segi untuk mendapat pengiktirafan terbilang.... antara yang diukur ialah 'competancy' beliau dalam satu-satu bidang; sebagai contoh, skil pentadbiran, skil kepimpinan, skil, komunikasi dsbnya...

mengapa saya kategorikan Panglima Perang Islam ini sebagai pemimpin terbilang?...

saya berasaskan kepada rekod pencapaiannya...atau dalam bahasa terkini 'Balance Score Card' beliau, terutamanya dalam memimpin pasukan tentera dalam peperangan dan bilangan kemenangan yang diperolehi...

rekod beliau sangat cemerlang hatta niat serta hasrat beliau untuk 'syahid' tidak kesampaian apabila hanya wafat di atas tempat tidur...(ini bermakna, beliau berjaya dalam melaksanakan amanah Allah dengan sebaiknya dengan cara memenangi setiap peperangan yang ditempuhinya)...

bukankah untuk mengukur prestasi diri kita; ianya selalu merujuk kepada setiap tugasan diri?...

mengukur tahap prestasi diri bermula dari dalam diri sendiri... kita ukur skil kepimpinan kita samada sebagai suami, bapa, ketua pejabat, ketua masyarakat, ketua negara dsbnya...

bagaimana?.... 2 cara... kita ukur sendiri dan kita benarkan pihak ketiga (pihak luar) mengukur prestasi diri kita...
beri skala dan pastikan ada elemen-elemen yang perlu diukur... cth: sebagai suami, dari skala 1 hingga 10 di bawah elemen 'meluangkan masa bersama isteri'... berapa agaknya score kita?.... dan di bawah elemen 'memastikan penyediaan semua perkaras asas seperti makan, pakai untuk keluarga'...berapa scorenya?...

dengan melakukan 'muhasabah' ini, dapatlah kita mengukur kemampuan diri di masa sekarang dan seterusnya melakukan pelan perancangan untuk 'menambahbaik'kan lagi elemen-elemen yang perlu...

berbalik kepada kisah Khalid Al Walid.... peristiwa paling besar yang jarang dijadikan rujukan oleh ramai pemimpin terutamanya para pemimpin Islam ialah sikap dan tindakan beliau apabila jawatan beliau di'turun'kan...

kisah ini berlaku ditengah-tengah satu peperangan yang beliau tempohi...
sedang sibuk bertempur dengan musuh dengan segala pengalaman dan strategi yang ampuh... beliau diarahkan oleh khalifah untuk digantikan dengan Abu Ubaidah, juga seorang sahabat....

tanpa sebarang soal, beliau terus menyerahkan jawatan 'Jeneral' perang tersebut kepada Abu Ubaidah... dan tetap terus berperang dan menerima kepimpinan baru tersebut...

sudah tentu beliau di'tanyai' atau disoal oleh rakan-rakan bawahan yang merasa kehairanan ataupun merasa tergugat sebab 'boss' sudah turun pangkat dsbnya...

Khalid Al Walid yang mempunyai aqidah tinggi tidak teruja dengan segala ABC (angkat bodek cucuk) ini, hanya menjawab... kita berperang kerana Allah.. dan aku akan dapatkan penjelasan kemudian dari khalifah selepas amanah atau tugasan (perang) ini selesai....(itu ialah unsur 'sami aqna wa atoqna..= kami dengar kami patuh.)

dipendekkan cerita... apabila bertemu dengan Khalifah setelah tamat peperangan untuk mendapatkan penjelasan....Khalifah menjelaskan maksud atas tindakan yang diambil... tindakan menurunkan jawatan Khalid bukan dibuat atas sebab irihati dengan kejayaan-demi kejayaan Khalid atau atas sebab peribadi.... keputusan itu dibuat atas sebab iman iaitu atas sebab 'kasih & sayang' Khalifah kepada Khalid...di mana Khalifah tidak mahu Khalid 'hanyut' dengan diri dengan pengaruh dan kejayaan dunia... dan Khalifah tidak mahu Khalid akan bertemu satu situasi di mana memimpin bala tentera dan memenangi setiap peperangan itu adalah kerana diri beliau.... dan bukannya kerana Allah....

mendengar penjelasan Khalifah, Khalid terus menangis dan memeluk Khalifah... memanjat kesyukuran atas ingatan dan kasih sayang Khalifah kepada beliau....

Khalid wafat dengan tubuh yang penuh dengan liang-liang luka di tubuh badan akibat dari tikaman pedang atau senjata musuh....dikatakan tiada ruang yang tidak ada kesan luka pada tubuh beliau....

Khalid Al Walid adalah satu contoh pemimpin yang terbilang, menunaikan setiap amanah dan tuntutan demi Agama... menerima nasihat dengan hati yang terbuka, menganggap jawatan hanyalah amanah dan bersifat sementara dan paling penting meletakkan Allah di atas segala-galanya termasuk kemasyuran, kekayaan, pengaruh dsbnya....

adakah kualiti Khalid Al Walid di dalam diri kita?

insya Allah ada......

wasalam

Expanding Posibilities.....

Self Potrait

Friends of Trainers

In action doing presentation

"Being 2nd among the best!"

salam sejahtera buat semua...

maaf kerana seminggu saya "menghilang kan diri"....

reason?...i'd attended one Certification Course or Program for trainers..in order for me to enhance the scope of certification needed in certain field of training & consultancy..

such a great experience and lots of 'drilling' work being done throughout the programme...
'drilling'?...yup, i use the word drilling... kira-kira macam 'cungkil' atau bongkar (elok sikit dari 'korek') segala idea, pengalaman dan ilmu termasuk skills dari facilitator, rakan trainer yang hadir dalam kursus tersebut...

tu yang english jadi berabuk sikit kat sini...

anyway, as i said... we need to alway expand the posibilities and test ourself in term of our capabilities, knowledge, skill plus attitude every single seconds, minutes, hours, days, months and years...(they put it as 'every now & then')

program yang saya hadir boleh dikatakan sangat 'padat'...
all participant were needed to endure series of presentations, discussions, roleplay, assignment plus tests & exam individualy or in group....

alhamdulillah... being 2nd best memberikan satu kepuasan bagi diri saya... the 1st place goes to Mr. Quah (a senior lecturer from a private college....he's realy 'otai' sebab umurnya pun dah 63 tahun...masih terus belajar, bersemangat dan sangat berilmu dan penuh pengalaman)

program ni rata-rata dihadiri oleh ceo, md, comp director, consultant, trainers, hr managers, training managers yang sangat berpengalaman...

saya suka mencari cabaran.... kerana hanya dengan menyahut cabaran barulah kita tahu di tangga mana kita berada...

teringat saya pada kata-kata Mr. Kumar (trainer/fasilitator program).."di dalam kekeruhan ada kejernihan...." dan kata-kata itu mengingatkan saya kepada surah Al-Insyirah (alam nasyrah)....

anda bagaimana?... sedia untuk menyahut cabaran?...

wasalam

Friday, November 09, 2007

Syabas Warga Jab. Kesihatan Negeri Selangor...

salam semua...

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk satu program peningkatan prestasi diri, kerjaya & organisasi di bawah topik Peribadi Mantap Kerjaya Hebat Organisasi Cemerlang..

selama 2 hari bersama-sama mereka... saya membuat kesimpulan betapa potensi diri peserta program tersebut berada pada tahap yang terbaik untuk melakukan perubahan demi perubahan diri ke arah kecemerlangan....

terima kasih kepada JKNS...
terima kasih kepada Dr. Izzah & Dr. Fadzilah...
& tahniah kepada semua peserta... saya doakan anda terus berjaya... insya Allah







Monday, November 05, 2007

Let's make some progress in life.....

salam semua...

tup tap tup tap.... bila melihat kalender... rupanya dah tinggal 2 helai ajer lagi...
kurang 60 hari, kita akan bertemu dengan angka 'bertuah' 2008...

sedar tak sedar... 2007 telah hampir tiba ke penghujungnya...

banyak kisah 'semasa' yang memenuhi warna-warna diari kita tahun ini...
banyak azam-azam yang kita ikrarkan pada tahun ini.... ada yag menjadi, ada yang terbarai ditengah jalan dan ada yang terkubur sebelum bermula...

namun atas segala-galanya, jom kita lihat.... adakah sebarang 'progress' berlaku pada diri kita tahun ini?...

bagi yang menggangur.... sudahkah dapat pekerjaan?
bagi yang memakan hasil isteri.... sudahkah boleh berdiri semula atas kaki sendiri?
bagi yang turun-naik dalam perniagaan... sudahkah perniagaan anda stabil?
bagi yang mencari 'diri sebenar diri'?....sudahkah anda berjumpa?
bagi yang menuntut ilmu.... sudahkah anda fahami ilmu yang dituntut itu?
bagi yang baru berkahwin.... sudahkah anda bersedia untuk menerima zuriat?
bagi yang baru berpisah..... sudahkah anda melakar hidup baru yang lebih bermakna?
bagi yang caca marba....... sudahkah anda berfikir untuk mengemaskan hidup dan diri semula?
bagi yang tak habis-habis ditimpa 'musibah'.... sudahkah anda lakukan muhasabah diri, taubat serta tahhajud?
bagi yang masih teraba-taba.... sudahlah tu... jgn bermain dengan perasaan sebab perasaan itu syaitan...
bagi yang telah rasa cukup..... cuba check balik diri... kerana itu perangkap nafsu..
bagi yang malas..... sudahkah anda pasti bila kematian anda dan kedudukan anda samada syurga atau neraka?

dan list ini akan berterusan hingga hembusan nafas terahkir....

kita semua akur... terpaksa akur.... bahawa dari segi kos kehidupan.. tahun 2008 adalah tahun yang segala-galanya akan meningkat...

minyak & gas akan naik.... maka apabila 2 perkara asas dalam mengerakkan ekonomi meningkat maka keseluruhan kos-kos lain juga akan turut naik...

hatta tepung gandum utk dibuat 'kodok' atau 'lempeng' juga sudah naik... inikan pula makan minum seharian kita, belanja seharian turut akan memberi impak besar pada diri kita tahun depan....

adakah melakukan beberapa kerja dalam satu masa atau 'part time work' akan menyelesaikan semua isu kenaikan kos hidup?.... ya untuk jangka masa pendek... dan tidak untuk jangka masa panjang....

satu pelan diri perlu dirangka, dibentang dan dilaksanakan untuk memastikan diri kita terus 'berdaya saing' dan berjaya mengharungi hari-hari mendatang dengan lebih gemilang...(gemilang = excellent)

apa pelan yang ada?.... mungkin banyak... namun pelan yang terbaik adalah pelan-pelan yang dirangka berdasarkan 'progress' yang kita alami ketika ini...

adakah diri kita menunjukkan sebarang 'progress'?...

hanya kita yang tahu...

wasalam

Friday, November 02, 2007

Syabas Warga MPSJ

salam semua...

dua hari lepas saya diberi kesempatan untuk memberi 'coaching session' untuk warga Majlis Perbandaran Subang Jaya...

Alhamdulillah, warga MPSJ yang hadir begitu bersemangat serta mempunyai banyak ruang potentsi untuk cemerlang...

...di bawah tajuk Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat, Organisasi Cemerlang.... masa yang diperuntukkan amat mencemburui sekali.. saya hanya mampu menghabiskan lebih kurang 30 slide dari keseluruhan 50 slide yang saya sediakan...

apapun, syabas serta tahniah buat mereka yang hadir...
bagi yang tidak dapat hadir, sama-samalah kita bedoa agar bertemu semula di lain waktu dengan keizinan Allah S.W.T...




Monday, October 29, 2007

Special Insert: SDAR 50 Years...

salam semua..

this is a special insert;

last weekend, saya hadir ke majlis makan malam perdana sempena jubli emas sekolah saya di seremban.

mengimbau kembali nostalgia masa berada di boarding school memang mengasyikkan..
ramai juga yang attend dinner tu...
termasuk cikgu-cikgu & guru besar, pibg, alumni serta current student dan tak ketinggalan juga kakitangan sokongan...

kalau nak cerita, memang panjang...

just to share photo's yang mempunyai seribu satu makna & pengertiannya yang tersendiri...

to my batch 8286... you all memang marveles...










"once a sdarian always a sdarian"

Thursday, October 25, 2007

Selamatkanlah diri & keluarga dari bencana rasuah...



salam semua....

tahukah kita bahawa salah satu gejala yang akan memusnahkan diri, masyarakat dan negara ibarat 'barah'ialah gejala rasuah.

kita selalu mendengar, melihat atau mengalami sendiri gejala rasuah dalam kehidupan seharian kita... namun ianya kadang-kala kita endahkan kerana 'mungkin' ianya tidak sebesar atau sepenting 'nyawa' atau keluarga kita...

amalan rasuah telah menyebabkan negara jiran Indonesia mundur sejak sekelian lama... mundur mereka ialah dari segi keseluruhan ekonomi negara namun, para pengamal rasuah sudah pasti hidup dalam keadaan senang lenang...

jika kita perhatikan sejak dari dahulu, apabila setiap kerajaan mendapat mandat baru dalam satu-satu pilihanraya... azam ketua negaranya ialah untuk memerangi rasuah...

negara kita juga tidak ketinggalan; slogan bersih, cekap & amanah ialah antara banyak slogan demi slogan yang menunjukkan betapa wujudnya 'perang' dalam melawan wabak rasuah ini...dan apabila berlaku peperangan maka ianya menunjukkan betapa merbahayanya perkara yang diperangi itu.....

rasuah boleh muncul dari secawan teh...
rasuah boleh terbit dari pemberian sesuatu...
rasuah boleh wujud dari kenaikan jawatan...
rasuah boleh timbul dalam kekuasaan...

para pemberi & penerima rasuah sama sahaja hukumannya.. jika di dunia mereka boleh dihukum penjara.... manakala di akhirat kelak, mereka akan ditempatkan di neraka jahannam.... na u zu billah...

hadiah atau pemberian berubah menjadi rasuah apabila wujudnya unsur ingin mendapatkan sesuatu dari penerima rasuah itu....

contoh; si A inginkan sesuatu dari si B dan untuk mendapatkannya, si A memberikan sesuatu pemberian kepada si B....

pemberian atau hadiah selepas sesuatu pekerjaan atau perkhidmatan bukanlah rasuah sekiranya tidak wujud sebarang 'perjanjian' sebelum di antara si A dan si B....

cth; si A ingin mendapatkan sesuatu dari si B, maka si A berjanji kepada si B, sekiranya beliau dapat, maka si B akan beroleh habuan.... maka di sini wujudlah unsur rasuah....

cth; si A ingin mendapatkan sesuatu dari si B, dan si A berjaya mendapatnya lalu berniat (tanpa diketahui oleh si B) untuk memberi hadiah kepada si B, maka ianya bukanlah rasuah....

mat saleh selalu kata..."you scrub my back, i scrub your back.."... "you give me what i wanted, i give you something..."

gejala rasuah ini dalam agama adalah haram... dan ianya perlu dihindari walau apa cara sekalipun...

si pemberi rasuah akan mendapat bahana...
si penerima rasuah juga akan mendapat celaka...

hidup tidak senang, tidak bahagia, rumahtangga berberantakkan, anak-anak tidak mendengar kata, anak-anak tidak berapa pandai dalam pelajaran dsbnya... (antara kesan-kesan pada diri dan keluarga..)

dan kesan kepada negara pula, wujud monopoli oleh kelompok-kelompok tertentu, jurang kemampuan penduduk menjadi semakin luas; si kaya terus kaya dan si miskin terus melarat... keseimbangan sosial wujud dan sukar dikawal dsbnya....

mari kita lihat semula betapa amalan rasuah ini perlu dihindari dari diri dan keluarga kita....

ianya sangat menjijikkan... dan telah kita saksikan negara-negara yang musnah akibat rasuah... antaranya negara filipina yang satu ketika dahulu di gelar Tiger of Asia kerana kehebatan ekonominya yang terus-terusan meningkat pada kadar minimum 9% setiap tahun... namun akhirnya segala terbongkar betapa amalan rasuah oleh Presiden Marcos dan kuncu-kuncunya telah memusnahkan negara tersebut dan mengakibatkan hidup rakyat negara tersebut melarat...

kita semua beragama... dan dalam agama wujud 'samiaq na wa atoq na'... iaitu 'kami dengar kami patuh akan suruhan Allah'....

maka apabila Allah mengatakan rasuah ini haram, adakah kita mampu mengubah hukuman itu? atau kita mencari istilah lain selain rasuah untuk menghalalkannya?...

tepuk dada tanya selera... kerana kita semua akan bertemu di akhirat kelak dalam keadaan 'berbogel' dan tatkala itu mulut kita terkunci dan para anggota akan menjadi saksi akan perbuatan kita...

sanggupkah kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang kita beli hasil dari rasuah? beranikah kita berjalan-jalan dengan kereta hasil dari wang rasuah? mampukah kita duduki rumah besar hasil duit rasuah?...

kita ada jawapan masing-masing

sama-samalah kita memerangi rasuah...

wasalam

Wednesday, October 24, 2007

Depresi : Kegagalan mengurus diri....



salam semua...

salah satu 'point' terakhir sebelum seseorang itu 'hilang kawalan' sepenuhnya ke atas diri atau menghidap penyakit 'jiwa' ialah depresi atau depression atau tekanan maksima....

seperti mana yang telah kita ketahui, semua manusia mengalami tekanan dalam kehidupan..
tekanan yang dialami itu samada berpunca dari faktor dalaman (diri sendiri) ataupun dari faktor luaran (keluarga, rakan atau musuh...

tekanan datang dalam 'regangan' yang berbeza-beza dan ianya tidak mengira masa dan ketika untuk muncul...

dalam manusia menghadapi tekanan, banyak metod atau kaedah yang boleh diaplikasikan untuk 'mengatasi' tekanan tersebut...

dan saya begitu optimis serta yakin bahawa setiap manusia boleh 'melepasi' tahap tekanan yang datang menimpa mereka berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud 'Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupan mereka sendiri'...

maksudnya untuk kefahaman kita ialah; Allah meletakkan ujian demi ujian kepada hambaNya adalah berdasarkan keupayaan hambaNya menyerap ujian itu serta mengatasinya dengan keupayaan yang sediada....

apa keupayaan kita yamg sediada?.... kita dianugerahkan oleh Allah 7 keupayaan istimewa...

keupayaan kita yang telah dianugerah sejak lahir lagi ialah; tenaga, kehendak, ilmu, hidup, penglihatan, pendengaran dan percakapan...

adakah kita telah menunaikan atau menggunakan semua keupayaan yang diberi itu dengan penggunaan maksima?.... amatlah rugi buat hamba-hambaNya sekiranya hanya menggunakan sebahagian sahaja atau tak guna lansung keupayaan yang dianugerahkan tersebut...

pengggunaan keupayaan itu juga berkait rapat dengan cara kita menguruskannya... bagaimana kita mengurus tenaga kita, bagaimana kita mengurus kehendak-kehendak kita, bagaimana kita mengurus ilmu kita, kehidupan kita-keluarga dsbnya, mata, telinga serta lidah kita?...

kegagalan dalam menguruskan anugerah tersebut akan menjurus kepada hilangnya punca dalam mencari jalan keluar bagi setiap ujian-ujian yang di hadapi lantas keadaan akan menjadi tertekan maka manusia itu akan menghadapi satu situasi yang digelar 'tekanan'....

apa yang menekan?
siapa yang menekan?
sebab apa tertekan?
siapa yang tertekan?

perlukah kita tertekan sedangkan kita acapkali melafazkan 'La haw lawala qu wa ta illa billa hil aliyul azeem'....Tiada daya upaya akan diri ini kecuali Allah yang Maha Besar...

manusia sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka tidak memahami konsep redho sejak dari awal...

manusia juga sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka merasakan bahawa hanya mereka sahaja yang berkuasa dalam mengendali kehidupan mereka...

manusia sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka tidak memahami konsep hamba & Tuhan...

manusia juga sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka merasakan bahawa mereka boleh menguasai sesuatu keadaan atau hatta manusia pada setiap masa...

dan banyak faktor lagi ataupun boleh saya ringkaskan sebagai manusia itu gagal mengenal diri, keupayaan, matlamat kehidupan, hubungan dengan Tuhan serta PesuruhNya...

kehidupan ini ialah berkenaan dengan mengurus atau pengurusan.... (life is about managing..)

sebagai hamba Allah.. setiap detik dan ketika dalam hidup kita ialah berkenaan dengan pengurusan.... bagaimana kita megurus diri kita, bagaimana kita mengendalikan setiap ibadah harian kita... dan bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu samada sebagai masalah atau ujian atau bala atau azab atau sebagainya...

ianya melibatkan 'pemahaman' akan kehidupan... dan pemahaman memerlukan ilmu... oleh sebab itu umat Islam dituntut untuk mencari ilmu... antaranya;

"..tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina..."
"..tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..."
"..menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap Umat Islam..."

begitu pentingnya ilmu dalam diri kita...

tanpa ilmu, kita bukan sahaja akan depresi... malah kita akan jadi hilang pertimbangan, hilang punca, hilang arah, hilang segalanya... dan tak tahu nak ke mana...

adilkah kita terhadap diri kita? apabila ini berlaku?... sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rad.." Tidak Aku ubah nasih seseorang itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri..."

sama-samalah kita mengambil langkah untuk berubah...

wasalam

Tuesday, October 23, 2007

Ayam Belanda oh Ayam Belanda...



salam semua....

zaman silih berganti...masa terus berlalu...
manusia semakin kompleks dalam kehidupan masing-masing...

kanak-kanak sudah pandai 'berbunuhan'...

suasana serta kisah sayu dan pilu menyelimuti keluarga adik Mohamad Khairulnizam 7 tahun yang 'dibunuh' oleh jirannya, si empunya ayam belanda....

takziah buat keluarga adik Mohamad Khairulnizam... dan Al Fatihah buat roh anak kita itu...

bagaimana ini boleh terjadi???

adakah ianya disebabkan oleh didikan?
adakah ianya disebabkan oleh ketidak akraban semangat kejiranan?
adakah ianya disebabkan oleh pengaruh persekitaran?
adakah ianya disebabkan oleh kurangnya agama?
adakah ianya disebabkan oleh perasaan cemburu?

begitu banyak persoalan yang timbul di kepala kita.... dalam masa dan ketika negara kita telah maju selangkah kehadapan dengan program angkasawan... kita dihidangkan oleh pembunuhan kanak-kanak oleh kanak-kanak....

saya suka ulangi teknik dan cara pendidikan saranan Rasulullah;

umur 1 hingga 7 tahun, didiklah dengan penuh kasih sayang & kemanjaan
umur 7 hingga 15 tahun, didiklah dengan penuh disiplin
umur 15 hingga 21 tahun, didiklah dengan cara menjadi rakan kepada anak-anak
umur 21 tahun ke atas, kahwinkanlah jika telah sampai jodoh & cukup syarat...

dalam kes ini... yang terbunuh adalah seorang kanak-kanak yang dalam proses didikan kemanjaan dan ke arah disiplin... dan yang membunuh ialah seorang yang perlukan didikan disiplin dan didikan teknik menjadi rakan (agar tidak terpengaruh dengan rakan lain)...

adakah ibubapa masing-masing telah memainkan peranan mereka?...

maaf kata, saya rasa tidak... jika adapun, terlalu banyak teknik-teknik atau cara 'lepas pandang' dan 'biarlah budak-budak memang camtu'...

dan mengharukan, akhir kesudahan cerita.... anak yang tidak berdosa menjadi korban, anak yang sepatutnya menjadi anak yang soleh telah bertukar menjadi pembunuh..

adakah anak-anak atau adik-adik kita selamat hari ini?....
kita semua tahu akan jawapannya...

dan jawapan itu adalah 'hasil' dari timbal balik di atas kemajuan yang tidak 'seiring' dengan keupayaan minda, emosi, spiritual serta fizikal manusia yang mengejarnya...

sama seperti apabila berlaku peperangan.... ada manusia yang ketawa berjalan ke bank mengutip keuntungan hasil jualan senjata pembunuh dan ada ramai manusia yang menangis hiba meratap akan kematian anggota keluarga dsbnya....

inilah wajah kita...
inilah wajah hasil kemajuan kita...

dan wajah ini akan terus menjadi hodoh hasil kerja tangan kita juga...
(manusia itulah yang melakukan kerosakan di muka bumi....)

wasalam

Monday, October 22, 2007

Tahniah & Syabas Malaysia...




ucapan tahniah & syabas buat seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya naik ke satu tahap lagi dalam bidang penerokaan angkasalepas...

walaupun buat masa ini kita semua terpaksa akur untuk 'menumpangkan' angkasawan kita namun ianya boleh dikira satu pencapaian yang agak tinggi buat kita semua...

program ini adalah hasil kerjasama kerajaan Malaysia dan kerajaan Rusia di atas pembelian pesawat juang 'sukhoi'...

rata-rata di musim hari raya ini, saya dapat saksikan 'impak' yang agak besar atau 'significant' kepada golongan pelajar-pelajar serta belia kita dalam reaksi mereka terhadap program ini...

secara lansung, matapelajaran sains menjadi kegemaran ramai anak-anak kita di sekolah dan semuanya bercita-cita untuk menjadi angkasawan... (anak kedua saya turut menyatakan hasrat untuk menjadi angkasawan yang ke 34 negara..... mana datang angka 34 itu pun saya tak tahu tapi nampak jelas ianya sudah tersemat ke dalam hati serta menjadi cita-cita anak-anak kita)...

apa yang pasti, Dr. Sheikh Muszaphar telah mencipta sejarah buat negara dan kejayaan beliau adalah kejayaan kita semua dan sememangnya boleh kita banggakan...

buat anak-anak kita semua.... jadilah manusia hebat... dan kehebatan itu jelas serta nyata atas hasil kerja keras serta istiqomah diri...

kerana, tiada yang mustahil.....insya Allah...

wasalam

Apa Selepas Syawal?



Alhamdulillah....

Syukur ke Hazrat Allah Subhanahuwataala di atas segala limpah kurnia taufiq, hidayah, rezqi, rahmat serta kenikmatanNya dapatlah kita sampai ke hari yang dinanti-nanti dan disambut oleh seluruh umat islam di seluruh dunia iaitu hari kembali kepada fitrah atau lebih dikenali sebagai hari raya....

tidak kira di mana sahaja kita berada.... laungan taqbir serta tahmid memuji-muji Allah berkumandang bersahut-sahutan oleh hamba-hambaNya....

Alhamdulillah juga... walau apa juga keadaan kita, susah senang, bahagia atau hiba, miskin atau kaya, berkemampuan ataupun tidak.... kita tetap mengecapi nikmat hari raya itu.....walau seketika....

Syukur ke hazrat Allah.... suasana hari raya ini cukup berwarna warni dan diisi dengan penuh kemeriahan sekadar keupayaan diri kita....

Hari Raya ini juga secara tanpa kita sedari memberi seribu natijah atau pengajaran untuk kita semua....setelah 'berperang' dengan nafsu di bulan ramadhan.... ada yang kecundang dan bangun balik, ada yang kecundang serta tewas dan tidak kurang juga yang terus-terusan kecundang tidak bangun-bangun....

saya sendiri berpeluang bertemu dengan berbagai-bagai jenis 'situasi' manusia semasa raya ini....

ada antaranya yang 'menelan air liur' sahaja...
ada antaranya yang berduka dan cuba untuk ketawa...
ada antaranya yang ketawa ria tetapi menangis di dalam hati...
ada antaranya yang benar-benar bahagia....zahir & batin...

dan berbagai-bagai lagi situasi yang tidak mampu untuk manusia itu sembunyikan di saat seluruh 'tenaga' atau aura hari raya itu memenuhi angkasaraya pada 1 syawal tersebut...

namun bagi mereka-mereka yang benar-benar mempunyai iman di dada... keredhoan adalah segala-galanya...

redho dari awal hingga akhir...
redho sebelum melakukan sebarang usaha atau ikhtiar...
redho semasa melakukan pekerjaan atau usaha...
redho menerima setiap keputusan atas ikhtiar atau usaha tersebut...

tetap @ istiqomah dalam kehidupan....
tetap @ istiqomah dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan...
tetap @ istiqomah dalam melakukan ibadah kehidupan ini...

menyediakan pelan-pelan 'pembaikan diri' setelah bermuhasabah adalah tanda-tanda keimanan di dada...
mengorak langkah melaksanakan pelan-pelan tersebut adalah bibit-bibit kekuatan iman di dada...
bersabar dalam setiap ujian dalam perlaksanaan pelan-pelan tersebut adalah pancaran iman tersebut...

insya Allah....

seperti yang telah kita ketahui...

manusia itu gagal jika hari ini lebih teruk dari semalam...
manusia itu alpa jika hari ini sama seperti semalam...
manusia itu hebat jika hari ini lebih baik dari semalam...

tanyakan pada diri... adakah hari ini lebih baik dari semalam?
tanyakan pada diri... adakah kita masih hilang punca?
tanyakan pada diri... adakah kita mulai nampak keupayaan diri kita?
tanyakan pada diri... 'what is next after this?'...

masa terus berlalu.... pastikan kita lebih hebat di syawal akan datang....insya Allah...

wasalam

Monday, October 15, 2007

Berhari Raya 450 kilometer dari rumah...

salam semua...

tahun ni giliran untuk beraya di rumah mertua di Bandaraya Islam Kota Bharu @ Serambi Mekah...

bertolak ke KB pada malam raya lepas berbuka pukul 9 malam (isteri masih bekerja hingga pukul 3 petang hari Jumaat)...dan selamat tiba pada pukul 3.30pagi

insya Allah akan berada di KB hingga hari Khamis dan akan terus ke Seremban untuk beraya di sana pula...

KB; cuaca baik, Alhamdulillah...banyak jemputan ke rumah2 terbuka yang perlu dihadiri.. dan pastinya...buah duku langsat & dokong adalah 'pencuci mulut'....


"ke masjid india dengan LRT utk 'shopping sakan' dua minggu sebelum raya"


"tahun ni...bertemakan warna 'orange'....."


"permintaan anak-anak untuk berbuka di KFC 2 hari sebelum raya...(merasa bagaimana orang islam di Amerika berbuka puasa...)


"bermain di tepi 'tali air' di sebelah rumah tok mek mereka....(raya ke dua)"

Friday, October 12, 2007

Ahlan wa Sahlan Eid Fitri Al Mubaraq....



saya dengan rasa rendah hati dan penuh keinsafan ingin memohon ampun dan maaf dari semua insan yang saya kenali ataupun tidak kenali yang pernah atau selalu singgah di blog ini...

syukran jazilan kerana sudi mengikuti buah pikir saya selama ini...

doa saya, anda semua selamat sejahtera dan bahagia hendaknya di sisi keluarga tercinta di hari mulia dan penuh kebesaran ini...

'kembali'nya kita semua kepada fitrah yang asal adalah objektif ramadhan al mubaraq... dan hari raya - maknanya kurang tepat berbanding eid fitri yang lebih tepat(eid fitri = hari kembali kepada fitrah)...

selama sebulan kita 'mencuci', menyuci, meng'clorox', bermuhasabah dan melakukan checklist diri luaran dan dalaman...

kita semestinya diuji dengan ujian yang ada antaranya yang tidak pernah kita hadapi...

namun Alhamdulillah...kesan yang diperolehi atau pengajaran yang kita dapati begitu memberi bekas ke atas diri kita dalam menuju pembentukan seorang insan yang terus berubah ke arah yang terbaik dari masa ke semasa...insya Allah...

buat yang berjaya memperolehi Al Lail Al Qadar, ucapan tahniah dan syabas dari saya buat anda....

salam hormat dari saya...

wasalam

Wednesday, October 10, 2007

Kembali kepada Fitrah kah kita kali ini?



salam semua...

Alhamdulillah... kita akhirnya berjaya menyambut kehadiran bulan Syawal setelah menempuh segala ujian di bulan Ramadhan dengan jayanya...insya Allah

apapun keadaan kita, bersedia ataupun tidak, berharta ataupun tidak, berada ataupun tidak, berduit ataupun tidak, berkeluarga ataupun tidak, bersanak saudara ataupun tidak.....raya tetap raya... detik-detik kemenangan perlu dihayati dengan sepenuhnya....

suka ataupun tidak..... raya tetap berlabuh selepas Ramadhan...
terima ataupun tidak... raya tetap terus berlalu

soalan penting buat diri-diri kita yang hebat ialah; adakah kita sudah kembali kepada fitrah?..... mudah-mudahan kita kembali kepada fitrah diri kita yang sebenar...insya Allah

hari raya ialah hari kemenangan.... hari keriangan.... hari kemerdekaan.... hari semangat.... hari kebahagiaan....

jika kita meletakkan kemenangan itu pada nilai harta.... maka jika raya ini kita dalam keadaan 'kurang harta' maka sudah tentu senyuman kita tidak selebar seperti biasa...

jika kita meletakkan keringan itu pada nilai wang ringgit... maka jika raya ini kita dalam keadaan 'semput ringgit'maka sudah tentu salaman kita dengan tetamu tidak seerat seperti biasa...

jika kita meletakkan kemerdekaan itu pada nilai bebas melakukan apa sahaja... maka jika raya ini kita dalam keadaan 'kurang bebas' maka sudah tentu pergerakan kita tidak selincah biasa....

begitulah seterusnya jika kita meletakkan 'sesuatu nilai' kepada 'eid fitri' ini...

apa yang pasti eid fitri yang kita sambut setiap tahun adalah merupakan 'tanda' kemenangan diri dalam mengurus diri dari sudut pengawalan hawa nafsu dan meletakkan kedudukan nafsu serta diri pada tempat yang betul...

acapkali kita 'tewas' dengan nafsu.... nafsulah yang meletakkan 'nilai' pada setiap perkara yang kita lihat, kata, dengar serta lakukan... dan perletakan 'nilai' inilah yang membuatkan ianya menghakis 'keikhlasan' @ 'lillah hi taala' itu...

lakukanlah 'yang terbaik' setiap masa dan ketika... setiap apa yang kita kata, dengar dan ucapkan.... dan imbuhannya sudah pasti baik... insya Allah....

sebagaimana yang saya sering tanyakan kepada peserta kursus saya; jika gaji kita itu RM2,000... dan RM2,000 itu ialah 100% output tenaga yang perlu kita curahkan dalam tempoh tertentu (biasanya sebulan @ 8 jam sehari).....

isu yang timbul ialah, jika kita tidak sempurnakan 8 jam itu seperti yang telah kita 'aqad'kan masa mula-mula menerima kerja dulu.... macamana?....

layakkah kita utk menuntut 100% sedangkan kita hanya mengeluarkan 'output' hanya 80% sahaja?.....

apa terjadi dengan 20% itu....jumlah yang kita 'curi tulang'?... layakkah kita membelanjakan wang tersebut...? sedangkan kita secara nyata 'melanggar' kontrak @ aqad awal menerima kerja?....

perkara ini nampak kecil tetapi 'impak'nya amat 'significant'.... dan akan melibatkan 'darah serta daging' @ apa yang kita gunakan, beli serta makan dengan wang tersebut....

begitulah seadanya....

muhasabah perlu berterusan...
tindakan perlu diambil setelah keputusan muhasabah diketahui...
dan tanyalah kepada diri... apa langkah seterusnya?...

melangkah kehadapan itu perlu & wajib....

salam eid fitri & wasalam
kota bharu 4 syawal

Tuesday, October 09, 2007

Puisi Nurulainsha buat adik Nurin....

salam semua....

suka saya berkongsi puisi nukilan Nurulainsha yang didedikasikan buat adik Nurin Jazlin....

Dedikasi untuk arwah adik Nurin Jazlin Jazimin (2)



‘Ibu, Nurin keluar sekali lagi yea’
Tutur manja dari bibir merah itu kedengaran
Matanya memancar cahaya kegembiraan
Dalam larian anak menuju ke destinasinya
Hajat dihati akan ditunainya

Saat berlalu pergi
Jam menggantikan waktu yang berlalu
Langkah si puteri tiada kelihatan
Naluri si ibu bagaikan ombak yang mengganas
Nyilu makin menikam
Bagaian memanah kegalauan hati
’Kemanakah puteriku?’ tertanya si ibu
Pencarian bermula, kegelisahan kian terasa
Si ayah nanar mencari
Si ibu berdoa pasti
Seyakinnnya puteri akan kembali
Mengembalikan kebahagiaan yang berseri

Hari bertukar ganti
Minggu melangkah berbulan
Debaran merantai kegelisahan
Doa tak pernah lekang
Namun...
Ketentuan Ilahi tiada pernah terduga
Sekujur badan birat membiru ditemui
Si ibu terduduk diam tersentak kaku membisu
Si ayah kian kalut mencari
Menafikan itu si puteri yang dikasihi
Walaupun telah terbukti
Si puteri telah kembali pada penciptaNYa
Dengan tubuh diseksa ngeri...

Dalam kepasrahan si ibu ayah meredhai
Dalam segala kepayahan yang sukar diucapi
Pemergian puteri tersayang yang dizalimi
Hanya berdoa siputeri aman abadi
Tinggal di sana
Syurga yang pasti


(syukran jazilan Nurulainsha kerana sudi menyumbangkan puisi ini...ianya original dan tiada suntingan)

moga kita dapat menghayati puisi ini dan memperoleh titisan ilmu dari peristiwa tersebut...

wasalam

Friday, October 05, 2007

Malam-malam yang 'Ganjil'....




salam & selamat bertemu kembali...

Alhamdulillah...diizinkan Allah untuk kita bertemu lagi di ruang siber yang serba canggih ini.

Maaf jika ada yang ternanti-nanti 'kata 2 sen', 'perkongsian rasa', 'motivasi', 'ngomelan', 'tulisan', 'perlian' dsbnya dari saya...

Bukan apa, masa tidak mengizinkan untuk saya mencoretkan bahan-bahan buat santapan minda, emosional, spiritual dan fizikal tuan-tuan atas tugas-tugas tertentu di bulan Ramadhan ini..

Alhamdulillah juga, saya sempat juga bersama Wargakerja MBSB untuk sesi 'Afternoon Talk' mereka di ibu pejabat MBSB di Bukit Damansara tempohari... semua yang hadir untuk sesi terngahhari tersebut hebat-hebat belaka...

mmm... hari ini, genaplah 23 hari Ramadhan berlalu...

bagaimana dengan ibadah-ibadah kita?... adakah 'meter prestasi' menunjukkan arah menaik atau menurun?...
selalunya bila dah 'hujung-hujung' ni, apatah lagi bila bangun bersahur tu, tengok nasi pun boleh 'khayal' lama.... selera pun dah hilang... 'mood' raya pula dah datang... maka kita akan merasakan akan kehilangan 'sesuatu' tidak lama lagi...

minggu terakhir ini, seperti janji Allah dan sabda Rasulullah, umat Islam akan bertemu satu malam di antara 10 malam terakhir ini di mana malam tersebut amatlah istimewa ganjarannya... seperti yang kita tahu; imbuhan 1000 malam.... beruntunglah mereka-mereka yang memperoleh kemulian pada malam tersebut....

-------------------------------------------------
AL-QADAR;

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

-------------------------------------------------

pastikan ibadah kita berjalan dengan keadaan baik, tertib, istiqomah dan tuqmaninahnya sekali...

Ramadhan penuh dengan keberkatan dan keistimewaan, antaranya ialah mendisiplinkan diri kita, mengawal nafsu-nafsu kita, meningkatkan ibadah-ibadah, memperbaharui azam dan semangat serta motivasi diri kita....

boleh dikatakan, semuanya adalah berkenaan pembentukan seorang Insan Yang Beriman... dan seolah-olah, kita ini lahir ke dunia semula dengan azam dan niat yang baru, bersama-sama kecekalan dan disiplin diri yang diperolehi di dalam bulan ini...

insya Allah, saya doakan semua pembaca bertambah kekuatan untuk bangun dari tidur yang panjang, bergerak secara progresif dan bermotivasi kehadapan untuk cemerlang...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails