Saturday, July 18, 2009

Cerita 3 hujung minggu...

salam hujung minggu buat semua...

masa menulis ni saya berada di pekan meru... secara tepatnya di restoran Deen Meru.
baru lepas pekena nasi lemak ayam goreng... (lapar..sebab malam tak ambil dinner..)
sementara menanti rakan datang untuk join breakfast..saya pun bukak laptop, on bluetooth & connect ngan modem (hp 'berbluetooth') dan mula bertenet..

(gambar hiasan : breakfast semasa di trolak..)

cerita 3 minggu lepas..

hujung minggu 3 minggu lepas...

saya berkesempatan membawa anak-anak untuk menonton filem kegemaran mereka...'transformers'..

agak lewat saya bawa mereka menonton kerana ter'buai' dengan khabar-khabar bahawa tiket untuk filem tersebut agak laris dan sudah 'fully booked' untuk 3 minggu seterusnya dari 'launching'..

(team transformers beberapa minit sebelum di'transformkan'..)

saya ke gsc one utama pada hari sabtu tersebut dan 'cuba' untuk mendapatkan tiket tayangan jam 4 petang.. memang hampa sikit... bila sampai 'turn' saya di kaunter, tiket tinggal beberapa seat aje.. sedangkan kami akan menonton berlima.. so saya terus beli tiket untuk tayangan esoknya (hari ahad..)

(antara watak baru..'jetfire' yang mambantu optimus untuk melawan kawan-kawan megatron & the fallen)

filem tersebut?... bila di tanya pada anak-anak.. mereka memang kata best, esp rashid yang minat dengan robot-robot ni... aliah agak boring bila sampai separuh filem... saya?... saya layan ajer cuma agak 'fening' bila sampai suku filem yang akhir... pergerakkan agak laju dan saya layan ajer kekalutan pertempuran optimus & rakan dengan megatron & boss serta kuncunya..
(transformer junior)

hujung minggu 2 minggu lepas...

saya berjauhan dengan famili... ada program team building bersama warga adabi di trolak..
program bermula jumaat selepas solat... dan berakhir ahad pukul 2.
sampai rumah ahad tu kira-kira pukul 5 petang kerana saya dan team singgah di r&r ulu bernam untuk lunch & 'tonning down' energy @ detoxify...

so plus minus... jika ada program hujung minggu seperti team building, saya akan 'hilang selama 3 hari'...

hujung minggu ini...

agak relaks sikit...
baru tadi menghantar isteri ke ofisnya..
beliau kena pergi program team building jugak... (mujur tak kena dengan syarikat saya..)
esok ada program di pulau carey.. bersama warga koperasi NEC..

hari ni punya plan?... lepas breakfast ni... nak balik rumah... petang nanti boleh 'mesin rumput'..
dah agak panjang rumput-rumput di rumah ku...
nanti mereka marah pulak bila tak ditebas.... :-)

(angah & aliah... kalau mengeteh mesti nak maggi goreng...)

petang nanti, nak ajak anak-anak mengeteh... lama tak duduk dengan mereka secara 'santai'.. pastu gi pasar malam... cari sate atau 'yong tau fu'.. or anything yang mereka inginkan..

apa rancangan anda minggu ini?

harap adalah sedikit sebanyak rancangan untuk famili ya... seringkas-ringkas, makan atau minum bersama-sama... (lagi best kalau goreng mee hun, bawak tikar..pergi relaks kat waterfall atau picnic kat taman bunga....)

ok..selamat berhujung minggu ya untuk semua...

Friday, July 17, 2009

Syabas & Tahniah Warga LHDN



salam semua...

sekitar program 'Pengurusan Stress' anjuran firma saya, SCA untuk warga Lembaga Hasil Dalam Negeri, bertempat di dewan hasil, blok 9, jalan duta..

buat semua peserta... tahniah serta syabas buat anda semua...

buat Elly & Alia yang banyak membantu di sepanjang program... jutaan terima kasih buat anda berdua...

Monday, July 13, 2009

Bahasa Langit di Trolak....

Terkadang dalam melangkah kita mendapat perkhabaran...
Secara tersurat ataupun yang tersirat..
Terkadang dalam melangkah kita mendapat ilmu..
Secara tersurat ataupun yang tersirat..

Sangat halus perkhabaran yang merangkumi tujuh petala setiap masa...
Hanya yang peka deria dan dahaga untuk mencintai dan dicintai arif akannya...
Sangat halus perkhabaran yang merangkumi segenap pelusuk alam...
Tanda Rohman tanda Roheem tanda Hayyu tanda Qayyum Ilahi..

Terbentang kalimah tauhid buat semua makhluk saban saat dan ketika...
Membawa erti makna cinta sejati antara Pencipta & ciptaanNya...
Tertulis di setiap wajah-wajah kecintaan akan kalimah Pencipta...
Satu untuk semua....semua dari Satu...

Tatkala hamba semua lupa lara asyik mabuk dengan dunia fatamorgana...
Alam tetap membawa perkhabaran buat mereka-meraka yang engkar atau beriman..
Tatkala hamba semua sibuk dengan nafsi nafsi dan lupa akan mati...
Alam tetap patuh menurut perintah Ilahi...


Dan di saat sakratul maut tiba di pintu muka...
Masih ada yang buta dan terus lara lalai serta hanyut dengan keasyikkan dunia...
Asyik dengan dunia yang hanya warna-warna sementara...
Yang akan luput menjadi tiada...

Kemana nanti mahu dihadapkan wajah kita selepas maut itu?
Sedang di dunia kita asyik dengan keseronokkan fatamorgana...
Lantas lupa dan berpura-pura bertuhan sesekali ditanya sapa...
Dan masa pun terhenti menanti jawapan pasti...

Berkampung di Felda Residence Trolak...

salam semua....

maaflah saya agak lama 'bercuti' dari berentri...
sebahagian besarnya sebab 'cuti' tersebut ialah bergelumang dengan persediaan untuk beberapa program latihan dan 'development program' yang panjang..

apapun..pengubat kerinduan.. saya kongsi foto-foto di sekitar program bersama warga pentadbiran Adabi...ya Adabi..sebuah syarikat bumiputera yang berjaya dalam industri pemakanan di negara kita...

entrance ke residence...

ruang lobi yang agak selesa...

ini adalah 'coffee house' di bangunan yang menempatkan bilik latihan..

'backdrob' program..

saudara Kamal, the superb 'ARP Trainer' dan Master Trainer dalam pembikinan...

saudara Rohaizad, the excellent 'ARP Trainer', juga Reiki-LVT Master dan Master Trainer dalam pembikinan...

posing manja saudara Kamal beberapa saat sebelum program bermula...

ada satu wajah yang memang rakan saya semasa di UiTM dan rakan sekerja di SmartShop satu ketika dahulu..

'taming the tsunami'...yang merentap ke'egoan' diri serta menerobos semangat berpasukan...
team collaboration sedang 'take place'...
'leader instruction', 'empowerment', 'syncronization' & 'focus' sedang berlaku...
'energizing' with Reiki-LVT energy... during 'stress management module'...
all the best to participant yang hadir...
anda semua terbukti hebat!

Tuesday, July 07, 2009

Setitis Rahmat Sebungkam Pilu


Setitis Rahmat Dalam Gelora
Setitis Rahmat Dalam Pasrah
Setitis Rahmat Dalam Suka
Setitis Rahmat Dalam Duka
Setitis Rahmat Dalam Sengsara
Setitis Rahmat Dalam Derita

Sebungkam Pilu Dalam Dada
Sebungkam Pilu Dalam Rasa
Sebungkam Pilu Dalam Hiba
Sebungkam Pilu Dalam Jiwa
Sebungkam Pilu Dalam Airmata

Ada setitis Rahmat dalam semua ketika
Membasahi jiwa nan berduka cita
Menyusuri rata setiap wajah pasrah
Membelai jiwa dalam sepi

Ada setitis Rahmat yang berEmpunya
Menitis terus ke jiwa-jiwa
Menusuk terus ke dasar hati
Menerbit cahaya murni suci

Ada setitis Rahmat yang membasahi
Segenap pelusuk jiwa sanubari
Tiada wajah yang tandus kekeringan
Menanti terbit cahaya suci

Ada
Dia Ada
Dia Ada bersamamu
Titisan RahmatNya Ada
Sering Membasahi jiwa-jiwa

Setitis Rahmat Sebungkam Pilu
Membawa berkat sekelian Alam
Tiada Resah Tiada Hiba
Yang Ada HanyaMU



Friday, July 03, 2009

Mencari Tuhan Yang Lain....


salam semua...

pernahkah kita terfikir untuk mencari tuhan yang lain selain Allah?

hishh... berat sungguh soalan saya kali ini...
biar benar...

apa tidaknya.... kan kita saban hari mengucap dua kalimah syahadah...

apa tidaknya.... kan kita saban hari tidak tinggal solat walaupun sesekali malas, lewat & leka...

apa tidaknya.... kan kita saban hari melihat atau terlihat 'frame-frame' kalimah Allah Muhammad di rumah, di tempat kerja dsbnya...

apa tidaknya... kan kat cermin kereta penuh dengan sticker-sticker Allah & Muhammad dsbnya..

apa tidaknya... kan kat atas pintu rumah ada ayat-ayat 'pelindung' yang boleh melindungi dsbnya..

apa tidaknya... kan kat dalam wallet atau handbag penuh dengan kain-kain putih atau kuning yang kita tak tahu apa isinya...

Mencari tuhan yang lain adalah satu pekerjaan yang dilakukan sejak berabad lamanya... dan ianya berterusan sehinggalah hari kiamat.

Manusia memang tidak pernah puas.
Manusia memang tidak pernah rasa syukur.

Rasa puas tidak pernah lahir dari hati-hati yang mati.
Rasa syukur tidak pernah terbit dari hati-hati yang buta.

Manusia 'kunun'nya bersyukur apabila mendapat rezki yang banyak.
Syukur yang dipanjatkan apabila mendapat RM10,000 berbeza dengan rasa syukur apabila mendapat RM5.

Tahap kesyukuran tatkala mendapat RM10,000 sangat tinggi...
Tahap kesyukuran tatkala mendapat RM5 adalah kesyukuran yang 'biasa'...berbanding RM10,000 tadi...

Begitu juga tahap kepuasan diri...kita akan berasa sangat puas apabila hampir kesemua hajat atau sesuatu hajat kita dilunaskan atau kita perolehi..

Begitu juga manusia yang mencari tuhan-tuhan yang lain...

Manusia itu tadi tidak sedar..dalam pencarian memuaskan diri, mereka terjebak ke kancah haru-biru yang memungkinkan mereka bertemu dengan 'tuhan-tuhan' yang baru... di mana tuhan-tuhan itu mempunyai dewa-dewanya dari kalangan manusia itu sendiri.

Contoh mudah: jika kita percaya bahawa ada satu kuasa lain yang boleh memberikan segala apa yang kita hajati atau yang boleh memuaskan diri kita maka kita telah bertemu tuhan yang lain selain Allah.

Lebih berat lagi jika kita bertemu dengan dewa-dewa tuhan-tuhan ini (atau wakil-wakil) mereka yang femes dengan nama pawang atau bomoh atau 'orang pandai dsbnya...

Kita kengkadang gerun mendengar istilah pawang atau bomoh kerana kita terlalu terdedah dengan kisah-kisah drama yang begitu banyak disuapkan saban malam...

Namun paling 'horror' ialah apabila kita berhadapan dengan 'orang pandai' yang tak pakai title bomoh tapi lebih dahsyat dari bomoh..

berbalik kepada topik kita...

adakah kita tergolong ke dalam golongan yang mencari tuhan-tuhan yang lain?

jika kita telah tergolong maka lakukanlah taubat dengan segera...jangan tunggu sebab kita tidak pasti bila kita akan 'pergi'..

jika kita hampir tergolong maka cepat-cepatlah bertaubat...jangan tunggu sehingga kita terleka sekali lagi...

jika kita tidak tergolong maka janganlah kita mendabik dada kerana jurang-jurang itu sangat hampir dengan kita...

jika kita bercadang untuk mencari tuhan yang lain... lupakan sahaja hasrat itu..kerana di akhirat kelak tuhan baru kita itu tidak akan mengaku dia tuhan kita.. lebih-lebih lagi syaitan akan lari sejauh-jauhnya dan hanya akan mengaku mereka hanya mendorong sahaja...sedang yang membuat pilihan untuk mencari tuhan lain itu adalah si manusia itu sendiri..

begitulah kita manusia yang sering terperangkap dengan diri sendiri.
begitulah kita manusia yang sering membiarkan nafsu menjadi teraju diri sedangkan mereka tiada daya upaya..
maka apabila kita membiarkan nafsu menjadi teraju...saat itulah kita menuju ke jurang yang sangat dalam...

soalan... adakah kita ada tuhan yang lain selain Allah?
soalan... adakah kita tidak mahu mengaku bahawa kita telah lama mempunyai tuhan selain Allah?
soalan... adakah kita tahu bahawa kita telah lama 'mensyirikkan' Allah.
soalan... adakah kita tahu bahawa kita benar-benar tidak yakin kepada Allah apabila kita meletakkan perkara atau barang lain lebih berkuasa menentukan kita 'puas'?

wasalam

Wednesday, July 01, 2009

Nak Cari Durian Hari Ni....

salam semua...

hari ni saya ada misi...

misinya ialah nak ke kuala pilah..
sahabat mengajak untuk ke kebun durian beliau di sana...
so..misinya memuatkan durian ke dalam belakang unser saya hingga penuh...

perghhh... mau sebulan bau durian dalam kereta ni... :-)

durian oh durian...
saya taklah minat sangat durian ni..tapi kalau ada depan mata... makan & layan jugak..

tapi isteri & anak-anak memang minat kat durian...

durian sekawan.... menanti untuk masak dan gugur kebumi...

pokok durian dan durian tembaga...

durian tembaga ni adalah durian asli yang satu ketika dulu sangat 'femes'... sebelum kemunculan segala 'D' dalam siri-siri durian-durian di tanah air...

babai semua... nak berangkat dah...

Monday, June 29, 2009

Syukran Jazilan Izah...

masuk jer opis...

buka blog...

merayau ke blog para sahabat...

terserempat dengan entri ini...

terima kasih izah di atas ingatan dan penghargaan ini...

:-)

Saturday, June 27, 2009

Weekend @ Ayer Keroh, Melaka..

salam semua....

apa khabar anda sekarang?
harap terus dalam lindungan Ilahi hendaknya...

saya kini berada di Ayer Keroh, Melaka...
ada program di sini... di kilang plastik 'Daibochi'...
program bertajuk "Positive Work Culture" ditujukan kepada satu kumpulan sasar yang 'terpilih' dari keseluruhan pekerja.. kumpulan sasar ini di gelar 'PKS @ Program Keberkesanan Sikap'..

makanya mereka-mereka ini adalah pekerja contoh yang perlu dilonjakkan lagi daripada tahap bagus kepada tahap cemerlang...

begitulah ceritanya..

'rukun daibochi'...

semua yang positif..dalam rangka memberi kekuatan kepada pasukan kerja..

pemandangan dari jendela hotel tempat saya & rakan menginap...
hotel ancasa, mitc...bersebelahan dengan MITC @ Melaka International Trade Center...

namun secara jujurnya saya agak pening dengan konsep yang ingin diketengahkan di kawasan MITC ini...

dari foto di atas kita boleh lihat 5 jenis bentuk atau konsep bangunan yang didirikan...
mungkin kerajaan negeri mahu ada kepelbagaian rasa & suasana di sini...

bagi saya, jika mahu membangunkan satu bandar baru.. biarlah konsepnya sedikit seragam dan ada kesinambungan... seperti Putrajaya & Cyberjaya... satu perancangan jangkapanjang yang mengambil kira semua elemen bandar pintar...

ok... tetiba rasa nak pekena ikan bakar pulak... :-)

Friday, June 26, 2009

Al Fatihah buat Micheal Jackson...




Micheal Jackson (Raja Pop Dunia) telah kembali ke rahmat Allah dalam usia 50 tahun.
Tahun lepas beliau memeluk agama Islam dan sempat membuat satu track 2 minit lagu nasyid pujian dan kesyukuran kepada Allah

Mudah-mudahan Allah menerima beliau dengan penuh rahmat serta keAgunganNya..

Al Fatihah



Tuesday, June 23, 2009

Ahlan Wasahlan Yaaa Rejab...


salam semua....

saya ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Bulan Rejab dan Selamat Menyambut Bulan Rejab kepada semua umat Islam tidak kira di mana sahaja anda berada.

Ada orang yang terdahulu mengatakan bulan Rejab ini ialah bulan Allah, bulan Syaaban ialah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan ialah bulan hamba Allah / ummat Muhammad...

Di atas kebesaran bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama meraikan kehadirannya dengan mengadakan lebih banyak majlis-majlis zikir bersama-sama... lebih afdalnya majlis yang kita adakan itu bersama-sama ahli keluarga... mulakanlah pada maghrib ini...

selepas itu selang-selikanlah dengan majlis-majlis yang serupa..contoh seminggu sekali dan sebagainya...

sangat mulia bulan ini bagi Allah... maka alangkah baiknya seluruh hambaNya mengambil peluang ini untuk memperbaharui iktikad, lafaz serta perbuatan kita... perkemaskan diri dengan melakukan muhasabah-muhasabah diri dan merangka pelan-pelan pembaharuan diri serta keluarga...

insya Allah..mudah-mudahan dengan amal yang disertai dengan keikhlasan serta mengdambakan yang terbaik dalam amalan kita yang kita lakukan, maka hendaknya kita dapat menikmati erti sebenar kecintaan hakiki Allah s.w.t.

wasalam

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa @ Happy Father's Day

salam semua...

kali terakhir saya mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada bapa saya ialah lebih kurang 25 tahun yang lepas...

selepas itu tiada lagi tuturan itu kepada bapa...
selepas itu juga saya belajar untuk terus hidup tanpa bapa...
selepas itu juga saya mula menghargai apa yang bapa telah lakukan kepada kami sekeluarga...
selepas itu juga saya mula menghargai setiap kata yang bapa luahkan...

lebih 25 tahun lepas saya sesekali bertelagah juga dengan bapa...
apabila melihat ibu sering nangis bila disergah bapa...
apabila melihat ibu teresak-esak bila lewat menyediakan makanan bapa...
apabila melihat ibu & adik2 ditinggal bapa kerana lewat persiap diri untuk ke kampung...

lebih 25 tahun lepas saya sesekali hairan dengan keputusan bapa...
keputusan membuka kedai di depan rumah...
keputusan membiarkan saya menjaga kedai sejak 10 tahun...
keputusan menghantar saya ke asrama...

ya..memang bapa telah pergi selama-lamanya 25 tahun yang lepas...

meninggalkan kami enam beradik bersama ibu dan sebuah kedai runcit yang comel..

sejak itu kasih bapa hanya kami ngemis dari pakcik-pakcik yang ada disekeliling..
memang tak pernah sama dengan kasih bapa..

walau bapa seorang yang tegas namun bapa penuh kasih sayang...
walau bapa seorang yang garang namun bapa penuh dengan panduan...
walau bapa seorang yang kemas namun bapa penuh dengan hikmah...
walau bapa seorang yang berpandangan jauh namun bapa bersikap terbuka...

Al-Fatihah untuk bapa yang berada di atas sana...

Jasamu...
Didikanmu...
Kasih Sayangmu...

walaupun sebentar... tidak pernah aku lupakan....

selamat hari bapa... walaupun bapa tak ada di sisi... namun aku masih merasakan bapa ada.. malah dekat dihati...

buat anda yang masih berbapa... renungilah mata bapamu dalam-dalam... nescaya akan bertemu satu kolam kasih sayang yang tak bertepi... kolam yang tidak ramai yang tahu... hanya mereka yang benar-benar memahami, mengerti akan hakikat amanah serta tanggungjawab seorang yang bergelar bapa sahaja akan ketemunya...

wasalam

untuk para bapa-bapa..tidak kira di mana sahaja anda berada...

'heppi father's day!'...

jangan mensia-siakan anugerah tuhan (isteri & anak-anak) kepada anda...
kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan semua amanah yang telah diamanahkan...


Saturday, June 20, 2009

7 Jiwa Manusia...

salam semua...

ketahuilah di dalam diri manusia itu terdapat 7 jiwa...

Jiwa yang lalai serta penuh dengan dosa...

Jiwa yang mendapat petunjuk & peringatan...

Jiwa yang mendapat taufiq & hidayat...

Jiwa yang seimbang dalam kepasrahan...

Jiwa yang tenang lagi meyakini....

Jiwa yang berserah di dalam keredhoan Ilahi....

Jiwa yang tenteram di dalam kecintaan Ilahi

Jiwa yang mana satukah yang sedang merajai dan menguasai diri kita?


Bertenanglah dalam keadaan marah...(marahlah hanya kerana Allah tatkala Dia dihinai, tatkala Dia dibelakangi, tatkala Dia dilupai...)

Bertenanglah dalam mendapat petunjuk...(peka dengan kehadiran petunjuk demi petunjuk yang hadir diri tidak lain tidak bukan hanya dari Ilahi agar kita kembali ke jalan yang lurus....)

Bertenanglah dalam kecintaan Allah... (kerana cinta yang palsu dan paksa hanya akan merodak jiwa dan musnah dalam kecelakaan..)

Mudah-mudahan kita ketemu kunci jiwa yang tenang... kerana ia adalah gerbang mendapat kecintaan hakiki...

Gambar Kecik Gambar Besar

salam semua...

seringkali dalam hidup kita melakukan kesilapan demi kesilapan...
sehingga muncullah ungkapan..."segala yang baik dan maha sempurna itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datang dari diri kita.."

thomas edison (perekacipta mentol lampu) pernah ditegur oleh ramai orang ketika beliau melakukan ujikaji demi ujikaji dalam penciptaan lampu atau mentolnya...

orang-orang berkata, 'kamu telah banyak melakukan kesilapan'...(apa tidaknya lebih 14,000 kali beliau mencuba....)

beliau tetap 'relaks' dan hanya menjawab...saya tidak memanggilnya kesilapan (i dont call them mistakes but they are education), kesilapan itu bagi saya adalah pelajaran...

mengapa kita sering melakukan kesilapan...

untuk memahami dengan mudah dan cepat mengapa.... jawapan saya ialah, kita sering melihat gambar-gambar yang bersaiz kecil... dan kita sering lupa untuk 'zoom out' supaya kita boleh lihat gambar yang lebih besar...

namun begitulah manusia... cepat melatah, cepat naik angin, cepat nak marah, cepat dan menuduh, cepat nak menangis, cepat nak merajuk dsbnya...

itulah sifat manusia yang fana...
dan manusia yang bersifat fana ini juga sering lupa siapa Pencipta mereka...
dan manusia yang bersifat fana ini juga sering lupa akan kehendak Pencipta meraka... kerana apa? kerana asyik dengan melayani kehendak diri sendiri yang penuh dengan sarat nafsu-nafsi...

kehendak diri.........nak kaya sampai mati
kehendak diri.........nak puji-pujian sampai mati
kehendak diri.........nak disayangi sampai mati
kehendak diri.........nak hidup sendiri tanpa gangguan sampai mati
kehendak diri.........nak bahagia sampai mati

dan seterusnya... (empunya diri lebih arif dengan diri masing-masing)

manusia itu lupa kisah 2 malaikat di zaman nabi Allah Sulaiman; Harut & Marut yang turun kedunia semata-mata mahu membuktikan mereka lebih mulia dari manusia.. dan kisah mereka ini menjadi iktibar kepada manusia betapa sukarnya mengawal hawa nafsu jika diri kita masih bermain dengan 'kehendak diri'...

cuba lihat gambar dibawah...

apa yang kita boleh lihat?
beberapa kanak-kanak sedang samada menelaah, membaca sesuatu.
kita juga boleh lihat 4 kanak-kanak sedang duduk mengadap satu sama lain.
seorang kanak-kanak membelakangkan mereka & seorang kanak-kanak sedang melihat kumpulan 4 kanak-kanak itu...

apa gi maklumat yang kita boleh dapat?... mungkin sangat 'limited' input yang boleh kita 'terima & digest' dengan foto ini....

mungkin kita cuba memikirkan pelbagai soalan... antaranya takda guru mengajar ker? kat mana mereka ini berada? dsbnya..

apabila kita 'zoom out' atau melihat gambar yang lebih besar....barulah kita tahu mereka ini sedang mengikuti kelas mengaji dengan kehadiran 2 guru mereka...

dan kelas mengaji mereka terletak di sebuah madrasah...

dan bila kita 'zoom out' lagi....

kita dapat saksikan rupanya mereka ini berada di atas bumi... ya.. 'somewhere on earth'...

apa yang sebenarnya mereka lakukan?

tidak lain-tidak bukan, mereka semuanya sedang beribadah dalam kerja tubuh yang sedang mengaji atau menuntut ilmu... mendalami ilmu... menyahut saranan Rasulullah agar ilmu itu dituntut sehingga ke liang lahat...

mereka juga menuruti serta mengikuti perintah Allah dengan firmanNya; Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu..

setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadah.. ianya meluputi pekerjaan hati (niat), gerakan lidah dan bibir (pertuturan) serta pergerakan otot (anggota).

maka berbahagialah mereka-mereka yang memahami akan erti kehidupan yang fana ini...

tidak kira apa saiz gambar yang anda tonton... janganlah sesekali terus membuat 'conclusion' di atas setiap gambaran itu kerana ada beberapa saiz gambar di atas gambar yang anda lihat itu yang anda belum lagi ketahui...

orang putih kata 'dont jump the gun'... jangan melatah atas sesuatu perkara...kerana latahan tanpa periksa datang dari diri yang penuh dengan nafsu-nafsi serta sarat dengan sifat hasad dengki tamak serta haloba mahupun ujub (yang halus) untuk melekakan manusia dengan kehendak-kehendak diri...

lantas satu hari kelak kita akan dipertontonkan oleh Pencipta dengan gambar yang lebih besar... betapa manusia-manusia yang hidup di dunia ini hanya dengan satu maksud sahaja yakni beribadah kepada Allah sebenarnya ialah manusia yang mendapat gelaran insan iaitu mereka-mereka yang benar-benar memakmurkan muka bumi ini sehingga hari akhir...

cubalah kita buka Al-Quran untuk mendapat gambaran yang lebih besar dalam setiap gambaran yang kita lihat bersaiz kecil setiap hari...

Maha Suci Allah yang mengetahui setiap perkara walaupun sebesar zarrah...

Sesungguhnya manusia itu lupa, lalai, serta leka.. pekak, bisu serta buta... tidak mahu menerima hakikat bahawa kehendak diri jika dituruti akan membawa lara...

Thursday, June 18, 2009

My flight was delayed last nite...

salam...

semalam (17 jun), program 'Pembentukan Insan Cemerlang' untuk kakitangan Kementerian Pelajaran di Sabah berakhir...

saya, bro. roy & bro kamal terus berkemas dan check-out dari hotel...

misinya... pergi check-in luggage & pastu gi ronda pekan Kota Kinabalu...nak beli ole-ole utk yang tersayang....


pasar 'filipina' yang femes dengan mutiara, manik, cristal & 'sovenir' item buat pelancung yang datang ke sabah (esp. kota kinabalu)...

kusangkakan kapal terbangku.... rupanya kapal terbang 'tony fernandes'...

bila check-in pada pukul 4pm... menanti flight AK5109 kul 5.10pm... saya dah plan nak tidur di sepanjang perjalanan...

tunggu punya tunggu................tunggu punya tunggu..... 'hampeh'...
tak panggil-panggil....'sonyap jo...'
pastu barulah dapat 'announcement' yang flight kami delay dari 5.10pm ke 7.35pm...


bila toleh kiri dan kanan... ternampaklah 'minah saleh' yang agak 'kureng ajar'...
gambar ni boleh ceritakan sikit 'ketidak kurang ajaran' mereka ini...

angkat kaki dengan pakai selipar sekali letak kat seat depan.... hai... memang dasar penjajah...

anyway dalam pada tu... di selang-seli dengan announcement delay tu..
adus.... so nak sampai kul brapa kat kl?
pasti kalau berlepas kul 7.35pm... sampai dalam kul 10.15pm...
nak sampai ulu yam kul berapa pulak???

relaks mirza.... kul berapa-berapa pun... sampai tetap sampai dengan izin Allah...



'burung besi air asia' yang ada kat sebelah 'burung besi' yang saya naiki...di terminal 2, lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu...


foto gelap yang anda lihat ini saya ambil setelah saya terlihat satu kumpulan cahaya di tepi berdekatan dengan hujung kepak sedang mengekori kapal terbang...

kumpulan cahaya putih itu seolah-olah terbang sekali mengiring kapal terbang yang saya naiki...

tiada rasa tidak sedap di hati...melainkan hanya memikirkan semuanya adalah kekuasaan Allah belaka....

anda memang tidak dapat melihat kumpulan cahaya itu... yang anda hanya dapat lihat ialah 'fin' di hujung kepak yang berwarna merah itu..
----------------------------

alhamdulillah.. roda kapal terbang mencecah landasan klia pada pukul 10.20pm...

gedebak-gedebuk... keluar dari terminal pukul 11pm...

ya..malam masih muda...
perut mula keroncong...

saya dan sahabat dijemput oleh bro wan...

"wan...jom pekena sop ekor...laparlah..."
"sop ekor ke sifu?" tanya wan balik...

yesss...

-------------------

blurrppp... alhamdulillah...

sampai ulu yam pukul 2 pagi..... solat...munajat dan lepas tu zzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, June 16, 2009

Off to Sabah : Kursus Pembangunan Insan Cemerlang

salam semua.....

kurang lebih 12 hari saya tidak 'update' sebarang entri di sini...
celahan masa yang ada, saya gunakan untuk melayari serta singgah di blog rakan-rakan.

untuk 'update' saya tidak berupaya kerana tugasan 'back-to-back' yang berada di bahu.

semasa 'menulis' ini saya sebenarnya berada di negeri sabah...
lokasi tepatnya ialah di Borneo Paradise Beach Hotel, 18 km dari Kota Kinabalu...

saya bersama 2 sahabat berada di sini untuk 4 hari 3 malam bermula ahad lalu hingga rabu 17 jun ini...

bersama-sama kami peserta-peserta dari kementerian pelajaran dari seluruh sabah (ada 2 peserta dari pulau pinang)

membeli belah?... belum pasti lagi kerana program sangat padat.. insya Allah sekiranya ada ruang senggang, kami akan ke 'pasar filipina' mencari buah tangan untuk dibawa pulang...

beberapa kali juga saya ke sabah...

memang Mount Kinabalu mempunyai 'aura' yang sangat kuat...
saya memang teruja dengan Mount Kinabalu...

henti di sini dulu ya... permisi... jumpa lagi..

wasalam

Thursday, June 04, 2009

'Zuk' @ Lazat dalam beribadah...


salam semua...

apa khabar awak hari ini? mudah-mudahan masih dalam kurniaan Rahmat Ilahi..

entri kali ini sangat 'simple'..

ianya berkisar pada ibadah harian kita; samada ibadah khusus seperti mengucap syahadah, solat, puasa, zakat, haji atau ibadah umu seperti mengerjakan kerja-kerja rumah, pejabat, masa terluang dsbnya..

pernahkah kita mengalami perasaan zuk atau lazat tatkala kita melakukan ibadah-ibadah seharian kita?

perasaan zuk ini secara 20%nya bolehlah digambarkan seperti satu perasaan yang sangat 'sedap', terlalu khusyuk, penumpuan seluruh tenaga kepada satu titik tanpa sebarang gangguan, hilang atau fana dari rasa dunia... dsbnya..

selebih 80%nya hanya yang mengalami sahaja yang boleh mengambarkannya..

rasa zuk ini boleh datang dalam sepantas 1 saat... dan boleh datang berkali-kali dalam satu masa...

kata orang rasa itu rahsia... begitulah dengan rasa zuk ini... 20% boleh cerita.. 80% lagi susah nak kata... memang payah sebab tak tergambar perasaan itu...

hanya senyuman berpanjangan dari wajah yang tenang & puas sahaja yang dapat dimanifestasi akibat rasa itu...

untuk memperoleh rasa zuk dalam ibadah.... seseorang itu memerlukan;

1. jiwa yang tenang lagi yakin
2. hati yang tulus lagi mulus
3. diri yang berserah bulat kepada pencipta
4. seluruh anggota yang bersungguh-sungguh
5. nafsu yang jinak dan tertambat
6. qalbu yang sentiasa berzikir
7. deria yang sentiasa berada pada tahap kepekaan tinggi

begitulah sekadarnya...

insya Allah... kita sama-sama menikmati rasa zuk itu... bukan hanya sesaat sahaja... biarlah selama-lamanya...

Tuesday, June 02, 2009

Bila Bumbung Stadium Runtuh...


salam...

terkedu..

itu ayat paling mudah untuk saya 'describe' diri ini bila dapat berita tentang bumbung stadium di terengganu runtuh.

lebih terkedu bila dapat tahu stadium itu baru setahun dirasmikan oleh Sultan Mizan pada tahun lepas.

tanpa ada ribut..
tanpa ada taufan..
tanpa ada gempa..
tanpa ada banjir..

dulu kita dengar cerita tentang bumbung makmal komputer sekolah runtuh satu satu...

berapa juta dah habis duit untuk stadium itu?
sapa kontrektor stadium itu?

kalau sesuatu keadaan seperti banjir, ribut, gempa atau taufan mengakibatkan kemusnahan harta benda.. ianya akan dikira sebagai 'act of god'...

tetapi sekiranya tiada apa-apa keadaan yang menyebabkan keruntuhan itu berlaku... adakah ianya boleh dikira sebagai 'act of human'.... atau 'act of greedy human'??

hanya Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku...

jika kos stadium menjadi mahal akibat rasuah... maka kos pembinaan akan menjadi kecil dan mutu barangan yang digunakan untuk pembinaan akan dari harga yang rendah...agar tiada pihak yang rugi...

memang benarlah... "manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan di muka bumi..."

Reiki-LVT Healing Center... 1st in The World

salam semua...

antara faktor kesibukan saya 'lately' ini ialah pembukaan Reiki-LVT Healing Center.

Reiki-LVT Healing Center yang dibuka pada umum ini ialah merupakan satu pusat penyembuhan diri yang menawarkan beberapa teknik rawatan disamping teknik utama iaitu Reiki-LVT.

Pusat rawatan ini juga bertindak sebagai pusat latihan untuk pelatih-pelatih Reiki-LVT dari pusat-pusat Reiki-LVT Healing Center dari seluruh negara.




Teknik Penyembuhan Diri Reiki-LVT telah terbukti berkesan dalam mengembalikan kestabilan tubuh badan dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails