Friday, July 03, 2009
Mencari Tuhan Yang Lain....
salam semua...
pernahkah kita terfikir untuk mencari tuhan yang lain selain Allah?
hishh... berat sungguh soalan saya kali ini...
biar benar...
apa tidaknya.... kan kita saban hari mengucap dua kalimah syahadah...
apa tidaknya.... kan kita saban hari tidak tinggal solat walaupun sesekali malas, lewat & leka...
apa tidaknya.... kan kita saban hari melihat atau terlihat 'frame-frame' kalimah Allah Muhammad di rumah, di tempat kerja dsbnya...
apa tidaknya... kan kat cermin kereta penuh dengan sticker-sticker Allah & Muhammad dsbnya..
apa tidaknya... kan kat atas pintu rumah ada ayat-ayat 'pelindung' yang boleh melindungi dsbnya..
apa tidaknya... kan kat dalam wallet atau handbag penuh dengan kain-kain putih atau kuning yang kita tak tahu apa isinya...
Mencari tuhan yang lain adalah satu pekerjaan yang dilakukan sejak berabad lamanya... dan ianya berterusan sehinggalah hari kiamat.
Manusia memang tidak pernah puas.
Manusia memang tidak pernah rasa syukur.
Rasa puas tidak pernah lahir dari hati-hati yang mati.
Rasa syukur tidak pernah terbit dari hati-hati yang buta.
Manusia 'kunun'nya bersyukur apabila mendapat rezki yang banyak.
Syukur yang dipanjatkan apabila mendapat RM10,000 berbeza dengan rasa syukur apabila mendapat RM5.
Tahap kesyukuran tatkala mendapat RM10,000 sangat tinggi...
Tahap kesyukuran tatkala mendapat RM5 adalah kesyukuran yang 'biasa'...berbanding RM10,000 tadi...
Begitu juga tahap kepuasan diri...kita akan berasa sangat puas apabila hampir kesemua hajat atau sesuatu hajat kita dilunaskan atau kita perolehi..
Begitu juga manusia yang mencari tuhan-tuhan yang lain...
Manusia itu tadi tidak sedar..dalam pencarian memuaskan diri, mereka terjebak ke kancah haru-biru yang memungkinkan mereka bertemu dengan 'tuhan-tuhan' yang baru... di mana tuhan-tuhan itu mempunyai dewa-dewanya dari kalangan manusia itu sendiri.
Contoh mudah: jika kita percaya bahawa ada satu kuasa lain yang boleh memberikan segala apa yang kita hajati atau yang boleh memuaskan diri kita maka kita telah bertemu tuhan yang lain selain Allah.
Lebih berat lagi jika kita bertemu dengan dewa-dewa tuhan-tuhan ini (atau wakil-wakil) mereka yang femes dengan nama pawang atau bomoh atau 'orang pandai dsbnya...
Kita kengkadang gerun mendengar istilah pawang atau bomoh kerana kita terlalu terdedah dengan kisah-kisah drama yang begitu banyak disuapkan saban malam...
Namun paling 'horror' ialah apabila kita berhadapan dengan 'orang pandai' yang tak pakai title bomoh tapi lebih dahsyat dari bomoh..
berbalik kepada topik kita...
adakah kita tergolong ke dalam golongan yang mencari tuhan-tuhan yang lain?
jika kita telah tergolong maka lakukanlah taubat dengan segera...jangan tunggu sebab kita tidak pasti bila kita akan 'pergi'..
jika kita hampir tergolong maka cepat-cepatlah bertaubat...jangan tunggu sehingga kita terleka sekali lagi...
jika kita tidak tergolong maka janganlah kita mendabik dada kerana jurang-jurang itu sangat hampir dengan kita...
jika kita bercadang untuk mencari tuhan yang lain... lupakan sahaja hasrat itu..kerana di akhirat kelak tuhan baru kita itu tidak akan mengaku dia tuhan kita.. lebih-lebih lagi syaitan akan lari sejauh-jauhnya dan hanya akan mengaku mereka hanya mendorong sahaja...sedang yang membuat pilihan untuk mencari tuhan lain itu adalah si manusia itu sendiri..
begitulah kita manusia yang sering terperangkap dengan diri sendiri.
begitulah kita manusia yang sering membiarkan nafsu menjadi teraju diri sedangkan mereka tiada daya upaya..
maka apabila kita membiarkan nafsu menjadi teraju...saat itulah kita menuju ke jurang yang sangat dalam...
soalan... adakah kita ada tuhan yang lain selain Allah?
soalan... adakah kita tidak mahu mengaku bahawa kita telah lama mempunyai tuhan selain Allah?
soalan... adakah kita tahu bahawa kita telah lama 'mensyirikkan' Allah.
soalan... adakah kita tahu bahawa kita benar-benar tidak yakin kepada Allah apabila kita meletakkan perkara atau barang lain lebih berkuasa menentukan kita 'puas'?
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sifu, sy terkesima...
kuina, sy faham...insya Allah
salam sifu
sy pernah bce ade org yg bertuhankan google. namanya googleisme x silap saya. hanya kerana mereka anggap bhw google ada segala2 nya. parah parah
salam yana...
saya pun ada mendengarnya...
begitulah manusia...
kecuali mereka-mereka yang berusaha keras untuk mencapai tahap insan...
:-)
Post a Comment