Thursday, July 23, 2009

Bab Perihal Jiwa-Jiwa...

salam semua...

seringkali manusia jadi 'konfius' apabila membicarakan perihal jiwa.

di mana letaknya jiwa manusia?

apakah sebenarnya jiwa itu?

dan ada penyakit yang memakai nama jiwa, iaitu 'sakit jiwa'... pesakit yang mengalami sakit jiwa akan duduk satu wad dengan dengan yang sakit otak @ mental.

sangat penting jiwa ini bagi manusia dan ianya turut disebut berkali-kali di dalam Al-Quran dalam beberapa surah.

maka atas kepentingan jiwa itu bagi manusia, maka wajiblah manusia itu tahu apakah yang dikatakan sebagai jiwa itu...

kita lihat surah di bawah ini...


Al-Baqarah : 129. "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


ayat yang berbentuk doa kepada Rabbul Jaleel; memohon pedoman, memohon petunjuk dan diutuskan seorang pengajar (rasul) utk mengajar mereka isi Al-Quran, agar mereka memperoleh hikmat kebijaksanaan rasul itu dan dapatlah rasul itu membantu mereka membersihkan hati & jiwa mereka..

kita dapati jiwa diregukan dengan hati dalam ayat di atas ini...di mana ayat di atas membawa kisah tentang 'self correction' atau 'pembaikan diri' dalaman...

kita lihat pula ayat kedua...

At-Taubah : 20. (Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya.


manakala ayat di atas ini, jiwa diregukan dengan harta benda... di mana ayat ini menceritakan tentang manusia yang berhijrah atau melakukan perubahan pada diri serta sekeliling dan berjihad pada jalan Allah.

lihat Allah mengangkat darjat orang yang hijrah & jihad lebih tinggi & besar dari 'tukang urus setia hal ehwal haji @ tabung haji' dan 'kaki masjid'...

ada lagi ker jihad di zaman modern ini?...

lupakah kita tentang pesanan Rasulullah akan 'perang' akhir zaman? yakni perang melawan hawa nafsu... melawan hawa nafsu hanya dikategorikan sebagai perang sahaja..

manakala jihad yang sebenar jihad ialah jihad mempertahankan Allah & Rasulullah... manakala jihad sebenar jihad ialah jihad mempertahankan ketaqwaan dan keimanan dalam hati dan jiwa...jihad mempertahankan akidah serta keyakinan...laksana Bilal bin Rabbah serta keluarga Sumayyah yang diseksa...


mari kita lihat pula ayat seterusnya;

At-Taubah : 41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.


ayat di atas ini sangat mendalam maksudnya... kita perlu menyahut seruan jihad tidak kira dalam keadaan senang atau susah... tidak kira sedang 'syok-syok' tengok akademi fantasia atau keliwon atau mentor atau sedang pening kepala atau demam sikit atau luka terhiris pisau atau baru lepas keluar meeting atau baru lepas balik dari kampung & penat sikit dsbnya...

harta benda & jiwa di regukan sekali lagi dalam ayat ini... jihadlah dengan harta & jiwa.. 10sen ke tabung masjid? 10 ringgit ke tabung anak yatim? sedang 1200ringgit untuk tv lcd baru (walaupun tv type 'kebok besar' masih elok lagi)

didiklah diri, didiklah isteri, didiklah suami, didiklah anak-anak utk memahami erti jihad yang sebenarnya...jihad tidak boleh separuh hati... jihad tidak boleh separuh jiwa...

sedang dalam masa yang sama kita pasrahkan keampunan dari Allah...namun tuntutan jihad dari Allah kita lakukan sambil lewa... serta separuh hati dan jiwa...sanggup kita..

lihat ayat terakhir..."amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"... jika kita halusi ayat ini... Allah amat maha mengetahui bahawa hanya sedikit manusia sahaja yang akan berjihad sepenuhnya dengan harta & jiwa kerana sudah lumrah manusia memang selalu menantikan ganjaran yang boleh mereka lihat dengan mata (ainul yakin) berbanding janji Allah di dalam Al Quran (haqqul yakin)...


bersambung...

1 comment:

~*as*~ said...

salam hebat sifu..
wahai jiwa2 yg tenang.. tentu ketika menulis.. jiwa sifu sungguh tenang.. terima kasih atas tinta ilmu yg berguna ni.. sesungguhnya kalau nak berjihad kena ikhlas baru kita dpt menghayatinya.. sebagai manusia biasa, diri ni selalu alpa sifu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails