Wednesday, July 22, 2009

Jerebu VS Rasuah : Yang Mana Bahaya?

salam semua...

entri yang ditulis lewat malam ini sebenarnya tersiar petang tadi...namun saya harus melayan tetamu yang datang ke pejabat untuk satu urusan... so jam 11.15pm ni barulah saya dapat membuka kembali & menyambung apa yang tertangguh..

foto-foto di bawah saya ambil semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat.

perjalanan lebih 80 km yang mengambil masa lebih kurang sejam dari ulu yam baru ke pusat bandar puchong selalunya saya harungi dengan keadaan relaks & tenang...

dari ulu yam ke selayang; menyusuri bukit, pergunungan, air terjun, jeram, tasik adalah pemandangan yang sangat mengujakan bagi saya setiap pagi...

dari selayang ke ulu kelang (melalui DUKE highway); saya suka akan pemandangan bukit setongkol batu cave, panorama kl, kabus di bukit antarabangsa..

namun sejak kebelakangan ini...semua pemandangan indah itu 'hilang'...

hilang dek kerana 'jerebu' yang meliputi ruang angkasa kita..

gunung ulu kali...sepatutnya hanya kabus yang menyelimuti kaki gunung tersebut...kini jerebu yang menyelimuti seluruh gunung tersebut...

tongkolan batu caves... juga turut menjadi mangsa jerebu... apatah lagi rumah pangsa, apartment atau kondo yang berada di sekitarnya...

kawasan pandan indah, pandan perdana, bandar tasik selatan... semua turut berkongsi nikmat jerebu ini....

hampir sampai ke ofis saya, pusat bandar puchong... turut sama berjerebu...
dan sudah tentu waktu lunch, saya tidak berhajat untuk keluar... hanya mengirim sahabat yang keluar membeli juadah makan tengahari mereka...

soalan.... berapa indeks jerebu sekarang?.. nampaknya macam tak penting jer kesihatan rakyat...
soalan.... di antara jerebu dengan rasuah... mana lebih bahaya?

walaupun kedua-duanya tidak menduduki kategori yang sama.. namun ianya memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara...

cuma yang satu tu..agak berat sikit kerana ianya boleh menyampai ataupun ianya boleh jadi 'barang kes' semasa di padang mahsyar nanti... selain ianya merosakkan jiwa, mengotorkan darah-darah yang mengalir di dalam diri kita serta ahli keluarga kita...

sebelum saya masuk tidur... suka saya berkongsi satu surah tentang rasuah...


Al-Baqarah : 188.

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).



selamat malam....tidak kira di mana sahaja anda berada...

4 comments:

Sis Lin said...

oo tmpat sis-lin pun jerebu gak,pedih mata nk melihat ke depan...
mmg cuaca x brp elok skrg kan?..huhuhu

Anonymous said...

Dua hari ni hujan turun dengan lebatnya.

Harap-harap jerebu akan berakhir dan kemelut2 yang kalut2 tu pun akan ada penyudahnya.

Sifu Mirza said...

wah sampai ke JB jerebu ni lin...

sabarlah...

mujur lin ada 'spek hitam' yer...

:-)

Sifu Mirza said...

salam kak wan..

ya Alhamdulillah...syukur..

:-)

kemelut yang satu lagi tu.. ia ikut pemimpin... sebab ikan akan busuk bermula dari kepala...

ibarat bapa borek anak rintik..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails