Saturday, July 25, 2009

Kemana Arah DiTuju?

Hidup Hanyalah Sementara Jua
Buat Semua Ciptaan Yang Esa
Penjara Untuk Si Taqwa
Syurga Untuk Si Alpa



Kemana Arah Mahu Di Tuju
Ke Utara Selatan Timur Atau Barat
Semua Pilihan Di Depan Mata
Hidangan Buat Manusia




Dari Tanah Mani Dan Manikam
Manusia Sempurna Di Ciptakan
Di Kandung Tembuni Berbulan Bulan
Lahir Ke Dunia Menanti Kapan



Kemana Arah Mahu Dituju
Kiri Dosa Kanan Pahala
Depan Syurga Belakang Neraka
Berpeluk Tubuh Melayan Hawa

Kemana Arah Mahu Dituju
Kembara Sesat Di tengah Siang
Bertanya Salah Berdiam Resah
Dalam Gelita Mencari Arah

Kemana Arah Mahu Dituju
Membawa Diri Penuh Dosa
Walau Rasanya Berbakul Pahala
Tidak Terbanding Rahmat Yang Esa

Kemana Arah Mahu Dituju
Memikul Amanah Berat Di Bahu
Melunas Perintah Tanpa Menunggu
Tanda Kekasih Yang Sedang Merindu

Kemana Arah Mahu Dituju
Petala Tujuh Langit Dan Bumi
Menjadi Saksi Kembara Pulang
Disambut Girang Seluruh Alam


sifumirza
awanaresort
250709

3 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

salam ukhwah....bahasa yang hebat....

Sifu Mirza said...

salam ukhwah..

segala puji bagi Allah...

syukran jazilan..

:-)

arsaili said...

salam...suatu yg menarik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails