masa menulis ni saya berada di pekan meru... secara tepatnya di restoran Deen Meru.
baru lepas pekena nasi lemak ayam goreng... (lapar..sebab malam tak ambil dinner..)
sementara menanti rakan datang untuk join breakfast..saya pun bukak laptop, on bluetooth & connect ngan modem (hp 'berbluetooth') dan mula bertenet..
cerita 3 minggu lepas..
hujung minggu 3 minggu lepas...
saya berkesempatan membawa anak-anak untuk menonton filem kegemaran mereka...'transformers'..
agak lewat saya bawa mereka menonton kerana ter'buai' dengan khabar-khabar bahawa tiket untuk filem tersebut agak laris dan sudah 'fully booked' untuk 3 minggu seterusnya dari 'launching'..
saya ke gsc one utama pada hari sabtu tersebut dan 'cuba' untuk mendapatkan tiket tayangan jam 4 petang.. memang hampa sikit... bila sampai 'turn' saya di kaunter, tiket tinggal beberapa seat aje.. sedangkan kami akan menonton berlima.. so saya terus beli tiket untuk tayangan esoknya (hari ahad..)
(antara watak baru..'jetfire' yang mambantu optimus untuk melawan kawan-kawan megatron & the fallen)
filem tersebut?... bila di tanya pada anak-anak.. mereka memang kata best, esp rashid yang minat dengan robot-robot ni... aliah agak boring bila sampai separuh filem... saya?... saya layan ajer cuma agak 'fening' bila sampai suku filem yang akhir... pergerakkan agak laju dan saya layan ajer kekalutan pertempuran optimus & rakan dengan megatron & boss serta kuncunya..
hujung minggu 2 minggu lepas...
saya berjauhan dengan famili... ada program team building bersama warga adabi di trolak..
program bermula jumaat selepas solat... dan berakhir ahad pukul 2.
sampai rumah ahad tu kira-kira pukul 5 petang kerana saya dan team singgah di r&r ulu bernam untuk lunch & 'tonning down' energy @ detoxify...
so plus minus... jika ada program hujung minggu seperti team building, saya akan 'hilang selama 3 hari'...
hujung minggu ini...
agak relaks sikit...
baru tadi menghantar isteri ke ofisnya..
beliau kena pergi program team building jugak... (mujur tak kena dengan syarikat saya..)
esok ada program di pulau carey.. bersama warga koperasi NEC..
hari ni punya plan?... lepas breakfast ni... nak balik rumah... petang nanti boleh 'mesin rumput'..
dah agak panjang rumput-rumput di rumah ku...
nanti mereka marah pulak bila tak ditebas.... :-)
petang nanti, nak ajak anak-anak mengeteh... lama tak duduk dengan mereka secara 'santai'.. pastu gi pasar malam... cari sate atau 'yong tau fu'.. or anything yang mereka inginkan..
apa rancangan anda minggu ini?
harap adalah sedikit sebanyak rancangan untuk famili ya... seringkas-ringkas, makan atau minum bersama-sama... (lagi best kalau goreng mee hun, bawak tikar..pergi relaks kat waterfall atau picnic kat taman bunga....)
ok..selamat berhujung minggu ya untuk semua...
7 comments:
happy wekend sifu mirza... ceria selalu disamping keluarga
Wah sifu, hero dan heroin semua dah besar2 yer.
Seronok yer, masa anak-anak peringkat umur inilah banyak kenangan kita bersama mereka.
mm,kecil2 dah minum teh tarik ye..hehe
mkn maggi goreng ye adik2..? aunty pula suka mee goreng mamak.. : )
~walaupun sibuk,masa dengan anak2 secara tak langsung merupakan terapi kepada kita..keep it up Sifu.. : )
salam kulna..
terima kasih..
:-)
salam kak wan @ kunang2..
ya..alhamdulillah..
salam nadine...
itulah mereka..tapi saya kontrol jugak.. asyik maggie jer..
nak jadi part time trainer saya?
:-)
Tadi baru cerita2 dengan menantu kak ani, dia kata dulu masa kecik2 kalau demam mak tanya nak makan aper, dia jawab nak makan ayam.
Sekarang budak2 kalau demam bila tanya nak makan aper, mereka jawab "magie". Sebab mungkin sekarang tak ada aper yang istimewa pada mereka, kerana semua mereka boleh dapat.
Post a Comment