Saturday, July 25, 2009

Mencari Unta.....

salam...

ada satu kisah... dua sahabat yang berniaga kitab di tanah arab...

mereka sangat akrab antara satu sama lain...

perniagaan kitab-kitab yang dijalankan bukanlah perniagaan pertama mereka... kerana sebelum ini mereka pernah berkongsi berniaga surat khabar, kuih gunting, rombongan haji dan beberapa bisnes lagi...

alhamdulillah perniagaan kitab-kitab nampaknya telah memberikan sedikit keuntungan kepada dua sahabat ini.... maka mereka merancang untuk membeli 2 ekor unta, seorang seekor kerana jumlah ahli keluarga mereka yang semakin bertambah dan bertambah lah...

maka mereka 'bershoppinglah' mencari unta-unta idaman hati....

amacam unta ni?... hensem tak?

unta ni macam mana pula? kuasa kudanya 2400...

unta dua beradik ni?... satu ada dua bonggol...boleh tunggang lebih penumpang... yang satu hanya satu bonggol ajer...

unta hitam ni pula macammana?.... nampak macam gertak... dan ada bawa rentak perang..

unta ni nampak ok... sangat independent... steady dan tegap gayanya...

setelah penat memilih unta-unta idaman hati... berpuluh-puluh pasar dan ladang ternak dua sahabat ini jelajahi.... sampailah mereka kepada waktu yang dinanti... iaitu waktu untuk membuat pilihan....

maka dua sahabat ini menyelok poket masing-masing...

dahi mula berpeluh... peluh dingin...

tangan mula menggenggam wang dinar di dalam uncang poket kanan jubah mereka....

cukup ker tak cukup duit ni?....

ok... kita sama-sama keluarkannya serentak....kata salah seorang sahabat...
kalau dengan izin Allah, cukup duit ini... maka kita pilih unta hitam itu...

apasal hitam? kata seorang sahabat lagi... sebab sekarang adalah masa kita berjihad!...

dengan hati yang berdebar-debar... mereka serentak mengeluarkan uncang dinar emas dari poket jubah masing-masing...

cukup ker wang mereka?... hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

:-)

1 comment:

~*as*~ said...

salam sifu,
unta kaler itam tu seksinya!! kalau langgar bendul lepas ke?? sket dia labuhnya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails