Friday, March 25, 2011

Aku Ingin Sendiri....


Ku renung jauh birai ufuk langit
Tak sejauh itu usiaku berlalu
Darah merah pekat mengalir terus
Tanah basah kering berlumpur lalu

Ku lihat ramai ke hulu ke hilir
Bersama agenda detik dan masa
Ada yang punya dunia di dada
Ada yang hilang dijerat masa

Udara itu masih ku hirup
Nafas ini masih bertali
Tidurku masih bermimpi
Langkahku masih berbekas

Sesekali dahiku berkerut
Tersentak sebak dan sedih
Melihat manusia berkaki empat
Otak di lutut najis di kepala

Ku berhenti di sepohon ara
Bertemu sahabat guru dan aula
Sempat bertanya sepatah dua
Akan jalan kembali ke sana

Berkias cerita hidup sempurna
Memaham maksud cahaya utama
Hilang cahaya dek kerana cahaya
Gemilang kilau tidak tertahan

Ku galas bekal di bahu
Buat suluhan setiap waktu
Kerna hidup tanpa wahyu
Ibarat si buta dengan cahaya

Detik ini pantas berlalu
Tidak menunggu tidak termanggu
Hanya yang peka dapat menelah
Apa tersembunyi di sebalik waktu

Saat ini ku masih sendiri
Membawa diri sebatang kara
Di bumi Tuhan aku berbakti
Kepada Tuhan aku kembali



uluyambharu
23mac2011

Thursday, March 24, 2011

Beribu Suruhanjaya di Malaysia... siasat jgn tak siasat... :-)

salam semua..

mari kita belajar sejarah...

saya ambil dari blog seorang penulis terkenal...

".... ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.
3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri.
4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.
5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.
6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.
7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.
8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.
9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.
10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum edah perceraian.
11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.
12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lisbian).
13. Siasatan juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.
14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.
15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.
16. Siasata juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.

Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat....."

baca seterusnya di sini... 


mmmm... apa nak buek, taik kambing bulek-bulek, gentil gentil buek ubek..



Sex, Sins & City @ Video 'Auta' vs Fakta....

salam semua,

doa saya moga Allah mengampuni kita semua dari saratan fitnah demi fitnah yang menyelubungi langit bumi Malaysia yang bertuah ini...
doa saya moga Allah menerima taubat-taubat yang kita panjatkan buat sekian kali lamanya lantaran dosa-dosa yang kita lakukan seolah-olah tiada tuhan dalam diri dan kita tidak akan dibicarakan di padang mahsyar...
doa saya moga pintu-pintu hati yang tertutup rapat akan dibuka oleh Allah agar menerima kebenaran walau ianya pahit untuk ditelan...
doa saya moga jihad yang kita laksanakan sentiasa berada pada 'mode' tahap tinggi agar tidak mudah tewas dengan tiupan nafsu yang bergelora yang datang bersama syahwat, duit serta pangkat...

malas nak cerita panjang.... mari kita lihat beberapa fakta yang mungkin kita tidak tahu mengapa jadi kalut perjalanan kehidupan, sistem pemerintahan serta ekonomi keluarga dan negara dewasa ini...

------------------------------------------------------
sedutan tulisan...

" Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank."

tulisan penuhnya, sila klik di sini...

maka buatlah pilihan... mahu ke mana kita? mahu jadi apa kita? apa nasib anak-anak bangsa? adakah agama akan jadi perkara penghabisan dalam kehidupan kita?...

fikir-fikirkan..

wasalam

Tuesday, March 08, 2011

Mengejar Impian...

salam semua...

setiap manusia punya impian...
setiap manusia mengejar impian siang dan malam, setiap saat dan ketika...
setiap manusia terus hidup dengan impian...
impian yang dicapai akan terus dibuai oleh impian baru....

adakah impian kita mahu kaya raya??


atau impian kita untuk jadi orang yang berjaya??



atau impian kita untuk melunaskan kehendak hawa nafsu setiap masa??



atau impian kita untuk 'hit jack pot' dengan modal yang sikit tanpa perlu lansung bekerja??



atau impian kita mahu jadi islam yang liberal boleh buat sesuka hati janji tak kacau orang???



bagaimana kita merealisasikan impian kita satu persoalan..
adakah impian kita itu berada dalam kerangka diredhoi olehNya juga satu persoalan..

terkadang kita jauh terpesong dalam mengejar impian.
impian mampu direalisasikan oleh sesiapa sahaja.. dengan izin Allah.
impian baik, impian buruk menjana tenaga dalaman untuk dipancarkan...
Allah akan perkenankan setiap impian hambaNya dengan ikatan bahawa hambaNya akan bertanggungjawab penuh di atas setiap impian yang direalisasikan itu...
kita tidak boleh lari dari hakikat ini...
walau seinci...

dan ramai juga yang mengimpikan.....



cahaya keimanan.....


pemimpin yang beriman, bertaqwa dan tawadduk...

serta zuhud...
agar rakyat sentiasa berasa selamat dunia dan akhirat...

dan kita tidak boleh ketepikan impian ini...

untuk kurus....

serta paling penting ini....


menjadi hamba-hamba yang tunduk, sujud, beribadah sebagaimana yang dikehendakki olehNYA..


Thursday, March 03, 2011

Nak Berubah; Jangan Malu & Takut...


salam,

cerita tentang perubahan diri adalah cerita harian, mingguan, bulanan serta tahunan.
boleh kata setiap hari ada kita bercakap tentang perubahan diri.
nak berubah itu nak berubah ini nak berubah macam tu nak berubah macam ni..
berbagai-bagai niat, hasrat untuk berubah.
macam-macam rencana, rancangan yang kita pikir serta laksanakan demi untuk menjayakan perubahan yang diniatkan.

namun, perubahan yang begitu 'dahsyat' yang kita mahu lakukan akan hanya bertahan untuk beberapa ketika sahaja.

masalah malas adalah salah satunya.
masalah 'lack of self discipline' juga salah satunya.
masalah tak tahu nak mula kat mana juga salah satunya.
masalah tak berani juga ada.
masalah 'selesa' untuk kembali ke asal juga salah satu punca.
masalah 'apa nak susah-susah' juga memainkan peranan.
------------------------------------------------------------------------------

saya melihat elemen malu dan takut adalah antara punca-punca penting kita gagal berubah.

malu apabila orang melihat ada perbezaan ke atas diri kita.
malu apabila kita dilihat 'menentang arus' kebanyakkan orang disekeliling.
malu apabila mendapat gelaran 'nak jadi baik' lah tu.
malu apabila orang gelar 'dah insaf lah tu'....

dan berbagai malu lagi....

takut apabila kita tidak dapat lagi 'melayan' nafsu-nafsi sebelum ini.
takut apabila kita kena tunjukkan kita ni baik.
takut apabila kita diejek sebab berubah.
takut apabila kawan-kawan mula meninggalkan kita.
takut apabila orang sekeliling akan pulaukan kita.
takut bila orang nampak 'kepelikkan' diri kita.

dan berbagai takut lagi...

------------------------------------------------------------

saya sering memerhatikan diri sendiri dan orang-orang disekitar saya.
dari situ saya tahu bahawa jarak antara kita dan kebaikan dan kebenaran itu sungguh jauh.
sebabnya adalah kerana kita mengetahui ubat untuk penyakit kita tetapi kita enggan berubat dengan baik dan kita tidak melakukannya dengan sabar.

sementara di luar sana ada juga orang yang tidak sedar bahawa dia itu sakit, dia menolak usaha-usaha orang lain yang hendak mengubatinya, bahkan terkadang dia malah mengaku bahawa dirinya adalah seorang doktor yang berpengalaman.

marilah kita kembali kepada pengertian ayat al-quran ini:

"Dan demi jiwa serta penyempurnaan ciptaanNya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya. Sessungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." Al-Syams: 7-10

----------------------------------------------------------------

ibadah yang hanya mementingkan bentuk lahir tidak akan dapat menciptakan perubahan yang bererti.
Solat seseorang tidak ada ertinya jika solat itu tidak dapat menghapuskan sifat hasad dan dengki dari diri kita. Sujud yang sejati bukanlah ketundukkan jasad dihadapan Allah, tetapi ketaatan hati untuk mengikuti petunjuk-petunjuk dan pesanan-pesananNya.

orang yang baik itu tidak berkeperibadian berbeza-beza, disini baik, tetapi disana jahat.
orang yang baik adalah yang memiliki satu watak dan keperibadian yang sama dan tetap dan dimanapun.

tidak ada jeleknya seseorang itu mempertahankan kepentingannya, tetapi itu tidak dilakukan seumpama binatang buas yang keluar dari hutannya yang tidak mempunyai tujuan lain kecuali menerkam dan memangsa buruannya.
binatang itu hanya memikirkan diri dan anak-anaknya.
namun kita juga melihat banyak sekali manusia yang berfikiran sedemikian.

dengan begitu manusia telah menurun dari tempat yang rendah kepada yang lebih rendah.

--------------------------------------------------------

berubahlah...jangan malu & takut...
masa tidak menunggu..

wasalam

Wednesday, March 02, 2011

Gelora Timur Tengah; Muslim Masih Nafsi Nafsi


salam semua...

kali terakhir kegemilangan islam di atas muka bumi ini adalah di zaman empayar uthmaniah.
kali terakhir nilai islam dapat ditegak tinggikan ialah di zaman sultan salahudin al ayubi.

selepas itu umat islam terus dipenjara, dihina, dicerca, dijajah dari segenap sudut, setiap elemen dan setiap detik masa.

kita tahu paksi kekuatan empayar dan ketamadunan islam terletak di timur tengah.
mustafa kamal attartuk adalah antara penyumbang kepada kehancuran islam dengan langkah meng'sekular'kan seluruh kehidupan umat islam di turki.

mustafa kamal attartuk 'merampas' kuasa dari sultan dan terus mencengkam turki dengan amalan sekularisma.
tudung diharamkam, jubah diharamkan, serban diharamkan, azan diharamkan kecuali dengan bahasa turki..maknakata setiap 'cara hidup islam menerusi sunnah Rasulullah mahu dipadamkam dari bumi turki.

mustafa kamal attartuk tidak keseorangan, beliau mempunyai pengikut-pengikut yang ramai yang setuju dengan tindakan beliau.
maka umat islam yang benar-benar menjalani hidup mengikut sunnah dihimpit serta ditindas tanpa belas kasihan.

maka memerintahlah mustafa kamal attartuk ini sehingga ajal menjemput beliau dengan keadaan yang sangat ngeri serta tidak diterima oleh bumi.
ini kisah benar...ramai yang tahu...tetapi sedikit yang mahu memgambil iktibar.

cuba kita lihat sekeliling kita...perhatikan gaya hidup ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, pemimpin kita... bagaimana gayanya?
islam ini hendaklah kita ambil keseluruhannya dan tidaklah boleh diambil/laksanakan mengikut kehendak kita.. kita yang perlu hidup mengikut kehendak agama bukan sebaliknya.

ingat semula zaman sebenar kegemilangan Rasulullah dan para sahabatnya.
kaji dengan lebih mendalam apa kekuatan yang ada sehingga Baginda serta sahabat berjaya membentuk empayar islam bermula dari serba kekurangan...
--------------------------------------------------------------

kini timur tengah berkocak dan bergelora.
gelora kali ini seolah memperlihatkan rakyat-rakyat negara timur tengah 'baru terjaga dari tidur'..
gelora kali ini menyaksikan kerajaan 'zalim' tunisia tumbang.
gelora kali ini menyaksikan kerajaan 'zalim' mesir tumbang.
gelora kali ini menyaksikan kerajaan 'zalim' libya hampir tumbang.
gelora kali ini menyaksikan kerajaan arab saudi tiba-tiba 'bermurah hati' membelanjakan 35billion usd untuk rakyat.
gelora kali ini menyaksikan kerajaan bahrin dirombak dengan memecat ahli-ahli keluarga/kroni.
gelora kali ini akan menyaksikan rakyat arab bangkit...

----------------------------------------------------------------

disebelah timur jauh sini, muslim hanya memerhati dari jauh...alasan tidak mahu campur tangan urusan negara orang lain hatta negara itu negara islam (yg diisytihar) atau penduduknya majoriti islam.

masjid-masjid sibuk solat hajat utk keselamatan rakyat negara masing-masing...jarang dan kadang-kadang kedengaran imam memberitahu tujuan solat untuk keselamatan seluruh umat islam di negara yang bergolak.

masih nafsi-nafsi dan selfish.

-----------------------------------------------------------------

dan ditengah-tengah kemelut serta gelora ini.. kita yang duduk jauh serta tidak tahu menahu tentang perjuangan rakyat negara timur tengah itu masih berani mengutuk serta menuduh pertubuhan 'Ikhwanul Muslimin' sebagai pencetus huru-hara dan penyumbang kepada keganasan.

malah lebih teruk, kita yang malas baca quran ini boleh pula menuduh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi - Ketua Kesatuan Ulama Sedunia sebagai punca dan terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam keganasa global.

entahlah... tak faham dan tak reti nak kata....

kalau ikut sifir mudah, orang yang berani mengutuk orang lain ialah orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri.
kalau ikut sifir mudah, orang yang berani mengutuk orang lain ialah orang yang tidak belajar tinggi dan desperate.

-----------------------------------------------------------------

maka dalam gelora timur tengah; kita masih nafsi nafsi....
apa yang akan terjadi di sana, lantaklah..bukan jadi kat sini..
janji anak aku selamat, anak orang lain dia punya pasallah..

itulah hakikat umat islam buih-buihan akhir zaman....

wasalam

Tuesday, February 22, 2011

Andainya Kau Mengetahui...

sudah masuk 2 tahun Rahmad membujang semula.
Rahmad berpisah dengan isteri tercinta setelah tiada titik sehaluan dalam kehidupan rumahtangga mereka.
Isteri Rahmad jenis 'modern' dan Rahmad dulunya jenis 'modern' juga.
Dihujung saat sebelum berpisah, berbagai cara yang Rahmad dan isteri lakukan namun mereka terpaksa akur bahawa berpisah adalah jalan terbaik pada ketika itu.

Rahmad sebenarnya terlalu sayangkan isterinya.
Rahmad mahu isterinya berubah menjadi muslimah sejati, meninggalkan kelab-kelab yang sering dikunjungi dan berhenti dari meminum arak.
Rahmad berusaha memujuk isterinya siang dan malam, semuanya dilakukan dengan lembut agar isterinya boleh menerima hasrat dan kehendaknya.

Rahmad sedar yang dahulunya dia juga yang bersalah membiarkan isterinya malah turut bersama-sama isterinya mengunjungi kelab-kelab bersama rakan-rakan.
Kesedaran Rahmad berada pada tahap yang tinggi lantas ianya tidak mahu mengulangi kesilapan lampau.
Usaha Rahmad memujuk isterinya ibarat mencurah air di daun keladi.
Isteri Rahmad terus dengan kehidupan 'modern'nya.
Rahmad walau masih menaruh harap agar isterinya kembali kepadanya dengan perubahan namun masa terus berlalu.

------------------------------------------------

Syukri masih terus bersabar dengan karenah isterinya yang terus memberontak tidak dapat menerima perubahan dirinya.
Sesekali Syukri turut merasa hairan mengapa perubahan yang dilakukan ini tidak boleh diterima oleh isterinya.
Dahulunya Syukri kaki ponteng solat.
Dahulunya Syukri kaki temberang dan pemboros.
Namun sikap Syukri yang dahulu tidak pernah menerima bantahan dari isterinya.

Kini Syukri rajin bersolat, berzikir dan bermunajat.
Syukri juga rajin ke masjid dan sering berkongsi perjalanan perubahan dirinya itu pada rakan-rakan.
Hidup Syukri yang dahulunya 'enjoy' dan bebas membuatkan beliau digemari oleh rakan-rakan.

Kini Syukri telah berubah dan perubahan itu sangat memberikan kesan terhadap dirinya.
Syukri sedikit demi sedikit mula meluangkan masa dengan anak-anak.
Syukri mula fokus akan amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya.
Namun setiap perubahan Syukri itu terus tidak digemari oleh isterinya.

Kini Syukri pasrah.
Syukri akan terus berusaha agar isterinya menerima perubahan diri yang dilakukan.
Syukri akan terus bersabar dan mendidik anak-anak agar tidak mengulangi perjalanan hidupnya terdahulu.

---------------------------------------------------------

Rahmad dan Syukri berlaga bahu ketika sama-sama melangkah keluar dari Masjid Nabi di Madinan.
Masing-masing tersenyum dan bermaafan walau mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Rahmad terus berjalan menuju ke hotel penginapannya, begitu juga Syukri.
Dalam hati masing-masing, terlintas.... 'andainya kau mengetahui......wahai isteriku...'

Tuesday, February 08, 2011

Tak Perlu Tiru Tunisia & Mesir...

salam semua,

Allah berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Zukhruf

51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. "Bahkan Bukankah Aku lebih baik daripada orang Yang hina keadaannya ini, dan Yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"

54. (dengan Yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum Yang fasik - derhaka.


55. setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, Iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

56. maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang Yang datang kemudian.


Allah juga berfirman di dalam surah Al-Anam;

44. kemudian apabila mereka melupakan apa Yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu Segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria Dengan Segala nikmat Yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana Yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).


45. lalu kaum Yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, Dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

46. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan ia pula memeteraikan atas hati kamu? siapakah Tuhan selain Allah Yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" lihatlah Bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), Dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

47. Katakanlah:" Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah Dengan tiba-tiba, atau Dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda Yang menunjukkan kedatangannya), siapakah Yang akan binasa, selain dari kaum Yang zalim?".

48. dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa Yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

49. dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka akan dikenakan azab seksa Dengan sebab mereka berlaku fasik.


50. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiKu, dan Aku pula tidak mengetahui perkara-perkara Yang ghaib; Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya Aku ini malaikat, Aku tidak menurut melainkan apa Yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang Yang buta Dengan orang Yang celik? tidakkah kamu mahu berfikir?"


--------------------------------------------------------------------------------

beberapa ayat di atas yang dikongsikan adalah untuk kita berfikir dan beramal soleh dengannya... maka tidaklah kita perlu meniru rakyat Tunisia & Mesir kerana percikan kesedaran itu datangnya dari sudut hati yang dikuasai sepenuhnya oleh Allah Azza Wajalla..

perjuangan yang berlandaskan nafsu-nafsi akan hancur pada satu masa nanti.
perjuangan yang ikhlas hanya kerana Allah akan mendapat balasan yang setimpal malah berkali ganda dari Allah.

pemimpin serta rakyat malaysia hanya perlu kesedaran hakiki akan matlamat kehidupan serta hala tuju diri dan umat.

telah sempurna ajaran yang Rasulullah s.a.w bawa...
telah cantik sifat terpuji yang Rasulullah tunjukkan...

lihatlah hakikat mata hati yang sebenar..insyaAllah ketemu sinar cahaya abadi.

wasalam

Wednesday, January 19, 2011

Ila Aina Anta?

salam semua,

kehidupan seringkali mengelirukan kita.
terkadang kita dapat rasakan penghujungnya begitu indah.
terkadang kita dapat rasakan ianya tidak bertepi dan memenatkan.
sering juga kita gagahi perjalanan hidup ini seolah patah sepah segala sendi anggota.
sering juga kita terhenti lantas termanggu dan waktu jadi pegun seketika.

malanglah bagi yang lalai dalam kehidupan.
malanglah bagi yang tewas dalam ujian.
lebih malang bagi yang lemas dalam pujian.
lebih malang bagi yang hanyut dalam kebendaan duniawi.

apa sebenarnya yang kita mahu?
apa sebenarnya yang kita mahu dari kehidupan ini?
kemewahan, kekayaan, kemasyhuran, kekuasaan?
atau ketenangan, keredhoan, keikhlasan, kasih & sayang?

kehidupan di abad ke 21 ini sama cabarannya dengan abad pertama dahulu
tiada yang berbeza kecuali masa & suasananya sahaja.
cabarannya tetap sama
pola pemikiran dulu dan sekarang bersesuaian dengan kehendak semasa & setempat

kalau orang dahulu sibuk menghias gua-gua
orang sekarang sibuk menghias rumah
kalau orang dulu sibuk mencari daun serta kulit kayu terbaik buat menutup aurat
orang sekarang sibuk shopping mencari fesyen terkini
kalau orang dulu sibuk berburu mencari makanan
orang sekarang sibuk ke pasar mencari lauk pauk
kalau orang dulu sibuk meredah tanah-tanah baru
orang sekarang sibuk membangunkan taman-taman perumahan..

semuanya serupa sahaja...

maka persoalan utama kita ialah, kemana arah tujuan kita di dalam kehidupan ini?
adakah kita bergerak maju kehadapan?
atau kita masih berdiri setempat, asyik memerhatikan sekeliling?
atau kita terus mundar mandir kehadapan kebelakang dan berlari keliling bulatan?

mahu kemana kita?

tidak cukupkah apa yang kita ada? ...syukur, bersyukur, kesyukuran..
tidak puaskah dengan apa yang kita miliki? kehendak diri, kehendak Ilahi

mahu kemana kita?

ada orang kata, hidup ini satu perjalanan menuju kematian.
ada juga yang berkata, hidup ini tidur yang panjang
ada juga berkata, kita akan terjaga & hidup setelah kita mati
ada juga yang berkata hidup ini satu perlumbaan.

masing-masing punya perspektif yang berbeza.
semua punya nilai masing masing ke atas kehidupan yang dijalani.

kita akan merasa tidak puas
kita akan merasa tidak cukup
kita akan merasa tidak tenang
kita akan merasa tidak redho
kita akan merasa tidak ikhlas...

sekiranya kita hidup tidak bertuhan.

maka akhir hidup kita, orang akan melafazkan 'innalillahi wainnalaihi rojiun...'

daripada Allah kita datang..kepada Allah kita kembali...
datang kita bukan sebagai Tuhan
kembali kita bukan sebagai Tuhan

dan kita sebenarnya menuju ke rahmat Allah Azza Wajalla, ke suatu tempat yang telah dijanjikan sebaik selesai segala urusan hisab dan perhitungan atas segala apa yang kita jalani setiap detik dalam kehidupan.

wasalam

Thursday, January 13, 2011

Bacalah..

salam,

melintasi garis masa 2011 tanpa sebarang posting terbaru memang sauatu yang agak janggal.
sengaja atau tidak, saya memang tidak berkesempatan untuk menukil apa yang ada di kepala walau ianya sarat dan perlu dilimpahkan dalam bentuk tulisan dengan segera.
namun kekangan waktu yang begitu mencabar benar-benar menghalang tangan ini untuk menukul papan kekunci komputer riba ini.

hari ini ada sedikit ruang waktu sebelum saya ke eagle nest, maka saya rasa saya perlu gunakan waktu ini untuk menulis.

perkongsian pertama - saya sedang membaca beberapa buah buku serentak! antaranya ialah 30 wasiat Iman Shafie, Warisan Pemikiran Islam, Armagedon 2012 dan Dajjal.

mungkin minat membaca saya 'telah kembali semula' atau ianya telah 'di double-up' sejak dua menjak ini.

buku wasiat Imam Shafie yang saya baca mengambil 30 nasihat terbaik Iman Shafie yang memang berketurunan Rasulullah s.a.w, hafaz Al-Quran sejak berumur 7 tahun, menjadi Qadi semasa berumur 15 tahun dan diperakui kehebatan ilmu pengetahuannya dari segi pentafsiran Al-Quran oleh Imam Ahmad Hambal.

buku warisan pemikiran islam karya Muhammad Al-Ghazali pula begitu kritis dalam pembongkaran corak pemikiran umat islam dewasa ini. tulisannya begitu mencabar sehingga kita dapat lihat pola menaik dan menurun dalam zaman ketamadunan umat islam dari dahulu dan sekarang.

buku Armagedon 2012 karya Dr. Muhamad Alexandar juga sangat baik. ianya merupakan satu analisis serta usaha untuk memperbetulkan pemikiran serta tanggapan umat islam yang mungkin 'terseleweng' oleh dakyah barat tentang hari kiamat yang dimulakan oleh bangsa pagan berdasarkan kalendar mayan mereka.

akhirnya buku berkenaan Dajjal yang baru saya beli semalam di jalan tunku abdul rahman; buku yang membongkar kisah serta tanda-tanda kiamat, gerakan-gerakan yang memuja dajjal, serta umat islam yang turut terheret mengikut secara membabi buta segala macam simbol, cara dan apa saja yang disarankan oleh golongan pemuja ini.
--------------------------

dari dahulu lagi, saya sering sarankan..untuk menjadi umat islam yang cemerlang, perlulah ada ilmu yang mantap & pelbagai, perlu ada maklumat yang lengkap dan mendalam.

ilmu-ilmu ini 80 peratusnya dapat kita perolehi dari pembacaan bahan-bahan yang benar-benar menyajikan dan berkandung dengan ilmu.

'baca' juga adalah wahyu, perintah & kalam pertama yang Rasulullah terima dari Robbul Jaleel di gua hiraq 1440 tahun yang lampau.

'baca' punya banyak pengertian; baca apa yang tertulis, baca apa yang tersirat & baca apa yang tersurat.

apa yang boleh kita 'baca' dari perjalanan kehidupan kita?
apa yang boleh kita 'baca' dari pengalaman kita yang lampau?
apa yang boleh kita 'baca' dari analisa kehidupan di sekeliling?
apa yang boleh kita 'baca' dari perangai kita sendiri?
apa yang boleh kita 'baca' dari perangai orang di sekeliling?
apa yang boleh kita 'baca' dari perjalanan alam ini?

dan paling penting, semua pembacaan kita itu mestilah berpandukan kepada Al-Quran yang wajib kita baca walau sepotong ayat setiap hari dan jangan lupa pula untuk membaca maknanya, baca apa yang tersurat dan baca juga apa yang tersirat berupa nasihat & amaran untuk umat manusia keseluruhannya.

selamat membaca!

Tuesday, December 21, 2010

Malaysia Harmoni...

salam semua..

semua orang impikan kebahagiaan.
semua orang impikan keamanan.
semua orang impikan kebebasan.
semua orang impikan kasih sayang.
semua orang impikan cinta abadi.
semua orang impikan kedamaian.

namun tidak semua orang mampu memiliki apa yang diimpikan.
ada yang hanya mampu memiliki sebahagiannya.
ada yang hanya mampu memilikinya sebentar cuma.

dalam negara ini, ya negara yang bergelar malaysia ini semua mimpi seolah mudah dimiliki.
namun pada hakikatnya ianya hanya mampu dimiliki hanya di dalam alam mimpi.

saya mengimpikan malaysia yang harmoni.
saya mengimpikan malaysia yang damai.
saya mengimpikan malaysia yang progresif.
saya mengimpikan malaysia yang aman.
saya mengimpikan malaysia yang maju.
saya mengimpikan malaysia yang makmur.

namun semua mimpi saya itu hanya sekadar mimpi.

saya yakin untuk beberapa dekad di hadapan, semua mimpi itu akan terus jadi mimpi.

di luar sana saya lihat gejala sosial makin membusuk.
di luar sana saya lihat pemimpin terus bertelagah.
di luar sana saya lihat media terus mengapi-apikan.
di luar sana saya lihat rakyat terus berprasangka.
di luar sana saya lihat rasisme menjadi asam garam perjuangan.

saya yakin realiti yang ada di luar sana akan berterusan selagi hasad dengki khianat iri masih ada dalam sanubari.

kita masih hidup di alam 'plastik' yang 'real'.
semua kita berlakun dengan hebat demi mempertahankan sesuatu tidak kira benar ataupun salah.
semua kita terus berlakun dengan hebat demi mempertahankan apa yang dikatakan sebagai 'prinsip' walau ianya bertentangan dengan agama.

bukan sedikit yang melanggar adat tatasusila kemanusiaan.
bukan sedikit yang melanggar hukum hakam agama yang dianuti.
bukan sedikit yang hilang dalam kebabrukan haloba dunia.
bukan sedikit yang mulanya baik tapi akhirnya jahat.

ini realiti.

malaysia tidak akan harmoni kerana tiada siapa yang mahu memulakannya.
malaysia tidak akan aman kerana tiada siapa yang mahu memikirkannya.
malaysia tidak akan damai kerana tiada siapa yang mahu peduli akannya.

satu kelompok terus membaham.
satu kelompok terus menerkam.

kita hidup laksana zaman barbarian.
kita makan daging manusia sesama kita, daging yang mentah lagi busuk.
kita menghiris hati rakan dan kawan.
kita sudah tiada harga diri dan terus menjadi tawanan syaitan.

siapa yang akan memulakan langkah keharmonian?
siapa yang akan memulakan tapak keamanan?

tiada.

kerana semua sibuk mempertahankan kuasa, harta dan jawatan.
kerana semua sibuk melawan dan terus melawan.

sedang semua lupa, diri terus menjadi tawanan nafsu serta syaitan lantas membenihkan kebinatangan diri.
hingga hanya napak cantik dari luaran tetapi jijik dari dalaman.

kita akan terus bermimpi.
kita akan terus jadi tawanan.

tiada siapa yang mampu membebaskan.
kecuali kita yang terang mata hati, tajam telinga, peka perasaan.

dan paling penting, ikhlas serta berkasih sayang....

Monday, December 20, 2010

Tahun Baru Hijrah 1432 vs Tahun Baru Masihi 2011..

salam semua...

alhamdulillah, kita telahpun dengan izinNya melewati 14 hari di tahun baru hijriah 1432.
dan dalam masa yang sama kita akan menerobos ke tahun baru masihi 2011.

ramai yang peduli dan ramai yang tak 'tangkap pot' pun dengan tarikh-tarikh penanda perubahan masa ini.

yang peduli, mungkin jenis yang suka merancang dan menetapkan satu-satu perancangan dengan tarikh-tarikh yang besar kununnya senang untuk diingati dan menjadi batu asas kepada kejayaan perancangan yang bakal dilaksanakan nanti.

yang tidak peduli, mungkin jenis yang dah malas nak merancang atau suka melaksananakan perancangan dalam keadaan 'senyap' tanpa mahu melaungkan ke seluruh dunia.

apapun semua orang punya caranya yang tersendiri.

yang peka dengan kehidupan akhirat dengan tidak meninggalkan kehidupan dunia, lebih suka menetapkan permulaan tahun baru mereka pada tarikh awal muharam...golongan ini tidak 'hanyut' dengan alunan kapitalis ataupun 'non muslim' dalam menetapkan perjalanan hidup mereka.

kepekaan diri sebagai seorang islam sudah pasti tidak akan terperangkap dengan permainan dunia hari ini.

adalah sangat berbeza sekali antara dua tahun baru ini.
satu mengikut perkiraan matahari dan satu mengikut perkiraan bulan.

satu ketika dahulu, agama islam menjadi penentu kepada peradaban dunia... tetapi itu dahulu, kini agama materialistik yang menjadi 'leader' dan 'the rest follow'..

kita boleh saksikan betapa hari ini seolah-olah hiburan itu adalah segala-galanya ataupun 'the ultimate of life'.. kalau tak berhibur, seolah dunia ini kelam dan rasa tanpa warna sama sekali.

lambakan program-program hiburan setiap hari diselang-seli dengan program 'gosip @ mengumpat dunia artis' adalah ulaman perjalanan hidup kita dewasa ini.

tak 'best' kalau tak tahu artis mana yang berkahwin, bercerai, skandal, berzina, minum arak, ada anak luar nikah dsbnya... cerita-cerita ini menjadi santapan kita seharian...tidak kira melalui media elektronik mahupun media cetak.

malah ada stesyen yang menawarkan kepada pendengarnya jika tidak puas dengan gosip yang diudarakan, bolehlah 'register' untuk menerima sms gosip dunia artis.
--------------------------------------------------  

apa nak jadi dunia hari ini?

inilah...apa yang sedang terbentang dihadapan kita, itulah yang berlaku.

lewat akhir tahun masihi dan hari-hari awal tahun hijrah menyaksikan betapa krisis sosial di kalangan remaja sudah berada pada tahap yang parah.

remaja yang 'hilang dara' sebelum berumur 15 tahun tidak payahlah kita bincangkan kerana ianya sudah menjadi perkara biasa.

hari ini, remaja sudah jadi pembunuh... menikam, membunuh malah hidup tanpa pegangan agama sama sekali.

ini bukan cerita khayalan, ini adalah hasil kepesatan dunia materialistik yang kita kejar.

acuan yang terhidang pada hari ini adalah berada pada tangan kita.

kita merelakan kehancuran ini berlaku... dan ianya tidak berlaku sekelip mata, ianya telah kita acu dan bina puluhan tahun yang lampau... dan hasilnya kita boleh lihat hari ini.

apa yang ketuanan melayu boleh lakukan dengan gejala sosial ini?
tepuk dada tanyalah ketuanan...

kerana penghujungnya bukanlah iman tetapi kebendaan, kemewahan, hiburan, kekayaan dan kekuasaan...

kembalilah & bertaubatlah....

sama-sama kita insaf dan lakukan perubahan...

sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat kepada mereka yang mahu kembali kepadaNya..

Thursday, December 09, 2010

Harga Minyak Terus Naik

salam...

entah apa yang berlaku di putrajaya sebelum pengumuman kenaikan harga barang-barang keperluan terutamanya minyak petrol, tidaklah kita ketahui.

apa yang pasti; akhirnya 'minyak murah' ron 95 dinaikkan juga setelah kita dijanjikan bahwa ianya tidak akan naik sewaktu pengumuman kenaikan 'minyak mahal' ron 97 beberapa bulan yang lepas...

apahal? tak tahu???

orang yang berjanji tetapi tidak mengotai janji mereka adalah munafik.
lebih dahsyat lagi, yang berjanji itu adalah pemimpin negara.
maka kadar munafiknya bolehlah diukur dengan menipu 26 juta rakyat negaranya.

lebih parah, ada pula yang kata kenaikan ini adalah untukl bendung penyeludupan... entahlah.

buka mata, buka telinga.... buka hati dan lihat dari dalam... sampai bila himpitan-himpitan ini akan terus berlaku? dalam masa yang menghimpit terus mabuk kuasa serta harta....

wasalam..

Friday, November 26, 2010

Kehendak Allah vs Kehendak Diri???

salam semua,

sebagai orang islam aku mesti solat 5 kali sehari semalam.....itu bukan sahaja kehendak Allah malah ianya adalah perintah Alla

alah malas nak sembahyanglah, susah......letih..... buang masa...itu bukan sahaja kehendak diri tetapi ianya adalah satu perlakuan seorang yang menolak perintah... dan orang yang menolak perintah Allah ini kategorinya 'kuff @ menolak' ataupun bahasa mudah, kafir.

namun ada juga yang takut untuk membuat penolakan secara terbuka, maka dengan berat hati pergilah jugak ambil wuduk dan bersolat, namun dalam keadaan yang 'terpaksa' kerana mungkin malu kepada orang ramai atau takut dimarahi.... maka golongan ini kategorinya ialah 'munafik' atau bermuka-muka atau hipokrit.

ada juga yang ok solatnya tetapi tidaklah memperoleh kekhusyukkan di dalam solatnya kerana sering lalai dan 80% dari kandungan solatnya, dia memikirkan hal-hal yang luar dari batas gerakkerja solat sehingga Allah menegaskan dalam firmannya 'neraka wel lah orang-orang yang lalai dalam solatnya...'

--------------------------------------------------------------------------------

ramai juga yang terperangkap dengan alasan jenis macam ini...'nak buat camner, memang kehendak Allah aku jadi penyamun, perompak, perogol, penzina dsbnya...'

jika kita terperangkap atau hampir terperangkap, maka segeralah bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.. kerana, tiadalah Allah itu berkehendakkan hal-hal yang buruk berlaku, dikerjakan oleh setiap makhluk ciptaanNya kecuali, apa yang berlaku itu hanyalah datang dari kezaliman makhluk itu sendiri.

malah Allah berfirman dalam surah Ar-Rad, 'tidak Aku ubah nasib seseorang/sesuatu kaum itu kecuali dia/mereka yang mengubahnya sendiri'...

firman ini begitu jelas menunjukkan betapa manusia itu bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan dan apa yang berlaku pada diri mereka.

---------------------------------------------------------------------------------

kita sering diberi cetusan hati atau gerak yang menjentik hati agar melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan ini; cetusan hati atau gerak inilah yang memandu tumpuan kita kepada kehendak Allah. contoh, cetusan hati mahu menyegerakan solat, menderma, melakukan kebaikan, membantu orang dsbnya.

ianya berbeza dengan dengusan luaran hati yang berbentuk halangan kepada cetusan hati tadi; contoh, dengusan agar melewat-lewatkan solat dengan alasan waktu panjang lagi, pentingkan diri sendiri dsbnya, kerana dengusan hati ini ialah bisikan nafsu yang liar tidak bertambat kerana kita gagal untuk membezakan antara kehendak Allah dan kehendak diri.

maka kegagalan menuruti kehendak Allah akan mengakibatkan diri seseorang itu berada dalam keadaan resah, serba tak kena, sering beralasan, malas, membuang masa dsbnya....apatahlagi mahu memenuhi kehendak diri yang buas lantaran dorongan nafsu yang liar tidak terkawal.

----------------------------------------------------------------------------------

akhirnya kegagalan membezakan antara kehendak Allah dan kehendak diri, akan meletakkan manusia itu berada di dalam kawalan syaitan yang memang mahukan setiap anak adam masuk ke neraka bersama-sama mereka.

fikir-fikirkan & lakukan tindakan...

Monday, November 22, 2010

Muslim Sesat & Engkar

salam semua...

firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat ke 100;

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman"

ayat di atas sangat terang lagi nyata akan amaran dari Allah Azzawajalla akan keadaan orang-orang islam lagi beriman tentang faktor ketaatan mereka.

ayat ini merujuk bagaimana seorang islam yang telah beriman yakni yakin kepada Allah serta Rasul juga kitab, para malaikat serta hari kebangkitan BERPOTENSI untuk mengubah ketaatan mereka kepada apa jua yang diiklankan atau disyorkan oleh golongan kafir terutamanya puak-puak yahudi & kristian.

ayat ini juga jelas menunjukkan betapa puak-puak yahudi & kristian ini begitu cenderung untuk memesongkan ketaatan umat islam dari seorang mukmin menjaid seorang muslim dan seterusnya menjadi seorang kafir yakni menolak kebenaran yang dahulunya menjadi pegangan diri sebagai seorang islam.

jika kita lihat kiri dan kanan kita, bolehlah kita faham dan mendapat penjelasan akan firman Allah ini, di mana kita akan dipertontonkan oleh Allah akan keadaan orang yang hanya tinggal naman sahaja islam tetapi perjalanan serta cara hidup tidak ubah seperti orang kafir.

tipulah kita jika kita tidak pernah bertemu dengan golongan islam budaya atau islam nama ini yang begitu banyak di sekeliling kita, hatta ada yang antaranya ialah dari golongan saudara serta ahli keluarga sendiri.

seterusnya Allah berfirman di dalam ayat 101 surah Ali Imran juga, sambungan dari ayat di atas;

...dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus).

lihat bagaimana Allah melontarkan persoalan dengan jawapannya sekali tentang bagaimana orang-orang islam ini menjadi kafir..jawapannya ialah mereka-mereka ini tidaklah berpegang teguh kepada agama islam.

memang menghairankan kerana umat manusia khususnya umat islam diutuskan seorang Rasul yang bergelar Rasulullah sebagai suri taulan atau contoh atau benchmark atau sebagai idola untuk diikuti, namun umat islam masih lagi mahu mencari idola-idola ciptaan orang-orang kafir yang turut dibantu mengiklankannya dalam media massa kita setiap hari.

sedangkan kisah atau sirah Rasulullah hanya boleh kita dengar atau terpaksa dengar setahun sekali iaitu ketika sambutan Maulid.

maka orang-orang islam yang berpegang teguh ini Allah menekankan sesungguhnya mereka-mereka ini telah beroleh petunjuk serta hidayah ke jalan yang benar.

kebutaan umat islam tentang keindahan agama islam itu sebenarnya berlaku atas hasil perang saraf tersusun yang dilancarkan oleh golongan kafir sejak perang salib lagi.

kita mungkin tahu atau tudak tahu tentang kejayaan umat islam dalam mendapatkan kota jurusalem dari golongan kafir dan asa kepada kekuatan serta kejayaan ini ialah kemantapan iman umat islam itu sendiri.

keyakinan umat islamn terhadap agama islam jauh 'superior' dari keyakinan golongan kafir terhadap agama mereka apatahlagi agama mereka sudah hancur diputar belitkan oleh golongan mereka sendiri.

dan apa yang dialami oleh golongan kafir ini tidak mustahil akan dialami juga oleh umat islam secara keseluruhannya iaitu, umat islam sendiri akan memecah belahkan diri mereka sendiri samada mereka sedari ataupun tidak.

hiburan yang melampaui batas serta tiada sekatan adalah salah satu elemen yang akan membantu menghancurkan umat islam.
perebutan kuasa dalam politik juga adalah satu elemen yang akan menghancurkan umat dengan lebih pantas lagi tanpa perlu sebarang bantuan dari puak kafir.
perangai malas serta sifat bertangguh yang melanda umat islam juga akan turut memainkan peranan menghancurkan umat islam dengan pantas.
buta atau kurang ilmu juga adalah faktor yang menyokong kehancuran ketamadunan gemilang islam.

maka tidak hairanlah kita bahawa dalam seribu umat islam, 800 darinya adalah golongan yang dhaif dari segi ilmu agama, miskin cinta ilahi, fakir kasih sayang sesama sendiri dan melarat dari segi ekonomi.

maka kualiti umat islam yang ada sekarang disekeliling kita ini tidaklah boleh kita bangggakan sama sekali...ini dikuatkan lagi dengan alasan bahawa selagi ada umat islam yang pergi ke gereja memohon bantuan dari para padri kerana masjid terkunci rapat dan imam sibuk berniaga...maka janganlah kita hairan jika kita bertemu dengan ramai muslim yang engkar lagi sesat dari jalan yang lurus..

maka firman Allah dalam ayat 104 surah yang sama;

...dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

...menjadi arahan atau cabaran atau kewajipan keatas golongan islam yang sentiasa sedar serta peka akan permasalah ini.

perjuangan puak-puak yang sedar ini sudah tentu menjadi satu jihad sehingga ke akhir zaman.
maka janji Allah kepada puak-puak yang berdakwah, berjihad ini ialah kejayaan atau lebih tepat lagi mereka-mereka ini adalag golongan yang berjaya di dunia dan akhirat.

seterusnya dalam ayat 106, Allah memperjelaskan keadaan 2 golongan;

...(ingatlah akan) hari (kiamat Yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

golongan pertama yang berwajah putih berseri yakni golongan yang berjaya.
golongan satu lagi yang berwajah hitam legam kerana kufur ingkar dan berpaling dari kebenaran.

kita golongan yang mana? fikirkan...

Thursday, November 11, 2010

Suami Isteri : Memberi Ruang & Bersabar...

salam semua...

antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah bersabar.
sabar dirujuk kepada satu sikap/sifat orang-orang yang beriman.
sabar juga merujuk kepada sikap/sifat orang-orang yang menduduki syurga.

kita cepat hilang sabar...benarkah ungkapan tesebut atau sabar itu memang tiada dalam kamus kehidupan kita?

jika kita rajin solat dan sering membaca surah Al-Asyr, kita akan ketemu firman Allah dalam ayat yang penghabisan iaitu "...mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran."...

surah keseluruhan : demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman & beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran & berpesan kepada kesabaran.

--------------------------------------------------------------------


mengapa suami isteri mudah hilang kesabaran?
jangan pula kita sangka pasangan kita yang kurang bercakap itu seorang yang penyabar...
dan jangan pula kita fikir pasangan kita yang gemar berlawak atau bersikap 'jovial' adalah seorang yang penyabar sifatnya.

apabila kita berfikir tentang sesuatu yang tiada asas maka kita akan terjerumus keperangkap 'berprasangka'.. dan hampir pasti prasangka yang berlaku itu adalah lebih besar kesan negetifnya berbanding positif dan secara tidak lansung, kita akan terentap mental, emosional, spiritual dan fizikal tatkala prasangka kita itu tidak menepati 'ramalan diri' sendiri.

mari kita fikirkan;

sepanjang kita hidup, adakah kita merupakan seorang hamba tuhan yang taat?
sepanjang kita mengenal sejadah, adakah kita merupakan seorang hamba yang sabar, taqwa & redho akan ketentuan ilahi?

fikirkan...

adakah kita merupakan seorang hamba yang sering engkar dalam kontek ibadah serta keyakinan dalam bertuhan?

berapa banyak peluang & ruang yang tuhan kita berikan kepada kita untuk bertaubat serta kembali menjadi hambaNya yang beriman?

tidakkah kita perasan bahawa kita sering mengenepikan arahan, firman dan saranan hatta petunjuk yang tuhan berikan?

tidakkah kita terfikir betapa tuhan terus memberi ruang & peluang kepada kita semua hingga ke tahap akhir untuk kita bertaubat? dan siapalah kita yang tidak boleh memberi peluang serta ruang kepada orang lain untuk memperbaiki diri dan kembali kelandasan yang betul?

fikirkan...

buat suami isteri yang sering bercakaran; berilah peluang untuk pasangan kita 'catch-up' dengan 'benchmark' yang ditetapkan... sekiranya masih jauh dari 'benchmark'..bimbinglah serta pimpinlah dan bersabarlah kerana Allah suka hamba-hambaNya yang tetap bersabar... apatahlagi sikap/sifat sabar ini ialah sifat para kekasih Allah...

insyaallah..

Thursday, October 14, 2010

Life : Make It Simple...

salam semua..

kehidupan; permudahkanlah...

kita selalu berdoa ke hadzrat Allah s.w.t agar mempermudahkan perjalanan kehidupan kita, namun apa yang berlaku adalah disebaliknya....kehidupan menjadi semakin sempit, semakin sukar dan amat perit.

mengapa terjadi demikian?

setiap manusia mempunyai 'set' kehidupan masing-masing yang perlu mereka hadapi.
'set' kehidupan tersebut amat lengkap dan tiada kekurangan dari setiap sudut.
perlu kita sedari bahawa kehidupan kita mengandungi elemen-elemen suka, duka, riang serta tangis...itu pasti.
menghadapi kehidupan yang mempunyai elemen-elemen kejutan tersebut sangatlah indah jika kita adalah jenis yang 'berbaik sangka'.

saya sering melontarkan ayat ini; alangkah indahnya kehidupan, penuh dengan warna-warna yang melingkarinya...maka rugilah sesiapa yang gagal mengesan, melihat atau merasai keindahan warna-warna tersebut.

berapa ramai di antara kita yang melihat suka dan duka itu satu anugerah sangat berharga kurniaan Ilahi?
berapa ramai di kalangan kita yang gagal menginterpretasi ilmu serta kefahaman dari perjalanan kehidupan ini?

tatkala kita mati atau meninggal atau lebih tepat lagi 'kembali ke rahmat Allah', yang faham maksud kehidupan serta elemen yang terkandung di dalamnya termasuk elemen-elemen ujian demi ujian yang perlu kita hadapi agar kembali kita itu benar-benar kembali ke rahmat Allah?

melihat keindahan pada kehidupan adalah ciri orang beriman.
memperoleh ilmu dari setiap ujian adalah ciri orang yang peka serta bijaksana.
mendapat kefahaman dari setiap langkah dalam perjalanan kehidupan ini adalah ciri insan cemerlang.
memperbaiki diri dari masa ke semasa adalah ciri orang yang bertaqwa.

apalah nak disusahkan dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang?

berfikiran positif atau berbaik sangka terhadap Allah dalam menghadapi setiap ujian adalah kunci 'dipermudahkan' kehidupan.

sifat 'membentak-bentak' tatkala menghadapi ujian adalah sikap munafik.
tidak puas-hati dengan ujian hidup adalah sifat manusia yang engkar serta derhaka.
tidak bersyukur dengan ujian adalah sifat manusia yang lalai lagi leka.

maka, pohonlah kehadzrat Allah agar dipermudahkan setiap ujian ke atas kita.
maka, berusahalah bersungguh-sungguh dan berikan yang terbaik dalam setiap langkah kehidupan.
maka, terimalah dengan penuh keredhoan akan ujian, ilmunya serta kefahamannya untuk menafaat diri dan sekeliling.

hidup ini terlalu singkat untuk kita tangisi serta ratapi.

bersyukurlah & bangkit untuk terus menjadi yang terbaik setiap detik dan ketika.

wasalam

Tuesday, September 28, 2010

Islamophobia : Liberal vs Ekstrem

salam,

heboh satu dunia malaysia (malaysia sahaja) bahawa PM Najib akan membantu Presiden Obama untuk mengatasi Islamophobia (iaitu ketakutan terhadap Islam).

PM Najib memang punya ramai penasihat disamping isteri tersayang yang menjadi penasihat utama.
dan dalam konteks pentadbiran serta halatuju negara berkenaan Islam, beliau dinasihati oleh menteri agama iaitu jamil khir baharom.

apa itu islamophobia?

islamophobia ialah ketakutan orang-orang kafir terhadap islam atas beberapa alasan, antaranya;

1) label esktrem yang dikenakan ke atas orang-orang islam dari sudut tingkahlaku serta perbuatan mereka.
2) kejumudan ilmu yang ada pada orang-orang islam yang tidak mahu berubah walaupun difirman oleh Allah dalam surah Ar-Rad:11
3) ketulian orang-orang islam yang gagal memahami maksud surah Al-Asr (Demi Masa) tentang keadaan mereka pada setiap detik dan masa.
4) kejendulan orang-orang islam yang gagal memahami maksud tasawuf serta memilih untuk menjadi sekular dengan memisah-misahkan syariat, hakikat, tarikat & makrifat.
5) kebutaan orang-orang islam dalam melihat keagungan tuhan dengan mata hati mereka.
6) kecintaan yang amat dahsyat terhadap dunia yang penuh dengan keasyikan memuaskan nafsu serakah terhadap wanita, harta serta kedudukan.
7) kejauhan rasa cinta terhadap Allah & Rasulullah.
8) kejanggalan tentang sifat-sifat agung Rasulullah yang menjadi kunci hamba beriman yang bertaqwa serta bertawakkal.

mari kita lihat maksud islamophobia yang saya ambil dari wikipedia:

Islamophobia (ie. Islam+phobia, "fear") is prejudice against, or an irrational fear of Islam or Muslims.

The term seems to date back to the late 1980s,but came into common usage after the September 11, 2001 attacks in the United States to refer to types of political dialogue that appeared prejudicially resistant to pro-Islamic argument.

In 1997, the British Runnymede Trust defined Islamophobia as the "dread or hatred of Islam and therefore, to the fear and dislike of all Muslims," stating that it also refers to the practice of discriminating against Muslims by excluding them from the economic, social, and public life of the nation.

It includes the perception that Islam has no values in common with other cultures, is inferior to the West and is a violent political ideology rather than a religion.

Professor Anne Sophie Roald writes that steps were taken toward official acceptance of the term in January 2001 at the "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", where Islamophobia was recognized as a form of intolerance alongside Xenophobia and Antisemitism.
--------------------------------------------------------------------------

PM Najib bukanlah orang yang layak mempromote islam kepada orang kafir seperti Obama kerana peribadinya yang bergelumang dengan pelbagai isu-isu.
PM Najib boleh promote islam untuk orang-orang kampung yang belum dibekalkan api & air.

kita memang sering lupa & akan terus lupa.
Rasulullah sudah memberi pesanan yang terakhir buat semua sahabat serta ummat Baginda, di mana pesanan itu sudah cukup untuk menjadi pedoman serta ingatan malah ilmu buat semua hingga akhir dunia.

Pesanan Rasulullah di hujung khutbah adalah jelas; ikut 2 perkara nescaya umat islam tidak akan sesat; Al-Quran & Sunnah.

Al-Quran adalah firman-firman Allah buat semua hamba-hambaNya yang terus segar hingga ke hujung dunia.
Sunnah adalah cara hidup terbaik yang telah Rasulullah tunjukkan buat semua ummatnya hingga ke hari akhirat.

Ramai yang mahu jadi femes.
Ramai yang mahu jadi masyur.
Ramai yang mahu jadi hero.
Tidak kurang yang jadi munafik (cakap lain buat lain; berjanji tetapi ingkari)
Tidak kurang yang jadi fasik
Tidak kurang juga yang jadi zindiq.

Islam yang Rasulullah bawa dahulu tetap sama seperti islam sekarang, tiada yang berubah kecuali ummatnya.
Al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasulullah 1400 tahun dahulu juga tetap sama hingga akhir dunia dan tidak berubah walauapapun berlaku.
di dalam Al-Quran termaktub perihal setiap perkara kehidupan para hambaNya, tiada yang tertinggal (melainkan hamba itu buta, tuli serta pekak untuk mendapat ilmu, pengetahuan serta kefahaman darinya)

islamophobia bukanlah satu isu tetapi ianya ialah hasil dari tangan-tangan orang islam itu sendiri yang pekak, tuli serta buta akan agamanya sendiri.

kita baca quran tetapi tidak tahu makna.
kita ikut berzikir tetapi tidak faham maksud zikir.
kita sibuk bertahlil tetapi tidak mendapat kefahaman tentang tahlil.
kita tahu ucap siddiq, amanah, tabligh & fatonah, tetapi kita tak terapkan pada diri.
kita lafaz 'lailahailla anta subhanaka ini kuntum minazzolimin..' tetapi kita tidak tahu maksud dan tidak mendapat keinsafan darinya.
kita lakukan taubat tetapi kita terus-terusan duduk di dalam kemaksiatan.

sampai bila?

suka saya berkongsi khutbah wida', mudah-mudahan ianya membuka pintu hati kita untuk 'kembali' kejalan yang lurus sebagaimana kita lafazkan setiap masa (ihdinas sirotol mustaqeem) dengan izin Allah, insya allah.

Khutbah Wida'

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

---------------------------------------------------------

akhir kata; orang islam sepatutnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.
namun tiadalah yang dapat dibanggakan, kerana orang islam turut melakukan segala maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh orang kafir.

bagaimana orang kafir boleh hormat kepada orang islam, sekiranya ada di dalam fikiran mereka 'alah nama aja islam, kasi rasuah mesti ambil punya...'

fikir-fikirkan....

Monday, September 13, 2010

Salam Eid Fitri Al Mubarak buat semua..


di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri Al Mubarak buat semua yang mengenali kami tidak kira di mana jua anda berada.

mudah-mudahan Eid Fitri kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.

sama-samalah kita berdoa agar perjalanan ke Eid Fitri 1432 dihadapan ini lebih bermanafaat berbanding yang lepas-lepas; di atas iman, taqwa serta tawakkal hanya kepada Allah s.w.t.

marilah kita sama-sama berazam untuk beribadah bersungguh-sungguh kali ini dengan keyakinan yang mantap serta keredhoan yang bulat agar ibadah kita itu benar-benar dilakukan serta diterima oleh Allah sebagaimana yang Dia kehendakki, insya allah.

Allahhuakhbar...Allahhuakhbar...Walillahhilham..

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan: Saat terbaik untuk Berubah!

salam ramadhan buat semua...

sejak zaman Qabil & Habil lagi, manusia terus-terusan mahu berubah.
perubahan yang didambakan ialah perubahan positif.
berubah dari suatu sifat atau suasana yang negatif kepada sifat atau suasana positif adalah 'tabie' manusia atau sifat semulajadi mereka.
tiada manusia yang mahu jadi jahat melainkan faktor sekeliling serta corakan yang diterimanya meng'acuan'kan diri mereka sebegitu.
tiada kita dengar perompak mahukan zuriat mereka turut mewarisi kerjaya perompak mereka itu.

si peminum, si penzina, si penjudi, si pemakan rasuah/politik wang, si pembunuh; semuanya mahu jadi baik, semua mahu 'kembali' bersih serta suci, semua mahu insaf, semua mahu berubah, semua mahu memulakan hidup baru...

ada beberapa persoalan yang akhirnya menjadi halangan yang mereka wajib lalui; bila waktunya hendak berhenti dan berubah & bagaimana untuk memulakannya sedang sifat-sifat negatif ini seolah sudah sebati dengan diri dan seolah hampir mustahil untuk jadi baik semula.

lantaran kegagalan menemui jawapan kepada persoalan di atas; maka manusia akan terus-terusan mewarisi sifat-sifat negatif yang ada sehingga akhir hayat.


berpesta muda-mudi; di mana batas-batas yang perlu diikuti?, 
dari mana mereka mewarisi kehidupan berpesta ini? 
adakah mereka mampu untuk berubah melupakan ketagihan arak yang telah diteguk selama beberapa tahun? adakah kita mampu kembali bersih dan tidak ketagih pesta apabila berumahtangga kelak?
boleh berehat menenangkan fikiran dengan mendengar lagu dsbnya tetapi biarlah ianya di dalam parameter agama dan batas-batas keimaman.
hindarilah titik-titik percikan yang boleh meragut kerapuhan iman lantas melontar separuh diri ke dalam neraka.



anak yang lahir ibarat kain putih menanti untuk dicorakkan; siapa yang mencorakkan? 
ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak masing-masing. manakala persekitaran, prasarana, rakan taulan, hiburan disekeliling, kerajaan yang memerintah juga terbabit dalam pencorakkan ini namun pada kadar yang tidak melebihi kadar tanggungjawab ibubapa.
maka jika anak-anak kita terbabit dalam gejala sosial, maka tudingan jari wajib ke arah kita; tiada apa yang kerajaan atau pemerintah boleh lakukan selagi sistem perjalanan adalah berkiblatkan selain dari Allah.





anak luar nikah & pembuanganya; satu fanomena hasil dari kegagalan sistem sosial sesebuah negara. 
rata-rata mereka yang melahirkan anak diluar nikah ini berumur antara 13 - 18 tahun di mana purata umur ibubapa mereka adalah sekitar 45 - 55 tahun. 
ini bermakna ibubapa mereka lahir sekitar hujung 1950an-60an. dan bolehlah kita ketahui bahawa tahun-tahun tersebut, pelajaran agama sangatlah kurang dititik beratkan oleh orang-orang melayu di semenanjung ini.
jika adapun yang 'kuat agama'nya, mereka adalah yang berketurunan alim ulama, dan selebihnya ramai yang belum beriman sepenuhnya walaupun islam pada nama. 
maka asas agama yang boleh diturunkan kepada anak-anak amatlah rapuh.



lantaran tipisnya pengetahuan agama di kalangan suami isteri maka hiasan rumahtangga ialah pertengkaran, makian, hamunan dan carutan, malah ada yang bertukar-tukar tamparan atau tempelengan hatta tumbukan atau penerajangan.
asas kehidupan adalah agama.
asas diri adalah iman.
asas taqwa adalah amal.
asas tawakkal adalah redho.
apa yang boleh kita katakan; jika dari ambang perkahwinan lagi si lelaki sudah mula mengajar bakal isteri perkara-perkara yang menyimpang atau terkeluar dari batasan agama.
apa yang boleh kita katakan; jika dari awal lagi bakal suami gagal mengajar bakal isteri tentang aurat serta batas-batas pergaulan.
apa yang boleh kita katakan; jika dari awal lagi sang suami memperlekeh-lekehkan agama di depan isteri dan anak-anak.
apa yang boleh kita katakan; jika sang suami adalah pelengah, peninggal serta pemalas akan solat & puasa.
apa yang boleh kita katakan; jika 'knowledge' sang suami mengenai perkara-perkara keduniaan sangat hebat tetapi tidak tahu makna surah Al-fatehah.


salah seorang dari anak-anak muda ini adalah anak seorang menteri.
perdana menteri, menteri, timbalan menteri, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, ketua kampung, ketua jkk, ketua jkkp, imam, pengerusi surau dan seterusnya adalah pemimpin kepada rakyat atau komuniti masing-masing.
sebagai pemimpin, mereka adalah contoh kepada masyarakat mereka, mereka adalah ketua dan setiap langkah perbuatan mereka diperhatikan.
bagi masyarakat, apa yang pemimpin ini cakap atau janjikan boleh dipegang sekiranya 'mereka cakap serupa bikin.
jika cakap 'tak serupa bikin' maka pemimpin atau ketua itu adalah ketua 'cap ayam' atau ketua 'politik wang'.
kayu ukur untum merka ini mudah sahaja; kalau keluarga tidak boleh dididik dan dinasihat, maka tak payahlah nak kecoh sana-sini.
memang tiada masalah bagi seorang suami untuk tidak takut isterinya; tetapi adalah satu masalah sekiranya isterinya itu tidak takut pada suami...


mereka di atas adalah gadis-gadis melayu yang sudah lama terpedaya, diperdaya dan akhirnya tetap dan kekal dalam perdayaan.
siapa yang memperdaya mereka?
rancangan tv? datuk-datuk di kelab-kelab dangdut, hotel-hotel 6 bintang? mamasan? papasan? ahli-ahli politik yang suka mengumpan 'keramaian' majlis dengan daging-daging mentah lahapan nafsu?
siapa yang mampu menegur gadis-gadis ini? mereka pasti tidak takut dengan sebarang teguran atau ambil tak endah tentang apa pandangan masyarakat kerana bagi mereka, mereka cukup selamat dan mereka punya khalayak untuk dihibur dengan dedahan tubuh badan mereka.
sampai bila?


tidak perlu untuk orang melayu islam atau bangsa lain pergi keluar negara untuk  melihat 'tiger show' atau 'pole dancer'.
kerana di malaysia ianya mudah terhidang.
dan hidangan itu diadakah secara 'ekslusif' untuk jemputan-jemputan khas.
bagi 'gelandangan-gelandangan' kali lima yang mahukan show-show sebegitu, ada juga tetapi kurang ekslusif dan terdedah kepada 'serbuan-serbuan' pihak berkuasa.
waimanya, di malaysia wujud pentas-pentas untuk pameran daging-daging yang bakal menjadi bahan-bahan bakar di akhirat kelak.



wanita islam yang tidak menutup aurat adalah berdosa.
wanita islam yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat adalah berdosa ganda 2.
wanita islam yang menutup aurat adalah mendapat pahala.
wanita islam yang menutup aurat dan melakukan maksiat adalah berdosa ganda 1.
jenis yang pertama; samada dia fasiq atau engkar
jenis kedua; samada dia faham atau hanya mengikut
aurat & maksiat adalah perkara yang berbeza tetapi berkait rapat antaranya.
aurat wajib ditutup, maksiat wajib dijauhi.
aurat yg terdedah boleh mengundang maksiat.
aurat yang dittutup tetapi nampak susuk dikira tidak ditutup kerana ia boleh mengundang maksiat.
maksiat hadir kerana dorongan nafsu yang gagal dikawal.
nafsu gagal dikawal kerana didorong oleh aurat yang dilihat.
maka berusahalah untuk meredupkan nafsu yang bergelora dengan menutup aurat serta merendahkan pandangan terhadap aurat orang lain. 
maka jangan beri ruang kepada nafsu untuk beri kita berbagai idea untuk melakukan maksiat. 

------------------------------------------------------------------------------

ramadhan adalah bulan terbaik di kalangan yang terbaik untuk kita berubah, melaksanakan perubahan kepada diri kita.

bagaimana?

ada banyak cara.

dengan syarat, kita faham apa yang telah kita lakukan dimasa lalu dan mendapat ilmu darinya serta kita benar-benar mahu berubah...

selamat berubah...selamat berjaya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails