Wednesday, May 28, 2008

Melintasi garis 5110 hari...

salam semua...

alhamdulillah....
esok 29 May 2008, saya akan melintasi satu titik dalam garis masa perkahwinan saya.

titik itu menjadi saksi yang saya dan isteri telah melepasi tahap 7 tahun kedua atau 5110 hari atau 122,640 jam atau 7,358,400 minit....

14 tahun bersama-sama dan dikurniakan dengan 4 + 1 (insya Allah, nov ini) anak-anak adalah detik-detik paling indah dalam hidup ini...

suka duka pahit maung dalam melayari bahtera perkahwinan adalah lumrah...

saya hanya berpegangkan kepada prinsip melunaskan 'amanah' yang Allah berikan dalam setiap tugasan dengan usaha yang 'terhabis' terbaik di alam perkahwinan ini...basicaly its a 'do or die mission'....

mengajar dan dalam masa yang sama belajar bersama-sama ahli keluarga adalah satu kewajiban.. di mana setiap detik & peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan itu wajiblah difahami dengan mengambil ilmu darinya untuk meningkatkan lagi keimanan dan merendahkan lagi dahi yang sujud kepadaNya...

kepada Allah, hambaMu ini memanjatkan kesyukuran atas segala limpah serta kurnia yang diberikan, secara sedar ataupun tidak... ampun dan taubat dipinta di atas segala kelalaian hambaMu ini dalam tugasan yang diberi...Tiada Engkau tiadalah daku...

buat isteri dan anak-anak yang tersayang.... terima kasih atas sokongan dan dorongan....juga terima kasih kerana memahami perjuangan ini...

and to me... selagi hayat dikandung badan...tiada apa yang boleh menghalang melainkan tiba waktu untuk kembali ke hazrat Mu...Ya Robbul Jalel...

SubhanAllah...Alhamdulillah...AllahhuAkhbar....

Bila lidah President Bush 'kelu'....

salam semua....

saya menerima mail dari seorang sahabat (syukran, idzul) dan 'mengepilkan' satu klip video ucapan presiden bush dalam satu majlis...

khabarnya lidah presiden bush menjadi kelu sebaik sahaja beliau mengungkapkan bahawa Al-Quran lah yang mengajar 'terrorisme' atau keganasan...

saya cuba utk search ke beberapa laman-laman web utk maklumat lanjut tentang peristiwa itu... namun 'footage' nya tetap sama...

anyway.. untuk tontonan semua... sama-samalah kita hayati...
dan sebagai orang islam..memang kita beriman bahawa Al-Quran adalah firman-firman Allah yang diturunkan menerusi malaikat Jibril kepada Rasulullah Muhammad buat hamba-hambaNya....sebagai pedoman...

dan sudah tentu Al-Quran ini dilindungi oleh Allah dan bukannya oleh manusia-manusia yang lemah & tidak berupaya lansung...


Tuesday, May 27, 2008

Hello All Hubby! Lets give your wife whats due....


salam semua...

apa khabar hari ni....

apa yang saya nak tulis ni lebih kepada ditujukan kepada para husband, laki, suami, 'abang', 'ayang', papa, abah dsbnya...

memandangkan ada suami isteri yang sedang atau akan bercuti bersama-sama anak-anak sempena cuti sekolah ni....maka ambillah peluang bercuti ni utk 'unwind', 're-charge', 'energize' dan sebagainya diri, isteri & anak-anak...

bagaimana nak energize para isteri kita?...mmm... takkan tak tahu kut...takkan kekok kut... takkan malu kut....

jgnlah bagi banyak alasan... kerana alasan itu hanya permainan 'syaitan' yang memang tidak mahu melihat pasangan suami isteri bahagia...

then lets give our wife what's due.....saya hanya mengariskan 7 perkara utama utk para suami 'digest' dan semestinya laksanakan....

1. unconditional love / kasih sayang tanpa syarat -
menyayangi isteri dengan sepenuhnya; 24jam sehari, 7hari seminggu dan 365hari setahun... setiap detik setiap masa.... dan percayalah kasih sayang adalah satu anugerah malah ianya 'energy' yang sangat laju serta bergetar dengan kadar kelajuan tinggi... maka dengan pen'curahan' unconditional love' pada isteri...sudah pasti kebahagiaan akan muncul dan menyeliputi ikatan yang abadi.
2. 360 degree understanding -
memahami 4 elemen diri isteri dengan baik: mental, emosional, spiritual dan fizikal.
memahami tahap pemikiran isteri yang sudah semestinya tidak sama dengan pemikiran kita, maka berilah sedikit 'ruang' pada isteri utk 'catch-up' daya pemikiran kita..dan jgn sesekali 'upset' jika tak dapat catch-up..kerana kekurangan itulah yang sepatutnya kita isi.

memahami 'fluctuation' emosi isteri yang sentiasa tidak se'stabil' suami dan turun naiknya kadangkala 'sukar' dijangka maka....'julat' atau ruang antara emosi tinggi dan rendah itu hendaklah difahami dan jangan dibuat tak endah kerana masa tersebut boleh dikira kritikal dalam rumahtangga. dan sebagai suami perlulah mengisi masa tersebut dengan kesabaran tahap tertinggi dan 'kunci mulut' tetapi buka telinga agar isteri boleh stabil semula dengan kadar cepat.
spiritual atau semangat dalaman isteri selalunya berkait rapat dengan emosinya. maka suami perlu terus memberi kata-kata peransang dan semangat untuk isteri agar dirinya sentiasa fokus dan tenang dan ini boleh menaikkan semangat isteri untuk terus menyokong dan mendorong kejayaan suami.

fizikal atau tubuh badan perlulah senantiasa sihat - suami perlu peka dengan kadar perubahan diri isteri dan memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan sihat. adakalanya para isteri menyembunyikan masalah yang dihadapi maka, janganlah ambil lewa dan membiarkan isteri menanggung sendiri masalah kesihatan.

3. tolerance - bersikap tolak ansur.

setiap pasangan wajib 'tergigit lidahnya'. maka perlu diingat dengan meletakkan objektif 'bersama bahagia' sebagai sasaran dalam mengharungi setiap permasalahan maka sudah pasti masa yang diambil akan singkat dan masalah akan segera selesai. para suami perlulah 'lebih' bersedia menerima dan mendigest dahulu setiap saranan isteri dan bukannya terus 'mencantas' setiap buah pikiran kerana isteri juga adalah sebahagiaan dari entiti bahagia kehidupan kita.

4. shoulder to cry on - menjadi tempat 'awal & akhir' isteri mengadu sebarang permasalahan.

jadikanlah diri sebagai 'satu-satunya' tempat bergantung isteri selain Tuhan.
dengan cara ini, isteri tidak memerlukan sesiapa lagi selain sang suami yang benar-benar memahami dirinya. jika suami gagal untuk menjadi 'shoulder to cry on' isteri, jangan terperanjat atau marah jika isteri mencari 'shoulder' lain sebagai jalan keluar untuk meluahkan isi hati.

5. great coach -

menjadi guru yang hebat buat para isteri - guru yang terbaik ialah guru yang mengajar dan dalam masa yang sama belajar dari muridnya & sudah tentu menjadi motivator & kaunselor.

6. great leader -

menjadi pemimpin yang mampu dan berupaya membawa isteri dan anak-anak cemerlang dalam kehidupan. Setiap langkah dan keputusan yang diambil akan memberi menafaat kepada diri, isteri & anak-anak - keluarga @ team.

7. great fighter - pejuang yang hebat.

jadilah seorang pejuang yang tidak mudah mengaku kalah dalam perjuangan hidup ini dan terus berusaha dan percaya bahawa isteri adalah pendorong utama dalam perjuangan...

tiada yang mustahil...kecuali kita hanya beralasan dan terus beralasan.
moga para isteri kita mendapat kembali 'whats due....' dan mengecapi kembali makna kebahagiaan dalam berumahtangga bersama sang suami tercinta...

wasalam

Tetiba 'terlayan' lagu pop indo.....

salam semua...

tengah duk 'fening' dengan persiapan beberapa program....
tiba-tiba 'kefala' ada keluar asap.....

maka sebelum meletup.... ada rakan sarankan...
apa saranannya....'berhiburlah sikit....'...

ye tak ye jugak....kena 'charge' gegendang ni sikit...
so saya terjah folder music saya.....

akibatnya terlayanlah lagu-lagu pop indo.....letto, peterpan, kerispatih, so7.....bla bla bla...
lain kali boleh layan maroon5 ka... mr. big ka....rihanna ka...



layan...jgn tak layan.... :-)

Monday, May 26, 2008

Tun Dr. Mahathir dengan sajak popularnya...

salam semua...
ya rata-rata ni sibuk diperkatakan tentang 'Ketuanan Melayu'....
dan saya rasa semua masih meningati 'sajak fofuler' Tun Dr. Mahathir satu ketika dulu...
mari kita dengar 'luahan rasanya' dalam sajak tersebut....

Dari Puchong ke Ulu Yam....23 May 08

salam semua...

buat yang sedang bercuti bersama anak-anak....selamat bercuti...
moga setiap detik-detik cuti yang berlalu itu dimanafaatkan...menjadi 'quality time'...

foto di atas saya ambil pada Jumaat malam minggu lepas....
setelah hampir 2 jam berselimut dengan kesesakan jalanraya (lebuhraya MRR2) dari bandar tasik selatan hingga taman melati...

puncanya, ada kemalangan melibatkan beberapa kereta di taman melati tersebut....
dan termasuk jumlah kenderaan yang sangat banyak di atas lebuhraya tersebut (mungkin ada yang telah memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk ke pantai timur - melalui karak)

dan saya mengambil masa hampir 2 jam dari Puchong untuk ke Ulu Yam pada hari tersebut....
marah? tak....geram?..tak...
so?....saja jer nak kongsi...

wasalam

Saturday, May 24, 2008

Bye Bye Pedra Blanca...welcome South Ledge!

salam & hi to all,

first of all, i would like to congatulate the team that been given the 'amanah' to get back our 'Pulau Batu Putih' and fight for our honor since the case had been 'hanging' for quite a long time.

i believe all of you had put your fullest effort during the process....

anyway the 'judgment' on the claim to the 'pulau' was in favor to our neighbour country; Singapura @ Singapore @ Temasek. Tahniah...

i missed the 'live telecast' and only got the news late evening of which, mmm...just giving me a little shock only lah....

why?....

this is my personal view;

singapore dah jaga pulau tu lama dah...'depa' dok inherit penjagaan rumah api di sana dari kerajaan british, walau pulau tu dulu di bawah jajahan johor dan diberi kebenaran kepada ingeris untuk membina rumah api di sana namun atas sikap 'tidur' kita yang tak kira siang atau malam dan asyik sibuk berpolitik 24 jam, maka berlakulah 'overlook' yang terlalu 'expensive' harganya...

pasal apa expensive?...sebab lokasinya yang strategik... 7 kilometer dari malaysia dan 22 kilometer dari singapura...
memang kalau ikut jarak kita lebih berhak... namun undang-undang yang dibuat oleh manusia kadang kala tak boleh pakai logik jugak... dia gunapakai perkara-perkara lain juga seperti 'effort', 'contribution' dsbnya...
singapura sejak dari dulu lagi bersungguh dalam menjaga pulau itu dan mereka dengan perlahan-lahan menaik taraf segala fasiliti yang ada di sana selain fasilitinya sebagai rumah api utk kegunaan pelayaran...

anyway bila baca paper The Star pagi tadi...darah saya terus 'menyirap' sikit.... bukan apa, menyirap bila membaca 'quote' oleh Menteri Luar kita tentang keputusan ICJ.
katanya "Its a win-win situation"... Singapore dapat Pulau Batu Putih dan kita dapat South Ledge...

mari kita tengok foto-foto 'Pulau Batu Putih' dan foto 'South Ledge' yang kita dapat tu....

------------------------------------------------------------------------------------
Ni foto South Ledge - ada tunjuk 2 orang yang duduk & berdiri di atas batu PALING BESAR di situ.....dan masa foto ni di ambil ialah masa air SURUT. (agak-agak kalau air pasang, batu ni ada boleh nampak ker?)

-----------------------------------------------------------------------------------

inilah dia pulau rebutan dan isu utama perbicaraan di antara Malaysia & Singapura...
ianya tentang MARUAH, ianya tentang 'KETUANAN', ianya tentang 'LOKASI STRATEGIK' dan berbagai-bagai lagi....
apapun, Pulau Batu Putih ini bukan lagi Pulau Batu Putih, kita mesti memangilnya dengan nama Pedra Blanca...kerana itulah nama yang digelar oleh British dan Singapore.
-------------------------------------------------------------------------------
anyway....the case dah settled...
jgn sibuk-sibuk lagi... buatlah kerja dengan betul-betul, amanah dan cekap... barulah boleh orang panggil kita Tuan.... dan Tuan dalam istilah sebenarnya ialah Tuan yang Siddiq, Amanah, Tabligh serta Fatonah....
macam Rasulullah, macam Salahudin Al-Ayubi, macam Khalifah Umar Abdul Aziz...
yang bukan cakap ajer suruh orang panggil Tuan tetapi sebaliknya, turun padang dan bekerja hanya untuk Allah...
wasalam

Friday, May 23, 2008

Cuti Sekolah pun bermula...


salam semua...

wah..cuti sekolah dah pun bermula..
apa aktiviti yang telah disediakan untuk anak-anak kita?

apapun dalam keadaan semua barangan & perkhidmatan 'naik harga' sekarang...maka berhematlah sedikit dalam perancangan kita..

perancangan utk anak-anak semasa cuti ini amat kritikal kerana hari-hari yang berlalu selama 2 minggu ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya buat mereka..
jangan tunggu 'plan' dari mereka sebaiknya kita telah menyediakan 'master plan' untuk mereka..

susun dengan baik masa-masa yang terluang itu dengan perkara-perkara serta aktiviti yang dapat menjana kekuatan peribadi anak-anak kita... dalam erti kata lain..biarlah cuti ini menjadi pemangkin kepada perubahan anak-anak kita dari beberapa segi, antaranya ialah sahsiah diri, ilmu pengetahuan dan kesedaran dalaman...

jika kita kekurangan 'budget' maka rancang aktiviti yang boleh 'suit' budget kita..seperti membawa mereka ke perpustakaan dan jangan lupa 'register' nama mereka untuk menjadi ahli..
boleh juga bawa mereka ke tempat-tempat bersejarah yang berdekatan.. dan semasa lawatan itu, pastikan kita ada bersama-sama mereka untuk memberi penerangan dan dalam masa yang sama kita turut boleh belajar sekali...

jika kita ke tempat kerja dan tidak mendapat cuti, saya syorkan kita membuat jadual waktu utk mereka...bila 'time' belajar, bila 'time' bermain dsbnya...

jika kita 'target' utk meningkatkan penguasaan bahasa ingeris anak-anak, maka cari buku cerita bahasa ingeris utk mereka baca dan apabila kita balik dari kerja, kita bersoal jawab dengan mereka dan minta mereka ulang baca beberapa bahagian...ini untuk memastikan mereka 'mengikut' jadual dan kita serius tentang jadual tersebut...

wa imanya... rancanglah dan laksanakan mengikut apa yang kita rancang... insya Allah..akan mendapat hasilnya...walaupun nampak kecil tetapi ianya memberi impak yang besar buat mereka di masa hadapan...

wasalam...

selitkan

Wednesday, May 21, 2008

Nak Kaya Cepat?....

salam semua...

saya amat pasti kita semua menginginkan kehidupan yang senang lenang.... dalam istilah wang ringgitnya ialah menjadi kaya...

mampukah setiap orang menjadi kaya?...
jawapannya mudah....mampu.... ya semua mamu untuk jadi kaya..

dan kekayaan itu adalah satu yang subjektif bergantung kepada kemahuan masing-masing..
ada orang cukup dengan ada rm50k di dalam akaun simpanan...sudah boleh mengatakan diri dia kaya...
ada orang yang cukup dengan 100k di dalam akaun dan hidup tanpa hutang piutang..itu sudah boleh ditakrifkan sebagai kaya...
ada orang yang tak pernah merasa cukup..walau dah ada sejuta ringgit dalam bank akaun...

so takrif kekayaan ini amatlah subjektif...

dan perjalanan untuk mengecapi kekayaan ini pun berbagai-bagai... bahkan apabila kita tanyakan soalan kepada mereka-mereka ini...semuanya seolah-olah dah jadi 'ahli falsafah'... pa tidaknya, semua jawapan akan berkisar tentang 'perit getir perjuangan mereka'... cerita kesusahan dsbnya...

yalah...masing-masing mahu berkongsi pengalaman masing-masing...

tetapi apa yang saya pasti..utk menjadi kaya, ianya memerlukan banyak pengorbanan yang meliputi pengorbanan mental, emosional, spiritual serta fizikal...
dan pengorbanan ini tidak termasuk mereka-mereka yang kaya 'otomatik' atau mewarisi kekayaan dari orang tua atau sesiapa...

anyway...

nasihat saya..jika kita terserempak di dalam perjalanan kehidupan kita seharian dengan 'janji kekayaan' yang berbaur "too good to be true"... maka berwaspadalah hendaknya...

contoh "too good to be true" ialah... dengan melabur sedikit wang ringgit dan dengan melakukan sedikit sahaja kerja, kita boleh menuai hasil yang berkali ganda...

haaa... itu kena jaga-jaga...

baru-baru ini saya menerima satu e-mail dari seorang rakan..e-mailnya ialah tentang Bill Gates yang kununnya mahu berkongsi kekayaan beliau... e-mail tersebut hanya memerlukan kita 'memanjang-manjang' kan e-mail yang diterima kepada rakan-rakan kita... dan dalm tempoh terdekat, kita akan memperoleh sejumlah imbuhan....

sangat mudah bukan?... ya.. cerita sebegini adalah termasuk ke dalam cerita "too good to be true"...

satu ketika dahulu, saya juga dipelawa oleh rakan malah jiran untuk melabur ke dalam satu bentuk pelaburan internet... bunyinya kalau tidak silap saya "swiss cash"... dan ada beberapa skim lagi yang kununnya lebih baik dari itu...

saya hanya beri soalan kepada si rakan & jiran saya itu... ke mana wang yang saya laburkan itu pergi?... siapa yang boleh saya 'pegang' jika berlaku sebarang 'kerugian'?... saya mahukan gambaran yang jelas tentang siapa 'up-line' saya dan ke mana wang saya pergi?...

saya tidak mendapat jawapan yang jelas... dan alasan yang diberikan sangatlah boleh diragui... beliau hanya bermain dengan 'zikir'...bonus banyak, cepat kaya etc.... yang saya tidak terasa terkesima pun...

anyway....

utk jadi kaya bukanlah suatu yang mustahil..
utk jadi kaya, ianya memerlukan pengorbanan yang bersungguh-sungguh..
utk jadi kaya, ianya memerlukan kita memahami 'subject matter' dengan mendalam atau total..
utk jadi kaya, ianya juga ada pasangannya..iaitu mengeluarkan zakat serta perlu menginfaqkan sebahagian kekayaan itu ke jalan jihad...

utk jadi kaya bukanlah susah...
utk jaid kaya, kena kerja keras..
utk jadi kaya, memerlukan sedikit masa dan kesabaran...
utk jadi kaya, memerlukan sikap istiqomah dan daya tahan...

tanya pada diri kita.... siapa yang mencipta kekayaan itu?...
tidakkah lebih baik mendapatkan Pencipta kekayaan itu dahulu dan secara otomatisnya kemudian kita akan beroleh kekayaan yang diingini?....

wasalam...

Monday, May 19, 2008

Dr. Mahathir keluar UMNO : Memeranjatkan tapi sudah dijangka...

salam semua...

sedang berehat bersama keluarga... saya menerima satu sms dari rakan... "Mahathir keluar UMNO..."

seperti biasa, bila menerima cerita berkisar kepada politik negara dsbnya, saya tidak akan terus menjawab..sebaliknya saya akan 'belayar' ke beberapa hos akhbar on-line... dan akhbar on line pertama yang saya kunjungi ialah Malaysia Kini.. (beritanya di sini..)

ya, berita yang dilapurkan ialah mantan PM kita, Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keluar dari UMNO (buat sementara, sehingga PM Pak Lah berundur...)

bagi saya ianya tidaklah memeranjatkan kerana mengikut sejarah beliau (Dr. M), beliau pernah disingkir dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman satu ketika dahulu...

dan mengikut sejarah Perdana Menteri Malaysia yang lepas-lepas... ada di antaranya yang 'meninggal dunia' dalam keadaan keluar dari UMNO...

apapun, keputusan yang diambil oleh Dr. M ini memang memberikan tamparan dan menungan kepada banyak pihak...luar dan dalam negeri...
dan kita boleh saksikan dalam seminggu dua ni banyak teori, analisis, pandangan dan sebagainya akan timbul di pasaran...

dan tiba-tiba...warna kelabu langit Malaysia bertukar menjadi sedikit warna-warni...

apapun, Dr. M bukannya 'budak tadika'... beliau adalah seorang negarawan yang dihormati dan disanjungi oleh banyak pihak, luar dan dalam negara... maka keputusan yang diambil sudah tentu telah membabitkan berbagai-bagai pro & kontra serta analisis oleh beliau sendiri sebelum ianya diambil...

orang lain boleh kata macam-macam... hanya Dr. M dan Tuhan sahaja yang tahu apa maksud sebenar tindakan beliau...

wasalam

Thursday, May 15, 2008

Barang Naik : Berhemahlah bila berbelanja..

salam semua....

rata-rata, kenaikan harga minyak dunia benar-benar telah memulakan 'hambatan' demi 'hambatan' ke atas kehidupan kita..

seperti yang kita tahu...minyak merupakan komoditi asas untuk kehidupan manusia: secara lansung atau tidak lansung...
minyak 'mengerakkan' segala-galanya... benarlah apa yang difirmankan oleh Allah tentang 'emas hitam' yang ada di padang pasir tandus...
pentingnya minyak bagi kehidupan seolah-olah ianya menjadi nadi kepada perjalanan hidup ini...

baru-baru ini, selain dari krisis minyak masak, tepung dsbnya...negara kita mengalami masalah dengan bekalan padi atau beras...

kekurangan bekalan pada pasaran membuatkan harga beras melonjak dengan mendadak...

saya teringat satu masa dahulu ketika membantu mak menjaga kedai runcitnya... tidak kurang juga para ibu-ibu yang menjadi pelanggan kedai hanya mampu membeli beras 'campur' atau pecah demi untuk memastikan ada nasi untuk disuap ke mulut anak-anak setiap hari...

ibu-ibu ini membeli ubi kentang barang sebiji dua, bawang kecil barang 3 empat bji, minyak masak separuh botol oren, beras 1/1 kati...mereka tidak mampu untuk membeli ayam, atau ikan..hanya mampu membeli ikan masin 'cekik leher'...sebagai bahan lauk...

memang sedih.... namun emak selalu berpesan; mirza..kalau timbang untuk mereka tu..lebih-lebihkan sedikit.....ya mak, jawab saya...

kini....rata-rata kita semua kita sedang berhadapan dengan kenaikan harga barang... dan perkara ini nampaknya akan berlarutan sehingga ke tahap yang runcing sekiranya tiada langkah-langkah drastik untuk membendungnya...

seperti yang kita tahu, kerajaan meng'absorb' kenaikan harga minyak dengan memberi subsidi kepada komoditi tersebut...
dan untuk bekalan beras, kerajaan baru sahaja memuktamadkan komitmen dengan persatuan pengeluar beras Thailand untuk bekalan beras bagi penggunaan negara...

dan lebih menarik lagi...saya tertanya-tanya tentang negara Amerika yang juga turut terlibat dalam cerita bekalan beras ini... harga beras di Amerika turut naik...dan rupanya harga beras ini sudah menjadi masalah dunia...(mujur Amerika takda sawah padi...tapi kalau ada, saya pun tak tahu...)
cerita pasal Amerika ni...seperti yang kita tahu..negara tersebut mengawal banyak perkara terutamanya komoditi dunia...
kita yang menjadi pengeluar terbesar timah satu ketika dahulu...rupanya hanya pengeluar ajelah..dan Amerika mempunyai 'stok' timah yang banyak dan kini mengawal harga timah seduni...
kita juga pernah menjadi pengeluar getah yang utama dunia...kini Amerika mengawal harga getah dan lebih menarik...mengeluar getah sintetik (satu formulasi yang diambil dari getah asli dan dibangunkan - agar tidak bergantung kepada negara Asia yang mengeluar getah..)

cerita tentang Amerika ialah cerita tentang 'great nation' atau negara yang hebat.. hebat dari segi mendahului negara-negara lain serba-serbi...
kekuatan Amerika berpaksi kepada kekuatan warga Amerika yang sama-sama membanting keringat untuk membentuk negara yang 'superior'...

negara kita?....

jgn cerita tentang 'competency' di sini...
jgn cerita tentang kekuatan 'jati diri' masyarakat...
jgn cerita tentang keikhlasan pemimpin...

negara kita menghadapi penyakit yang sama seperti negara Amerika hadapi ratusan tahun dahulu... ketika itu Amerika adalah sebuah negara sedang membangun..dan negara mereka begitu bergantung kepada banyak negara untuk terus hidup...namun sikap kebergantungan ini sebenarnya mengundang banyak penyakit...

antaranya ialah 'pembesaran tembolok' pemimpin-pemimpin yang mengambil peluang dalam setiap transaksi yang ada samada dari kontrak-kontrak atau projek-projek...

antaranya ialah 'pembesaran gap' di kalangan masyarakat yang membezakan si miskin dan si kaya... (org kaya tak kisahpun berapa harga beras nak naik...tapi org miskin terus kedana dan disaran makan ubi keledek untuk menghadapai kenaikan harga beras...)

antaranya ialah 'kegelojohan' mengumpul harta bertimbun-timbun dan melakukan penipuan di waktu siang hari dengan hanya menukar istilah-istilah lama dan diganti dengan istilah baru...

oklah...lets go back to basic...

ceritanya pasal perut yang lapar...
nak diisi dengan nasi...
nasi pula naik harga...
gaji pulak camtu sahaja...

so apa nak buat?...

berhematlah berbelanja dan tegur diri sendiri yang sering menurut arahan nafsu...
tegur diri?... ya, cakap kat diri....'halo-halo...kalau nak layan kau ajer...makan pasir aku ni...'

dan jika berkemampuan, tegur sikit pihak-pihak berwajib.... 'halo apa khabar?... dalam keadaan sekarang ni..kalau nak makan komisyen pun..pikir-pikirlah orang miskin..'

waimanya.... macamana pandaipun pergi belajar keluar negeri... tetap akan diuji dengan '3 ta'... apa tu?... harTA, waniTA dan tahTA....

kalau tak pandai manage.... habislah dunia....

so?...kerja keraslah... kalau selama ni rasa dah kerja keras..maknanya belum lagi lah tu... kerja keras pasti akan memberikan imbuhan yang berkat...dan paling pasti akan terasa kelazatannya...disamping mendapat nikmat di dunia dan akhirat...dan segala-gala yang ada terasa cukup....maka ungkapan 'Alhamdulillah' akan terus terlafaz dari bibir...

wasalam..

Wednesday, May 14, 2008

Mencari 'Lazat' dalam Ibadah....

salam semua...

apa khabar hari ini?... sudah pasti sangat ceria dan hebat...

dalam lafaz iftitah kita... kita ada menyebut perkataan 'wanusuki' iaitu ibadahku...

dan di antara 4 perkara yang kita ikrarkan bahawa sesungguhnya kesyumulan niat, lafaz dan perlakuan kita hanyalah untuk Robbul Jaleel, Tuhan Sekalian Alam...wanusuki adalah 'perjalanan hidup atau the process'...apa yang kita lakukan di setiap detik masa & ketika.

pernahkah kita menemui kelazatan dalam beribadah?
atau ibadah kita hanya sekadar topengan hidup untuk menjadi paparan kepada manusia lain?
atau kita hanya menjadi budayawan dan apa yang kita lakukan itu hanya ikutan?

jika kita tidak pernah ketemui lazat itu, pernahkah kita mengimpikan untuk mendapatkan atau mencapai kelazatan itu?

lazat selalu ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana kita berasa sangat-sangat puas dan kepuasan itu mencakupi keseluruhan mental, emosional, spiritual dan fizikal kita...dan dari segi sains metafizik..kita telah mencapai tahap getaran diri yang sangat tinggi... dan ianya berlaku dalam hanya satu saat sahaja..namun kenikmatannya sangat memberi kesan yang mendalam dan kita memang pasti mahukan saat itu dikecapi semula atau berulang lagi...

mmmm... dan pastinya kelazatan beribadah ini memang boleh dikecapi oleh semua kita..dengan syarat kita memperbetulkan niat kita, menyeiringkan lafazan kita dan menyamakan perlakuan kita...

bagaimana untuk mendapat tahap keseiringan @ keseimbangan niat, lafaz & perbuatan itu?

caranya ialah dengan memeriksa kembali niat yang kita tasdiqkan atau sematkan di dada kita... adakah ianya 'pure' kerana Tuhan atau ada 'copy' untuk diri kita?....

apabila melakukan sesuatu hanya untuk Tuhan, maka perlulah dihindari agar tiada unsur 'kesyirikan'...
kesyirikan yang dimaksudkan ialah tiada selain dari Allah.. maka jika kita niatkan perbuatan itu hanya untuk Allah maka jangan sesekali 'menyelitkan' diri kita pula...seolah kita nak menumpang sekaki pula...
nampak kecil tapi ia tetap 'menduakan' Tuhan...

maka dari niat lagi, keikhlasan kita diuji... dan bersungguh-sungguh memperbetulkan niat adalah satu 'jihad'.... ya, jihad melawan hawa nafsu yang sering condong ke arah 'diri' dan nafsu-nafsi...

niat yang 'pure' akan membuatkan seluruh atom di dalam badan kita bergetar dengan kadar kelajuan yang tinggi dan ianya akan 'connected' dengan atom-atom di alam yang mempunyai getaran yang sama tinggi...

maka ianya adalah selangkah lagi ke arah mencapai kelazatan beribadah...

selamat mencuba...

wasalam

Tuesday, May 13, 2008

May: Bulan yang penuh dengan 'Selamat Hari......'

salam semua...

May - Bulan yang penuh dengan tenaga positif dan ucapan-ucapan untuk mereka-mereka yang istimewa...

Hari apa yang ada dalam bulan May ni?

1. Hari Pekerja
2. Hari Bumi
3. Hari Buku
4. Hari Ibu
5. Hari Jururawat
6. Hari Guru
7. Hari Berjalan Kaki
8. Hari Meditasi

dan rasanya banyak lagi...

apapun saya bawa satu lagu untuk semua ibu-ibu... sempena Hari Ibu sedunia... kerana tanpa pengorbanan Ibu, siapalah kita semua....



Suami Curang : Lelaki-lelaki yang durjana....


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا {1}
[Yusufali 4:1] O mankind! reverence your Guardian-Lord, who created you from a single person, created, of like nature, His mate, and from them twain scattered (like seeds) countless men and women;- reverence Allah, through whom ye demand your mutual (rights), and (reverence) the wombs (That bore you): for Allah ever
----------------------------------------------------
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
----------------------------------------------------
salam semua...
'lately' ni saya banyak bertemu kes-kes 'penganiyaan' ke atas para isteri yang dilakukan oleh para suami-suami...
penganiayaan itu meliputi kes-kes yang melibatkan 4 elemen diri iaitu; mental, emosional, spiritual & fizikal.
jika kita amati Firman Allah dalam surah An-Nisa', dari permulaan surah lagi Allah telah memberi peringatan kepada para lelaki-lelaki tentang hakikat perkahwinan dan hakikat sebagai seorang hamba yang telah diberi amanah untuk 'menjaga' para isteri-isteri masing-masing dengan baik...
saya suka mengelar para-para suami-suami yang 'genuak' @ pendera isteri ini sebagai lelaki-lelaki durjana...
mengapa gelaran sedemikian?... kerana mereka-mereka ini telah mengingkari perintah-perintah Allah dalam melunaskan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan.
ada suami yang kelibatnya sangat alim...namun apabila berhadapan dengan isteri, alim-alim tadi boleh bertukar menjadi 'seekor singa'...
ada suami yang nampak sangat 'bagus'...namun kebagusan itu disalah gunakan dengan bermain kayu tiga dibelakang isteri...
ada suami yang nampak macam penyayang...namun apabila di depan anak isteri...sepak terajang menjadi sebahagian dari budaya kehidupan...
apahal mereka ni jadi camtu?....
adakah tiada keimanan di dada? atau hanya berpura-pura? atau hanya berlakon sahaja?...
sifir saya sangat mudah...
setelah memikirkan masak-masak dan setelah mempertimbangkan segala aspek, maka setelah keputusan dibuat untuk memperisterikan gadis tercinta, maka sang suami itu perlulah jujur luaran dan dalaman...
sang suami itu perlu ikhlas dalam menunaikan tugas serta tanggungjawab terhadap setiap amanah-amanahnya...
untuk kekal berkasih sayang, seorang suami itu perlu terus-terusan mendalami serta mempraktikkan segala ilmu-ilmu rumahtangga dan kehidupan...
para suami adalah 'pendidik' yang ulung dalam keluarga yang dibinanya..
para suami ialah guru, ustaz dan point of reference untuk para isteri dan anak-anak...
para suami yang 'degil' dan bodoh sombong dalam menambah ilmu di dada bolehlah diumpamakan sebagai manusia-manusia yang 'munafik' kerana hanya memakai topeng dalam kehidupan...tanpa ada rasa ikhlas dan bersungguh dalam memperbaiki kelemahan diri dan menambahbaikkan kekuatan yang ada...
memang tidak dapat dinafikan, apabila suami 'gagal' dalam meneruskan kasih sayang maka 'syaitan' akan mula memainkan peranannya...
tiupan-tiupan ke telinga oleh syaitan durjana agar suami menjadi curang adalah 'wajib' kerana itu janji mereka tatkala mereka dilaknat oleh Allah....ya janji mereka untuk menyesatkan anak-anak adam...
apabila tiada keikhlasan di dada...maka jangan cerita pasal keimanan... kerana keimanan seseorang itu akan diuji apabila ada keikhlasan dalam diri..
jika tiada keimanan... permainan yang menanti adalah permainan nafsu-nafsi...
dan lebih dahsyat lagi...apabila seorang suami itu mengalami sindrom ketagihan.
bukan sahaja seseorang itu boleh ketagih dadah, syabu atau ubat batuk.... seseorang itu boleh ketagih untuk bercinta dengan wanita lain...
dan ketagihan ini tidak mengambil kira status wanita tersebut...anak dara atau isteri orang, semuanya boleh jadi... mereka-mereka yang ketagih ini akan tidak berhenti dari memburu cinta-cinta terlarang demi untuk memuaskan nafsu masing-masing...
maka mangsa yang menderita ialah para isteri-isteri yang bersungguh-sungguh tunduk taat kepada sang suaminya....dan lebih malang lagi apabila sang isteri 'tercium' lagak 'ngeri' suaminya dan menuntut penjelasan...tangan dan kaki akan hinggap di badan....
namun ada juga suami yang 'buat derk' dengan permintaan isteri untuk penjelasan... maka 'makan hati ulam jantung'lah para isteri-isteri itu...
apa yang boleh kita lakukan dengan suami-suami curang @ lelaki durjana ini?...
kita boleh mengubatinya....
ya.. mengubati mereka dengan 'kekuatan diri'...
kekuatan diri yang saya maksudkan ialah kekuatan mental, emosional, spiritual dan fizikal..
dan untuk mendapatkan kekuatan ini, formula utamanya ialah ketenangan diri sang isteri itu...
hanya ketenangan diri sahaja yang dapat menjana kekuatan getaran 'magnet' untuk 'memulih'kan semula suami...
bagaimana mendapatkan kekuatan diri?...
dengan cara;
1. ketenangan minda
2. kestabilan emosi
3. kekuatan semangat @ spiritual
4. kesihatan fizikal
bagaimana untuk mendapatkan kesemua yang di atas?...
caranya ialah dengan melakukan 'thorough self check' ke atas 4 elemen di atas..
dan seterusnya melakukan 'alignment, attunement dan affirmation' semula ke atas diri...
insya Allah.. kebahagian, kecerian dan kasih sayang itu akan kembali menjengok kemuka pintu rumah semula...dan sang suami mula 'tertambat' dan menjadi insan sejati...
wasalam

Warga UTM @ Tanjung Bidara Beach Resort...Syabas Anda Semua!




salam semua...


buat semua warga UTM yang menghadiri Program Peningkatan Prestasi Kakitangan di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka...
Tahniah & Syabas buat anda semua...doa saya anda semua terus cemerlang..insya Allah
utk foto-foto semasa di sana... boleh klik ke Foto & Kisah di sebelah kanan sana yer...
maaf kerana kelewatan...
wasalam

Saturday, May 10, 2008

Dari Kuala Selangor ke Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka...part 1

salam berhujung minggu semua....

menjadi 'cikgu' dewasa ini memang amat mencabar...
'cikgu' yang saya maksudkan ialah tugasan yang menjadi 'darah daging' saya ketika ini sebagai 'Training Program Consultant'...

menjejaki segala pelesok resort, pusat latihan, hotel, gunung ganang, bukit bukau, jeram sungai serta tasik & lautan sudah menjadi sebahagian dari turun naik nafas ini...

sejak 2006 sebaik sahaja membuat keputusan meninggalkan kerusi empuk dan dingin air-cond ofis untuk masuk 'gelanggang' ilmu...saya tidak menoleh kebelakang lagi...

terus-terusan menyahut cabaran demi cabaran untuk berhadapan dengan berbagai-bagai jenis 'personality trait' yang semestinya memerlukan situasi berpecah kepala dan cabaran minda dengan satu matlamat untuk melihat setiap 'peserta' yang mengikuti program saya berupaya 'keluar' dari zon selesa dan turut menyahut cabaran pada diri, keluarga, kerjaya serta apa sahaja untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik...

saya 'terjun' ke bidang ini dengan berbekalkan semangat...
semangat apa?... semangat untuk memberikan yang terbaik dalam setiap 'saat' saya...

'saat' saya?.... ya my only one second...

kerana saya tidak boleh memastikan saya akan hidup dan menyedut udara di muka bumi ini pada saat berikutnya... itu pasti...

atas 'pretext' itu..maka saya sentiasa mengingatkan diri saya pada setiap saat agar memberikan yang terbaik...habis terbaik pada saat ini...

memberikan yang terbaik tanpa mengira apa sahaja tugasan atau apa sahaja yang saya lakukan...

mat saleh pernah kata..'lets spend the quality time at your very best...'
al pacino pernah kata dalam satu movie... 'the error for mistakes is too thin...we cant afford to make any mistake because the mistakes will cost our life... so lets give our very best at this moment'

'tugasan' saya yang pertama...berbekalkan beberapa 'peluru' dan sedikit pengalaman dalam bidang latihan memang begitu mencabar... saya hanya bergantung kepada keupayaan pengalaman saya selama 14 tahun bekerja dan 2 tahun berniaga...

'tugasan pertama' saya di Kuala Selangor... that's was my first assignment...to uplift the standard and customer services of Kuala Selangor Librian.. and i can still remembered, i only slept at 3am on the first nite... buat aper?... study, research and scripting...

terlalu banyak information yang saya nak kongsi.. but at the end of the days....yang keluar hanya 60% sahaja dari berbakul-bakul 'ilmu' yang tersedia...

am i over prepared?...
ker 'time' tak cukup?... but its a 3d2n program...
only Allah Yang Maha Tahu...

but..deep inside.. i'm fully satisfied... and sudendly, i became 'public figure'... sebab?.. sebab rama yang nak bergambar dengan 'sifu' mereka..... (perasan kut...)

anyway... saya akan kenang peristiwa pertama tersebut sampai bila-bila... kerana?.. kerana ianya menjadi titik tolak perubahan dalam diri saya...

Tuesday, May 06, 2008

Dunia Makin Celaru...Manusia Haru Biru...


salam semua...
apa khabar hari ini?....
harapan saya, anda hebat sekali di saat ini...
sengaja saya memilih tajuk di atas sana utk posting kali ini...
ianya berdasarkan kepada 'personal observation' saya kebelakangan ini...
dari sudut sains metafiziknya... getaran atom-atom di alam ini terutamanya di dunia sangatlah bercelaru...
seperti yang kita ketahui, asas bai setiap kehidupan dari sudut sainsnya ialah bermula dari unsur yang di namakan atom...
dan atom ini mengeluarkan tenaga masing-masing mengikut komposisi yang tersendiri..
dan setiap benda di dunia ini termasuk cakerawala adalah merupakan atom yang digelar 'building block'... sebagai contoh; manusia terdiri dari unsur atom hidrogen, nitrogen, oksijen dan juga carbon (tanah, air, api & angin)...
dan atom-atom ini mempunyai komposisi yang terdiri dari proton, neutron & electron...
pergerakan electron yang bercaj negatif mengelilingi proton (bercaj positif) & neutron (tiada caj-neutral) secara lansung menghasilkan tenaga tertentu.
pergerakan elektron mengelilingi proton & neutron (digelar nukleus) adalah melawan arah jam.
pererakan ini boleh kita saksikan secara zahirnya di dalam rukun ibadah haji atau umrah yakni bertawaf, di mana semua tetamu Allah akan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan pergerakan lawan arah jam.
secara basicnya atau asasnya tenaga atom terhasil akibat dari pergerakan 'laju' arah kekanan atau lawan jam mengelilingi nukleus.... dan kestabilan nukleus yang bercaj positif dalam memastikan elektron yang bercaj negatif kekal pada 'orbitnya' adalah merupakan faktor penting dalam konteks keseimbangan.
mari kita lihat dari sudut makro... mengambil kira atom sebagai contoh dan diri kita sebagai bahan ujikaji.
manusia secara zahirnya bercaj positif... dilahirkan bersih suci dan murni...
yang akan mencorakkan manusia ini kepada warna-warna tertentu adalah bermula dari peranan ibubapa sebagai pendidik atau pembina batu asas yang mantap sebelum didikan diteruskan oleh masyarakat dan persekitaran.
batu asas atau foundation perlulah kemas dan tegap dalam memastikan binaan yang akan dinaikkan di atasnya tidak runtuh atas hancur...
ibubapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak (nukleus) memahami hakikat kejadian dan mengenali perkara-perkara negatif (elektron) yang senantiasa berada di sekeliling dirinya.
atom akan berubah unsurnya menjadi unsur lain sebagai contoh; 2 unsur atom bernama hidrojen bergabung dengan 1 unsur atom bernama oksijen akan menghasilkan air atau unsur baru H2O.
pengabungan itu berlaku dalam keadaan 'ledakan' atau 'hentaman' kuat di antara unsur hidrojen & oksijen yang tidak dapat di saksikan dengan mata kasar.
dan sudah tentu, anak-anak yang bercaj positif akan mengalami 'hentaman dan ledakan' dalam perjalanan pembesarannya.
namun sekiranya asas diri anak itu mantap, maka kesan dari hentaman dan ledakan itu sudah pasti tidak memungkinkan sebarang perubahan yang dahsyat dari segi struktur asasnya walau rupa baru muncul namun kemunculan rupa baru ini lebih bersifat kepositifan dan bukan kenegatifan...
itu cerita asas atom...
begitulah dengan kehidupan kita...
begitulah dengan dunia kita...alam ini..dan segala yang ada di dalamnya...
semuanya mencari keseimbangan dan sering menghentam dan meledak di antara satu sama lain... dalam satu pretext yakni mencari keseimbangan.
kepala pening memikir hutang...akibat diri mencari keseimbangan
suami & isteri....bergeseran....akibat masing-masing mencari keseimbangan...
ayahibu & anak...tidak sebulu...akibat masing-masing mencari keseimbangan...
adik beradik...berperanag...akibat masing-masing mencari keseimbangan...
bos & pekerja...berselisihan...akibat masing-masing mencari keseimbangan...
negara-negara berperangan...akibat mencari keseimbangan...
hujan turun dengan lebatnya...akibat bumi mencari keseimbangan...
kemarau terik sangat dahsyat...akibat cuaca mencari keseimbangan...
dan seterusnya...
semuanya mencari keseimbangan...walau apa hasilnya, positif atau negatif...atom-atom tetap mencapai keseimbangannya pada saat satu lagi...
yang negatif akan mencari keseimbangan kenegatifannya...
yang positif akan mencari keseimbangan kepositifannya...


namun tanpa memikirkan, tentang guideline atau sifirnya...iaitu amar maaruf nahi mungkar.. iaitu melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara kejahatan... atau selalu positif dan jangan sesekali negatif...

namun tarikan negatif itu sememangnya amat dahsyat.... laksana elektron yang berpusing mengelilingi nukleus (proton & nuetron).... manusia juga diuji dengan hebat oleh perkara-perkara negatif disekelilingnya...

proton yang bercaj positif sudah tentu akan menolak unsur yang bercaj positif dan akan menarik unsur yang bercaj negatif (magnet).... namun dengan adanya neutron yang bercaj neutral, ianya dapat menstabilkan kesan tarikan di antara proton dan elektron...

maka dalam diri kita juga ada unsur 'neutron' yang menjadi faktor kestabilan diri dari 'tertarik' atau 'menarik' unsur-unsur negatif kepada diri kita...

adakah neutron di dalam diri kita berada dalam keadaan baik?...
adakah kita mengenepikan peranan neutron di dalam diri kita?...

jika kita terlepas pandang unsur neutron ini... maka diri kita juga akan jadi haru biru...

apakah neutron dalam diri kita?

sama-sama kita fikir-fikirkannya...

wasalam

Monday, May 05, 2008

Al-Fatihah : Puan Rohaya Ali

salam semua...

menerima berita Puan Rohaya Mohd Ali yang telah kembali kerahmatullah pada 24 April 2008 yang lalu dari Puan Zaharah sedikit memeranjatkan saya.

saya sempat berkomunikasi dengan beliau beberapa kali melalui sms dan panggilan telefon.

Alhamdulillah, saya sempat bertanyakan khabar tentang kesihatan beliau lebih kurang seminggu sebelum beliau meninggalkan kita semua... katanya beliau semakin tenang dan sihat... dan saya amat positif dengan perkembangan beliau..

namun Allah lebih menyayangi beliau...

Al-Fatihah buat Puan Rohaya Mohd Ali..moga beliau tergolong ke dalam golongan yang mendapat Rahmat dari Illahi...insya Allah.

wasalam

Thursday, May 01, 2008

Reiki : Understanding Light Energy

salam & hi...

Lets digest some info about light & energy of it.

Light is remarkable. It is something we take for granted every day, but it's not something we stop and think about very often or even try and define.

Let's take a few minutes and try and understand some things about light.Simply stated, light is nature's way of transferring energy through space.

We can complicate it by talking about interacting electric and magnetic fields, quantum mechanics, and all of that, but just remember--light is energy.Light travels very rapidly, but it does have a finite velocity.

In vacuum, the speed of light is 186,282 miles per second (or nearly 300,000 kilometers per second), which is really humming along! However, when we start talking about the incredible distances in astronomy, the finite nature of light's velocity becomes readily apparent.

It takes about two and a half seconds, for instance, for a radio communication travelling at the speed of light to get to the moon and back.

You might find it interesting to remember, the next time you watch a beautiful sunrise or sunset, that it actually occurred eight minutes earlier--it takes that long for the light to reach the Earth!

And, of course, every newspaper article you ever read about astronomy will always include the required statement, "A light year is the distance light travels in one year at the speed of 186,282 miles per second, about 6 trillion miles." (Well, 5.8 trillion miles actually, but what's 200 billion miles among friends?)

We should also highlight right up front that light is more generally referred to as electromagnetic radiation.

Okay, we used a big word. It had to happen sooner or later. But too often when we say "light" it is mistaken to mean "optical light," which is roughly the radiation visible to our eyes. Visible light is a tiny portion of a huge smorgasboard of light called the electromagnetic spectrum.

For our convenience, we break this smorgasboard up into different courses (appetizer, salad, etc.) and refer to them by name, such as gamma-rays, X-rays, ultraviolet, optical, infrared, and radio. However, it is important to remember that they are all just light.

There are no "breaks" and no hard boundaries in the electromagnetic spectrum--just a continuous range of energy.

Physics experiments over the past hundred years or so have demonstrated that light has a dual nature. In many instances, it is convenient to represent light as a "particle" phenomenon, thinking of light as discrete "packets" of energy that we call photons.

Now in this way of thinking, not all photons are created equal, at least in terms of how much energy they contain.

Each photon of X-ray light contains a lot of energy in comparison with, say, an optical or radio photon. It is this "energy content per photon" that is one of the distinguishing characteristics of the different ranges of light described above.

Even though it is not strictly correct, it is hard not to think of a beam of light as a collection of little "light bullets" all strung together in a row.

The other way of representing light is as a wave phenomenon. This is somewhat more difficult for most people to understand, but perhaps an analogy with sound waves will be useful.

When you play a high note and a low note on the piano, they both produce sound, but the main thing that is different between the two notes is the frequency of the vibrating string producing the sound waves--the faster the vibration the higher the pitch of the note.

If we now shift our focus to the sound waves themselves instead of the vibrating string, we would find that the higher pitched notes have shorter wavelengths, or distances between each successive wave.

Likewise (and restricting ourselves to optical light for the moment), blue light and red light are both just light, but the blue light has a higher frequency of vibration (or a shorter wavelength) than the red light.

It's the same way as we move throughout the electromagnetic spectrum.

Each range of light we have defined above corresponds to a range of frequencies (or wavelengths) of light vibrations.

These wavelengths are one of the primary indicators we use to describe light and spectra on a graph. Displaying a spectrum as a graph instead of just a color bar allows us to measure the light.

Okay, lets try to digest the above first...

I'll share with you somemore write-up soon..

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails