salam...
sejak manusia mula mengenal kehidupan dunia...
manusia mula lupa asal usul mereka...
dunia menjanjikan segala-galanya...
dan dunia juga menjadi saksi manusia-manusia itu merana...
tidak Aku jadikan jin & manusia itu untuk beribadah kepadaKu.. itu Firman Tuhan di dalam Al-Quran, kitab suci, namun amat ramai yang tidak ketemunya...
bagi yang solat walaupun ramai yang lalai dalam solatnya... ungkapan iftitah atau affirmation atau akujanji dengan tuhan ini kita tidak tinggal menyebut ....innnas solati, wanusuki.... lillah hi robil alamin...
maksudnya pun ramai antara kita yang arif... sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah Tuhan Sekelian Alam...
namun sebaik memberikan salam pada akhir solat... kita pun mula mengingkari ikrar malah mensyirikkan Tuhan kita...
antara syiriknya ialah meletakkan harapan selain dari Allah...
dan paling banyak, kita sering meletakkan harapan kepada sesama makhluk....
kita ketak harapan kepada anak, isteri, ibu bapa, rakan serta sanak saudara... juga bos, rakan-rakan dan ramai lagi...
dan sudahlah kita 'menyeleweng' dari ikrar kita, harapan yang kita letak kepada hamba-hamba tadi kebanyakkannya mengecewakan diri kita...
akibatnya, kita jadi orang yang putus harap... meratap seorang diri mengenang nasib dsbnya...
lebih teruk, kita 'berani' bertanya dengan Tuhan, mengapalah nasib aku menjadi begini... harapkan suami, harapkan saudara mara, harapkan isteri, harapkan kawan dsbnya...akhirnya aku kecewa....
saya berani mengatakan.... jika kita meletakkan harapan kepada selain dari Allah maka cepat-cepatlah bertaubat dan beristigfar... sebelum kita memasuki ke dalam satu gaung yang penuh dengan kehinaan...
kepada sesama makhluk, talian yang ada ialah 'janji'... bukan harapan...
janji kena tunaikan, kalau rasa tak boleh tunai kena 'negotiate'...
suka saya beri contoh begini;
kita berhajat sesuatu dari seseorang rakan (mohon bantuan beliau untuk dapatkan kerja)..
dan sebagai rakan, beliau pasti atau sekurang-kurangnya akan berkata, insya Allah aku cuba atau tak sebut insya Allah pun dia akan kata, aku akan tolong rekomenkan...
kita pun mula 'berharap'..
ditakdirkan kita tidak memperoleh kerja yang kita impikan atas 'bantuan' kawan tadi...
maka hampir 100% kita kecewa dan putus harap....
di sinilah kita akan masuk 'gaung'.... dan kalau datangnya kemarahan (hilang sabar) maka akan 'menduakan tuhan'lah jawabnya...
sebenarnya; setelah kita melakukan ikhtiar (memohon bantuan rakan tadi) kita sepatutnya terus bertawakkal dengan Tuhan dan menyerah/berserah sepenuhnya kepada bantuan Ilahi... bukannya berharap rakan itu tadi...
harapan perlu diletakkan ke atas Ilahi sepenuhnya... berdasarkan keupayaan dan ikhtiar yang telah kita lakukan...
kita selalu berkata... Allah Maha Mengetahui... kenapa kita tidak boleh terima faktor kegagalan memperoleh pekerjaan itu dengan ketentuan Ilahi...
cubalah kita belajar meletakkan seluruh jiwa & raga kita hanyalah kerana Allah Taala, bukan rakan-rakan... sejajar dengan iftitah kita...
mengapa jiwa kita boleh berbolak-balik dan melawan Tuhan?...
jawapannya ialah kerana kita tidak faham maksud kehidupan, kita tidak faham erti hamba dan Tuhan, kita tidak faham maksud usaha yang terbaik, kita tidak faham maksud ibadah @ wanusuki yang kita lafazkan...
dan akhirnya kehidupan kita hanyalah sekadar menanti untuk mati dan berserah sahaja....
lupakan kita kepada surah Ar-Rad ayat 13?.. tentang Allah yang tidak akan mengubah kehidupan atau sikap kita melainkan kita yang mengubahnya sendiri?...
cuba ambil beberapa minit dengan melakukan muhasabah diri...
tanya diri tentang perjalanan kehidupan kita...?
apa yang kita faham tentang rukun iman...?
apa yang kita faham tentang kiamat dan hari pengadilan?
apa yang kita faham tentang syurga & neraka...?
dan apa yang kita faham tentang Tuhan Robbul Jaleel...?
wasalam
5 comments:
Assalamualaikum,
Salam Jumaat...sgt betul apa yg anda fikirkan wahai sahabatku...yg menjadikan dunia porak peranda sekarang adalah kebergantungan kebanyakan manusia kepada makhluk..dalam iftitah kita doa hidup dan mati hanya utk Allah..tup-tup keluar slogan Keranamu Malaysia, siap lagu lagi..rosak betul! Dalam fatihah yg kita baca dalam tiap rakaat sembahyang kita sebut "Hanya kepada Enkaulah aku meminta pertolongan.." realitinya..hampeh..sama-samalah kita renungkan.."HAi orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Amat berat kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.", Surah As Saff, Ayat 2 dan 3, I wonder why these verses has never been aired or read on our television...he.he..Aku cukup takut bila dengar ayat-ayatni...hopefully kita sama-sama 'cakap serupa bikin'..
P/s dengar lagu-lagu Ungu dalam album "Aku dan Tuhanku", best siooot...
salam ukhuwah dari faiz..
salam ukhwah bro faiz...
mantapkan diri..
tingkatkan kefahaman..
beramal dengan keyakinan..
berjihad dengan kesungguhan..
ramai yang 'tahu' tetapi tidak ramai yang memahami...
moga terus memperoleh rahmatNya..
insya Allah...
Assalamualaikum,
Thanks..buleh tahu anda berada kat mana skrg?
salam,
saya bersama partner sekarang ni mengusahakan 'bisnes' training, learning & coaching..
lokasi di puchong.
boleh jengok ke www.sca-insan.com untuk further info..
wasalam
Salam sejahtera,
Thanks a lot, for sharing info.,and u commute from ulu yam baru to Puchong daily!, hebat...
sca's blog is admirable...keep up the commendable job..
Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya..
- from FAIZ an Arabic word which means the victorious one.
Post a Comment