Wednesday, February 25, 2009

Hidup : Hayati, Fahami & Yakini...



perjalanan hidup ini memang indah sekali...

penuh dengan warna-warna yang segar dan layu...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang menakjubkan sekali...
sarat dengan ilmu-ilmu yang mematangkan diri...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang mengasyikkan sekali...
lengkap dengan kebenaran dan kepalsuan...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang mengasyikkan sekali...
lengkap dengan jalan lurus dan simpang...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang mengasyikkan sekali...
lengkap dengan kefahaman dan kekeliruan...nyata atau tersembunyi


cerminlah diri sendiri dengan cermin yang benar-benar memberi erti..
usah mencipta rupa yang indah jika cermin retak seribu..
usah mencipta rasa yang menyedapkan jika cermin kusam kelabu..


hidup:

satu perjalanan tubuh badan yang membawa bersama diri zahir & batin.

hidup:

satu perjalanan tubuh badan yang mencari ketenangan.

hidup:

satu perjalanan tubuh badan yang memerlukan penghayatan zahir & batin.

hidup:

satu perjalanan hamba yang menghamba abdikan diri.

hidup:

satu perjalanan hamba yang menuntut pemahaman atas penghayatan dari ilmu yang dipelajari.

hidup:

satu perjalanan untuk mendapat kefahaman lantas meningkat keyakinan.

hidup:

tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai hamba yang mengabdikan diri.

adakah kita benar-benar hidup?
atau mati sebelum ajal?
atau hilang dalam gelora keliru?
atau hanyut dibawa nafsu?
atau tenggelam dengan hawa dunia?
atau lemas dalam selut rasa-rasa?
atau binasa dalam ujub, riak, sombong serta takbur?
atau diselimuti selimut nafsu paling bawah?

hanya kita yang tahu... itupun jika kita benar-benar menerima wajah di cermin tadi...

atau sekadar... menidakkan kebenaran... sedangkan kita tahu kebenaran itu amat pahit...


6 comments:

Sis Lin said...

mmg betul tu sifu..satu kebenaran mmg sukar nk di terima di alam realiti..tp satu keajaiban kita terima dgn pasrah kerna mgkin itu satu anugerah dr yg maha esa...huk3x

kesturi said...

salam sifu ...

..memang payah nk mengakui kelemahan diri sendiri .. cermin sekadar paparan imej luaran ..
siapa kita sebenarnya , hanya kita je yg tahu ...

-:)

Shemmi said...

mungkin kita mati dalam jaga...dan perlu betul2 mati baru terjaga...

kita mmg selalu memandang cermin..wajah yg terpantul di muka cermin mmg kdg kita x suka, jelek, kita marah begitu rupanya rupa kita..tp bila kita berpaling ke belakang..kita tetap memilih 'jalan yg sama'..

erk...mcm mana nk ckp ye..Sifu betulkan saya..hehehe..

Sifu Mirza said...

benar sis lin...

jganlah bersedih kerana duka..
biarlah sebak kerana cinta kepada Allah...

:-)

Sifu Mirza said...

insya allah kesturi.. akan bertemu ketenangan abadi...

:-)

Sifu Mirza said...

betul shemmi...

mati sebelum mati istilahnya...

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails