Monday, February 16, 2009

Setelah Dua Tahun....


alhamdulillah...

syukur ke hadzrat Allah...

setelah 2 tahun bertungkus-lumus menjalankan perniagaan 'modal insan' @ melaksanakan program-program latihan menerusi firma latihan saya: Strategic Corporate Alliance Sdn Bhd, kini di pejabat yang baru, akhirnya kami mempunyai 'sign board'.

jika pada awal pembukaan syarikat, kami menumpang di sebuah bilik di pejabat rakan... kemudiannya berpindah di sebuah pejabat yang sebenarnya apartment... 2009 menyaksikan kami berpindah ke sebuah premis yang benar-benar berbentuk pejabat...

alhamdulillah... jumaat lepas, 13 februari 2009, 'frontage' pejabat serta 'imej' @ 'brand' kami dinaikkan...

para pembaca yang berminat untuk bertandang berkongsi ilmu atau berminat untuk menyertai program-program in-house kami ataupun berminat untuk mengambil kami sebagai perlaksana program-program latihan organisasi anda... bolehlah serta dipersilakan datang ke sini...

lokasi; no. 5-1, jalan bandar 16, pusat bandar puchong, 47100 puchong, selangor....
talian; 03-5882 4407 (untuk sebarang pertanyaan & maklumat)
web; www.sca-insan.com

jumpa di sini, sini, sini, sini....(berdengungggg... ada echooo... lagi..) ;-)

syukur Ya Allah...
syukran jazilan Ya Rasulullah...
terima kasih rakan-rakan....

-------------------------------

saya edit entry ini untuk publishkan puisi dari Shemmi utk saya...

di sana...

di suatu hari..

sejarah bercerita..

air mata keringat membentuk muara

kaki bertatih di setiap anak tangga

dengan langkah santun tapi perkasa

walau di goncang badai mendatang

namun kaki melangkah tak pernah goyah


shemmi... terima kasih atas puisi ini... sangat bermakna untuk perjuangan saya..

6 comments:

kuIna said...

moga terus maju jaya..

Sifu Mirza said...

terima kasih kuina..

awak juga begitu... moga terus berjaya mengapai setiap visi & objektif..

:-)

Shemmi said...

Wah..bagus bagus...tahniah!!


di sana...
di suatu hari..
sejarah bercerita..
air mata keringat membentuk muara
kaki bertatih di setiap anak tangga
dengan langkah santun tapi perkasa
walau di goncang badai mendatang
namun kaki melangkah tak pernah goyah

nah, puisi berterabur utk Sifu!!

heheh

Anonymous said...

Salam Sifu Mirza...

TAHNIAH buat Sifu Mirza :-)

Semoga Sifu akan terus menempa kejayaan demi kejayaan di masa hadapan...dan tentunya Ia bermula disini..."kaki bertatih di setiap anak tangga,dengan langkah santun tapi perkasa"...(suka saya rangkap tu)

Semoga Sifu Mirza serta keluarga sentiasa berada di bawah limpah rahmat Allah swt...Amin

Salam Maju Jaya dari Preston,Lancashire UK

Anonymous said...

TAHNIAH SIFU....

Shemmi said...

Sifu!!!...

terharunyaaa..ada pulak puisi saya sangkut yer..haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails