Wednesday, March 19, 2008

"Rough Tough Malaysian".....


salam semua...

perasan tak apa yang tertulis di kemeja 'T' pemuda di atas?...
rasanya memang akan terus perasan bila melihat foto tersebut...

sudah tentu pemuda itu telah membuat pilihan untuk mengeluarkan sedikit wang bagi mendapatkan kemeja 'T' tersebut dan sudah pasti beliau faham apa yang tertulis...lebih-lebih lagi tulisan itu begitu menonjol dengan latar belakang berwarna hitam...

pemuda tersebut ialah salah seorang dari lebih 26 juta rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang bebas dan mempunyai hak ke atas negara ini...

Malaysia adalah sebah negara yang sangat unik...
unik dari segi kedudukannya di lokasi atau zon cuaca yang stabil iaitu Khatulistiwa...
Malaysia juga selamat 'setakat ini' dari sebarang bencana yang 'besar-besar' seperti gempa bumi, ribut taufan atau salji dsbnya...
Malaysia juga bertuah kerana memiliki beberapa hasil bumi yang penting seperti minyak, kelapa sawit, getah serta sedikit timah...

sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa keturunan serta bangsa juga agama, sudah pasti berbangga kerana hidup dengan aman serta makmur di bumi bertuah ini...

namun setelah 50 tahun Malaysia merdeka... kini secara jelasnya apa yang dikecapi nyata tidak mencukupi untuk memastikan Malaysia terus maju, dinamik dan progresif serta kompeten di kalangan negara-negara yang 'sezaman' dengan kita...

Rakyat Malaysia telah lama memerhatikan perjalanan negara ini dari mula 'menyarap', 'merangkak', 'bertatih', 'jalan jatuh' dan 'terus berlari'....
tranformasi negara Malaysia dari sebuah negara pengeluar bahan-bahan mentah utama dunia ke arah negara industri telah memperlihatkan kita merampas 'title' Harimau Ekonomi Asia dari Filipina dengan peningkatan ekonomi sebanyak lebih 9% setahun...

Kestabilan ekonomi negara adalah hasil dari pengorbanan setiap rakyat dan kejujuran pemimpin untuk turut sama mengembeling tenaga demi melihat negara tercinta terus maju dan makmur...

50 tahun yang lalu, jika seorang bayi itu lahir...kini umurnya telah menjangkau 50 tahun... bayi ini ketika berumur 12 tahun belum mengerti apa yang berlaku pada tahun 1969 kerana beliau baru darjah enam....

apa yang berlaku pada tahun 1969 banyak memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan ianya telah memberi satu 'jump start' kepada wujudnya perpaduan, keharmonian, saling faham memahami dan lebih penting ianya menceritakan tentang konsep kemanusiaan sejagat yang telah lama ditunjuk oleh Baginda Rasulullah kepada seluruh alam...

'Unconditional Love' adalah kunci kepada segala penyelesaian masalah yang kita hadapi, tidak kira sekecil mana masalah itu, tidak kira sebasar mana masalah itu...

Tanpa cinta, kehidupan akan porak peranda.. tanpa cinta negara akan huru-hara, tanpa cinta kita akan merana, tanpa cinta zuriat akan terhenti, tanpa cinta oksigen akan dicatu, tanpa cinta tiada keamanan di dunia...

ianya melibatkan cinta... dan cinta sudah pasti datang dari hati yang tulus mulus serta ikhlas....cinta merentasi warna kulit, cinta merentasi bangsa dan agama... kerana cinta itu adalah segalanya...

namun kecintaan rakyat kepada negara semakin pudar sejak 10 tahun yang lalu...
rakyat dihidangkan oleh cinta-cinta palsu...
rakyat dikhianati cintanya...
rakyat dicurangi cintanya...

maka kesan gurisan luka cinta lara yang sepatutnya sembuh rupanya diguris lagi oleh siri-siri cinta palsu yang bertopengkan nafsu....
ini telah membuatkan kesan gurisan kembali berdarah....
dan darah tersebut menitis pada Pilihanraya Umum ke 12...

apabila amanah rakyat dikhianati...
apabila amanah rakyat dimungkiri...
apabila amanah rakyat diperkotak-katikkan...

maka rakyat mula muak, jemu, jengkel dan bosan dengan janji-janji lama... janji-janji bercampur 'gertakan' yang hanya boleh digunapakai pada zaman jepun dahulu dijadikan bahan untuk memomokkan rakyat...

Malaysia tidak harus ketinggalan zaman...
Malaysia perlu terus dinamik dan progresif untuk memastikan segala kehendak rakyat dipenuhi paling kurang 85%....walau mustahil untuk memuaskan hati setiap warga...

Malaysia perlu cepat dan cekap mengadaptasi perjalanan cara hidup global yang sangat mencabar...

maka sudah pasti, kepimpinan negara perlu cekap, cerdas, proaktif, kompeten dan mesra rakyat...dalam memastikan segala objektif, wawasan serta aspirasi tercapai..

pemimpin perlu akur bahawa pemikiran rakyat Malaysia bukan lagi seperti zaman 60an..
pemimpin perlu akur bahawa yang sedang berkorban untuk negara dan mahu melihat negara ini maju adalah golongan 'pengisi kemerdekaan' yang begitu 'straight to the point', 'proaktif' dan real dalam setiap tingkah laku serta pemikiran...

tiada lagi 'melodrama' yang perlu dimainkan....
rakyat kini begitu 'real' dan perkara 'mimpi-mimpi' ini bukanlah agenda kepada mereka..

rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama kini akur bahawa persaingan yang sihat perlu ada dan segalanya adalah berkitar di bawah 3 paksi iaitu; attitude, skill dan knowledge... ada attitude yang bagus, ada kemahiran yang baik dan ada pengetahuan yang mantap adalah 'tiket' untuk terus berjaya dengan cemerlang...

Malaysia tidak 'fragile' tetapi masyarakatnya telah lebih 'real'...

dan saya pasti rakyat Malaysia bersedia untuk memilih sesiapa sahaja yang benar-benar layak untuk memimpin negara ke arah kecemerlangan....

masa untuk berangan-angan telah berakhir...

wasalam

Tuesday, March 18, 2008

Islam yang telah di'momok'kan...



salam buat semua...

dewasa ini, kita boleh perhatikan betapa umat Islam itu diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang mempunyai muslihat tersendiri atau pihak-pihak yang sememangnya tidak faham tentang Islam sebenar-benar faham...

pihak pertama, yakni yang mempunyai muslihat terhadap Islam akan secara terus terang memusuhi Islam secara 'bias' dan tidak akan membuka peluang untuk menerima hujah atau penerangan dari puak Islam hatta ianya melibatkan perkara asas atau universal yang boleh diterima umum...

pihak kedua pula adalah pihak yang 'keliru' kerana telah dikelirukan oleh pihak-pihak yang ada antaranya sememangnya dari orang Islam sendiri...

saya sendiri melihat betapa 'kehancuran' itu sedang berlaku samada dari luar Islam itu sendiri atau dari dalamnya...
sana-sini tekanan terhadap orang Islam sangat perit sekali... samada ianya datang dari luar atau dari dalam...

Islam yang dibawa oleh Rasulullah serta Nabi-Nabi & Rasul terdahulu sangatlah mudah dan ianya berpaksikan kepada perkara pokok iaitu 'iman'...
apa itu 'iman'?...

secara mudahnya ialah mempercayai sepenuhnya kepada sesuatu... dan ianya menjadi pegangan yang mutlak tanpa berbelah bagi...

rosaknya 'iman' itu tadi boleh dilihat apabila berlaku 'was-was' atau keraguan ke atas apa yang kita pegang...

rukun iman ada 6 perkara; pertama beriman kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam... kita naik saksi bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak disembah melainkan Allah.. sembah ini dimanifestasikan dalam aktiviti solat (secara fizikal) dan tunduk serta patuh dari segi spiritualnya... setiap masa, setiap saat, setiap ketika tanpa leka...

kelekaan kita akan menyebabkan 'iman' kita terusik dan boleh diragui...

meng'imani' sebenar-benar iman ialah 'menurut apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang'... zahir serta batin...

di sinilah datangnya 3 perkara yang perlu seiring.. iaitu niat, lafaz serta perbuatan... tanpa keseiringan 3 perkara ini maka kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang munafik atau cakap tak serupa bikin...

malah ianya boleh memerangkap kita sehingga jatuh ke dalam golongan yang 'syirik' iaitu menduakan Allah S.W.T.... na u zubillahi min zalik...

berbalik kepada soal asas...

mengapa wujud dikalangan umat Islam itu sendiri yang 'menakut-nakutkan' orang bukan Islam tentang Islam itu sendiri?

jawapannya sangat mudah... ianya lebih kepada kegagalan seseorang Islam itu mengawal nafsunya...
lebih malang lagi apabila seseorang itu gagal untuk mencontohi sifat serta sikap Rasulullah dalam kehidupan seharian... gagal memahami sejarah perjuangan Rasulullah serta perjalanan hidup Baginda s.a.w...

umat-umat Islam ini lebih kepada berkiblatkan dunia dan sanggup mengenepikan akhirat sedangkan dunia ini adalah 'bekalan' untuk hari akhirat...

mempermudah-mudahkan Islam samalah seperti 'mempermain-mainkan' agama Allah..dan apabila kita mempermain-mainkan sesuatu milik Allah maka kita termasuk kedalam golongan yang mempermain-mainkan Allah....masya Allah...

mengapa umat Islam ini tergamak mempermain-mainkan Agama Allah?.... jawapannya ada pada diri mereka sendiri...
dan kita amat memahami bahawa, jika Allah pun 'dipermain-mainkan' maka tidak mustahillah juga mereka-mereka ini bertindak untuk 'memomok-momok'kan bukan Islam tentang Islam....

ibarat kata pujangga... sudahlah jahil, sesat pula...lebih teruk menyesatkan pula orang lain...

apabila kita tidak mengetahui sesuatu perkara itu (termasuk perkara tentang Islam atau Agama) maka seeloknya kita berdiam dari berkata-kata...kerana, jika kita cuba untuk berkata-kata tentang sesuatu itu yang kita tidak arif maka kebarangkalian kita untuk menyesatkan orang lain sangatlah besar...

sebaiknya kita mendalami perkara-perkara yang kita belum ketahui itu dan fahamilah dengan sebaiknya sebelum memanjangkan kepada orang lain...

ibarat kata pujangga, biarlah kita kenal sebatang 'Alif' dan kita menafaatkan ilmu itu dari baru mengenal Alif tapi hendak menerangkan tentang Ba, Ta dsbnya...

jangan kita memomok-momokkan bukan Islam kerana ianya akan melahirkan ketakutan malah kebencian yang tiada hujung pangkal... dan paling dahsyat...kita telah membuat keputusan untuk memilih jalan selain jalan syurga...

wasalam

Monday, March 17, 2008

Puan Rohaya bt. Mohd Ali

salam semua...

saya menerima panggilan telefon dari seorang insan yang memerlukan bantuan dalam usaha beliau untuk mengubat penyakit kanser (payudara) yang dihidapinya dan pulih sepenuhnya dengan izin Illahi....

saya telahpun memulakan rawatan 'long distant' kepada beliau dan memohon rakan-rakan saya yang mengamalkan Reiki turut sama menyalurkan 'energy' jarak jauh kepada beliau....

mudah-mudahan dengan sedikit ilmu dan keizinan yang Allah berikan, beliau dapat kembali pulih seperti sedia kala...

saranan saya, penghantaran energy itu dilakukan pada ketika; 1. kita mengingati beliau..dan terus lakukan long distant atau 2, pada ketika dinihari sebelum kita tidur dan sebaiknya lakukan solat taubat, tahajjud dan hajat dan sedikit zikir sebelum menghantar energy...



mudah-mudahan dengan usaha ini, Puan Rohaya akan kembali sihat dengan izinNya...

wasalam

Wednesday, March 12, 2008

The 'Greener' Malaysia....



alhamdulillah....

bahang pilihanraya telah pun memasuki tahap kepanasan yang suam-suam kuku...

di sana-sini rakyat terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan senyuman yang memberi berbagai makna...

apapun, jika seorang itu mukmin (islam yang beriman) maka sudah tentu senyuman itu lebih kepada mensyukuri nikmat serta rahmat Allah kepada seluruh rakyat Malaysia...

jika seorang itu muslim (belum lagi mukmin) mungkin tahap 'redho'nya berada pada situasi 'kawah redho' atau 'terpaksa redho'... nak wat camner...walaupun 'tak syok' kena juga buat-buat senyum dengan hati yang terbakar....

kes-kes menang kalah adalah adat... kalau yang sering kalah dan sesekali menang, maka adat pertandingan ini tidaklah menjadi 'badi'atau 'hukum karma' sangat.... tetapi jika yang 'tak pernah-pernah kalah'...tetiba menerima kekalahan maka, 'tusukan hakikat' untuk menerima kekalahan ini sangatlah perit dan memilukan...

kengkadang sebagaimana ayat Al-Alaq di atas sana bermaksud..(...bagaimana manusia itu melampaui batas apabila merasakan dirinya serba cukup...) dan tidak 'lut' pada teguran manusia atau rakyat...maka 'kenalah' Allah 'turun'kan teguran dengan caraNYA tersendiri ...

saya sangat hairan dengan manusia yg khususnya Islam ini, tidakkah pernah mahu mengambil kisah-kisah lalu terutamanya kisah di zaman Rasulullah dan para Sahabat untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan, dalam kepimpinan dsbnya?

namun kita perlu akur, Islamnya seseorang itu belum lagi dapat memastikan ada tiket 'iman' di dada....

setakat solat, puasa, zakat serta haji... tu adalah amalan yang dituntut belum lagi mampu memastikan seseorang itu beriman... ada banyak contoh yang kita boleh ambil dan gunapakai sebagai pedoman kehidupan ini...

anyway...

Insya Allah, rakyat Malaysia akan memperoleh 'The Greener Malaysia' satu hari nanti di hadapan, di mana semua rakyat dapat mengecapi udara nyaman yang penuh dengan warna-warni, selesa hidup dalam masyarakat majmuk, hormat-menghormati dan mempunyai peluang yang sama untuk semua....lebih lebih lagi mempunyai pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat....

semaklah diri....,
semaklah kisah-kisah ulung dahulu....,

buangkanlah sifat hadad dengki....,
kerana sifat-sifat itu adalah antara yang Allah benci....

dan sudah pasti, kehidupan kita di dunia ini memberi erti yang sangat besar untuk kehidupan kita di akhirat...insya Allah

islam itu mudah...
namun tidak semudah yang disangka...
mudah bagi yang memahami...
tetapi janganlah dipermudah-mudahkan...

wasalam

Tuesday, March 11, 2008

Program Pengukuhan Kerjaya bersama warga LGM



salam semua...

beberapa hari sebelum PRU12, saya bersama warga LGM untuk satu program bertajuk Pengukuhan Kerjaya..

buat peserta, foto-foto boleh didownload & disave dari link Foto & Kisah di bawah sana...

syabas sekali lagi warga LGM!

Sunday, March 09, 2008

PRU12... Satu Era baru politik Malaysia...

salam semua....

jam kini sudah memasuki pukul 3.32 pagi..
saya masih mengikuti keputusan-keputusan pilihanraya dari siaran lansung televisyen, sms, ruang siber dan sebagainya...

memang mengejutkan...

beberapa menteri veteran 'tumbang'...
beberapa negeri juga 'beralih' kerajaan...

secara peribadi... walau banyak ulasan yang saya ikuti sepanjang beberapa jam ini... saya berpendapat, politik malaysia semakin matang...

jika dirujuk kepada tulisan saya di bawah... tentang kematangan politik di negara-negara maju, keterbukaan minda masyarakat negara kita, ke'muak'an rakyat dengan isu-isu penting yang dipandang remeh oleh pemimpin....

dan paling pasti... Allah Maha Menyayangi hamba-hambaNya di Malaysia ini...
tidak kira dari parti apa mereka datang... mereka masih di'Rahmati' olehNya...

buat yang telah menang... tahniah dan lunaskanlah amanah yang dipertanggungjawabkan...
jadilah pemimpin yang siddiq, amanah, tabligh & fatonah (turstworthy, truthful, sharing & brilliant.....)

pandang dan dengarlah suara pemilih anda... terima teguran dan bina atau baiki mana-mana yang perlu... jangan sampai Tuhan perlu menegur dengan caraNya yang tersendiri...

kita akur dengan sejarah bagaimana kerajaan-kerajaan besar dahulu tumbang kerana memiliki pemimpin yang tamak, sombong & takbur... asyik dengan harta, wanita serta kuasa...

life goes on....
this is real....

sangat penuh dengan warna-warni...

apapun... tahniah rakyat Malaysia.... anda semua berjaya membuktikan bahawa tiada siapa yang menghirup udara negara ini yang mahukan negara ini 'huru-hara'....

....kecuali mereka-mereka yang 'takut' kehilangan harta, wanita serta tahta yang sering memomok-momokkan tentang huru-hara dsbnya...

syabas Malaysia!....

wasalam

Friday, March 07, 2008

Amanat Mantan Perdana Menteri....

Bahang PRU12...



salam semua...
selamat bertemu kembali di alam 'siber' ini...

lewat 2 hari lepas saya bersama warga LGM untuk satu Program Pengukuhan Kerjaya...
syabas buat semua yang hadir.... anda semua memang hebat!...

tatkala 'break' utk minum... saya menerima berita yg disampaikan oleh seorang rakan bahawa SPR telah membuat keputusan untuk membatalkan penggunaan dakwat semasa pilihanraya nanti...

saya hanya terperanjat 'sikit' sebab, hujung-hujung ni (menjelang pilihanraya..) banyak perkara yang pelik-pelik akan berlaku.... 'sementelahah' apabila kita semua mengetahui bahawa ramai bakal-bakal calon begitu kerap mengunjungi para bomoh ketika senarai calon mahu diumumkan agar nama mereka 'sangkut' dan ada peluang jadi YB...

anyway... setelah berbelanja kira-kita 2 juta ringgit untuk 47 ribu botol dakwat celup atau buat penanda kuku sebaik selepas diberi kertas undi, SPR nampaknya agak 'kurang cekap' atau 'less competent' apabila tidak membuat kajian yang begitu mendalam serta melibatkan undang-undang semasa membuat keputusan untuk menggunakannya...

sedihlah sikit... kesedihan yang bernilai 2 juta ringgit apabila wang itu adalah hasil kutipan cukai dari rakyat jelata untuk kesejahteraan rakyat juga telah di'bazirkan' begitu sahaja...

saya hanya berharap, 'dakwat istimewa' itu dapat digunakan semula pada PRU13 kelak... setelah segala urusan yang melibatkan pengubalan akta berkenaan selesai...

wasalam

Monday, March 03, 2008

Demokrasi...maksud yang digunapakai seluruh dunia...

salam...

tutorial, revison atau ulangkaji untuk kita semua tentang maksud Demokrasi yang saya petik dari Wikipedia..

Maksud Demokrasi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.

Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat".

Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Melayu Oh Melayu...

salam sejahtera buat semua....

menyingkap suasana di negara kita, Malaysia.... rata-ratanya di sana-sini semua telah berada dalam 'mode' gear pilihanraya...

kempen yang telah berlansung awal lagi, kini berada dalam mode 'overdrive' atau kira-kiranya mode laju....

semua maklum, 8 haribulan March nanti, semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, akan 'turun' dan memangkah pada kertas undi pilihan hati masing-masing....

sebagaimana yang telah kita maklum, secara kasarnya pertembungan atau pilihan yang ditawarkan oleh parti-parti yang bertanding ialah samada memilih 'mantan' kerajaan yang memerintah iaitu gabungan parti-parti yang membentuk satu gagasan Parti yang digelar Barisan Nasional atau memilih gagasan beberapa parti-parti yang mengelar gagasan tersebut Barisan Rakyat.

Barisan Nasional di wakili oleh beberapa parti bangsa yang terbesar iaitu UMNO untuk bangsa melayu, MCA untuk bangsa Cina dan MIC untuk bangsa india, turut serta dalam gagasan tersebut beberapa parti yang 'multi racial' atau berbilang bangsa seperti parti GERAKAN dan parti PPP... tidak ketinggalan beberapa parti-parti politik yang kecil...

Barisan Rakyat di wakili oleh beberapa parti besar iaitu PAS yang berjuang berlandaskan Agama Islam, Parti KeAdilan Rakyat yang juga sebuah parti 'multi racial' atau berbilang kaum, parti DAP yang menekankan matlamat 'progresif' dan samarata dan beberapa parti kecil yang lain...

melihat kepada perjalanan proses pilihanraya negara kita, Malaysia, sebagaimana yang saya nukilkan sedikit dalam posting Cerita Pilihanraya 1, kita boleh saksikan wujud jurang yang amat besar dalam proses berkempenan di kedua-dua belah Barisan, samada BN atau BR...

BN rata-rata telah mengerakkan keseluruahan jentera pilihanrayanya dengan menggunakan semua 'angle' yang ada dari media cetak, elektronik juga ceramahnya..

BR pula bertungkuslumus mengerakkan semua 'media' yang mereka ada terutamanya PAS menggunakan media rasmi mereka iaitu Harakah sebagai saluran kempen utama selain menggunakan saluran internet meraka iaitu Harakah.Online.. begitu juga parti Keadilan Rakyat yang banyak menggunakan saluran internet dan beberapa akhbar-akhbar politik seperti Siasah dsbnya... DAP dilihat banyak menggunakan saluran internet seperti blog-blog untuk berkempen disamping ceramah-ceramah mereka...

tulisan saya kini menjurus kepada 'sedikit kesedihan' apabila memerhatikan 'budaya kempen' terutamanya orang-orang melayu... tidak kira samada mereka dari UMNO ataupun PAS...

mengambil saranan dan teguran mantan perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa orang-orang melayu mudah untuk dibeli undi mereka, di mana undi mereka semurah RM200 sahaja dan ada yang semurah sehelai kain pelekat ataupun RM50 untuk duit minyak motor dan teh tarik....

dari segi politik saya melihat, kematangan orang melayu ini bepolitik masih berada pada peringkat yang agak rendah...
pemilihan yang dibuat adalah pada sekitar 'hear say' dan 'momokan' sahaja tanpa melakukan sebarang analisa akan 'future' mereka terutamanya anak-anak cucu kelak...

saya juga tertarik dengan saranan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletakkan pemilihan menjurus kepada individu yang bertanding di mana beliau menyarankan agar kita memilih calon-calon yang bersih, amanah dan bekerja untuk rakyat...beliau dengan jelas menyarankan agar kita menolak calon 'tunggul mati' dan rasuah....

melihat kepada konteks yang lebih luas lagi iaitu untuk memastikan negara kita Malaysia terus cemerlang, memang kita perlu akur bahawa pemilihan calon dalam pilihanraya nanti adalah isu utama bagi pembentukan sesebuah kerajaan yang mantap dan berkredibiliti tinggi yang mana dapat membawa negara keperingkat yang lebih tinggi tanpa 'melelong' harga diri rakyat dan keupayaan negara...

saya sebenarnya merindui sebuah negara yang begitu progresif dan dinamik yang mana di dalamnya duduk rakyat berbilang kaum dengan harmoni dan sejahtera serta terus menyumbang kepada perkembangan modal insan dan negara kita...

sebagai seorang trainer dan motivator, acapkali dalam setiap program yang saya bawa, saya akan mengutarakan topik berkenaan 'perubahan' atau 'change' samada ianya ialah perihal 'change management' atau 'self changes'...

semua kita akur bahawa untuk maju dan terus progresif, kita memerlukan perubahan demi perubahan.. dan diri kita perlu 'kompeten' atau cekap serta dinamik atau bersedia untuk sebarang perubahan..

malangnya saya lihat, kempen-kempen yang berlansung, rata-ratanya adalah membelakangkan cerita soal perubahan dan ianya lebih kepada momokan sekiranya berlaku perubahan...
tidak kiralah di barisan mana berlakunya perubahan itu, samada ianya berlaku pada Barisan Nasional atau Barisan Rakyat...

apa perubahan yang saya mahu saksikan?... perubahan minda dan cara kita berfikir, perubahan gerakan diri untuk menjadi yang terbaik, perubahan taraf hidup dari dunia kelas ketiga ke dunia kelas pertama, perubahan sikap untuk mahu melihat negara yang maju dan makmur.....

cerita perubahan ini sebenarnya bukanlah topik yang 'lazat' untuk dibincangkan...

saya juga mendengar manifesto BR yang mahukan perubahan keatas kerajaan sekarang...
saya juga meneliti manifesto BN yang mahukan pengekalan keatas kerajaan sekarang...

saya lihat BR menyediakan senarai-senarai janji yang akan dilaksanakan jika mereka berjaya memerintah negara Malaysia..
saya amati BN yang berjanji untuk membuat perubahan yang pelbagai jika mereka terus berkuasa...

ini adalah adat politik... janji-janji akan ditabur dan kontrak akan dimeterai sebaik kerajaan baru dapat dibentuk... dan rakyat akan menagih janji selama 4 tahun kerajaan baru memerintah...

janji kepada perubahan banyak ditaburi... namun dalam janji perubahan itu, masih ada tersembunyi ketidak mahukan perubahan berlaku...

'umat melayu' masih lagi tidak berupaya mengapai kota 30% pemilikan bumiputera dalam sektor ekonomi... melalui berbagai-bagai rancangan-rancangan yang diwujudkan seperti DEB atau Dasar Ekonomi Baru...

ada yang mengatakan kita (melayu) telah mencapai tahap 30% itu namun banyak pihak yang juga melayu menafikannya dengan mengeluarkan janji-janji baru untuk menuju kearah 30% itu.. namun apa yang pasti... melayu masih gagal mengapai kota 30% itu...

mengapa ini berlaku? sedangkan kerajaan yang memerintah yang diketuai oleh sebuah Parti Melayu telah menahkoda BN selama 50 tahun.... sepatutnya umat melayu telah mencapai kota 30% ekuiti dalam ekonomi 'at least' dalam 30 tahun...

adakah ekuiti bumiputera ini telah lama 'hilang' dari agenda utama orang melayu sendiri... saya tidak tahu.. kerana rakan saya pernah di tanya oleh seorang bangsa lain untuk menyenaraikan 'hak-hak istimewa orang melayu' dan beliau hanya dapat memberikan jawapan yang sedikit...

bagi saya orang-orang melayu perlu melakukan perubahan yang besar pada diri, keluarga, masyarakat dan negara....
dalam abad kedua puluh satu ini, diluar sana (global)... merit adalah keutamaan.. competency adalah keutamaan, dinamik adalah keutamaan...

lupakan soal hak-hak istimewa... kita perlu bersaing dan membuktikan bahawa kita cukup kompeten atau cekap... kita perlu bersaing dan membuktikan bahawa kita cukup dinamik untuk menguasai dunia...

adakah orang-orang melayu sekarang sangat cekap?....
adakah orang melayu sekarang sangat dinamik?....

untuk cekap dan dinamik, melayu perlu melakukan perubahan... perubahan kepada cara berfikir, perubahan minda, perubahan cara bertindak dan perubahan kepada cara menganalisa...

berapa ramai umat melayu yang berada di pusat-pusat serenti?
berapa ramai umat melayu yang berada di kolej dan universiti?
berapa ramai umat melayu yang menjadi mat rempit, minah bohsia dan bohjan?...

sedihkan.... memang sedih.. dan mereka-mereka inilah yang pada mulanya menjadi harapan ibubapa, bangsa kemudiannya menjadi sampah masyarakat dan lebih sedih digunakan sebagai alat untuk satu-satu kumpulan demi memastikan hajat diri tercapai...

50 tahun bukanlah satu masa yang pendek... sangat panjang... namun kejayaan melayu masih boleh dipertikaikan...

sampai bila?...

jgn cerita pasal agama yang mereka anuti lagi.... itu juga akan mengundang fitnah... fitnah yang amat dahsyat kepada Tuhan mereka dan Rasul mereka...

tepuk dada tanya selera....

wasalam

Thursday, February 28, 2008

Sekali Sekala...sepatutnya selalu...

salam semua...
kita selalu mengucapkan nama beliau...paling kurang 11 kali sehari...
tanpa disedari, ucapan itu memberi kekuatan pada diri...
kerana tanpanya siapalah kita di sisi Tuhan Robbul Jalil...
namun manusia mudah lupa...
dek kerana harta & kuasa...
dek kerana puji-pujian tanpa batasan...
dek kerana keegoan melangit...
dek kerana nafsu menyinga...
dan ianya berlaku setiap detik & masa...
dalam pada mereka mengetahui bahawa...
Tuhan Maha Berkuasa amat mengetahui....
segala-galanya apa yang tersimpan jauh di dalam hati setiap kita...
jadilah seorang muslim yang benar-benar cemerlang...
muslim yang memahami luar dan dalam...
muslim yang tahu, faham dan memahami...
muslim yang berilmu...
muslim yang menadah tangan berdoa meminta....
agar Tuhan menjadikannya muslim yang lebih baik dari hari semalam...
susurilah perjalanan para sufi...
menjejaki perjalanan para sahabat...
sampai ke tapak perjalanan Rasulullah...
nescaya kita akan tahu...
siapa kita & apa maksud kehidupan ini yang sebenarnya...
wasalam

Saturday, February 23, 2008

Syabas & Well Done Sharp Roxy Leaders...


salam semua...

alhamdulillah, program saya dengan 'pemimpin-pemimpin' Sharp Roxy Electronics Corporation (M) Sdn Bhd. Batu Pahat berjalan dengan lancar dan jayanya pada 21 & 22 februari yang lepas...

syabas buat mereka yang hadir ke program tersebut..

saya yakin, anda semua memang berupaya dan memiliki 'drive' untuk menjadi cemerlang & hebat di masa hadapan dalam apa jua yang anda lakukan...

syabas & tahniah sekali lagi...

untuk foto-foto program tersebut, sila click link 'Foto & Kisah' di sebelah kanan tepi, untuk download...

wasalam

Wednesday, February 20, 2008

'Berjihad' di Batu Pahat...

salam semua...

masa menulis ni saya baru kurang sejam tiba ke bandar Batu Pahat dan baru check-in di Hotel Katerina...

tujuan?... seperti biasa... melunaskan tugasan program latihan untuk Sharp Roxy Electronics (M) Sdn Bhd pada 21 & 21 Feb 2008...

perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih dengan melakukan 'singgahan' di r&r air keroh untuk jamak & qasar...




kemalangan yang berlaku berdekatan air keroh...moga pemandu lori ini selamat...















pokok-pokok jati yang ditanam disepanjang lebuhraya plus nampaknya kekeringan kerana cuaca panas... lagi 5 tahun 'kaya' lah plus...






oklah yer....saya nak keluar sebentar meninjau bandar batu pahat dan mencari apa yang nak di 'shoruu' untuk malam ni...

wasalam

Tuesday, February 19, 2008

Muslim suam-suam kuku....

salam sejahtera buat semua....

setiap agama menuntut penganutnya agar benar-benar yakin dalam ertikata beriman kepada setiap suruhan dan arahan Tuhan.

agama Islam adalah salah satu agama yang dianuti oleh lebih satu per tiga penduduk dunia..

agama Islam adalah satu agama yang mengEsakan Tuhan, Allah, menyakini para Malaikat, menyakini para Nabi & Rasul, menyakini kitab-kitab, menyakini hari akhirat dan menyakini qada' & qadar.

seseorang islam itu seharusnya beriman terdahulu sebelum menjadi seorang muslim... makna kata, seseorang itu telah benar-benar yakin akan apa yang ingin dipeganginya kemudian barulah menerima agama itu untuk menjadi panduan hidupnya...

setelah menyakini atau percaya barulah timbul rukun 5 yang perlu ke atas diri seseorang itu iaitu memperakui Tuhan serta Rasul, bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji barang sekali dalam hidup...

rata-rata pegangan agama seorang yang digelar muslim itu masih boleh diragui, terutamanya dari segi keyakinan atau keimanan... tahap keyakinan dan keimanan itu kadangkala boleh dilihat dengan jelas dan kadangkala tersembunyi di balik lakonan masing-masing...

banyak diperkatakan tentang betapa 'syukur'nya apabila seseorang itu 'lahir' dalam islam, maknanya ibubapa mereka sudah islam dan anak-anak pun otomatik menjadi islam...

terdapat perbezaan yang amat ketara di antara mereka yang otomatik islam dan juga yang 'revert' atau memeluk agama islam yang sebelumnya menyakini selain dari islam...

perbezaan yang paling ketara ialah 'kesungguhan' dalam perlaksanaan sebagai seorang muslim...

pokok asas seorang muslim ialah keyakinan atau keimanan...
berimannya seorang muslim itu adalah atas dasar yakin dan percaya kepada Tuhan yang Esa..
namun yakin dan kepercayaan kepada Tuhan yang Esa itu mudah goyah lantaran kurang atau tiada kefahaman tentang apa yang diyakininya...

bagi yang otomatik islam, krisis keyakinan ini amatlah mengharukan...
maka timbullah label islam suam-suam kuku....
dan lebih parah lagi, sudahlah tidak faham... tidak mahu pula mencari kefahaman dalam ertikata mengukuhkan keyakinan dan pemahaman terhadap apa yang dianutinya...

maka kesudahannya, berlakukan gejala murtad... yang pada mulanya murtad kecilan dan seterusnya membawa kepada murtad nyata...

persoalan... mengapa umat islam otomatik ini 'malas' untuk memperbaiki keyakinan terhadap Tuhan yang Esa?

persoalan...mengapa individu yang baru memeluk islam dengan kerelaan, amat yakin dan melaksanakan tugas sebagi muslim dengan baik dan bersungguh?

memang terdapat juga para individu yang memeluk agama islam atas dasar 'terpaksa' kerana ingin mengahwini gadis atau orang islam...(ini kita bincang kemudian)...

apa masalah yang dihadapi oleh orang islam otomatik ini?

tidakkah mereka setiap hari mendirikan solat dan mengangkat ikrar diri bahawa solat, ibadah, hidup dan mati mereka hanya untuk Tuhan sekelian Alam?

mampukah manusia muslim ini melanggar 'ikrar' iftitah itu tadi dengan melakukan gerakkerja yang bertentangan dengan lafazan tersebut?...

adakah mereka ini faham atau sekadar ikut-mengikuti?

adakah cukup sekadar tahu tanpa memahami sesuatu itu boleh menjanjikan imbuhan janji Allah?

banyak persoalan yang boleh dikupas akan jawapannya agar istilah suam-suam kuku itu tidak lagi menjadi 'trade mark' yang dari segi jangkapanjangnya memang merugikan para muslim itu sendiri...

perkara-perkara atau persoalan yang timbul ini boleh disenaraikan dalam pada diri melakukan 'muhasabah' untuk menjadi manusia yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam...

sama-sama kita fikirkan....

wasalam

Cerita Pilihanraya 1...

salam semua....

terus-terang saya sememangnya agak 'rimas' apabila melihat keadaan atau situasi yang berkaitan dengan pilihanraya...

tidak kiralah pilihanraya itu diadakan di mana sahaja di dunia ini...

wajah-wajah manusia yang berbagai akan muncul...
berbagai perangai yang pelik-pelik akan timbul...
caci makian dihamburi...
janji manis ditaburi...

belum dikira kehilangan nyawa atau kecederaan mental, emosional, spiritual dan fizikal disepanjang proses berkempen dan waktu pilihanraya...

saya suka mengamati perjalanan satu-satu pilihanraya di mana-mana negara dari sudut melihat 'perangai' manusia... dari perangai pemilih @ rakyat sehinggalah ke calon-calon yang bertanding...

pembacaan peribadi saya, pilihanraya di negara sebelah sini @ negara timur, atau negara-negara yang baru berusia kurang 100 tahun merdeka sangatlah tidak matang...atau belum 'matured' lagi...

kematangan sesebuah negara itu adalah petunjuk akan kematangan masyarakatnya... kematangan masyarakat sesebuah negara itu memanisfestasikan ketamadunan sesebuah negara itu...

lihat sahaja kerajaan-kerajaan hebat zaman dahulu yang berjaya mengharungi perjalanan beberapa ratus tahun dan berupaya membentuk empayar yang hebat adalah hasil dari kematangan minda rakyatnya yang bijaksana dalam memilih pemimpin yang memerintah....

dan kita juga dapat melihat keruntuhan kerajaan yang hebat-hebat dahulu oleh kerana dorongan nafsu para pemimpinnya yang selalunya merujuk kepada 'tewas' nya mereka kepada 3 'Ta' iaitu harTA, waniTA dan tahTA....

ramai pemimpin pada peringkat awalnya memang begitu 'beriltizam' untuk membentuk satu kerajaan yang mantap serta jitu agar rakyat yang diperintah berasa aman, selesa dan bahagia seterusnya suasana itu akan mewujudkan sebah negara yang hebat...

pemimpin juga adalah dari rakyat...
pemimpin adalah seseorang yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi ibu, bapa serta ketua yang boleh digantung harap di waktu susah dan senang...

atas dasar manusia itu mempunyai 7 lapisan 'keadaan' atau situasi (dari egoistik hingga insan kamil) maka manusia yang diangkat untuk menjadi pemimpin itu tidak lepas bebas dari perangkap nafsu yang akan menentukan kedudukan tahapan situasi seseorang itu....

jika dikira nilai kecekapan seseorang manusia itu, ianya tidak boleh lari dari 3 perkara iaitu kemahiran, pengetahuan dan juga sikap... ASK = attitude, skills & knowledge...

kita boleh mengambil beberapa contoh negara-negara membangun seperti amerika, united kingdom serta australia dari segi perjalanan pilihanraya mereka...

mereka menggunapakai pemilihan berdasarkan ciri-ciri asas ASK... selain melihat keberkesanan program perancangan baru yang akan dilaksanakan...

di amerika wujud 2 parti di sana iaitu parti republikan dan juga parti demokrat... presiden bush jr. adalah dari parti republikan... dan amerika kini sedang dalam proses untuk memilih presiden baru dan parti yang memerintah...

kita amat memahami bahawa amerika tetap dengan dasar-dasar luarnya yang akan terus mengekalkan 'kuasa dunia' mereka dan disamping itu mereka akan terus mengekalkan beberapa dasar yang melibatkan pembangunan negara serta rakyat tanpa mengambil kira siapa yang memerintah... sekiranya rakyat amerika menerima calon parti demokrat samada barrack obama atau hillary clinton, perubahan dasar hanya akan berlaku dari segi membaik pulih sistem atau kecekapan yang sedia ada yang sedang diuruskan oleh 'team bush'...

selain dari itu, perjalanan dasar yang merujuk kepada pembanguna negara dan rakyat akan kekal atau ditambah nilai serta dibuat beberapa pembetulan di sana sini...

inilah kematangan perjalanan politik sesebuah negara yang maju yang telah berusia lebih 200 tahun...

kita lihat pula united kingdom, mereka tetap terus dengan dasar-dasar mereka dan rakyat terus hidup mewah dan ter'bela' walaupun telah bertukar pemerintahan dari parti konservatif kepada parti buruh...

rakyat melihat beberapa pembetulan perlu dilakukan terhadap pamerintahan Tony Blair dan mereka bertindak memilih parti buruh untuk meneruskan kecemerlangan negara mereka dan kehebatan tamadun mereka.... tanpa menjejaskan dasar-dasar utama negara...

begitu juga dengan autralia, yang baru menukar perdana menteri john howard mereka... penukaran ini adalah untuk menamatkan siri ketidak cekapan john horward yang memerintah penuh dengan rasuah dan kronisme.... maka untuk terus maju dan berkembang rakyat australia memilih perdana menteri baru dan parti baru sebagai tunjang mereka...

dan kita perhatikan kempen-kempen mereka ini di mana semuana akan menjurus kepada penerangan kepada perancangan-perancangan baru untuk kebaikan rakyat dan negara secara keseluruhannya... tiada sebarang kerosakan atau kehuru-haraan yang berlaku... ini disebabkan oleh kematangan rakyat dan pemimpin mereka...

jika ikut 'sifir matang'... 'bodoh'lah rakyat sesebuah negara itu mahu melihat negaranya hancur.. maka atas dasar kematangan tersebut maka pemerintah di negara-negara maju ini perlu cekap dan bebas dari rasuah, kronisme dan pilih kasih untuk kekal memerintah dan meletakkan keutamaan rakyat dan negara di hadapan....

kita lihat pula pakistan.... betapa wujud satu contoh di mana penyakit kerakusan untuk memerintah dan takut kehilangan kuasa serta meletakkan diri melebihi rakyat...telah menghinggapi presiden musharaf yang bertindak untuk bertukar jawatan dari perdana menteri dan kemudiannya menjadi presiden... semua ini dilakukan semata-mata untuk tidak kehilangan kuasa...

begitulah manusia... dan paling sedih perkara ini berlaku pada sebuah negara islam... sekaligus menunjukkan betapa 'teruk'nya orang-orang islam ini memerintah... tidak bersatu, berpuak-puak, pilih kasih, hasad dengki, maki-memaki, hamun menghamun... hatta sangat dahsyat sekali 'permainan' mereka ini semata-mata untuk mengekalkan kuasa dan merebut kuasa, menghimpun harta dsbnya....

inilah kuatnya kesan 'nafsu' pada diri kita...

orang islam rata-ratanya tidak memahami islam itu dengan sebenar-benar faham... jika mereka faham, mereka akan mengambil contoh para pemerintah-pemerintah islam yang hebat-hebat dahulu dan sudah pasti contoh yang terbaik ialah Rasulullah... untuk menjadi Role Model Leadership mereka...

Rasulullah semasa memerintah tidak mengumpul harta, tidak berkroni, tidak pilih kasih, tidak sibuk dengan diri sendiri dsbnya... Baginda mempunyai ramai kenalan yang kaya raya.. mustahil tiada sahabat yang tidak 'offer'' rumah banglo' untuk beliau diami.. Rasulullah menolak berdasarkan tidak mahu wujud fitnah... Rasulullah menolak atas dasar bukan itu matlamat sebagai pemimpin... dan Rasulullah menolak kerana meletak Allah di atas segala-galanya... bukan harta, anak, isteri dan wanita serta tahta....

Rasulullah sebagai pemimpin, memerintah penuh dengan kasih sayang... tidak kira yang diperintahnya itu islam atau kafir, tidak kira yang diperintahnya itu sokong atau tidak sokong beliau (munafik)...

Baginda memerintah dengan berbekalkan kasih sayang serta sifat-sifat terpuji iaitu benar, amanah, menyampaikan serta bijaksana (siddiq, amanah, tobligh & fatonah)...

saya memang pasti, tiada umat Baginda yang sanggup mengikuti corak pemerintahan dan cara Baginda kerana semata-mata diri itu telah didorong oleh nafsu serakah.... minat mengumpul harta, minat menambah isteri atau menyimpan wanita, minat dipuji-puji oleh pengikut dsbnya...

cuba kita lihat bagaimana Saidina Khalid Al-Walid berhadapan dengan situasi 'turun' dari pangkat sebagai Panglima Perang... beliau diturunkan pangkat oleh Khalifah dan diganti oleh Abu Ubaidah sewaktu sedang berperang!... dan beliau akur dan terus memberikan jawatan itu kepada Panglima baru dan menyokongnya dan terus berperang...

adakah kita sanggup turun dari jawatan tinggi yang kita sedang pegang?... jika jawapannya sanggup, maka kita merupakan seorang manusia yang hebat... kerana?.. kerana saya pasti, apabila kita sanggup menerima hakikat itu, maka kita sebenarnya memang menurut tuntutan ibadah dan konsep khalifah yang sebenar-benarnya iaitu segala-galanya yang kita lakukan adalah atas 'Lillah Hi Taala @ Kerana Allah TaAla.."...

bukankah itu lafazan kita atau ikrar kita dalam solat?... innassolati...wanusuki...lillah hirobbil alamin?

'sampai hati' kita sanggup melanggar ikrar kita bahawa segala apa yang kita lakukan @ wanusuki adalah kerana Allah...dan kita mengingkarinya?...

bersambung, insya Allah...

Monday, February 18, 2008

Syabas Warga PKD Klang.... Anda semua hebat!



salam semua...

hujung minggu lepas saya berpeluang untuk melunaskan satu program latihan 'tenaga tinggi' bersama warga-warga Pejabat Kesihatan Daerah Klang di Hotel Prescott, Klang.

bersama-sama warga pkd yang hebat-hebat belaka ini di waktu hujung minggu memang suatu perkara yang 'ganjil' kerana ianya 'bertentangan dengan 'norma' kebiasaan wargakerja yang selalunya 'berehat' bersama keluarga...

namun atas kekuatan yang ada pada diri masing-masing dalam proses menimba ilmu dan memperbaiki diri masing-masing, semua peserta mengikuti program ini dengan penuh jayanya...

doa saya anda semua terus dapat mempraktikkan segala ilmu yang dikongsi untuk kecemerlangan diri, keluarga, kerjaya dan organisasi...

untuk foto-foto semasa program, boleh masuk ke 'link' "Foto & Kisah" di sebelah kanan sana...

wasalam

Wednesday, February 13, 2008

PRU 12 : Selamat Mengundi buat semua...

salam semua...

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "selamat mengundi" buat semua rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 12 ini...

pilihan anda amat bermakna dalam memastikan negara kita, Malaysia berada dalam keadaan 'sihat, sejahtera' di masa akan datang...

buat ahli-ahli politik, berkempenlah dengan kematangan minda dan adaptasikanlah sifat-sifat kecemerlangan Rasulullah serta sahabat dalam memimpin masyarakat agar tiada yang tercicir dari arus rohani & jasmani...

wasalam

MINDA ; Berapa matang minda kita?

salam buat semua...

antara komponen penting di dalam diri kita, manusia ini ialah otak...

otak berada di bahagian paling atas dan dilindungi oleh salutan 'tempurung kepala' yang sangat keras untuk memastikan otak berada dalam keadaan selamat pada setiap masa..

otak berperanan mengerakkan setiap organ penting dan tidak penting melalui penghantaran isyarat elektik ke cerebrum dan di'distribute' dengan baik oleh spinal cord atau tulang belakang mengikut 'kehendak' satu-satu keadaan dan ketika...

selain mengandungi 100 billion cell neuron yang menghasilkan 100 trillion sinaps atau 'percikan' elektrik, otak juga berperanan untuk memproses segala maklumat yang dihantar oleh semua deria anggota badan...

pemprosesan ini membuatkan otak manusia jauh berbeza dari otak haiwan...
pemperosesan ini membuatkan otak boleh 'bekerja' dengan sendiri untuk meghasilkan pergerakan 'automatik' bagi mengawal sebahagian besar fungsi organ-organ badan seperti degupan jantung, penghadaman, penukaran cell-cell rosak dsbnya tanpa sebarang arahan dari kita...

pergerakan auto ini lebih dikenali sebagai pergerakan 'sub-concious' mind... dan rata-rata manusia yang hebat dapat memanupulasikan pegerakan auto ini untuk satu-satu tujuan...

minda ialah manifestasi keatas maklum balas otak terhadap sesuatu perkara yang menuntut pemprosesan dalam satu-satu waktu tertentu... cth; keperluan kepada menjawab satu-satu masalah yang akan membuatkan otak meneroka sepenuhnya atas potensi memori kekal dan sementara yang telah ada pada otak.

kecerdasan minda merujuk kepada keupayan otak yang bertindak pantas memproses dan menghasilkan jawapan-jawapan yang diperlukan.

soalan; adakah minda kita sudah matang?

kematangan minda bermaksud bahawa peranan otak dalam memproses data atau maklumat sudah berada pada tahap 'hampir' maksimum di mana ianya tidak lagi berupaya memproses perkara yang rumit-rumit berdasarkan kepada beberapa sebab antaranya ialah 'sinaps' yang semakin berkurangan kerana faktor usia seseorang itu, keadaan fizikal yang tidak sihat yang gagal memberi getaran tinggi untuk kegunaan otak pada setiap masa serta keupayaan memori yang menolak data-data baru yang pada asalnya bersifat manual (malas nak berfikir)namun lama-kelamaan menjadi penolakan 'auto'...

minda yang cergas senantiasa menjemput perkara-perkara baru untuk diproses dan pemprosesan yang berlaku itu sebenarnya ialah latihan yang perlu bagi minda yang sihat...

kemalasan untuk berfikir adalah perkara yang patut dihindari oleh setiap manusia sekiranya mahu terus kekal sihat...(perlu diingat, sihat seseorang itu merujuk kepada sihat mental, sihat emosional, sihat spiritual dan sihat fizikal..) dan kesihatan bermula dari kemantapan minda seseorang itu... terus berfikir dan melakukan analisa-analsia untuk mengerakkan otak agar cergas...

makanan minda ialah fikir....

untuk mendapat kematangan minda, apa yang difikir perlulah dilakukan dengan cara left-right atau dengan melakukan analisa begambar dan bernombor.... juga lakukan analisa bersifat pro dan kontra...
melihat sesuatu perkara itu dari beberapa sudut di atas kemampuan diri...

amat jarang sekali manusia itu dapat melakukan analsis secara pro dan kontra kerana 'kemalasan' diri...

manusia selalunya suka disuap terus dengan maklumat tanpa memeriksanya terlebih dahulu, sedangkan memeriksa ini ialah sunnah Rasul dalam hadisnya yang menyarankan agar kita memeriksa setiap perkhabaran atau berita yang kita terima sebelum melakukan sebarang tindakan lanjutan...

hadis yang ringkas itu sebenarnya telah mencabar minda kita untuk melakukan analisis agar; minda kita terus terbuka dan boleh memproses data dengan baik dan berita itu benar-benar datang dari sumber yang baik serta boleh dipercayai...

mengikut secara 'membabi-buta' adalah tanda-tanda awal kemusnahan diri seseorang itu dan ianya adalah pintu kepada 'kejahilan' atau 'miskin ilmu' serta sifat malas..

masyarakat yang dipenuhi oleh ramai anggota yang malas, jahil dan buta ilmu adalah masyarakat yang menuju kehancuran... dan sudah tentu ianya bertentangan dengan sunnah-sunnah Rasulullah dan tuntutan agama...

dari segi ilmu 'mantik'nya, jika kita tolak ilmu maka kita tolak Rasul dna jika kita tolak Rasul maka kita tolak Tuhan yakni Allah Azza WaJalla....

pernahkan kita dengar satu hadis tentang betapa orang yang bekerja sebagai tukang sapu disebuah kilang yang memproses arak juga turut mendapat dosa 'subahat' walaupun beliau tidak meminum arak....

ilmu dan minda saling berkait....
melalui ilmu, maka minda kita akan cergas..
minda yang cergas akan melahirkan tubuh yang sihat...
tubuh yang sihat akan menerbitkan diri yang mantap...
seterusnya keluarga yang bahagia dan masyarakat yang gemilang...

selamat menjana minda cemerlang!

wasalam

Valentine's Day : Tidak perlulah disambut oleh orang Islam

salam buat semua...

antara hari-hari peringatan yang paling 'femes' ialah Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day iaitu pada 14 Februari.

suka saya menyarankan agar yang telahpun tahu akan sejarah berkenaan hari valentine ini, hendaklah memanjangkan kepada rakan-rakan serta sanak saudara agar mereka mendapat kefahaman yang mendalam tentangnya.

benar, ianya hanyalah semata-mata sekadar atas dasar untuk memperingati orang yang kita sayangi namun dasar itu hanyalah berkisar dilapisan kulit sahaja bilamana apabila kita selami sejarah hari Valentine ini, ianya menyusur jauh kepada satu peristiwa yang berlaku ke atas dua orang 'mujahid' Kristian (boleh rujuk wikipedia utk kisah lanjut...)

--------------------------------------------------------------------------------------------
Numerous early Christian martyrs were named Valentine. Until 1969, the Catholic Church formally recognized eleven Valentine's Days. The Valentines honored on February 14 are:

Valentine of Rome (Valentinus presb. m. Romae): a priest in Rome who suffered martyrdom about AD 269 and was buried on the Via Flaminia. His relics are at the Church of Saint Praxed in Rome.[4] and at Whitefriar Street Carmelite Church in Dublin, Ireland.

Valentine of Terni (Valentinus ep. Interamnensis m. Romae): He became bishop of Interamna (modern Terni) about AD 197 and is said to have been killed during the persecution of Emperor Aurelian. He is also buried on the Via Flaminia, but in a different location than Valentine of Rome. His relics are at the Basilica of Saint Valentine in Terni (Basilica di San Valentino).

The Catholic Encyclopedia also speaks of a third saint named Valentine who was mentioned in early martyrologies under date of 14 February. He was martyred in Africa with a number of companions, but nothing more is known about him.

Some sources say the Valentine linked to romance is Valentine of Rome, others say Valentine of Terni.[citation needed] Some scholars (such as the Bollandists[citation needed]) have concluded that the two were originally the same person. In any case, no romantic elements are present in the original Early Medieval biographies of either of these martyrs.

An overview of attested traditions relevant to the holiday is presented below, with the legends about Valentine himself discussed in the end.

--------------------------------------------------------------------------------------------

orang islam itu hanya sekadar bernama islam sekiranya dia belum memahami atau mahu memahami akan agama yang dianutinya...

perbezaan antara kalangan orang islam ialah keimanan masing-masing.

keimanan ini meletakkan seseorang itu di atas atau di bawah dari umat yang lain.
keimanan ini memperjelaskan tentang pemahaman serta keyakinan atas apa yang dipegang atau dianuti oleh diri seseorang itu.

pemahaman serta keyakinan sudah tentu akan diketahui darjah ketinggiannya berdasarkan ujian-ujian di atas segala perlaksanaan aturan yang telah sediaada di dalam agama.

apabila seseorang islam itu melakukan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya atau tanpa ilmu ke atas perkara itu semasa melakukannya maka seseorang itu boleh dikatakan 'jahil'...

tetapi apabila telah didatangi ilmu atas sesuatu pekara itu, namun masih mahu dilakukannya juga maka seseorang itu boleh dikatakan sebagai 'munafik'...

dan perlanggaran 'total' ke atas sesuatu perkara dalam agama boleh membuatkan seseorang itu dikira telah 'kuff' atau menolak... dan kuff inilah yang menjadi kata asal 'kaffir'...

maka apabila kita telah mengetahui tentang perkara ini... tugasan diri kita hendaklah menuruti amanah Rasulullah iaitu menyampaikannya kepada rakan-rakan serta sanak taulan...

insya Allah, keperitan dalam 'berdakwah' @ menyampaikan ilmu ini akan terbalas di satu ketika nanti.... usahlah kita tunggu akan balasannya tetapi hendaklah 'tetap' atau istiqomah di atas jalan ini...

so?... akhir kalam... takyahlah sambut valentine's day ni yer...

ingat... iman = seiringnya niat, lafaz & perbuatan...

wasalam

Tuesday, February 12, 2008

meredah 'risiko dicongak'...

salam semua...

moga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya dan bersemangat untuk melunaskan segala amanah-amanh yang telah siap siaga menanti di tempat-tempat kerja...setelah bercuti panjang...

cuti panjang lepas saya 'meredah risiko dicongak' iaitu 'berjalan @ bercuti' ke bandar bharu, kedah darul aman... percutian ke sana tidaklah dirancang namun setelah mengambil kira beberapa faktor, antaranya dapat melakukan beberapa perkara sekaligus; seperti menjengguk 'anak buah' yang baru lahir, bertemu ibu mertua saya, dan sekaligus bercuti ke bukit merah resort; maka saya dan keluarga menguatkan 'semangat' untuk meredah 'calculated risk'...

kenapa kena kuatkan semangat?... sebab... kami sudah pasti jalanraya yang diurus oleh pihak PLUS yang digelar lebuhraya utara selatan itu pastinya akan sesak se sesaknya pada perjalanan pergi dan balik nanti...

benar.... perjalanan hari Khamis itu kami mulakan agak lewat sedikit, selepas zuhur.. dan kami 'sangkut' selama 2 jam dari Tanjung Malim ke Tapah.....

saya yang 'sedang-sedang tak sedap badan @ rasa macam nak dihinggapi demam' memaksakan diri menelan beberapa biji uphamol 650 sebelum bertolak...

sampai ke destinasi selepas lebih 5 jam perjalanan....


"pulau yang menempatkan beberapa buah banglo..(kata staf, banglo kepunyaan Tan Sri MK, dan Tan Sri Hassan...bersebelahan dengan pulau orang utan, bukit merah resort..."


"centre court, bukit merah resort... pagi lagi...sebelum diserbu pengunjung..."


"perjalanan ke kl... dari bukit merah hinggalah ke slim river.... jalan sesak dan saya mengambil masa selama lebih 7 jam untuk 290km di atas lebuh raya PLUS untuk sampai ke Ulu Yam.. (selalunya 7 jam ini saya ambil masa untuk meredah jalan ke kota bharu mengikut kuala lipis & gua musang sejauh 470km)"

bagi kami sekeluarga... ianya memang pengalaman yang jarang-jarang kami lalui... namun atas dasar kami telahpun 'mencongak' segala risiko yang akan dihadapi, maka boleh dikatakan hampir tiada sebarang stress yang menghinggapi kami disepanjang perjalanan atau 'ekspedisi' ini...Alhamdulillah...

dan bagi saya..... dos 'antibiotik' yang diperolehi dari Klinik Hidayah, Bandar Baru Parit Buntar...telah di'up'kan lagi dosnya oleh klinik Syifa', Batang Kali....

dan masa menulis ni... saya masih dalam keadaan 'rehat' di rumah... mengumpul segala 'energy' untuk 'turun' semula mengendali program-program yang telah sedia menanti...

untuk satu, dua client yang terpaksa ditunda program..harap bersabar.. insya Allah kita bertemu...

wasalam

Wednesday, February 06, 2008

"Happy Prosperous New Year"



To all Chinese and Especially to all my Chinese students & friends...

me & family wish you & family "A Happy Prosperous New Year"

.....may all your wishes come true....

teringat saya....'tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina....'

what we can learn from chinese people?....lot of things... but the 'istiqomah' attitude that they have in themself, is the one that others should be able to admire & take as good example...

& for the rest.... happy 'long' holiday....

regards & wasalam

Tuesday, February 05, 2008

Mengesan Getaran Tenaga dengan tapak tangan...



salam semua....

syukur ke hazrat Allah s.w.t yang telah menjadikan kita ini manusia sesempurna makhluk kejadian...

keajaiban manusia adakah satu bukti kebesaran dan keesaan Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta ini... bermula dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki, semuanya sangat berguna...

salah satu keistimewaan manusia ialah, kita boleh mengesan getaran tenaga dengan menggunakan kedua tapak tangan kita...

dengan cara merapatkan dua tapak tangan dari ukuran 2 kaki jaraknya.... kita boleh mengesan getaran tenaga yang ingin dikesan.

dari segi sains metafiziknya, manusia mempunyai 7 pusat penerimaan tenaga pada tubuh badan, dan lokasinya ialah di ubun-ubun, antara kening, tekak, dada, perut @ pusat, alat kelamin dan 'dasar @ dubur'...

pusat-pusat penerimaan tenaga ini akan menyerap masuk tenaga cahaya mengikut frekuensi-frekuensi dan getaran-getaran tertentu...

saya nyatakan tenaga tersebut ialah tenaga cahaya dan lebih dikenali umum sebagai 'universal life force energy'...

cahaya pada umumnya mempunyai 7 lapisan yang kita boleh lihat samada menerusi pancaran kepada prizm atau imbasan warna pelangi, namun cahaya melalui priz dan imbasan @ pembalikan oleh pelangi itu adalah 'susunan cahaya yang terbalik' iaitu susunan yang sebenarnya mengikut frekuensi dan getaran dari yang terlalu ialah putih, indigo @ purple, biru, hijau, kuning, oren @ jingga dan merah...

dalam erti kata lain, warna putih adalah warna yang mempunyai getaran paling laju dan ia diserap oleh pusat yang paling atas iaitu ubun-ubun dan seterusnya warna indigo akan diserap oleh pusat antara kening hinggalah warna merah yang berfrekuensi paling rendah dan amat perlahan akan diserap oleh pusat paling bawah...

kesedaran tentang ilmu cahaya dan warna serta getaran-getaran ini telag bermula sejak ribuan tahun yang lampau, ada yang mengatakan ianya bermula seawal zaman mesir lagi di mana telah wujud pusat-pusat rawatan yang menggunakan kaca-kaca berwarna untuk pancaran pada tubuh badan pesakit...

ok... kembali kepada topik yang asal iaitu mengesan getaran tenaga pada tapak tangan...

apabila kita 'sesaja sahaja' cuba untuk mengesan tenaga pada tapak tangan, kita akan hanya dapat mengesan getaran pada sekitar jarak 4 -6 inci sahaja... dan ianya tidak lebih hanyalah kesan elektromagnetik yang wujud pada sekeliling tubuh kita yang lebih dikenali sebagai aura sahaja.

maka untuk mendapatkan kesan getaran yang maksimum, dua perkara adalah dituntut; pertama ialah niat kita dan kedua adalah fokus.

kita amat lumrah bahawa atas segala perbuatan yang kita lakukan, ianya terletak pada niat.. jika tiada sebarang penetapan niat maka perbuatan kita itu hanyalah 'kosong', sia-sia atau tiada makna... cth; solat, puasa, zakat, haji, sedekah, goreng mee, minum air dsbnya...hatta sebenarnya keseluruhan hidup ini yang kita gelar ibadah terus tetap bergantung kepada niat diri kita...

maka untuk mendapat kesan maksimum pada getaran tadi, hendaklah kita 'memasang' niat, contoh... sebaik sebelum kita memulakan penegsanan, kita berniat untuk 'memeriksa @ check' tahap tenaga pada salah satu dari pusat penerimaan tenaga pada tubuh badan.. (cth; saya nak check pusat tenaga ubun-ubun @ crown point saya..)

maka selepas niat itu, kita perlulah fokus dan mula mengerakkan tapak tangan kita dari jarak 2 kaki..rapat dan renggang semula, rapat...dan renggang semula...

apa yang kita akan rasa?... kita akan dapat merasai samada ada 'cucukan halus elektrik statik' atau panas haba, atau seolah kenyalan belon atau medan magnet yang mana kita tidak dapat merapatkan tapak tangan kita itu....

sebaik sahaja tapak tangan kita berjaya mengesan tenaga tersebut dengan 'sensasi' di atas.. maka kita lihat ukurannya... ukuran tenaga pusat yang ok ialah sekitar jarak 1kaki ke 1 kaki setengah.... jika kurang dari satu kaki maka pusat tenaga tersebut mengalami 'blockage' atau gangguan dan sudah pasti gangguan tersebut akan dimanifestasikan kepada kesakitan pada tubuh fizikal (cth; jika ubun-ubun bertenaga kurang, kita akan mengalami stress, sakit kepala dsbnya...)

bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pada 7 point-point atau pusat-pusat penerimaan tenaga kita?...

caranya ada dua; pertama melakukan teknik 'pernafasan dalaman' atau 'deep breathing' (ada dalam posting saya terdahulu) dengan kiraan 4, 2, 7, 2

dan kedua, dengan cara menyalur tenaga yang keluar dari tapak tangan kita ke point-point yang memerlukan dengan melekapkan tapak tangan kita tersebut di situ.

ingat; niat & fokus...selamat mencuba...

jumpa lagi....

wasalam

Monday, February 04, 2008

Warga Turki oh Warga Turki...



salam semua..

menyoroti berita luar negara di dalam akhbar The Star;

yang menarik ialah bagaimana perhimpunan lebih 100,000 rakyat Turki di dataran Mustafa Kamel Atartuk yang menentang cadangan kerajaan untuk memansuhkan undang-undang pengharaman pemakaian tudung di universiti negara tersebut...

kerajaan pemerintah telah berjanji di dalam manifesto pilihanraya mereka yang lalu untuk meminda undang-undang tersebut... dan kini mereka ingin menunaikan janji-janji tersebut dengan membuat usul di parlimen tentang cadangan pemansuhan undang-undang itu...

para pembantah antaranya menyatakan; mereka mahu Turki terus kekal sebagai negara sekular dan pemansuhan undang-undang tersebut akan mendatangkan masalah buat mereka...

mmm... macam-macam ada...

di satu sudut, ada pihak atau kelompok yang mahu 'kembali' kepada Tuhan... dengan memulakannya secara berdikit-dikit..alhamdulillah...

dan di satu sudut yang lain, terdapat tidak kurang pihak yang ingin menjauhkan diri dari sebarang 'kosmetik' yang boleh membantu menghampirkan diri kepada Tuhan...na u zubillah...

kebersihan adalah cermin keperibadian...
keluruhan akhlak ialah cermin kemantapan diri...
kepercayaan adalah cermin keimanan dan keyakinan...

ilmu adalah kunci kepada penyerahan...
yakin adalah kunci kepada keimanan...

masa terus berjalan.... dan perjalanan semakin hampir ke penghujungnya....

Mengurus kekecewaan....

salam buat semua...

sebahagia mana pun manusia itu, pasti di dalam perjalanan hidupnya ada terselit atau tersentil peristiwa duka yang menghambat kekecewaan diri...

sebahagia mana pun manusia itu, kekecewaan yang melanda diri sudah pasti akan sedikit sebanyak 'membantut'kan perjalanan diri yang penuh bermotivasi...

apabila dilanda dengan 'simptom' kecewa, rata-rata manusia akan menghadapinya dengan perasaan yang amat berat serta gusar dan tidak kurang juga yang hampir-hampir putus asa dengan apa yang berlaku...

mengurus kekecewaan bergantung kepada keupayaan seseorang manusia itu meletakkan atau menggariskan sempadan yang jelas di antara perkara yang mengecewakan dengan kekuatan diri untuk menghadapinya...

berdasarkan surah Al-Baqarah: 286 yang membawa maksud 'tidak Allah uji seseorang itu selain dengan kesanggupan diri masing-masing...'

ianya satu yang 'ultimate' atau 'amat pasti' di mana setiap ujian yang Allah berikan kepada setiap manusia itu, ianya sejajar dengan kesanggupan diri seseorang itu menghadapinya dengan jaya... dan keluar dari situasi ujian itu dengan lebih 'berpengetahuan' berbanding waktu sebelumnya...

bagaimana caranya untuk mengurus kekecewaan dengan baik?

ianya bermula dari detik pertama kita memulakan kehidupan kita setiap hari...
ianya bermula dari asas 'ikrar' yang kita lafazkan setiap detik dan ketika dan umumnya ianya dilafazkan pada setiap permulaan solat kita...
secara wajibnya, kita akan memperbaharui ikrar kita sebanyak 5 kali sebaik mengangkat takbir...

ikrar yang menekankan bahawa diri kita senantiasa berada di dalam kekuasaan Allah dan segenap turun naik nafas ini hanyalah untuk Tuhan yang Menguasasi sekalian Alam... solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku... hanya untuk Tuhan...

acapkali manusia itu gagal atau lebih tepat lagi 'melanggar' ikrar diri tersebut... mana mungkin kita yang telah berikrar segala-galanya hanyalah untuk Allah atau Tuhan mampu melanggar ikrar kita tersebut...

mana mungkin kita sanggup 'menentang arus' apa yang telah kita ikrarkan...
mana mungkin kita yang kerdil ini sanggup melanggar kekuasaan Tuhan yang amat besar...
mana mungkin kita menyandarkan kehidupan kita atas keupayaan diri yang amat terhad..
mana mungkin kita menyandarkan kehidupan kita atas kekayaan yang tidak pernah cukup-cukup...
mana mungkin kita menyandarkan perjalanan hidup ini atas jelaan sijil serta ijazah kedoktoran kita...
mana mungkin kita menyandarkan setiap kejayaan yang kita perolehi atas tulang empat kerat yang tidak mampu mencipta kehidupan...

mengapa perlu ada kekecewaan apabila kita memahami bahawa perjalanan hidup ini perlu atau menuntut penyerahan segenap jiwa & raga kita hanya untuk Tuhan?

mengapa perlu ada kekecewaan jika kita benar-benar redho dari awalan setiap bermulanya nafas kita turun naik menjentik nadi di dalam diri?

mengapa perlu ada kekecewaan jika kita amat pasti hakikat kehidupan sebagai hamba Tuhan yang sememangnya tidak ada apa-apa kecuali amal baik dan sebaliknya yang akan dihisab di padang mahsyar kelak?...

mengapa perlu ada kekecewaan jika setelah kita benar-benar melunaskan setiap tugas serta amanah yang dipertanggugjawabkan ke atas diri telah dipikul dengan cemerlang?

mengapa perlu ada 'permainan was-was' sedang setiap masa kita mengucapkan penetapan akidah dengan nama Tuhan dan Rasulullah?

banyak soalan yang perlu kita jawab sebelum kita menyatakan atau mengungkapkan kekecewaan...

seseorang manusia itu perlu tahu apa tugas utamanya di dunia ini... kerana tugasan di dunia yang fana ini akan dihisab di kehidupan di akhirat kelak...

hisab yang dilakukan itu tidak akan meninggalkan hatta sedetik masa yang telah kita lalui semasa di dunia ini...

hisab yang kita lalui itu akan membuka setiap episod perjalanan diri kita dan dipertontonkan sebagai janji Tuhan yang amat berkuasa...

sebenarnya tiada istilah kecewa bagi setiap manusia yang beriman...
ianya sekadar intipati atas 'basahan' atas hati yang terlalu kering dari mengingati Tuhan..
manusia itu sentiasa diberi sedikit rasa yang akan 'menjerut' kekuatan palsu diri yang selalu di agung-agungkan... di saat manusia itu lupa asal usul dan Tuhan mereka...

apalah yang hendak dikecewakan.....
perlulah kita kecewa sekiranya kita terlalu 'haprak' sebelum ini dan menyesali kesilapan lampau...

jika hendak diikutkan kekecewaan.... Tuhanlah yang patut kecewa dengan segala sikap hamba-hambaNya yang engkar dan merasakan dirinya sudah cukup... lalu enggan sujud serta bersyukur dengan nikmat serta pemberian Tuhan...

namun Maha Suci Allah, Tuhan yang tidak berkehendakkan apa-apa dari hambaNYa... firman-firman Tuhan cukup jelas.... amar maaruf, nahi mungkar.... buat baik dan tinggalkan kejahatan...

nescaya kekecewaan itu tiada setelah kita meletakkan keredhoan pada awal, tengah dan akhir setiap pergerakan....

insya Allah

wasalam

Friday, February 01, 2008

Kanser.... Ada harapan untuk pulih sepenuhnya...



salam semua....

tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati...

atas dasar di atas.... saya begitu optimis bahawa penyakit kanser boleh diubati dan pesakit mempunyai harapan untuk pulih sepenuhnya...

sebagai pengamal dan pengajar dalam jurusan 'Teknik Penyembuhan Diri @ Self Healing Technique' - Reiki; saya sering 'terdedah' atau bertemu dengan berbagai-bagai jenis 'penyakit' dari yang boleh 'dilihat' sehingga yang 'tidak boleh dilihat dengan mata kasar...

penyakit-penyakit ini ada yang boleh dibuktikan dengan cara saintifik dan tidak kurang juga yang tidak dapat didiagnos dengan segala peralatan canggih makmal dsbnya..

dalam ilmu perubatan sains metafizik yang salah satunya ialah Reiki, penyakit lebih dikenali sebagai satu simptom yang membawa kepada 'kelemahan, kegagalan getaran atom' pada diri seseorang itu...

sebagai salah satu dari 'atom's building block', manusia adalah merupakan kombinasi kompleks tetapi dinamik unsur-unsur atom yang terusan bergetar tanpa hentinya.

kelajuan getaran atom itu bergantung kepada tahap diri seseorang itu dari segi mental, emosional, spiritual dan juga fizikal.

getaran atom yang 'terganggu' akan mengakibatkan simptom-simptom 'sakit' bermula dari elemen mental sehingga mencapai gangguan terhadap elemen fizikal iaitu tubuh badan.

setelah menjalankan kajian yang lebih mendalam, saya bertemu dengan satu kaedah yang ringkas tetapi berkesan dalam menanggani permasalah getaran atom yang terganggu.

atas prinsip; sakit adalah merupakan 'gangguan dalam getaran atom diri', maka untuk mengatasi gangguan ini, seseorang itu perlu mendapatkan pergerakan 'getaran seimbang' atau 'balance of vibration' untuk sihat semula...

contoh 1; seorang yang menghidapi penyakit 'migrain' ; telah berlaku pergerakan atom yang bercelaru di bahagian kepala yang mengakibatkan kestabilan 'sinap' elektrik terganggu lalu mewujudkan medan 'tenaga negatif' akibat getaran songsang atau kelemahan frekuensi atom pada lokasi kepala.

contoh 2; seorang yang menghidapi penyakit 'kanser' ; telah wujud medan 'tenaga negatif' yang berkumpul di kawasan tertentu dalam satu-satu tempoh tertentu tanpa disedari oleh si pengidap hingga saat-saat akhir oleh kerana medan tenaga negatif ini telah bertindak memberi 'signal palsu' kepada otak yang merakam isyarat dan memproses aliran 'sinap' yang rendah kepada lokasi tersebut.

atas prinsip, getaran tenaga tinggi akan menghasilkan pergerakan dan kestabilan atom yang positif, maka apa sahaja penyakit yang dihidapi boleh sembuh dengan cara menyalurkan tenaga berfrekuensi tinggi untuk menyelaras semula pergerakan dan getaran atom pada tubuh seseorang itu...

prinsip-prinsip dan formula ini telah saya muatkan di dalam Light Vibration Theraphy atau Terapi Getaran Cahaya atau LVT yang boleh dipelajari dan diamalkan oleh semua...

ianya sangat mudah... hanya memerlukan penumpuan dan keyakinan dalam diri untuk menguasainya...

insya Allah, bukan sahaja kanser... apa sahaja penyakit boleh dibantu...kecuali mati...

wasalam

Al-Fatihah untuk mereka...

sedang saya melunaskan tugasan untuk satu program di klang... saya menerima berita akan keberangkatan pulang kerahmatullah dua insan yang terkenal di tanah air...

seorangnya ialah seorang ulama' dan bekas mufti selangor darul ehsan, Dato'Ishak Baharom...


dan seorang lagi ialah 'pakar' penulis lirik tanahair, saudara Rosli Khamis a.k.a Loloq...


persamaan mereka ialah...'kematian' mereka adalah berpunca dari 'otak'... pendarahan otak...
simpati bagi keluarga mereka...

mudah-mudahan mereka dicucuri rahmat dan inayah dari Ilahi...

wasalam

buat semua 'trainer' Northport...syabas & tahniah...

salam semua...

saya diberi kesempatan untuk bersama warga-warga Northport untuk satu program 'Train The Trainer' pada 30 & 31 Jan lepas...

sangat mengujakan...
semuanya hebat-hebat belaka dan sangat berpengalaman...


menunggu keretapi cargo melintas..dlm perjalanan ke lokasi


melontar pandangan ke arah 'selat melaka' dari wakaf lokasi training...


'the highly energetic & commited trainer - mr. ali'


'mr. nasa - the flamboyant trainer...'


'mr. faiz - the 'goal getter' trainer...'


'mr. vicky - the 'nice guy' trainer..'


'the CT1 11kv crane...from distance...


'the rambo group...mr. wahab, mr. ismail, mr. hasnan, mr. rosli & mr. vicky..'


'mr. 'george', mr. faiz, captain, cik raja, linda, rosmah '


'yeop & rakan-rakan...khusyuk....'


'our captain try to 'unlock' the code...'

buat semua, doa saya tuan-tuan & puan-puan terus hebat!!

selamat 'Hari Wilayah'...




buat semua warga wilayah persekutuan; kl, putrajaya & labuan...

orang-orang yang bukan wilayah... :-) mengucapkan selamat hari wilayah buat anda semua...
selamat berehat dan jangan keluar 'shopping'..nanti jalan jem pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails