Friday, October 20, 2006

Heeppi Deepavali





buat semua murid saya, rakan saya serta rakyat Malaysia yang berbangsa India, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Heppi Deepavali buat anda semua...

semoga anda mendapat hidayah dan petunjukNYA.... serta melakukan perubahan diri dari biasa kepada luar biasa dan dari ok kepada hebat...

regards

Tuesday, October 17, 2006

Air Yang Paling Bertenaga



salam....

saya kira-kira ramai antara kita yang telah melihat foto di atas...
kalau tak pernah lihat pun, sudah tentu kita sudah menelan dan merasainya...

foto tersebut ialah foto molekul air zam-zam....

cantik bukan?... yes... ianya ibarat permata yang tinggi mutunya...

air zam-zam mempunyai 'tenaga' yang amat tinggi berbanding air-air tenaga biasa...
ada juga yang cuba 'mengklon' tenaga air zam-zam dengan cara merekod 'frekuensi' air zam-zam dengan mesin khas namun apabila proses pengklonan dilakukan, hasilnya tidaklah serupa....

ingat lagi kisah air zam-zam?.... bagaimana Nabi Allah Ismail di tinggalkan di tengah padang pasir bersama ibunya, dan dengan 'henjakkan' tumit kaki Nabi Allah Ismail maka terpancarlah air dari tanah yang gersang itu.... dan tidaklah air itu kering sehingga kiamat...walaupun pernah tertimbus telaganya dan dijumpai semula oleh Abdul Mutalib....

apa hikmahnya?....

betapa istimewanya hamba-hamba Allah yang bertaqwa...
betapa istimewanya hamba-hamba Allah yang beriman....
betapa istimewanya hamba-hamba Allah yang dengar & patuh...
betapa istimewanya hamba-hamba Allah yang sabar...

bagaimana dengan air yg kita minum seharian?....

jgn sesekali lupa menyebut nama Allah (Basmallah..)...
dan ketahuilah...dengan menyebut Basmallah itu.... kita secara lansung memberi tenaga yg tinggi kepada air tersebut..... yes we are energizing the water....

dan ingat jgn sesekali mengucap perkataan yg teruk-teruk di hadapan makanan... kerana tanpa kita sedari, kita memberi 'energy yg negatif' kepada makan tersebut dan kita memakannya.....

dari segi sains...memang tidak dapat pembuktian kerana wujud sempadan kefahaman..namun dari segi iman (sains fizik).... alam ini penug dengan tenaga... warna juga mempunyai tenaga..... dan perkataan yg keluar dari mulut kita juga turut mempunyai tenaga dalam frekuensi menurut pertuturan kita....

so?.... kena jaga mulut......sebut perkara yg baik belaka... minum & makan benda yg bertenaga Basmallah.... (insya Allah sihat dan dihindari dari penyakit-penyakit terutamanya kanser.....)

wasalam....

Monday, October 16, 2006

Malam Al-Qadar....

meniti usia yang menjangkau beberapa dekad
kalau dah 20 dekad.... lebih kurang 10 kali bertemu Ramadhan...
kalau dah 30 dekad.... lebih kurang 20 kali menempuh Ramadhan...
kalau dah 40 dekad.... lebih kurang 30 kali meredah Ramadhan...

berapa kali agaknya kita bertemu Al-Qadar pada malam-malam 10 itu?
berapa ratus malah ribu kali agaknya kita ulang dengar cerita Al-Qadar itu?
berapa banyak kali agaknya kita menyampai cerita Al-Qadar itu seperti 'parot'?
berapa kali sahaja agaknya kita berjaga sebenar-benar jaga....

pelik memang pelik....
di suruh berjaga hanya 10 malam terakhir Ramadhan...
bukannya keseluruhan malam-malam Ramadhan...
itupun masih 'fail' dan 'hanyut' diulit akan seronok 'mati sementara' itu...

agaknya tak penting lagi malam Qadar itu kerana bosan dengan cerita pohon kelapanya
agaknya tak mustahak sangat berbanding kecantikan sarung sofa atau langsir baru
agaknya tak kisah sangat dan ghairahnya tak sama dgn E.P.L...
agaknya pedulikanlah.... bukan boleh jumpa pun...banyak dosa katanya....

apa 'significant'nya malam Qadar ini pada businessman?
apa wajarnya malam Qadar ini pada sepasang suami isteri yang baru bernikah?
apa perlunya malam Qadar ini pada seorang peniaga bazar Ramadhan?
apa mestinya malam Qadar ini pada seorang pengambil upah menjahit baju raya?

katanya malam ini baiknya menyamai 1000 bulan amalan....
itupun jika kita beramal...
jika tidak, hanya dapat amalan 1000 bulan mengantung langsir
atau 1000 bulan tubuh berkerekot tidur keenakan...

payahkan nak bangun malam....
payahnya tidak sepayah bangun untuk sesuatu keseronokan dunia...
payahnya tidak sepayah bangun buang air kecil kerana penyakit 'kencing manis'
payahnya tidak sepayah terjaga malam dan sambung tidur balik....

begitulah cerita malam Al-Qadar ini...
ianya cukup istimewa kerana 'nilainya' tidak terhisab...
iannya cukup istimewa kerana 'ia hadiah kepada 'mukminin'...
ianya cukup istimewa buat umat Muhammmad sebagimana Isra' Mikraj' Baginda...

tetapi kita tak mahu...
tetapi kita entahlah...segan kut...
tetapi kita melarikan diri dari anugerah itu..
tetapi kita memang tak mahukannya...

bukan mudah tapi tidak mustahil....
kerana itu janji Allah yang Maha Benar...
bukan susah tapi insya Allah...
jika mukmin itu benar-benar mukmin...

berjagalah....
pada malam-malam ganjil sepul yg terakhir...
lepas ibadah khusus sekadarnya tetapi ikhlas...
keluarlah ke lapangan....tatkala alam menjadi sepi & sunyi...

dongaklah kelangit....
saksikanlah kebesaran Ilahi...
mungkin anda akan mendapat 'bonus'....
diangkat melepasi 7 lapis langit...

atau mungkin singgah di lapisan-lapisan tertentu...
melihat janji-janji Allah dengan mata sendiri...
tetapi semua yang dilihat akan menjadi bahan ketawa...
oleh manusia di bawah sana.....

kerna mereka hanya buih-buih yang sedang cuba...
menjadi intan permata di dalam selut...
terus 'menyamak' diri yang penuh dengan kayap nista...
dengan 'air tanah' asal kejadian...

Malam Al-Qadar....
aku tetap menantimu...
sama seperti tahun-tahun yang lalu...
insya Allah kita bertemu lagi tahun ini...

wasalam

desakaloiuluyambaru
16oktober06

Tahniah Buat Reiki Graduates : 14 October 2006


salam buat Graduan Reiki Level 1 yang telah mengikuti kursus pada 14 Oktober 2006 yang lalu...

harapan saya, ilmu yang dipelajari itu dipraktikkan dengan penuh istiqomah dan keyakinan tinggi terhadap Allah Az Za Wa Jalla...

insya Allah... bertemu lagi di Kursus Level 2....selepas raya...

ingat..: praktis & praktis....sebab praktis 'makes perfect'...

wasalam....

p/s sekali lagi saya 'tak ingat lansung' nak 'ketik' gambar..... agaknya terlalu khusyuk berkongsi ilmu dan sudah tentu ada hikmahnya yang tersembunyi...

Saturday, October 14, 2006

Bersama Warga Mahkamah : Sikap Kerja Positif...





salam semua...

hari khamis lepas saya bersama-sama warga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk satu sesi tenaga tinggi berjudul 'Sikap Kerja Positif'...

Semua mereka hebat-hebat & positif....insya Allah...

syukran jazilan pada nit & boss nyer..

jumpa lagi lepas raya utk satu lagi sesi insya Allah...

Wednesday, October 11, 2006

Jerebu Oh Jerebu......




salam jerebu buat semua.....

masuk hari ni, dah beberapa hari negara kita diserang oleh jerebu-jerebu yang datang menunggang angin...

isnin lalu, suasana jerebu bagaikan salji nak turun sahaja.. begitu gelap sekali dan pandangan hanya sekadar 500 meter....

hujan yang turun juga tidak menentu.... kalau turun pun tidak sekata dan hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa dan kenapa....

meneropong ke negara jiran.... pergh..suasana di kalimantan begitu hebat sekali... rasanya ini kali pertama mereka mengalami sendiri pengalaman 'berjerebu' kerana tahun-tahun yang lepas mereka hanya 'mengeksport'nya sahaja ke negara jiran....

tekak sakit, mata perit, hidung tersumbat dsbnya... diri jadi stress dan puasa menjadi mencabar kerana kepanasan matahari di'blend' dengan asap kereta atau karbon monoksida dan kita tumpang menghidunya bersama oksijen percuma kurniaan Allah....

so?.... pakailah topeng....(walau tak berapa membantu namun at least adalah sikit sekatan asap utk masuk kehidung.... dan dada tak lah berat dan paru-paru tak tersumbat....

pening-pening tu masalah biasa sebab 'fluctuation of universal life force energy' yang bermarginkan julat yg besar sedang berlaku....namun 'balancing act menerusi breathing exercise' di rumah waktu subuh dan dinihari akan dapat membantu kita 'stabil' dengan faktor alam sekitar.....

jangan makan panadol atau uphamol banyak sangat.... sebab boleh jadi 'overdose' kerana mungkin sebenarnya awak hanya perlukan penambahan beberapa gelas air 'kosong' untuk mengisi balik 79% kandungan air dalam badan agar sistem tubuh boleh berfungsi dengan baik....

apapun..... kurang 13 hari lagi kita akan menyambut Aidil Fitri.....

mmmmm.... jgn jadi Minal Aidil Wal Faizin Al Jerebu sudahlah......

adios....

Monday, October 09, 2006

Apa dan Kenapa mesti Reiki ?


salam buat semua....

mula-mula nak cerita apa itu Reiki?...
dalam posting yang lepas saya ada ceritakan perihal Reiki...

kali ni saya nak tambah beberapa perkara atau ulang sikit apa yang dah dinyatakan pada posting yang lepas pasal Reiki ini...

Reiki....??? Reiki adalah kaedah Rawatan Suplementari atau Alternatif...

Reiki terkenal di negara Barat terutamanya di Amerika & Eropah di mana keyakinan masyarakatnya kepada penyembuhan secara semulajadi semakin bercambah dan meningkat di benua sana...

Reiki adalah bahasa Jepun yang bermaksud atau membawa erti Tenaga Alam Semula Jadi..

Reiki semakin terkenal kerana tekniknya yang ringkas tetapi mempunyai kesan yang baik malah menakjubkan... sekadar contoh; Reiki telah digunakan untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti migrain, senggugut, stress, sakit dada, jantung, darah tinggi, kencing manis sehinggalah kepada kanser dan parkinson....

Kaedahnya yang ringkas iaitu berkonsepkan positif vibration atau energy akan menggantikan tempat negative energy pada sistem tubuh badan memanglah mengundang pelbagai persoalan namun, namun setelah para pesakit dan pengamal merasai sendiri kesan-kesan yang bersifat nyata maka Reiki bukanlah sesuatu yang boleh ditolak ketepi begitu sahaja...

Penumpuan kepada 7 poin penerimaan Tenaga pada tubuh badan iaitu di ubun-ubun, antara kening, tekak, dada, perut, kelamin dan dasar tubuh badan.... di mana apabila berlaku 'blockage' kepada mana-mana satu poin tersebut akan menghasilkan ketidak seimbangan kepada sistem tubuh badan seseorang itu....

Samalah contohnya mengapa kita mengambil wudhu'... air adalah pengalir tenaga yang baik dan bulu roma adalah 'antena' penerima tenaga tersebut.... dan ramai yang tidak menyedari bahawa setiap kali masuk waktu solat, ketika itulah perubahan tenaga alam semulajadi berlaku dan kita perlu menyegerakan solat di awal waktu untuk mendapat tenaga awal yang sudah entu mempunyai frekuensi yang tinggi....

begitulah serba sedikit perihal Reiki... dan

kenapa mesti Reiki?

Kerana Reiki terlalu mudah, ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur serta tidak mengira jantina....

Juga kerana Reiki hanya mengutamakan 'Kasih sayang tanpa syarat dalam setiap kaedahnya'... kata orang Ingeris 'Unconditional Love'.... dan dalam Agama Islam...'Tidak sempurna Iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'....

Cuba fikirkan, bagaimana mungkin kita boleh membantu seseorang itu dengan baik jika kita tidak kasih dan sayang kepadanya? jika kita masih ada sifat-sifat mazmumah...?

Cuba fikirkan, bagaimana kita boleh menyalurkan tenaga Reiki dengan sempurna dan baik sekiranya kita masih penuh dengan sifat marah, riak, sombong, takbur, tamak , kedekut dsbnya....?

Begitulah Reiki......Walaupun ianya berasal dari Negeri Jepun namun 'nilai-nilai' Islam yang Universal ada di dalamnya... dan Reiki bukanlah fahaman agama atau sebagainya... ianya hanya kasih sayang...

Mengamalkannya terlalu mudah.....tanpa sebarang 'mantra' dan 'syarat-syarat yang memeningkan'... kecuali senaman pernafasan yang dapat meningkatkan tenaga dalaman diri, kesabaran, mengawal kemarahan, menaikkan seri muka, bersikap positif....

Ramai yang tidak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila mereka mula merasakan wujudnya 'aliran tenaga di tapak tangan mereka'....setelah menghadiri Kursus Reiki dan secara otomatik menjadi Pengamal Reiki @ Reiki Practitioner untuk kegunaan sendiri atau membantu orang sekeliling....

Anda berminat?....Alhamdulillah...

Percayalah...ilmu Allah itu jika hendak ditulis, nescaya tidak cukup lautan jika hendak dijadikan dakwat....dan tidak cukup pokok kayu jika mahu dijadikan pena...

Ingatlah, kita diseru agar menuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina.... dan menuntut ilmu itu satu fardhu ke atas umat islam....

(teringat dokumentari Syahadah di TV1 setiap petang bulan Ramadahn ini.... betapa terdapat 21 juta rakyat Cina yang beragama Islam..... dan tersentuh jiwa apabila melihat makam sahabat Rasulullah yang menyahut sunnah Baginda dalam berdakwah, menuntut ilmu dan berjihad...., Saad Abi Waqqas...di negeri Cina....)

Jumpa lagi...

wasalam

Sunday, October 08, 2006

Kursus Reiki Level 1 - Siri 2 (Sabtu 14 Oktober 2006)



Atas permintaan beberapa rakan dan peminat Reiki yang tidak dapat mengikuti kurus pada 7 Oktober 2006 yang lalu, maka saya akan menganjurkan sekali lagi Kursus Reiki Level 1 pada 14 Oktober 2006.

Lokasi dan waktu kursus adalah sama iaitu, di Bilik Latihan 14B, Jalan 2/21D, Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dan kursus akan bermula dari jam 9.00 pagi dan insya Allah tamat pada 2.30 petang.

Peta Lokasi ada di bawah sana dan sila hubungi saya dengan segera jika ada yang berminat untuk memudahkan urusan penyediaan susun atur bilik latihan, manual, sijil dan sebagainya.

Yuran yang dikenakan masih tetap pada harga diskaun iaitu RM100.00 seorang.

Wasalam

p/s …dan bagi yang sudah memiliki lulusan Level 1 dan berminat untuk meneruskan penguasaan dalam ilmu Reiki ini, saya akan menganjurkan kursus Reiki Level 2 (Long Distance Healing) selepas hari raya nanti. Inysa Allah saya akan umumkan tarikhnya setelah semua perkara yang berkaitan diambil kira.

Tahniah Buat Reiki Graduates : 7 October 2006



TAHNIAH saya ucapkan buat para Lulusan Kurus ReiKi Level 1 pada 7 October 2006 yang lalu.

Saya percaya anda semua memang hebat dan akan dapat me ‘manafaat’ kan ilmu yang dipelajari dengan sikap istiqomah yang tinggi, keyakinan yang bulat , keikhlasan yang tulus serta penuh rasa kasih sayang.

Sebagai Pengamal Ilmu Reiki @ Reiki Practitioner, anda sudah tentu akan terus menerima Tenaga Alam Semula Jadi pada setiap masa dan ketika tanpa mengira apa jua situasi anda.

Lontarkan jauh rasa rendah diri yang ada selama ini dan yakinlah setiap insan itu berhak dikasihi dan mengasihi Penciptanya.

Sepertimana yang saya katakan, hubungan kita dengan Allah ialah ibarat mata hitam dan mata putih, jauh tidak berperantara…dekat tidak bersatu., begitulah…..

Namun sebagai hambanya yang istimewa, selalulah kita ‘berbicara’ dengan Pencipta kita, agar mesra dan dapat merasa kemanisan cinta pada Allah itu.

Juga jangan lupa, selagi kita berada di jalan yang benar, percayalah Allah dan Rasul akan sentiasa bersama kita, insya Allah….

Ingat dalam surah Al-Baqarah : 286….’Tidak AKU uji seorang itu selain dengan kesanggupannya’ ….

Satu ayat yang menjadi bukti betapa kita boleh merentasi setiap halangan yang menimpa, kita boleh menghadapi setiap ujian yang melanda dan paling penting…ayat itu menunjukkan bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan setiap kesanggupan dan kekuatan apa yang ada pada diri hambaNYA….

Yakinlah.....

TAHNIAH sekali lagi…

Wasalam

Thursday, October 05, 2006

KURSUS REIKI 7/10/06 - LOKASI MUKTAMAD

Salam buat semua bakal 'Reiki Practitioner'....

Lokasi Kursus telah 'dianjakkan' dari MidValley ke Medan Idaman, Jln. Gombak, KL.

Lokasi terbaru ialah di 14B, Jalan 2/21D, Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Insya Allah, Kursus akan bermula seawal jam 9.oo pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 016-206 7469.

Wasalam

Nak Berubah....Berubahlah Sekarang....



‘Mind Set Change’ atau ‘Mind Set Attunement’ atau ‘Paradigm Shift’ atau ‘Anjakan Paradigma’ atau ‘Perubahan Minda’ atau ‘Penyelarasan Minda’ adalah istilah-istilah yang sering diutarakan dari gerai kopi jantan bawah pokok di Jerlun, Kedah sehinggalah ke Coffee House di Danga Bay.

Siapa yang patut kena ‘Mind Set’ tunning tu?

Selalunya ‘pejuang-pejuang’ kedai kopi akan sibuk menceritakan peripasal para orang sekeliling yang perlu kepada ‘mind set change’ itu…. Dan para ‘pemabuk’ cappuccino coffee house akan berhujah betapa bangsanya pelukan ‘paradigm shift’ itu untuk berjaya…

Tidak kiralah siapa yang berbicara pasal mindset atau paradigm shift itu…yang penting kita tahu tak apa dia yang dimaksudkan oleh ‘Mind Set Change’ atau ‘Paradigm Shift’ itu?

Ianya berkisar dalam daerah ‘perubahan’ seseorang manusia itu dari tak baik kepada baik, dari baik kepada ok, dari ok kepada cemerlang, dari cemerlang kepada hebat dsbnya….

Untuk berubah atau melakukan sebarang perubahan, perkara asas selain daripada niat untuk berubah itu tadi, ialah melakukan perubahan minda… melakukan perubahan kepada cara berfikir, cara menganalisa sesuatu perkara, cara menyelesaikan sesuatu isu dsbnya….

Benar, asas kepada satu-satu perubahan ialah niat… niat yang baik, mulus serta paling penting ikhlas menjadi kekuatan utama untuk berubah. Niat tersebut akan memberi ‘signal’ kepada minda yang akan memikirkan ‘pelan-pelan perancangan’ serta menghantar isyarat kepada seluruh anggota akan tindakan-tindakan yang akan diambil.

Sebab itu dalam sesuatu perubahan yang berjaya, berlaku keseiringan antara niat, cara berfikir, lafaz dan perbuatan dan saya tambah satu lagi iaitu Doa…. Jadi formula perubahan atau mind set change atau paradigm shift ialah…

1) Niat yang ikhlas
2) Daya Fikiran yang hebat
3) Lafaz dan perbuatan yang benar
4) Doa yang tulus serta fokus

4 perkara tersebut ialah asas kepada perubahan dan ianya ada pada diri kita dan bukannya ada pada pihak ketiga, keempat, kelima dsbnya…. Maknanya diri kitalah sebenarnya yang berkuasa ke atas perubahan yang akan diambil… bukan terpaksa bergantung kepada orang lain….

Begitulah kira-kiranya….. macam ikan yang bertahun di lautan dalam, di pukat dan bawa ke darat, isinya masih tawar dan bukannya masin….terpaksalah kita letak sedikit garam untuk ‘ada rasa’….

Moralnya… kalau kita nak berubah, usahlah peduli dengan orang lain…. ‘we decide what we are going to be….’ Dan ingat….berubahlah untuk kebaikan diri…..dan jika itu berlaku, insya Allah orang sekitaran juga turut menumpang akan perubahan baik itu….

Dan selalunya, waktu bulan Ramadhanlah ramai yang melakukan perubahan… sebab?... sebab bulan ni ramai yang ‘insaf’ dan ‘jurus-jurus belaka’….tetiba datang pula keinsafan di dada…… begitulah hebatnya kekuasaan Allah Azza Wa Jalla…..

wasalam

Tuesday, October 03, 2006

Ana Abdul Ana Miskin...



salam...

sewaktu Rasulullah berhenti di Masjidil Aqsa ketika dalam perjalanan ke Sidratul Muntaha... Baginda bertemu Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Isa & Nabi Musa.... dan Baginda mengimami solat di situ.....

Sewaktu Rasulullah di susui oleh Halimatus Saadiah..... beliau di datangi oleh dua orang yang dengan tugas 'mencuci' hati Baginda dan peristiwa itu di rahsiakan oleh Halimatus Saadiah sehinggalah sewaktu mahu memulangkan Rasulullah kepada Siti Aminah....

Di Luh Hul Mahfuz... Baginda di tanya siapakah Baginda di sisi Allah??... dan dalam masa yg sama semua Nabi & Rasul Ulul Azmi menjawab 'Ana RuhulLah', 'Ana Kalamullah', 'Ana Khalilullah'..... Rasulullah di tanya lagi siapa kamu?... dengan rasa rendah diri...Baginda menjawab.... 'Ana Abdul Ana Miskin'..ataupun 'Saya Hamba dan Saya tidak mempunyai Apa-apa....'..

Allah lantas berfirman..."La...."... anta "Habibullah....."... Kamu ialah Kekasih Allah....

Begitu hebat 'title' seorang insan yang bernama Muhammad di sisi Allah.....

Kita?... Kekasih Allah atau Sekutu Allah???....
Fikir-fikirkanlah....moga mendapat ilmu dan menjadi pengetahuan....

wallah hu aklam...

Monday, October 02, 2006

Ramadhan Oh Ramadhan...



Ramadhan Oh Ramadhan

Ramadhan kali ini begitu indah sekali
Indahnya pada ketibaan yang tiada ku bersedia
Sudah ku renung berkali-kali
Mencari makna bersedia atau tidak itu

Di ufuk barat berhampiran kiblat kami
Sebuah Watan diserang Yahudi
35 ribu laskar bintang enam
Merobek 1,500 nyawa hamba Tuhan

Di ufuk utara negaraku
Menyaksikan seorang diktator moden tersungkur
Meninggalkan Negara bergelar ‘Gajah Putih’
Membawa lari harta 50 billion

Di ufuk timur sudut matahari terbit
Menteri Perdana Nipon menyerah kuasa
Menjadi menteri paling popolar
Ketika lahir seorang waris jantan Maharajanya

Di ufuk selatan sedikit dari Negara Singa
Negara Sukarno dengan Panca Sila nya
Masih menanti kelahiranseorang Ulama ternama
Kalau boleh lah… mahunya sehebat HAMKA

Di Negara ku….Keadaan masih terkawal
‘Bulan Puasa’ di sini macam dulu-dulu juga
Mat Rempit & Minah Rempit masih camtu juga
Dalam pada ketika gula menjadi emas

Di Forum Tuah tempat ku singgahi sesekali
Suasananya sedikit ‘tenang’ dan terkawal
Mungkin kerana ‘syaitan’ yang ditambat
Atau kerana penumpuan kepada ibadat

Di celah seribu kisah keluarga & percintaan
Semua berjiwa ikhlas tetapi berlainan warna kehidupan
Berbagai cara tetapi sering mengundang erti yang salah
Apapun ianya terkawal dengan niat yang satu

Di Forum Masjid yang sering ku lewati
Rancak cerita tiba-tiba berlaku
Mungkin kerana ‘syaitan’ yang juga ditambat
Atau kerana hati terpanggil membuat pahala

Di celah berbagai kisah akhirat
Tetap ada selitan undangan untuk kaya raya
Baguslah kalau boleh mimbina umat
Bukan hanya puncak pyramid yang berupaya

Di Madinah 1400 tahun dahulu
Aku diberitahu ada satu peperangan yang berlaku
Berlaku dalam bulan Ramadhan juga
Bilamana berbukanya mujahid dengan seketul kurma sahaja

Seketul kurma dengan syarat tidak boleh digigit
Hanya boleh dihisap sedikit dengan begilir-gilir
Sehinggalah kekenyangan semua mereka
Berkat doa Kekasih Allah

Di Makkah 1400 tahun dahulu
Seorang ‘ummi’ yang Al-Amin menjadi Rasul
Ditolak mentah-mentah oleh sanak saudara
Hanya isteri kesayangan menerima dengan setia

Al-Amin bergelar Rasulullah
Menerima Kalam menerusi Jibrail a.s
Tiba-tiba kunjungan Jibrail terhenti 48 purnama
Hati Rasul sedih tidak terkira

Rupanya hadiah menanti si sabar
Yang terus berdakwah dengan istiqomah
Walau jiwa sebak dan syahdu
Keyakinan mengatasi segala perasaan

Isra’ & Mikraj menjadi penawar
Buat Kekasih Allah yang penyayang
Hadiah solat menjadi habuan & kegembiraan
Rupanya ia amat berat buat umatnya

Kata UrangLAMA solat tiang agama
Katanya lagi ‘It ta qul lah’ itu takut kepada Allah
Ada pula yang berkata itu ‘taat’ kepada Allah
Ada juga berkata itu ‘ingat’ kepada Allah

Sudah 1400 kali umat menjalani ibadah ‘syiam’
Maknanya 1400 kali umat meredah Ramadhan
Jadi 1400 kali datangnya malam Ganjil itu
Siapa yang bertuah pasti mengetahui

Tinggal kurang lebih 20 hari lagi Ramadhan
Malam-malam masih seperti dulu juga
Langit cerah awan berkepul-kepul
Terang bulan menyinari alam

Masihkah kita sibuk dengan fana ini?
Atau sudah bersedia untuk barzah dan akhirat?
Atau masih mencari-cari siapa diri?
Ataupun menanti 1,000 bulan percuma itu?

Ramadhan kali ini begitu indah sekali
Indahnya pada ketibaan yang tiada ku bersedia
Sudah ku renung berkali-kali
Rupanya tidak bersediaku itu ialah sudah sedia…


desakaloiuluyambaru
oktober22006

Friday, September 29, 2006

Redho atau 'Terpaksa' Redho??

Salam Semua…

Sedar tak sedar, sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini….. seperti yang kita tahu, Rejab ialah bulan Allah, Sya’aban ialah bulan Rasulullah dan Ramadhan ialah bulan umat Islam….

Dan anugerah istimewa Allah buat umat Islam dan HambaNYA pada bulan Ramadhan ini ialah terdapat satu malam pada 10 malam terakhir yang padanya kegandaan ibadah selama 1000 bulan….insya Allah….

Terpanggil untuk membicarakan perihal ‘redho’…..

Apa sebenarnya redho bagi kita?

Adakah redho itu maknanya kita menerima dan menyerah segala-galanya kepada Allah setelah tidak mampu atau tidak terdaya lagi untuk melakukan sesuatu terutamanya dalam hidup…. Dan dalam masa yang sama, kita menanti satu ‘miracle’ akan berlaku….???? Adakah itu istilah atau makna redho bagi kita????

Hidup kita ini sudah tentunya mendambakan keredhoan Allah semata-mata dan tidak lebih atau tidak kurang dari itu….

Tiada gunanya suami yang kacak, isteri yg cantik, anak yang cerdik, harta yang bertambun, kereta yang menjalar sekiranya kehidupan atau diri kita tidak mendapat keredhoan Allah s.w.t….

Tiada gunanya segala apa yang kita kecapi tanpa keredhoan Allah….

Untuk mendapat redho Allah, kita terlebih dahulu wajib redho dengan apa yang kita lakukan, apa yg kita hadapi dan apa yg kita alami…..

Memang payah untuk kita mendapat redho dan memang payah untuk kita redho sekiranya ianya ada melibatkab kepentingan diri kita sendiri….

Ya…. Redho ini selalu kita ungkit dalam satu-satu perkara yang kita sudah sampai ke tembuk atau tersepit…. Dan jarang kita kaitkan redho ini dengan kesenangan yang Allah kurniakan… kerana sebagai cth. Apabila kita mendapat 1,000 ringgit atau 10,000 ringgit atau 100,000 ringgit atau 1,000,000 ringgit keuntungan…adakah kita redho??? Kita jadi takut untuk redho kerana takut tidak akan dapat lagi keuntungan sebegitu dan kita yg sentiasa diselaputi mainan nafsu…akan merasakan payah atau takut untuk mengucapkan keredhoan kepada Allah…. Sedangkan kita tahu, apabila kita redho dengan seikhlas hati, maka Allah akan meredhoi seluruhnya insya Allah…..

Begitulah cerita redho sedikit sebanyak…..

Redho juga ada kaitan dengan keyakinan…. Keimanan…. Kepercayaan…..

Dikatakan di atas pintu Luh Hul Mahfuz…. Terdapat ayat bergantungan di atasnya yang lebih kurang bermaksud “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu PesuruhNYA”…..

Sejauh mana kita ‘naik saksi’??? sedalam mana keyakinan kita?... setebal mana keimanan kita???

Hanya kita sahaja yang mengetahuinya….. selain dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa….

Thursday, September 28, 2006

Khusyuk Dalam Ibadah....


salam semua....

semalam saya bertemu seseorang....

antara bahan perbualannya ialah bagaimana beliau kini tidak lagi dapat merasakan khusyuk dalam solatnya....

diberitakan dulu khusyuk beliau membuatkan solat beliau mengambil masa sehingga 15 minit satu waktu.... pergh..saya pun tidak pernah bersolat lama sedemikian.... ialah masing-masing.....

hingga kita dia masih tidak dapat kembali kekhuyuskkan tersebut dan masaih mengharap....

saya terfikir sejenak.... tidak jauh juga saya memikir... hanya disekitar doa iftitah kita.... sebaik kita laungkan Allah Hu Akhbar dalam solat kita akan terus membaca doa iftitah.....

"in nas solati.... wa nu suki..... wa mah ya ya.... wa mam ma ti.... lillah hi rob bil alamin....."....

ianya ikrar kita tentang solat, ibadah, hidup & mati kita hanyalah kerana Allah Ta Ala.....

tentang solat, hidup & mati itu...oklah....

saya suka fokus pada 'wa nu su ki'..... ibadahku......

apa itu ibadah?.... kahwin ibadah ker?.... yes of coz...!! kerja ibadah ker?...of coz!!!.... main bola ibadah ker??....yup of coz.... memasak ibadah ker???...yup mesti.... belajar ibadah ker?....lagilah.... main kutu, baca buku, mengemas rumah, sidai kain, gosok baju.... segala-galanya ibadah sekiranya....kita melakukan semua itu dengan niat "kerana Allah Ta Ala...atau Lillah Hi Rob Bil Alamin...."...

jgn lupa niat.... jgn sesekali lupa niat.... apabila ada alas niat itu...segala perbuatan insya Allah dipermudahkan..... dan perbuatan itu akan kita lakukan tanpa was-was atau ada bisikan-bisikan syaitan.....

ingat.... kekhusyukan bukan sahaja boleh atau harus kita alami semasa solat sahaja.... anda membaca dan membaca kerana Allah dan begitu asyik sekali....yesss..anda sedang khusyuk melakukan ibadah kepadaNYA.....

anda memasak dan melakukan kerana Allah dan memasak dengan tertib, menjaga kebersihan dsbnya...anda sedang khusyuk melakukan ibadah kepadaNYA....

ingat...jgn sempitkan fikiran kita.... kerana Islam ialah Jalan Hidup.... kita biasa dengar dulu-dulu....Islam Is The Way Of Life.... thats it!!!!.....think big!!!

ingat... solat ku, ibadah ku.... hidup ku....mati ku......

LILLAH HI ROBBIL ALAMEEN....

wasalam....

Tuesday, September 26, 2006

Membersih Hati Mengemas Diri.....


Salam…

Marilah kita sama-sama membersihkanlah hati yang mengbungkam rasa dendam, marah, hasad, dengki, sakit hati, iri hati, malas, tamak, haloba, riak, sombong, takbur dan yang seiring dengannya di kesempatan kita ‘memalui’ bulan penuh keberkatan ini…..

Nak mula di mana yer?.... mulalah di hati dahulu kerana segala sifat-sifat itu terletak dihati kita…..

Nak mula bagaimana yer?..... bermulalah apabila timbul sahaja niat dihati dan laksanakanlah segera dalam masa 48 jam dari timbulnya niat tadi…..

Nak mula bila masa?......mulakanlah di waktu dinihari dengan solat taubat 2 rakaat…..zikir-zikir taubat seperti ‘astaufirullah hal azeem….’ Atau ‘astaufirullaha innallah ha kanatau wa ba….’….. buatlah paling minimum 1000x…. lafazlah serentak dengan turun naik nafas….

Azamlah untuk melakukan solat taubat itu setiap malam…… insya Allah…. Dengan izin Allah…..bersihlah hati kita dari sifat-sifat mazmumah tersebut….

Hati yang bersih akan menghasilkan ‘Aura’ atau medan elektrik statik yang mengelilingi seluruh tubuh badan. Setakat fitnah, seranah atau sebagainya yang ditujukan kepada kita, jika Aura kita setebal 2 - 3 kaki, sudah cukup untuk mempertahankan diri kita dari apa ‘tenaga negetif’ yang sampai….

Dan janganlah kita lupa, ‘Qalbu Mukminun Baitillah’ = ‘Hati Orang Beriman itu Rumah Allah’…..

Kalau hati kita cantik, tulus, mulus & suci….. nescaya jadilah ia Rumah Allah…. Dan sudah tentu jika hati kita malap, gelap, kotor…..nescaya jadilah ia rumah syaitan…… dan penuh dengan nafsu-nafsi…..

Segala-galanya adalah dari hati…. Dan ingat… hati adalah Raja……di dalam tubuh kita…. Jangan sampai biarkan nafsu menguasai diri…. Kerana nafsu hanya boleh dijinakkan setelah 1000 tahun dikurung tanpa makanan dan tidak dengan membakarnya di api neraka……

Wasalam

Monday, September 25, 2006

REIKI Level 1 - Apa Manafaatnya...???


salam buat semua....

saya ditanya tentang apa lagi menafaatnya menjadi pengamal ilmu Reiki.... jadi jawapannya ialah seperti berikut, dengan ilmu Reiki level 1, kita akan mendapat beberapa menafaat seperti;

1. menenangkan fikiran yang serabut melalui meditasi ringkas...

2. menenangkan orang yang tersayang yang mungkin marah & tidak tenang....melalui penyaluran tenaga positif...

3. 'menjinak'kan anak-anak yang 'liar'... dengan membuang 'getaran negatif' atau negative vibes....

4. memberi caj-caj positif kepada persekitaran terutamanya rumah kediaman...

5. mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan berumahtangga....

6. mewujudkan 'aura' positif pada diri kita....

7. me'nyah' cas kan tenaga negatif dari diri, isteri @ suami dan anak-anak.... sekali gus meningkatkan kasih sayang sesama pasangan & zuriat....

8. melancarkan aliran darah dengan sempurna...

9. 'memecah' halangan @ blockage yang berlaku di point-point kemasukan tenaga dalam diri....

10. meningkatkan kecerahan wajah....

wasalam

Menurun Ilmu di Ayer Hitam; 22 & 23 September 06


membuka langkah....

semua khusyuk...

bro man buat briefing

semua praktik reiki - menyalur energi











Salam....

Sehari sebelum Ramadhan, saya berada di Ayer Hitam bersama rakan Nor Azman….. beri training untuk middle ‘management team’ CLAYTAN Industries Sdn Bhd…..

Satu syarikat yang agak besar dengan warga kerja seramai 1,200 orang…

Bila menjengok ke dalam showroomnya…memang syarikat Malaysia mampu bersaing di taraf dunia…produknya memang berkualiti....

Syabas buat semua yang mengikuti kursus padat tersebut..... ‘Motivasi Diri, Kepimpinan, Komunikasi & Sikap Positif, Teambuilding….

Mereka juga turut menerima Reiki Attunement Level 1…..macam biasalah........

Syabas buat anda semua….



Bersama Warga Pro Office.. 16 Sept 06



Bersama warga kerja Pro Office Shoppe bawah tajuk Positive Working Attitudes & EQ at Work Place…..

Mereka semua hebat…..Cuma sedar tak sedar ajer…. Semuanya berpotensi tinggi, hanya perlu sedar diri dan selalu buat check list atau muhasabah untuk terus maju kehadapan….

Selamat berjaya buat anda semua…

Jumpa lagi November nanti insya Allah….. untuk siri ke 2 Kursus Motivasi 'Tenaga Tinggi'.....

Sunday, September 24, 2006

Salam Ramadhan Al-Mubaraq....


Salam semua…..

Kali ini, Ramadhan datang lagi tapi dengan keadaan umat Muhammad agak ‘kurang’ membuat persediaaan.

Persediaan yang saya maksudkan ialah persediaan mental, spriritual & fizikal.

Selalunya seperti yang lepas-lepas, kedatangan Ramadhan amatlah dinanti dan terlalu sedikit yang tidak menantinya…kerana apa yer?

Keghairahannya makin berkurangan, apatah lagi kita sendiri memang mengetahui betapa ada satu malam dalam bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat 1000 bulan…. Atau kita sudah mula menerima betapa ‘fadhilat-fadhilat terawikh dan apa sahaja yang di’suap oleh orang-orang terdahulu tidak lain hanya ‘omongan’ semata…..tidak benar dan dibuat-buat…. Yer ker….?

Lebih-lebih lagi ada ‘contest’ tentang hadis shahih dan hadis non-shahih, perawi yang di’musykil’kan dan sebagainya…

Katanya kita semakin moden dan adakah moden membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan kita?..... jawapannya tentu ‘tidak’ dan dijawap dengan pantas oleh seorang yang begitu arif tentang hukum-hakam agama dan disokong oleh juak-juak yang sering bersolat hanya kerana mahu dikatakan alim……

Begitulah keadaan akhir zaman….. makin jauh kian jauh…..

Berapa kerat di antara kita yang boleh ‘merasai’ kehadiran Allah & Rasul di samping kita? Berapa kerat di antara kita yang boleh merasai kesebakan di dada dan tangisan di hati apabila sekadar membaca hanya tafsiran kalam-kalam Allah serta cebisan kisah hidup Rasulullah…..???

Sedih lain…….sebak lain….. dua rasa yang berbeza…..

Kita umat siapa?.... Muhammad? Isa? Musa? Ibrahim? Noh?.....

Umat Muhammad yer….??? Apa istimewanya menjadi umat Muhammad?.....Tak tahu?....tak mahu tahu?......

Mahu disuap?....atau tidak penting untuk tahu?.....

mmmmm……. Apapun…… salam Ramadhan Al_Mubarak dari saya buat semua yang saya kenali dan juga tidak kenali…..selagi tuan-tuan mengucap dua kalimah syahadah….kita adalah bersaudara…..

yang menghantar ‘ramadhan wishes’ melalui sms…. Syukran jazilan…. Maaf jka tak membalas…. Sebab mungkin terlepas pandang….

Moga tuan-tuan memperoleh taufiq & hidayah Allah serta rahmat dan kasih sayang Rasulullah….sentiasa….insya Allah…

Wasalam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails