Monday, September 24, 2007

Menyusuri 10 hari kedua Ramadhan....



salam semua...

Alhamdulillah... kita sudahpun memasuki 10 hari kedua dalam bulan yang penuh dengan keberkatan..Ramadhan Al Mubaraq...

Alhamdulillah... kita dengan izinNya telah berjaya mengharungi ujian 10 hari pertama dengan pelbagai perkara yang ada antaranya begitu menyentap dayaupaya mental, turun naik emosi, getaran spiritual serta renjatan fizikal...

Alhamdulilah... berkat kesabaran diri yang tinggi, insya Allah...saya yakin kita semua akan memperoleh rahmat serta pengampunan dari Al Khaliq...

namun seorang manusia muslim yang ingin berubah menjadi mukmin, sudah tentu tidak pernah lari dari menerima ujian demi ujian yang terkadang begitu mengheret diri luaran yang selama 11 bulan yang lalu begitu meruntun segala kehendak nafsu amat mencabar diri...

perkara menurut nafsu adalah perkara pokok sebenarnya... kerana turutan nafsu itu adalah sempadan di antara garis hitam dan putih...

nafsu jugalah yang sering mengheret diri ini untuk menurut garis hitam sedangkan ada garis putih bersebelahan yang begitu lurus kehadapan...

Rasulullah pernah berpesan, jihad yang sebenar ialah jihad memerangi hawa nafsu... dan Baginda juga pernah berkali-kali menyatakan kerisauan perihal umat Baginda di akhir zaman yang amat keliru dengan kehidupan, yang keliru dengan garis hitam dan putih sehingga Baginda mengungkapkan bahawa, di akhir zaman nanti umatku akan berada dalam keadaan fitnah umpama seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di malam yang gelap...

begitulah sekali keadaan kita di masa ini....

terkadang, kebenaran itu nyata berada di hadapan kita namun atas beberapa perkara kita menjadi keliru dan terus terjebak ke dalam suasana fitnah... ini berlaku hanya kerana manusia itu sering menidakkan gerak hati serta kata iman dan terlalu banyak menggunakan akal fikiran yang amat terhad....

contoh paling menyedihkan ialah peristiwa Adik Nurin... belum kering air mata, masih merah lagi tanah kubur.... kini ibubapa Nurin pula dipersalahkan... mengapa ini boleh berlaku?... sudah tiadakah lagi pertimbangan dalam diri manusia?... manusia perlu ingat bahawa mereka tidak berkuasa selama-lamanya... manusia juga perlu ingat akan amanah serta tanggungjawab sebenarnya di muka bumi ini....

apa yang berlalu itu biarkanlah berlalu...
ibubapa Nurin pasti sudah insaf dengan kecuaian mereka namun mereka memandang kehadapan dengan harapan apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat kita semua...

cukuplah dengan hukuman Allah terhadap mereka kerana kelalaian itu... insya Allah taubat serta keinsafan yang dipanjatkan akan diberkati serta diterima Allah...

manusia yang tinggal in usahlah cuba untuk menjadi tuhan pula... menuding jari mencari siapa yang patut dipersalahkan....

kita perlu akur betapa sistem maklumat yang menjurus kepada mengenalpasti penjenayah masih lagi terkebelakangan... walaupun kita dapat memperoleh DNA penjenayah, namun tiada 'database' untuk kita 'trace' siapa empunya DNA tersebut...

so?... terimalah hakikat dan usahlah menuding jari... seolah-olah ada di antara kita yang tidak pernah salah dan berat sangat mulut memohon atau menerima kekurangan diri atau sistem yang ada...

manusia yang beriman sudah pasti akan merenung sedalam-dalamnya akan hakikat peristiwa yang berlaku... apa hikmahnya, apa pengajarannya.... sesungguhnya jika kita benar-benar beriman, kita akan meletakkan banyak pengajaran kepada kiri kita dan sebagai seorang yang beriman sudah tentu kita akan mengorak langkah memperbetulkan mana-mana ruang yang lemah...

begitulah....

10 Ramadhan kedua ini... sama-samalah kita perbanyakkan taubat kita kepada Allah... moga-moga setiap pergerakan kita selepas ini lebih mantap dan padu... moga-moga akal kita 'hidup' kembali untuk berfikir secara lebih sihat... dan boleh membuat pertimbangan agar tidak berharap kepada manusia semata-mata.... kerana perlu diingat, segala harapan hanyalah kepada Allah S.W.T...

wasalam

Thursday, September 20, 2007

Adik Nurin...

salam buat semua...

saya diberitahu oleh rakan bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai (sila lihat posting di bawah) adalah mayat adik Nurin... ianya telah disahkan oleh polis...

sila klik sini untuk info lanjut...

bapanya tidak dapat menerima kenyataan tersebut...
ibunya pasrah....

dan kita semua termanggu....

apapun Al-Fatihah...

Manusia semakin 'Gila'!....



salam semua...

lagi kes penderaan terhadap kanak-kanak dihidangkan kepada kita...
mangsa; kanak-kanak perempuan berumur antara 8 - 10 tahun dijumpai mati dengan keadaan berbogel, terdapat kesan jerutan dan kemaluannya pula disumbat dengan buah timun serta terung...

adus... apakah semua ini?...

peristiwa ini berlaku di negara yang kita cintai, Malaysia....

negara kita setakat ini, Alhamdulillah belum lagi mengalami sebarang mala petaka yang dahsyat seperti bencana yang melibatkan gempa bumi, gunung berapi, taufan dsbnya....

namun kisah-kisah yang terpapar sejak kebelakangan ini juga boleh ditafsirkan sebagai bencana dan malapetaka yang memberi seribu satu hikmah kepada rakyat dan negara...

kita mengalami bencana kerakusan manusia yang terlibat dengan gejala rasuah secara terang-terangan...

kita mengalami bencana kerakusan manusia yang berebut kuasa di sana-sini hingga berbunuhan...

kita mengalami bencana kerakusan manusia mencolek, merogol & merompak malah sanggup membunuh di sana-sini..

kita mengalami bencana keserakahan nafsu manusia dengan skandal seks nya tidak kira di pejabat, di rumah yang sendat, di mana-mana...

kita mengalami bencana ketaksuban manusia dengan ajaran sesatnya dan imam Mahdi ciptaan mereka...

kita mengalami bencana kenaikan harga ayam serta barangan dan perkhidmatan yang lain yang datang tanpa diduga...

kita mengalami bencana boleh apabila diperkotak-katekkan sewenang-wenangnya oleh sesapa di tanah kita sendiri...

kita mengalami bencana apabila hutan-hutan terus togel kehilangan pokok-pokok terutama pokok balak tanpa kelulusan...

kita mengalami bencana apabila ramai wanita melayu islam rupanya menjadi peratusan terbesar peminjam yang meminjam dari Ah Long...

kita mengalami bencana apabila lesen pasar ramadhan di 'sub-let' sehingga berlapis-lapis...

kita mengalami bencana apabila kita sudah tidak lagi boleh menggunakan akal kita untuk menimbang kehidupan...

kita mengalami bencana apabila kata hati atau gerak rasa terus diendah pedulikan...

begitulah kita dewasa ini.... semakin maju negara kita, maka semakin canggih atau kompleks kehidupan yang kita harus tempuh...

dan manusia itu; apa yang nyata...jika tidak memahami kehendak Tuhan mereka maka tunggulah bencana demi bencana yang akan mengunjung tiba... hanya masa yang menentukannya...

wasalam

Wednesday, September 19, 2007

Di Mana Adik Nurin???



salam semua...

soalan.... di manakah adik Nurin sekarang?
ianya menjadi misteri dan terus menjadi misteri sehingga ke hari ini...

apa yang pasti, semua pihak samada secara lansung ataupun tidak, sedang berusaha untuk menjejaki adik Nurin... dan saya terbaca dalam blog yang dikhususkan utk adik Nurin bahawa ada yang mengatakan beliau telah 'diambil' oleh makhluk halus (bunian)... link ke sana

apapun, kita semua mendoakan agar adik Nurin selamat 'kembali' kepangkuan keluarganya.... Insya Allah...

wasalam

Bila Petronas 'menjerit'...



salam semua....

dua hari lepas, saya 'terbaca' berita tentang betapa syarikat minyak negara kita Petronas 'menjerit' meminta agar harga gas dikaji semula untuk kenaikan.

jika kenaikan ini diluluskan maka, bahang kenaikan berbagai-bagai barangan serta perkhidmatan akan turut melonjak naik.

permintaan kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak sedunia yang bermain sekitar USD80 se tong... dan oleh kerana beban yang ditanggung itu maka Petronas tidak sanggup untuk menanggung beban subsidi sebanyak RM50 billion di sepanjang 10 tahun yang lepas...

dalam masa yang sama, beberapa bulan yang lepas Petronas ada mengumumkan keuntungan hasil dari kenaikan harga minyak untuk beberapa tahun yang lepas sebanyak RM30 billion...

saya pun jadi hairan... kalau ikut sifir mudah... sebuah syarikat minyak (teroka, gali & jual) sudah tentu terbabit dalam mengaut keuntungan dalam setiap kenaikan harga di pasaran... sementelah lagi minyak yang kita hasilkan ialah yang bermutu tinggi.. dan menyumbang kepada peratusan yang tinggi kepada hasil negara, maka wajibnya sudah tentu tiada masalah untuk meneruskan subsidi kepada rakyat tercinta..

entahlah.... tetapi TPM Dato Seri Mohd Najib tegas dalam mempertahankan bahawa kerajaan tetap pada janji untuk tidak menaikkan harga minyak pada tahun ini... (tahun ini tinggal 3 bulan sahaja dan 1 januari 2008 adalah tahun baru....)

tergiang-giang dalam telingan saya bagaimana Nabi Allah Yusuf memberi nasihat kepada Raja Mesir dalam 'belanjawan negara' di mana ada perbelanjaan, ada simpanan dan ada kecemasan...

teringat juga saya bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz begitu berhemat dalam mengurus perbendaharaan negara hatta minyak serta pelita juga termasuk dalam ke 'amanah' an sikap Baginda...

saya juga risau bagaimana begitu 'berjuta-juta' hasil cukai dibelanjakan untuk membayar pampasan bagi projek di Broga, Jambatan Bengkok dll juga kecuaian pegawai-pegawai dalam menguruskan dana negara....

entahlah... apa yang saya lihat sekarang... gejala rasuah semakin menjadi-jadi dan paling menyedihkan serta mengerikan ialah ianya dilakukan secara terang-terangan....

wasalam

Thursday, September 13, 2007

Tahniah & Syabas buat Warga Perodua...







salam semua...

'semalam & balik semalam' (11 & 12 sept '07) saya berada di ibu pejabat perodua, sg. choh, rawang bersama warga-warga terpilihnya yang hebat-hebat untuk satu program latihan.

saya melihat potensi untuk pergi 'jauh' ada pada diri mereka cuma kesedaran diri perlu dipertingkatkan dengan terus melakukan muhasabah, checklist dsbnya...

remember always ask ourself 'what is next?...'

dan antara perangkap yang paling merbahaya ialah apabila kita dah 'merasakan diri kita bagus & takda silap....'/ the dangerous trap is when we 'think' that we are good enough and perfect... and we make no mistakes...'

anyway....

syabas & tahniah buat mereka...

Monday, September 10, 2007

Laporan Juruaudit Negara membimbangkan....




salam...

dalam 'keriangan' rakyat menerima pengumuman belanjawan 2008...saya tersentak dengan lapuran Ketua Audit Negara tentang betapa 'pembaziran' yang melampaui batas berlaku di beberapa kementerian...

di antaranya ialah senarai barangan yang di beli untuk diguna-pakai oleh Institut Kemahiran Belia...

RM224 untuk satu set 'screw driver' yang harga runcitnya ialah RM40
RM10,700 untuk satu set buku teknikal yang harga pasarannya ialah RM417
RM5,741 untuk satu unit 'jack kenderaan' yang harga pasarannya ialah RM50
RM8,254 untuk satu unit kamera digital kodak yang harga pasarannya ialah RM2,290
RM42.80 untuk satu set bunga plastik yang harga pasarannya ialah RM5.20

(cuba kita buat kiraan mudah, setiap item tersebut dibeli sebanyak 100 set, kita kira kerugian rakyat yang membayar cukai:

screw driver - (RM224 - RM40) RM184 x 100 = RM18,400
buku teknikal - (RM10,700 - RM417) RM10,283 x 100 = RM1,028,300
jack kereta - (RM5,741 - RM50) RM5,691 x 100 = RM569,100
kemera kodak - (RM8,254 - RM2,290) RM5,964 x 100 = RM596,400
bunga plastik - (RM42.80 - RM5.20) RM 37.60 x 100 = RM3,760

jumlah kerugian untuk 100 set barangan yang dibeli dan terpaksa dibayar oleh pembayar cukai ialah RM2,215,960.....(dua juta lebih..) itu baru mengambil contoh 100 set untuk setiap satu item... kalau lebih???)

kementerian belia dan sukan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian yang melampaui batas ini...

pengerusi Transparent, Tan Sri Ram mengulas laporan tersebut dengan menyebut betapa rakyat akan 'mencari jalan' untuk mengelak dari membayar cukai kepada kerajaan apabila laporan-laporan audit yang dibentangkan di Parlimen tersebut tidak dibahaskan dan sudah tentu tidak diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.

kata beliau lagi, rakyat sudah mula boleh berfikir dan tidak akan merelakan duit cukai yang diperolehi dengan darah dan keringat boleh dibazirklan begitu sahaja oleh pihak-pihak yang diberi amanah...

saya turut sedih... entahlah...sampai bila...

dan saya teringat kata pujangga dari negeri Cina: Ikan itu sekiranya hendak busuk, ia akan bermula dari kepala...
orang melayu juga ada perumpamaan; antaranya bapak borek anak rintik dan cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari...

sekuat manapun kita laungkan 'Kepimpinan Melalui Teladan'... tetapi jika tiada kesedaran dan mula alpa dengan pangkat & jawatan, tidak kiralah siapa mereka atau dari mana mereka berasal atau apa pegangan mereka... kehancuran pasti akan datang...

itu janji Allah....

lembu kita pegang kepada tali
manusia kita pegang kepada janji

amanah Allah itu berat jika manusia itu memahami...
tidak ramai yang mampu memikul namun ada manusia yang lupa akan peristiwa isra' mikraj di mana Rasulullah bertemu dengan manusia yang mengangkat kayu untuk diletak pada bahu... manusia itu sudah tidak larat dan mampu untuk memikul kayu tersebut namun manusia itu cuba untuk menambah lagi kayu...

bagi pemegang amanah: para pemimpin sekalian.... lakukanlah muhasabah... kembalilah kepada Tuhan yang mencipta kamu... ingat bahawa hidup ini ada kesudahannya, kesudahan di alam yang lagi satu... amanah perlu dilunaskan dengan baik....

ingatlah peristiwa Khalifah Umar Abdul Aziz tentang pelita...
ingatlah sejarah Sultan Salahudin Al Ayubi...

hidup mati mereka hanya kerana Allah s.w.t

wasalam

Salam Ramadhan untuk semua...







salam buat semua yang hadir di blog ini tidak kira di mana sahaja anda berada...

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq buat anda sekeluarga...

doa saya anda sekeluarga memperoleh taufiq, hidayah, rahmat serta rahman Allah di bulan yang mulia ini...

Ramadhan yang mulia ini, sesungguhnya penuh dengan keberkatan buat semua kita...
sama-samalah kita mengambil 'peluang' memenafaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya..

mana-mana yang telah diazamkan oleh diri, maka eloklah dilaksanakan oleh kita dengan penuh keikhlasan dan mengharap keredhoaan Allah s.w.t

Ramadhan yang penuh keberkatan ini mempunyai seribu satu rahsia yang perlu diungkap oleh kita... maka sedikit peka lah kepada setiap perjalanan detik-detik yang kita lalui di sepanjang bulan ini...

atas faktor 'urusan nafsu' yang lebih 'terkawal' disepanjang menunaikan ibadah puasa, maka elok benarlah kita menggunakan sebaiknya 'hasil' dari disiplin yang di'kenakan' ke atas diri kita...

cubalah untuk mengawal 'kegelojohan' dalam memilih juadah berbuka...

cubalah untuk mengikut 'kata hati' agar lebih masa digunakan untuk bermunajat dan melakukan ibadah-ibadah khusus...

cubalah untuk menurut gerakhati yang mengajak untuk melakukan solat-solat malam seperti tarawikh, taubat, tahajjud, hajjat dsbnya...

cubalah untuk mendisiplinkan diri selama 30 hari ini...

sesungguhnya, Allah 'tetap' melihat kepada hati setiap dari kita.... kerana dalam hati tersembunyi keikhlasan, ketaqwaan, keredhoaan serta keimanan yang abadi...

dan saya masih terbayang lagi tatkala peristiwa perang Khandaq... di mana Rasulullah dan para sahabat telah bersama-sama mengorek khandaq (parit) sebagai persediaan untuk berperang dan di waktu itu ialah bulan Ramadhan... masya Allah... dan ceritanya lebih hebat lagi, ketika waktu berbuka hanya ada seketul kurma untuk dikongsi oleh ratusan sahabat sebagai jaudah berbuka...

Maha Suci Allah, dengan sebutir kurma tersebut..para sahabat berbuka malah kenyang dan merasakan lazat...atas Rahmat Allah kepada KekasihNya Rasulullah yang telah berdoa buat semua...

cuba kali ini, kita jangan lagi memberi alasan bahawa puasa ini 'melemahkan' diri kita untuk memberikan yang terbaik dalam melaksanakan ibadah kehazratNya...

ambillah kesempatan ini, sama-samalah kita hayati perjalanan Rasulullah.... mudah-mudahan kita tergolong ke dalam golongan mereka-mereka yang beriman serta tidak rugi..insya Allah...

mari lonjakkan diri.... serap 'tenaga berfrekuensi tinggi' yang ada di bulan ini...

selamat berpuasa....

wasalam

Thursday, September 06, 2007

SURVEY: KURSUS REIKI DI BULAN RAMADHAN...


salam semua...

saya bercadang untuk mengadakan kursus Reiki di bulan Ramadhan akan datang...
saya ingin membuat sedikit survey untuk mengetahui 'kesanggupan' anda menghadiri kursus ini pada bulan Ramadhan...

tentatif kursus akan diadakan pada hari Sabtu dari pukul 10.00pagi hingga 2 petang.
tentatif lokasi ialah di pusat bandar puchong..

yang berminat boleh memberi tarikh cadangan melalui;

1. menalifon ke 03-5882 4407
2. sms ke 016-206 7469
3. mail ke sifumirza@sca-insan.com

kursus yang saya akan anjurkan ialah kursus 'pakej level 1 - 3'
yuran kursus tersebut ialah RM300.00
peserta akan disediakan nota serta sijil Reiki

kursus meliputi syarahan, teori, praktikal dan di adakan secara metod 'bengkel' (workshop style)...

wasalam

Melayu Malas?.... input saya dalam satu forum...

[quote author=Smart Prince link=topic=133.msg2186#msg2186 date=1188273166]
Dlm buku Dr Hm Tuah "jangan main'",beliau ada menyebut sebuah ensiklopedia barat mengecop bangsa Melayu sebagai bangsa yang paling malas di dunia..Betul ke?adakah hal ini menjadi punca ramainya pelajar melayu yang tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar Cina dan India di universiti malahan di sekolah juga?
[/quote]

salam,

sekadar pandangan peribadi saya...

sikap malas adalah sikap universal dan wujud dalam diri setiap manusia...tanpa mengira bangsa dan agama...
sejauh mana manusia itu menangani sikap malsanya terpulang kepada dir masing-masing...

malas adalah lawan kepada rajin...

ada manusia jadi malas kerana tidak mempunyai motivasi atau 'tekanan' untuk menjadi rajin...
tekanan ini boleh jadi tekanan yang mendadak atau tekanan berjadual...

tekanan mendadak ialah seperti secara tiba-tiba kita memerlukan RM30,000 bagi membiayai kos pembedahan (sedangkan kita tidak pernah menabung dsbnya) lalu kita mula meligatkan akal pikiran untuk mencari duit tersebut....dan tetiba datang rajin yang terpaksa...

tekanan berjadual ialah tekanan yang kita 'set' kan.. dan ia berkait rapat dengan disiplin atau istiqomah pada diri dan perbuatan... contoh menabung setiap bulan...

orang Amrerika juga ada yg malas
orang jepun juga ada yg malas
orang cina juga ada yg malas
orang india jug ada yg malas
orang indonesia juga ada yg malas

so malas ini adalah sifat yang ada dalam setiap diri manusia...

cuma bagi saya 'kemalasan orang melayu' telah di 'highlight'kan dengan cara yang berlebihan dan salah...
dan highlight ini berterusan sehingga ke hari ini.... cerita malas ini telah melampaui cerita rajin.... dan cerita rajin terus tengelam....

dan sudah lumrah, manusia akan mengambil atau menurut yg majoriti... so cerita malas dah jadi majoriti perbualan... maka lama kelamaan ia menjadi satu label yang payah nak di'kopek' tanggalkan...

bagi saya, bangsa melayu adalah di antara manusia yang terhebat di dunia... kehebatan bangsa melayu boleh dilihat dengan menyusuri kegemilangan kerajaan melayu melaka...
bayangkan betapa orang-orang melayu mengurus sebuah pelabuhan yang tersibuk di dunia di waktu itu...
dan orang melayu dilihat maju dalam banyak segi sehingga menimbulkan perasaan irihati bangsa lain... maka akhirnya si portugis datang untuk 'merompak' teknologi yang orang melayu gunakan dalam pengurusan pelabuhan dsbnya...
mereka datang 'cilok' teknologi dan memusnahkan pelabuhan... dan bawa pulang teknologi itu ke negara mereka... (sama seperti yang rakan-rakan mereka lakukan kepada Baghdad satu ketika dahulu...)

dan antara perkara penting yang kita perlu ambil kira ialah pegangan orang melayu ketika itu... iaitu mereka memang mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan sudah pasti ajaran Islam telag memberi begitu banyak 'nilai tambah' kepada bangsa itu sendiri...

itu cerita kehebatan.....

ini cerita kehancuran...

setiap penjajah sudah pasti akan menjalankan sedikit 'research' setiap kali mereka merancang untuk menjajah sesebuah negara... researchnya akan berkitar kepada isu kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa yang telah ditarget.. hasil bumi (ekonomi) dan kedudukan geografinya...

dan (mungkin) s.w.o.t analysis yang dijalankan oleh penjajah telah memberi keputusan bahawa antara kelemahan bangsa melayu ialah pangkat serta harta (dalam Islam juga ada menekankan betapa manusia itu akan hancur jika menukar Tuhan kepada pangkat, harta dan wanita...).

maka berikan pangkat kepada mereka.... beritahu meraka adalah Tuan kepada tanah dan berhak menjadi Raja (walau tanpa kuasa)..
maka berikan harta kepada mereka........ dengan tanpa perlu berbuat apa-apa....(makan komisyen ajer, biar orang lain buat kerja..)

dan proses ini berterusan tahun demi tahun sehinggalah beratus tahun dan sedah tentu ia menjadi 'sikap' yang sebati.... (dalam islam sesuatu amalan itu kalau nak sebati kena amalkan selama 40 hari berturut-turut... inikan pula ratusan tahun...)

..dan akhirnya tidak dapat dinafikan.... sikap selesa dengan faktor ketuanan, mudah mendapat sesuatu tanpa berusaha telah menjadi sebati dengan diri...
..dan ini adalah bukti betapa satu-satu penjajahan telah meninggalkan kesan yang sangat buruk... buruk kepada minda, emosi dan spiritual satu-satu bangsa yang terjajah....

namun Allah Maha Besar... ditiupkan kesedaran pada insan-insan yang dipikirkan boleh 'memangkin' kan perubahan sikap sesuatu bangsa itu.... dan kita dapat saksikan mereka-mereka yang berjiwa besar 'lahir' dan menjadi pejuang untuk merubah 'nasib' bangsa melayu....

namun Allah juga berfirman..."Tidak Aku ubah nasib sesuatu bangsa/kaum/seseorang itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri..."

akhirkata.... kalau kita sedar... kita sedarkan famili kita dahulu....kemudiankita sedarkan jiran dan rakan sekerja/sekolej...kemudian masyarakat dan seterusnya...

ini adalah satu perjuangan.... dan perjuangan ini bertunjangkan pegangan kita... jika kita memegang material, kita akan hancur sekali lagi... jika kita memegang Allah & Rasul.... maka perjuangan kita sudah pasti ada imbuhan...jika tidak di sini...insya Allah ada di sana...

wasalam...

Tuesday, September 04, 2007

'Fragile' nya kehidupan ini....



salam buat semua....

fragile dalam bahasa malaysia ialah rapuh...
rapuh bermaksud betapa mudahnya sesuatu itu 'musnah'...
'musnah' bermaksud ianya tiada berguna lagi selepas berlakunya kemusnahan...

ada di antara manusia yang 'meminta' ke hazrat Allah di padang mahsyar kelak untuk dikembalikan ke dunia... mereka meminta bukan setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari... mereka hanya meminta sesaat sahaja....

untuk apa mereka meminta untuk dikembalikan ke bumi?... tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melakukan ibdah ke hazrat Allah s.w.t...

bukankah mereka telah menikmati kehidupan penuh senang lenang dan penuh ke aysikkan sewaktu di dunia dahulu?....

ya..mereka-mereka itulah yang meminta untuk dikembalikan ke dunia...

namun permintaan mereka ditolak oleh Allah s.w.t.... dan mereka itu tergolong ke dalam golongan manusia-manusia yang rugi...

peristiwa di atas mempunyai pengajaran yang dalam buat kita yang ketika ini sedang menjalani kehidupan di alam maya ini...
'kata kunci' nya ada di dalam permintaan manusia di atas tadi... iaitu 'untuk beribadah ke hazrat Allah...'

kata kunci beribadah ini turut terdapat di dalam doa iftitah atau ikrar kita dalm setiap permulaan solat kita... ianya mempunyai kepentingan selepas solat dan sebelum hidup serta mati... (innas solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamammati..)

kesilapan kita mengemudi kehidupan ini akan membuatkan betapa ianya menjadi begitu fragile sekali buat kita... ia terbuka kepada banyak perkara yang akan memusnahkan diri kita sendiri...

kata kuncinya iaitu ibadah atau nusuki adalah perkara asas yang perlu diambil serius oleh setiap manusia beragama islam...

mengapa perlu serius?... kerana Allah s.w.t tidak menjadikan manusia itu melainkan untuk melakukan ibadah kepadanya.... kata kunci itu diulang lagi dalam "tidak AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan tunduk patuh serta beribadah kepada AKU.."

ibadah mempunyai konteks yang amat luas... ianya bermula apabila kita mula berfikir tentang ibadah... ianya tidak bermula sejak bangun pagi tadi...kerana tidur juga merupakan satu ibadah... oleh itu ianya bermula di saat ini tatkala kita memikirkan tentang apa yang kita lakukan dan untuk apa kita lakukan...

permulaan ibadah itu adalah dari hati kita... di terjemahkan melalui lafazan dan digerakkan oleh tujuh anggota istimewa anugerah Allah buat kita...

dan ibadah itu adalah merupakan 'dynamo' yang menge'caj' diri kita agar senantiasa bertenaga dalam meneruskan perjalanan hidup ini...

seorang yang 'hilang' atau tidak mengenali Penciptanya adalah seorang yang amat malang sekali.... dan sudah tentu seorang itu begitu fragile dan terbuka luas ruang untuk menuju kemusnahan...

memahami tuntutan serta kehendak yang Allah gariskan adalah merupakan suatu yang wajib buat semua hambaNya... tidak memahami kehendak Pencipta adalah sesuatu perbuatan yang malang dan sesungguhnya manusia itu akan terperosok ke dalam kumpulan manusia yang rugi sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Asyr...

"sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian...
kecuali mereka yang beriman dan BERAMAL SOLEH...
berpesan-pesan kepada kebenaran..
berpesan-pesan kepada kesabaran"

jelas nyata... BERAMAL SOLEH itu merupakan kata kunci bagi perbuatan ibadah...

dan bumi akan menjadi lebih subur...
manusia akan menjadi lebih aman...
anak-anak akan menjadi lebih tenteram...
suami isteri akan menjadi lebih faham...

akan hakikat kehidupan ini....

wasalam..

Monday, September 03, 2007

Selamat Berjaya Amirul Aizat !!

salam semua...

hari ini Amirul Aizat adalah di antara lebih kurang setengah juta pelajar tahun enam yang menduduki peperiksaan UPSR 2007.

setelah berusaha bersungguh-sungguh, kini tibalah masanya Amirul Aizat diuji dengan peperiksaan sebenar.

sebagai pendukung amanah bagi insan yang bernama Amirul Aizat, telah saya sediakan segala prasarana dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal buat beliau.

hari ini beliau perlu menghadapi ujian itu 'sendiri'...

doa saya mudah-mudahan beliau berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya Allah.. dan hasratnya untuk ke sekolah berasrama penuh tercapai...

Selamat Berjaya Amirul Aizat!

Thursday, August 30, 2007

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



buat semua Rakyat Malaysia...
di mana sahaja anda berada...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA (U 23)!!



salam semua....

tiada apa yang boleh diucapkan....

hanya...TAHNIAH & SYABAS buat Pasukan Bolasepak bawah 23 tahun Malaysia kerana berjaya 'menerobos tembuk batu'....

adik-adik kita berjaya membuktikan bahawa mereka mampu malah lebih mampu dari pasukan senior abang-abang mereka untuk berjaya...

Pasukan bawah 23 tahun ini berjaya menewaskan pasukan Mynmar 3-1 dalam perlawanan akhir bolasepak 'Pestabola Merdeka' malam tadi...

saya mengikuti perlawanan itu dengan penuh minat dari awal sehingga akhir...

tahniah juga kepada adik-adik ini kerana memberi 'aura' yang cukup hebat buat seluruh negara...

dari segi 'skil permainan'.. mereka sudah berada beberapa tahap ke hadapan dari abang-abang... cuma perlu menahan sedikit 'kemarahan'...(saya faham kerana pasukan Mynmar bermain begitu keras sekali malam tadi..)

apapun, tahniah sekali lagi buat mereka...

saya dan seluruh rakyat Malaysia percaya jika adik-adik ini terus positif.. mereka boleh pergi lebih jauh...insya Allah...

go! go!....

Tuesday, August 28, 2007

MERDEKA kah kita?




sana sini ada hiruk pikuk jeritan merdeka...
apakah yang dilaungkan itu sama ertinya bagi setiap orang?
apakah erti kemerdekaan bagi diri kita sama dengan mereka?
di manakah letaknya kemerdekaan diri?

salam semua....

dalam detik kurang seminggu lagi, negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 50..
dalam detik kurang seminggu lagi, seluruh jentera sambutan kemedekaan sibuk dengan tugasan masing-masing...
sana-sini raptai berulang kali diadakan...

ya... negara Malaysia sudah merdeka selama 50 tahun.... setelah dijajah selama 446 tahun sejak kejatuhan kerajaan Melayu Melaka...

dan negara bergerak dengan progresif menuju ke arah negara maju tahun 2020...
majukah kita?

apa itu kemajuan yang boleh kita definasikan?
negara terus maju...
adakah diri kita juga bergerak seiring dengan kemajuan negara?
negara terus berubah dari segi lanskapnya...
adakah kita juga berubah dari segi diri kita?

perubahan apa yang kita perlu lakukan?...
perubahan diri dan jasmani?
atau perubahan minda?
atau perubahan total yang meliputi perubahan minda, emosi, spiritual dan fizikal?
atau perubahan yang menanti 'ketukan penukul kepada pahat'?

kita boleh terus melaungkan merdeka, merdeka dan merdeka setiap 31 ogos...

siapa yang merdeka?
apa yang merdeka?
kenapa merdeka?
bagaimana merdeka?

dan apakah harga kemerdekaan bagi kita?

merdeka ialah istilah kebebasan dari sebarang bentuk penjajahan... samada ianya penjajahan minda, penjajahan emosi, penjajahan spiritual juga penjajahan fizikal...

kebebasan yang kita perolehi perlu diuruskan dengan sebaik mungkin...
kebebasan yang kita perolehi perlu diteruskan dengan berbekalkan minda yang sihat, emosi yang terkawal, spiritual yang mantap serta fizikal yang hebat...

tugas mengisi kemerdekaan juga sama rumit seperti menuntut kemerdekaan oleh bapa-bapa kita terdahulu...
pengisisan kemerdekaan perlu dilakukan dengan cermat dan penuh berhati-hati... kerana sebarang kesilapan akan mengundang akibat di hujung dekad... dan kehancuran di hujung abad...

kita sering menyaksikan bagaimana kemerdekaan yang diperolehi gagal diisi dengan baik lalu memungkinkan kebinasaan yang besar...

istilah yang boleh diterima pakai ialah terus bergerak tetapi dengan penuh waspada...
waspada terhadap musuh dalam selimut...
waspada terhadap musuh dalam diri...
waspada terhadap kekurangan keyakinan diri...
waspada terhadap kecelaruan diri akibat gangguan nafsu nafsi...
waspada terhadap gangguan minda yang penuh dengan perkara-perkara negetif..
dan seterusnya...

mengisi kemerdekaan ini dalam agama diletakkan sebagai satu tugasan 'jihad'...
dalam berjihad... kita perlu mengangkat 'pedang' setinggi yang boleh... dalam erti kata sentiasa bersedia setiap masa...
dan dalam berjihad kita perlu terus bersemangat dan istiqomah...
dan dalam berjihad, hanya ada Allah & Rasul bersama kita...

adakah kita berada dalam keadaan berjihad sekarang?..
adakah melakukan tugasan dipejabat merupakan jihad?
adakah melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri/suami/anak adalah jihad?
adakah melanjutkan pelajaran di sekolah/kolej/universiti juga adalah jihad?

adakah dalam berjihad kita sanggup meninggalkan posisi kita semata-mata mengejar bujukan nafsu?...

sama-sama kita fikirkan.... fikir di atas niat, lafaz dan perbuatan...

wasalam

Mencambah Minda....




salam semua....

bilakah kali terakhir kita 'menguji minda' kita untuk mengetahui tahap pemikiran serta kemampuan otak kita memproses dan menyimpan data?

kelebihan manusia berbanding haiwan ialah manusia mempunyai akal...
manusia dan haiwan sama-sama mempunyai otak tetapi haiwan tidak mempunyai akal serta fikiran...

sama-sama ada otak tetapi hanya manusia dapat menggunakan otaknya untuk berfikir dan memproses data-data yang dilihat, dirasa atau dihidu...

keunikan otak manusia adalah sekelumit manifestasi keAgungan Ilahi, Pencipta seluruh alam dan isi kandungannya...

saya tak mahu mengulas panjang tentang peranan serta fungsi otak... saya lebih berminat untuk 'mencabar akal atau minda' yang ada pada kita...

sejauh mana kita berminat untuk mengetahui keupayaan minda kita berfungsi bergantung kepada sejauh mana kita menggunakannya... berapa minat kita untuk pergi jauh berbanding dengan mengharungi perkara-perkara yang 'routine' sahaja...

mengharungi perkara yang 'routine' tidak akan mencambah minda kita kerana ianya telah di'set'kan dan ianya tidak perlu kepada cabaran dan tekanan.

oklah....jangan pening-pening....

mari kita menguji minda kita dengan persoalan-persoalan 'open'...

contoh;....

1. untuk apa kita dilahirkan?
2. untuk apa kita bekerja?
3. untuk apa kita diberi amanah sebagai suami/isteri?
4. untuk apa kita perlu menimba ilmu?
5. untuk apa kita perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan?
6. untuk apa kita perlu melakukan perubahan terhadap diri?
7. untuk apa kita perlu berkahwin?
8. untuk apa kita perlu mempunyai zuriat?
9. untuk apa kita perlu menurut sunnah Rasulullah?

selepas soalan 'lapisan pertama' itu, kita pergi kepada soalan lapisan kedua...

1. untuk apa kita perlu beribadah?
2. untuk apa kita perlu memberikan yang terbaik dalam setiap urusan kehidupan?
3. untuk apa kita perlu menunaikan amanah yang diberi?
4. untuk apa kita perlu mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari?
5. untuk apa kita perlu menjadi manusia cemerlang?
6. untuk apa kita perlu yakin dengan Allah?
7. untuk apa kita perlu beriman kepada Rasulullah?
8. untuk apa kita perlu berbaik sangka terhadap semua makhluk?
9. untuk apa kita perlu kenal nafsu?

lepas itu kita pergi ke soalan lapisan ketiga...

1. bagaimana cara untuk kita menjaga hubungan dengan Allah?
2. bagaimana cara untuk kita rapat dengan Rasulullah?
3. bagaimana cara untuk kita bahagia dalam perkahwinan?
4. bagaimana cara untuk kita menafaatkan ilmu yang ada pada diri?
5. bagaimana cara untuk kita terus 'istiqomah' atau tetap dalam beribadah?
6. bagaimana cara untuk kita terus cemerlang sebagai manusia?
7. bagaimana cara untuk kita mengurus nafsu?

soalan lapisan pertama bolehlah kita menggunakan akal..
soalan lapisan kedua bolehlah kita menggunakan akal dan hati..
soalan lapisan ketiga, bolahlah kita menggunakan akal, hati dan iman...

selamat mencuba...

wasalam

Monday, August 27, 2007

SUAMI CURANGGGG.....salah siapa????




salam semua....

saya sering diunjurkan soalan-soalan berkaitan dengan suami-suami curang ini... rasanya saya ada memberi 'input' secara 'direct' ataupun 'in-directly' kepada semua pembaca....

perihal suami curang ini memang selalu berlaku...
dalam satu institusi kekeluargaan samada yang bahagia atau yang bergoncang atau yang sedang porak peranda.... wa i ma nya, ia berlaku dalam setiap insitusi perkahwinan itu samada ianya disedari oleh para isteri ataupun tidak....

mengapa suami curang?....

berbagai kemungkinan dan alasan yang boleh kita utarakan.... antaranya;

1. suami memang gatal dari awal dan hobinya mengorat wanita-wanita...
2. suami belajar jadi gatal dan terjebak....
3. suami 'bosan' dengan isteri dan mula mencari 'penawar' di luar...
4. suami terlalu kurang pengetahuan agama terutama dari segi 'muhrim & bukan muhrim'..
5. suami dicabar untuk mengatal lalu menyahut cabaran tersebutlalu terjebak...
6. suami hilang punca dan arah dalam mengendalikan rumahtangga...
7. suami ingin lari dari tanggungjawab sebagai suami, ayah...

dan list ini akan berterusan mengikut keperluan pasangan itu masing-masing....

persoalannya siapa yang salah?.....
untuk menuding jari terus kepada suami dan meletakkan kesalahan itu kepada suami memang satu perkara yang amat mudah....
tetapi persoalan seterusnya ialah 'whats next?'....
maksud saya, ok..suami salah...so, whats the next action?...please?... gaduh, buat serangan? mengamuk? hempas barang satu rumah?....

kita mencari solutions bukan?..... jika hendak mencari salah.... kita telah ketemu salah itu pada suami.... dan sekarang apakah solusinya?.... kat mana nak dapat solusinya?... pastu camner nak buat?....

selalunya... apabila seseorang itu bercinta... seluruh matanya telah tertutup... termasuk alasan pertama di atas.... dan sememangnya dia boleh melihat ada bibit kegatalan yang menjadi sipat (sifat) bakal suaminya itu.... namun atas dasar buta @ cinta itu buta.... maka bolehlah diterima...atas alasan nanti dah kahwin 'bila dah dapat..takdalah dia gatal lagi....'.... itu semua ialah atas dasar 'assumption'...'agak-agak dan teori semata-mata'.... namun memang tidak ada yang mustahil sekiranya si gatal ini berubah....

saya tidak menafikan terdapat antara rakan-rakan yang saya temui pernah, telah, sedang berlaku curang terhadap isteri masing-masing..... ada yang telah berlaku curang selama bertahun lamanya... ada yang pernah curang dan sudah insaf serta kembali kepangkal jalan... ada yang hampir berlaku curang dan tersedar lalu insaf...

jenis-jenis lelaki sebegini, jika berpeluang, saya akan nasihati mereka... peluang maksud saya, apabila mereka menceritakan kisah kecurangan mereka lalu ada bibit-bibit keinsafan dalam diri dan berusaha mencari jalan 'pulang' serta kembali menjadi suami yang bertanggungjawab dalam ertikata sebenarnya....

ada juga di antara mereka yang 'suka' atau enjoy dengan keseronokkan 'sementara' itu dan menjangkakan akan terlepas dari sebarang 'hari-hari hitam atau kelam'.... dan mereka-mereka ini hanya boleh saya beri saranan serta kiasan sahaja..sebab saya seperti juga isteri mereka tidak boleh menggubah 'nasib' mereka melainkan mereka yang menggubahnya sendiri....

ada juga di antara mereka yang menggunakan alasan 'isteri tak up-to-date', isteri buat tak kisah, isteri tak jaga makan pakai, isteri tak jaga badan, isteri takes things for granted, isteri juga curang, isteri terlalu sibuk dsbnya....

ok... kat atas kita dah bincang berkenaan dengan punca yang bermula dari suami...

then sekarang kita lihat pada diri isteri pula....
isteri ini dianugerahkan oleh Allah satu 'antena @ radar' yang boleh 'menghidu' kecurangan suami masing-masing... radar ini akan mengesan perubahan-perubahan yang berlaku pada suami yang curang...

ada dikalangan isteri yang mengambil langkah awal...untuk melentur 'rebung curang' ini dari melarat dan membesar menjadi 'buluh curang'... dan boleh dikatakan, hampir semua kes-kes curang yag dapat dikesan awal dapat diselesaikan dengan baik iaitu suami kembali kepangkal jalan.... dan tidak kurang juga kes-kes kecurangan suami mengakibatkan 'tsunami' yang besar dan mengorbankan sebuah institusi perkahwinan itu...

untuk para isteri, saya suka syorkan agar lebih peka malah extra peka dalam setiap pergerakan suami anda... jangan sesekali lepa, leka atau ambil tak kisah... pastikan radar anda sentiasa bersedia....tidak salah kita mengenali siapa rakan suami, tidak salah jika kita mengetahui kemana pergerakan suami... kerana dalam satu institusi perkahwinan, isteri mempunyai 'saham' 49% manakala 51% adalah milik suami...

dan selalulah melakukan muhasabah atau checklist pada diri...lihat pada diri sendiri dan 'identify' area mana yang perlukan improvement...... jangan sama sekali mengambil langkah tunggu dan lihat sahaja.... jangan bila ada 'instinct', anda hanya berpeluk tubuh dan mengambil langkah tunggu dan lihat... sejauh mana kelicikan suami... kerana perlu diingat, ego para isteri tidak boleh menandingi ego para suami...

setelah dilakukan muhasabah atau checklist... sudah pasti kita akan dapat meng'identify' kekuatan & kelemahan diri... so..lakukanlah perubahan dan ambillah tindakkan dengan sewajarnya... jangan tunggu...kerana sikap menunggu dan bertangguh ini ialah kerja syaitan...

bersemuka adalah perkara wajib bagi setiap isteri lakukan apabila mendapat 'bau' bahawa suaminya curang.... dan bersemuka ini perlulah dilakukan dengan penuh 'fatonah' atau bijaksana serta dengan 'hikmah' atau penuh keilmuan... jauhkan elemen-elemen nafsu serta elemen-elemen negetif... (cth; hanya fokus pada kesalahan semata-mata dan tidak memberi peluang pada pasangan membuka cerita sebenarnya)...

bersemuka adalah tindakan yang bijak..atas dasar tiada apa yang perlu disorokkan jika masing-masing berada di atas jalan kebenaran...

jangan sesekali menggunakan emosi yang tidak dikawal ketika bersemuka... kerana emosi tidak akan memberikan jalan keluar untuk masalah yang dihadapi...

ingat.... proses untuk memperbaiki hubungan yang tercalar akibat kecurangan suami adalah satu proses yang mengambil masa serta tenaga dan perasaan... tidak boleh berlaku putus asa dalam diri para isteri jika kemahuan untuk terus bersama adalah objektif penyelesaian...

dan saya tidak nafikan, ada juga pasangan yang saya unjurkan berpisah atas dasar tiada titik penemuan di tengah-tengah... dan saya tidak mahu mereka terus-terusan bergelumang dengan perasaan yang turun naik tanpa kawalan, dendam yang saban hari meningkat sehingga hilang daya tumpuan, marah yang dilampiaskan kepada zuriat dsbnya...

jika terlalu banyak negetif yang muncul dalam proses pembaikan hubungan, maka saya menyarankan agar lebih baik berpisah dari terus-terusan menanggung dosa dan lara dalam hidup...

begitulah serba sedikit input perihal suami curang...
salah siapa?... salah suami...
salah siapa?....salah isteri...
salah siapa?....salah pihak ketiga???

tiada tangan yang akan bertepuk sebelah tangan tanpa memberi respon bunyi...
tiada pohon yang bergoyang daunnya kecuali ada angin yang meniup....

ingat pada soalan; 'whats next..?' setiap kali berhadapan dengan permasalahan, tidak kira masalah rumahtangga atau masalah keyakinan diri...dsbnya...

kerana soalan 'whats next..?' itu akan membuat kita maju kehadapan untuk meng'improvekan' diri kita dengan langkah-langkah seterusnya bukan dengan hanya duduk berpeluk tubuh....

ok?....

mmm..kat atas tu ada video cerita 'hart to hart'.... satu siri tv yang saya suka tonton sewaktu kecil dahulu... kena menunggu hingga pukul 10 (kut..) untuk siri tv itu ke udara...
ianya mengisahkan sepasang suami isteri yang menjadi penyiasat persendirian dan dibantu oleh 'tukang gaji' mereka bernama 'max'....

hidup kena enjoy...
enjoy kena bertempat..

wasalam..

Mematangkan Diri dengan ilmu...



salam semua...

ketinggian keyakinan diri dan rasa hormat diri berpunca dari kedalaman ilmu dalam diri seseorang itu...

apa itu keyakinan?...
keyakinan adalah rasa percaya pada diri sendiri tentang sesuatu perkara atau ilmu yang kita ada atau perolehi untuk dimanafaatkan oleh diri sendiri untuk diri sendiri atau orang lain...

kita berasa hilang keyakinan apabila kita gagal dalam menyempurnakan sesuatu tugasan khusus atau umum....
kita berasa tidak yakin apabila kita tiada atau kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu...

keyakinan ini timbul hasil dari 'tekanan' yang muncul di dalam diri akibat dari merasakan 'perlunya' ada ilmu tentang sesuatu...dan kita mengorak langkah untuk melengkapi diri dengan segala yang diperlukan...

so?... keyakinan diri amat berkait rapat dengan ilmu...
kita boleh bergantung harap dengan ilmu seseorang itu... namun tempoh bergantung harap itu hingga bila?... esok lusa?..atau tulat?....

diri yang penuh dengan ilmu akan sering dahagakan ilmu...
kerana proses kematangan akan datang setiap kali kita mempraktikkan ilmu yang ada pada diri dalam sesuatu tugasan atau ujian...

kita akan matang jika kita benar-benar memahami penggunaan ilmu itu, kita benar-benar mempraktikkan serta kita benar-benar menyakini tahap keilmuan itu...

manusia yang gagal sering 'terlepas pandang' akan hikmah dalam setiap kegagalan itu... dalam setiap kegagalan ada banyak ilmu yang boleh kita pelajari.... ilmu pertama ialah bagaimana kita hendak mengelakkan kegagalan itu dari tidak berulang... ilmu yang kedua ialah bagaimana kita memperbaiki kelemahan ilmu yang kita gunakan... ilmu yang ketiga ialah bagaimana kita menjadi 'seorang yang melangkah' kehadapan dengan satu ilmu yang baru yang telah ditambah untuk mengelak kegagalan berulang...

ini adalah satu proses...

contoh yang paling mudah ialah bagaimana kita melihat seorang anak kecil yang 'menuntut ilmu' untuk berdiri & berjalan... anak kecil itu belajar dari 'trial & error'.... dan sudah pasti anak kecil itu mempunyai 'semangat kental' untuk berjaya dalam setiap percubaannya... sehingglah anak kecil itu mampu untuk berdiri dan melangkah...

setiap perjalanan ini sepatutnya adalah satu perjalana yang penuh dengan 'penimbaan ilmu'.... ianya berterusan sehingga ke akhir hayat....

anak kecil tadi mempunyai 'conscience' yang clear... anak kecil itu tidak nampak sebarang halangan untuk dia berjaya dalam 'mempelajari' seterusnya menguasai 'teknik berdiri dan berjalan'...sehingga berjaya....

apa kurangnya kita dengan anak kecil tadi?..
yang kurangnya ialah anak kecil tadi tidak takut dengan kegagalan sedangkan kita telah penuh dengan 'rasa takut'....
yang kurangnya ialah anak kecil tadi 'istiqomah' dan berdisiplin untuk terus mencuba sedangkan kita sering dilemahkan oleh diri, keluarga serta rakan...
yang kurangnya ialah anak kecil tadi ada keyakinan pada diri sendiri sedangkan kita kejap yakin kejap tak...

begitulah.... kita sepatutnya telah matang... jauh lebih matang dari anak kecil tadi... namun, persekitaran telah membuatkan kita jadi lemah, kurang yakin dan terus tidak matang...

so?... apa tunggu lagi?.... wake up.... bangun lah....

insya Allah... tiada yang mustahil....

Friday, August 24, 2007

NEGARAKUKU oleh namewee..... cara menanggani isu...



salam...

beberapa minggu yang lepas, seluruh negara di'geletek' oleh isu lagu kebangsaan yang di 'rap'kan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

saya sempat menonton clip video lagu tersebut...
ianya menayangkan clip nyanyian lagu negaraku oleh pelajar malaysia yang diselang-seli oleh nyanyian rap..

klip tersebut mengundang kemarahan beberapa pihak dan ada juga yang memberi pandangan yang agak lembut...

di dalam lapuran akhbar, kita dapat tahu bahawa kabinet menerima permohonan maaf dari pelajar tersebut namun tindakan tetap akan dikenakan kepada pelajar tersebut termasuk meng'ektradisi' beliau pulang ke malaysia...

saya mengambil sedikit masa untuk mengulas isu tersebut..... dan memang timbul beberapa persoalan...

pertama; mengapa pelajar ini mengambil inisiatif untuk meng'inject' irama rap ke dalam lagu negaraku...?

kedua; tahap pemahaman pelajar ini terhadap prinsip rukun negara Malaysia berada di tahap mana? di mana beliau bersekolah? siapa rakan-rakan beliau? adakah semasa beliau bersekolah dahulu tiada pelajaran sivik?.... adakah keluarga beliau tidak memberi tunjukajar tentang wujudnya berbagai kaum di malaysia ini?... adakah jiran-jiran beliau tidak memberi contoh yang baik kepada beliau?

ketiga; apa yang ingin disampaikan oleh beliau melalui lagu tersebut? apa mesejnya?...

banyak soalan yang perlu dijawab....

cuma 2 isu utama yang saya lihat yang dibawa di dalam klip tersebut ialah;

1. bagaimana sikap pasukan polis di raja malaysia yang menerima sogokan...
2. azan yang berkumandang setiap subuh mengejutkan semua orang dengan bunyi yang berbagai-bagai alunan...

kita lihat isu pertama.... adakah pasukan polis kita benar-benar bersih? (laporan akhbar hari ini ada menyebut; Ketua Polis Negara menyatakan bahawa sikap masyarakat jugalah yang turut menyumbang kepada gejala rasuah di kalangan polis... masyarakat selalu 'menghulur' kepada polis untuk menyelesaikan sesuatu perkara...)

isu kedua.... saya tidak nampak di mana si namewee ini boleh memahami islam melainkan dia mempelajarinya di sekolah atau menerusi ustaz-ustaz atau kawan-kawan dia yang beragama islam... kalau kawan-kawan dia yang beragama islam pun jenis ho ha jugak...malanglah dia...

anyway... saya teringat zaman sekolah dulu... ada pelajaran tatarakyat dan pelajaran sivik.... rasanya cukup untuk pemahaman asas buat semua 'budak sekolah' dalam memahami kerukunan hidup berbilang bangsa dan penghormatan kepada beragama...

dalam meniti hari kita akan menyambut sambutan kemerdekaan yang ke 50, saya lihat isu ini lebih kepada ingin membangkitkan 'semangat' cintakan negara... di mana ada ruang yang boleh digunakan untuk menjentik semangat rakyat maka akan digunakan sebaiknya...

dari satu sudut saya sedih dengan apa yang pelajar ini lakukan...
dari satu sudut yang lain, jika dia tidak suka (bukan tahap cinta) kan negara malaysia, sudah pasti dia akan kutuk habisan dan melakukan perkara-perkara yang lebih teruk lagi daripada memilih untuk menyanyikan lagu negaraku & meletak jalur gemilang sebagai backdrob....
dari satu sudut yang lain... saya tidak mengkategorikan pelajar ini sebagai pengkhianat negara....kerana dia tidak paham lagi, tidak sempat paham, tidak mahu dipahamkan tentang negara malaysia oleh diri sendiri, keluarga, masyarakat dan pemimpin...

rakyat yang menjadi komunis adalah pengkhianat negara...
orang yang dilantik menjadi pemimpin tetapi menyalah gunakan jawatan adalah pengkhianat kepada rakyat dan negara...
orang islam yang tidak hidup seperti orang islam adalah pengkhianat kepada agama dan lebih malang mengkhianati Allah...

orang yang tak tahu... dia jatuh kategori jahil dan kenalah belajar...
orang yang tahu tapi buat-buat tak tahu...dia jatuh kategori munafik dan kenalah bertaubat...

si namewee telah memohon maaf kepada semua rakyat malaysia atau kejahilannya...

dan saya sebagai seorang islam dan rakyat malaysia... memaafkan beliau dengan saranan agar lebih memahami dan lihat contoh pemimpin atau orang islam yang benar-benar menjalankan amanahnya...

teringat akan dakwah Rasulullah yang penuh fatonah dan hikmah terhadap seorang yahudi buta si peminta sedekah...

Rasulullah sering dilihat memberi sedekah kepada seorang yahudi buta... dan yahudi buta itu apabila Rasulullah datang kepadanya, sering mengutuk dan menghina Rasulullah.. Rasulullah diam tidak berkata dan terus mengelap muka, membersihkan pakaiaan yahudi tersebut dan menyuapkan makanan kepadanya...

sehinggalah satu hari si buta ini tertanya-tanya di manakah perginya seorang yang baik hati yang selalu mengunjungi beliau dan menjaga beliau...

ditanyanya kepada orang yang ada di situ.... kemana gerangan orang yang selalu mengunjungi itu?...

maka terperanjatlah beliau apabila diberitahu orang yang selalu mengunjungi beliau itu ialah Muhammad Rasulullah....

tiada apa yang dapat diperkatakan selain dari beliau terus memeluk agama Islam...

begitulah seadanya....

moga kita lebih fatonah @ bijaksana serta penuh dengan hikmah dalam kehidupan...
Islam itu indah.... dan keindahan itu dimanifestasikan melalui kehidupan dan diri seseorang penganutnya....

wasalam

Kenapa sesekali jiwa terasa kekosongan??





salam jumaat buat semua....

perjalanan kehidupan ini adalah satu perjalanan yang amat indah sekali....
ada di antara kita yang 'perasan' keindahan itu...
ramai juga antara kita yang ter'lepas pandang' warna-warna ceria kehidupan...

saya pernah menulis akan faktor-faktor yang menyebabkan kita 'drain-out', 'stressful', 'tension' dsbnya...adalah disebabkan oleh faktor dalaman dan/atau faktor luaran...

faktor dalaman adalah diri kita sendiri..
manakala faktor luaran adalah samada keluarga, rakan atau musuh..

topik hari ini adalah berkisar tentang 'kekosongan jiwa' yang sesekali melanda diri seseorang kita...
dan kita sering juga bersoal dengan diri apakah yang menyebabkan diri kita sesekali dilanda kekosongan...

ayat yang sering dikaitkan dengan jiwa atau hati seseorang itu ialah... antaranya "qalbu mukminin baitillah".... atau hati seorang mukmin itu 'rumah Allah'..

janganlah kita menganggap bahawa Allah 'duduk' atau 'tinggal' di dalam hati kita... ianya lebih kepada definasi bahawa di dalam hati atau jiwa seseorang mukmin @ beriman itu sentiasa tersematnya Allah...ingatan yang berterusan itu bolehlah diistilahkan bahawa seseorang itu senantiasa mendahulukan Allah dalam kehidupannya; setiap niat, lafaz & tindakannya...24 jam sehari, 7 hari seminggu....

bagaimana caranya kita hendak memastikan bahawa 'tersematnya' Allah di dalam jiwa @ hati kita?.... hanya ada satu cara... iaitu dengan terus-terusan berzikir...

zikir....?? ya zikir terdapat 2 jenis... pertama zikir khusus dan kedua zikir umum.. zikir khusus ialah apabila kita menuturkan kalimah-kalimah Allah berulangan dengan bilangan tertentu di masa-masa tertentu....

manakala zikir umum pula ialah ingatan secara terus-terusan terhadap Allah Azza Wajalla...

maka bolehlah kita faham bahawa zikir ini ialah 'Mengingati Allah'...

mana mungkin seorang anak melupakan ibubapanya...
mana mungkin seorang pekerja melupakan majikannya...

dan paling penting, mana mungkin seorang hamba melupakan tuannya... apatahlagi tuannya itu bergelar Al-Khaliq...Pencipta...

zikir umum bermakna terus-terusan mengingati Allah dalam setiap masa.... tatkala kita duduk, baring, tidur atau berjalan.... ingatan yang tidak pernah putus hanya kepada Allah....

Allah lah Yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya....
di mana perletakan diri kita yang kerdil dan hamba ini?... tidak lain tidak bukan hanyalah bergantung harap sepenuhnya kepada Al-Khaliq, Pencipta & Tuhan kita....

mengapa jiwa kita terasa kosong?..... adakah tiada Allah di dalamnya?... adakah tiada Rasulullah di dalamnya?...

contoh terbaik.... di dalam sebuah kotak ada seketul emas.... saban hari kita memeriksa kotak itu..dan emas itu tetap ada...sehingga pada satu hari, apabila kita menbuka kotak tersebut, emas itu sudah tiada.... dan kita puas mencari, tidak berjumpa.... maka kosonglah kotak tersebut.... apa pentingnya emas itu pada kita?... sangat penting...sudah tentu sebab itu kita mencarinya merata-rata.... kita jadi resah dan tak senang duduk dan rasa kehilangan....

contoh di atas ialah contoh berbentuk materialistik....

apalah emas itu jika hendak di bandingkan dengan Allah Azza Wajalla...

jiwa kita akan terasa kekosongan kerana terlalu banyak telah diisi dengan perkara-perkara yang materialistik dan bersifat sementara....

sedangkan kita percaya dan beriman kepada Allah.... Tuhan yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar namun percaya akan wujudnya Tuhan kita itu... malah kita percaya Tuhan kita ada di mana-mana dan Dia melihat apa yang kita buat... malah Dia tahu apa isi hati kita.....

hebatkan Tuhan kita?.... tidakkah kita mahu rasa berbangga kerana mempunyai Tuhan Yang Maha Hebat.... tempat kita bergantung setiap detik dan masa....

alangkah bertuahnya jika kita boleh dapat 'rasa' Keesaan Allah...
alangkah bertuahnya jika kita boleh dapat 'rasa' kehadiran Allah di sisi kita...
alangkah bertuahnya jika kita boleh dapat 'rasa' kehidupan kita ini penuh lengkap dengan taufik, hidayah serta rahmat dari Allah secara berterusan....

indah bukan?....

jadi mengapa perlu kita isi jiwa kita dengan perkara yang tidak kekal?...

bangunlah dari tidur..... hadapilah kenyataan bahawasanya kita adalah hamba Allah...
Allah Maha Hebat.... dan kejadiannya juga hebat....
kita?... kita adalah antara kejadian Allah yang sangat istimewa dan hebat.... maka janganlah kita 'tak perasan', ter'lepas pandang' akan hakikat ini....

insya Allah kita semua akan bertemu diri kita sebenarnya...'very soon'...jika kita menyedari hakikat yang sebenarnya...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails