Monday, August 27, 2007
SUAMI CURANGGGG.....salah siapa????
salam semua....
saya sering diunjurkan soalan-soalan berkaitan dengan suami-suami curang ini... rasanya saya ada memberi 'input' secara 'direct' ataupun 'in-directly' kepada semua pembaca....
perihal suami curang ini memang selalu berlaku...
dalam satu institusi kekeluargaan samada yang bahagia atau yang bergoncang atau yang sedang porak peranda.... wa i ma nya, ia berlaku dalam setiap insitusi perkahwinan itu samada ianya disedari oleh para isteri ataupun tidak....
mengapa suami curang?....
berbagai kemungkinan dan alasan yang boleh kita utarakan.... antaranya;
1. suami memang gatal dari awal dan hobinya mengorat wanita-wanita...
2. suami belajar jadi gatal dan terjebak....
3. suami 'bosan' dengan isteri dan mula mencari 'penawar' di luar...
4. suami terlalu kurang pengetahuan agama terutama dari segi 'muhrim & bukan muhrim'..
5. suami dicabar untuk mengatal lalu menyahut cabaran tersebutlalu terjebak...
6. suami hilang punca dan arah dalam mengendalikan rumahtangga...
7. suami ingin lari dari tanggungjawab sebagai suami, ayah...
dan list ini akan berterusan mengikut keperluan pasangan itu masing-masing....
persoalannya siapa yang salah?.....
untuk menuding jari terus kepada suami dan meletakkan kesalahan itu kepada suami memang satu perkara yang amat mudah....
tetapi persoalan seterusnya ialah 'whats next?'....
maksud saya, ok..suami salah...so, whats the next action?...please?... gaduh, buat serangan? mengamuk? hempas barang satu rumah?....
kita mencari solutions bukan?..... jika hendak mencari salah.... kita telah ketemu salah itu pada suami.... dan sekarang apakah solusinya?.... kat mana nak dapat solusinya?... pastu camner nak buat?....
selalunya... apabila seseorang itu bercinta... seluruh matanya telah tertutup... termasuk alasan pertama di atas.... dan sememangnya dia boleh melihat ada bibit kegatalan yang menjadi sipat (sifat) bakal suaminya itu.... namun atas dasar buta @ cinta itu buta.... maka bolehlah diterima...atas alasan nanti dah kahwin 'bila dah dapat..takdalah dia gatal lagi....'.... itu semua ialah atas dasar 'assumption'...'agak-agak dan teori semata-mata'.... namun memang tidak ada yang mustahil sekiranya si gatal ini berubah....
saya tidak menafikan terdapat antara rakan-rakan yang saya temui pernah, telah, sedang berlaku curang terhadap isteri masing-masing..... ada yang telah berlaku curang selama bertahun lamanya... ada yang pernah curang dan sudah insaf serta kembali kepangkal jalan... ada yang hampir berlaku curang dan tersedar lalu insaf...
jenis-jenis lelaki sebegini, jika berpeluang, saya akan nasihati mereka... peluang maksud saya, apabila mereka menceritakan kisah kecurangan mereka lalu ada bibit-bibit keinsafan dalam diri dan berusaha mencari jalan 'pulang' serta kembali menjadi suami yang bertanggungjawab dalam ertikata sebenarnya....
ada juga di antara mereka yang 'suka' atau enjoy dengan keseronokkan 'sementara' itu dan menjangkakan akan terlepas dari sebarang 'hari-hari hitam atau kelam'.... dan mereka-mereka ini hanya boleh saya beri saranan serta kiasan sahaja..sebab saya seperti juga isteri mereka tidak boleh menggubah 'nasib' mereka melainkan mereka yang menggubahnya sendiri....
ada juga di antara mereka yang menggunakan alasan 'isteri tak up-to-date', isteri buat tak kisah, isteri tak jaga makan pakai, isteri tak jaga badan, isteri takes things for granted, isteri juga curang, isteri terlalu sibuk dsbnya....
ok... kat atas kita dah bincang berkenaan dengan punca yang bermula dari suami...
then sekarang kita lihat pada diri isteri pula....
isteri ini dianugerahkan oleh Allah satu 'antena @ radar' yang boleh 'menghidu' kecurangan suami masing-masing... radar ini akan mengesan perubahan-perubahan yang berlaku pada suami yang curang...
ada dikalangan isteri yang mengambil langkah awal...untuk melentur 'rebung curang' ini dari melarat dan membesar menjadi 'buluh curang'... dan boleh dikatakan, hampir semua kes-kes curang yag dapat dikesan awal dapat diselesaikan dengan baik iaitu suami kembali kepangkal jalan.... dan tidak kurang juga kes-kes kecurangan suami mengakibatkan 'tsunami' yang besar dan mengorbankan sebuah institusi perkahwinan itu...
untuk para isteri, saya suka syorkan agar lebih peka malah extra peka dalam setiap pergerakan suami anda... jangan sesekali lepa, leka atau ambil tak kisah... pastikan radar anda sentiasa bersedia....tidak salah kita mengenali siapa rakan suami, tidak salah jika kita mengetahui kemana pergerakan suami... kerana dalam satu institusi perkahwinan, isteri mempunyai 'saham' 49% manakala 51% adalah milik suami...
dan selalulah melakukan muhasabah atau checklist pada diri...lihat pada diri sendiri dan 'identify' area mana yang perlukan improvement...... jangan sama sekali mengambil langkah tunggu dan lihat sahaja.... jangan bila ada 'instinct', anda hanya berpeluk tubuh dan mengambil langkah tunggu dan lihat... sejauh mana kelicikan suami... kerana perlu diingat, ego para isteri tidak boleh menandingi ego para suami...
setelah dilakukan muhasabah atau checklist... sudah pasti kita akan dapat meng'identify' kekuatan & kelemahan diri... so..lakukanlah perubahan dan ambillah tindakkan dengan sewajarnya... jangan tunggu...kerana sikap menunggu dan bertangguh ini ialah kerja syaitan...
bersemuka adalah perkara wajib bagi setiap isteri lakukan apabila mendapat 'bau' bahawa suaminya curang.... dan bersemuka ini perlulah dilakukan dengan penuh 'fatonah' atau bijaksana serta dengan 'hikmah' atau penuh keilmuan... jauhkan elemen-elemen nafsu serta elemen-elemen negetif... (cth; hanya fokus pada kesalahan semata-mata dan tidak memberi peluang pada pasangan membuka cerita sebenarnya)...
bersemuka adalah tindakan yang bijak..atas dasar tiada apa yang perlu disorokkan jika masing-masing berada di atas jalan kebenaran...
jangan sesekali menggunakan emosi yang tidak dikawal ketika bersemuka... kerana emosi tidak akan memberikan jalan keluar untuk masalah yang dihadapi...
ingat.... proses untuk memperbaiki hubungan yang tercalar akibat kecurangan suami adalah satu proses yang mengambil masa serta tenaga dan perasaan... tidak boleh berlaku putus asa dalam diri para isteri jika kemahuan untuk terus bersama adalah objektif penyelesaian...
dan saya tidak nafikan, ada juga pasangan yang saya unjurkan berpisah atas dasar tiada titik penemuan di tengah-tengah... dan saya tidak mahu mereka terus-terusan bergelumang dengan perasaan yang turun naik tanpa kawalan, dendam yang saban hari meningkat sehingga hilang daya tumpuan, marah yang dilampiaskan kepada zuriat dsbnya...
jika terlalu banyak negetif yang muncul dalam proses pembaikan hubungan, maka saya menyarankan agar lebih baik berpisah dari terus-terusan menanggung dosa dan lara dalam hidup...
begitulah serba sedikit input perihal suami curang...
salah siapa?... salah suami...
salah siapa?....salah isteri...
salah siapa?....salah pihak ketiga???
tiada tangan yang akan bertepuk sebelah tangan tanpa memberi respon bunyi...
tiada pohon yang bergoyang daunnya kecuali ada angin yang meniup....
ingat pada soalan; 'whats next..?' setiap kali berhadapan dengan permasalahan, tidak kira masalah rumahtangga atau masalah keyakinan diri...dsbnya...
kerana soalan 'whats next..?' itu akan membuat kita maju kehadapan untuk meng'improvekan' diri kita dengan langkah-langkah seterusnya bukan dengan hanya duduk berpeluk tubuh....
ok?....
mmm..kat atas tu ada video cerita 'hart to hart'.... satu siri tv yang saya suka tonton sewaktu kecil dahulu... kena menunggu hingga pukul 10 (kut..) untuk siri tv itu ke udara...
ianya mengisahkan sepasang suami isteri yang menjadi penyiasat persendirian dan dibantu oleh 'tukang gaji' mereka bernama 'max'....
hidup kena enjoy...
enjoy kena bertempat..
wasalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mana ada suami curang yang nak mengaku curang. kenalah jaga ego. jika tertangkap pun mestilah cari kesalahan isteri. Kalau orang rumah kita curang, agak-agak boleh terima ke.
salam faiz...
ada suami curang yang mengaku dia telah curang... pengakuan itu akan berlaku di atas dasar keinsafan...
jika orang rumah kita curang.. terima atau tidak... perkara telah berlaku... dan bergantung pada pertimbangan diri...
kalau mampu, boleh maafkan..
kalau tidak mampu, eloklah dilepaskan...
salam Sifu,
Bagi saya pengalaman banyak mengajar..erti kehidupan yg sebenar dan kehidupan berumahtangga. Bagi saya segala masaalah timbul boleh dikatakan 60% berpunca kewangan.
salam bro lan,
ada kebenarannya...
pengalaman adalah antara 'cikgu' bagi kita...
ya... sikap 'meletak nilai' pada sesuatu (membuat ukuran berdasarkan wang ringgit) adalah antara punca utama kemasaman muka antara suami isteri... :-)
Suami ku curang..tak tau dh berapa lama..gerak hati ku membongkar segala2nya..dia mintak maaf tanpa memandang kedlm anak mata ku..ku kata..aku maafkn kamu tapi aku takkan percaya pada mu lg..ku fikir dia telah insaf..5 bulan kemudian..brlaku lagi...'benda' sedap kan? Kau teruskn lah wahai suami ku...kebahgiaan sementara yg kau rase telah semakin menjauhkn aku dari hati mu...hatiku kini telah membeku.. :'(
Post a Comment