Thursday, August 02, 2007

Camner nak kuatkan Emosi Dalaman?...



salam semua...

topik ini akan berkisar kepada isu 'bagaimana nak menguatkan emosi dalaman'...
topik ini sengaja saya pilih berdasarkan 'permintaan' seorang rakan....

oleh itu sama-samalah kita berkongsi ilmu demi kebaikan semua...

mula-mula perlu saya perjelaskan bahawa manusia itu mempunyai 4 elemen diri yang utama; ianya ialah mental, emosional, spiritual dan fizikal.

untuk berada dalam keadaan 'hebat' senantiasa... maka 'wajib'lah kita memastikan kesemua empat-empat elemen itu tadi berada dalam keadaan 'fully charged'....atau sentiasa berada dalam keadaan 'frekuensi' yang tinggi dan baik.

contoh;

mental - kita perlu memastikan mental/otak/pikiran kita sentiasa penuh dengan pemikiran-pemikiran yang positif, bergerak dengan baik tanpa gangguan serta mampu untuk memproses setiap input yang kita terima dengan sihat.

untuk memastikan mental sentiasa berada dalam keadaan 'fully charged', kita perlulah sentiasa memikirkan perkara-perkara yang positif dan mencari hikmah dalam setiap perkara atau situasi yang berlaku pada diri dan persekitaran kita.

dalam ilmu sains metafizik, lapisan aura elemen yang berada di luar sekali ialah lapisan aura mental.

emosional - kita hendaklah sentiasa berada dalam tahap kesabaran yang tinggi dan tenang dalam setiap masa dan ketika. emosional kerap jadi terganggu kerana ketidak upayaan mental kita (lapisan pertama aura) menolak perkara-perkara negetif yang hinggap pada diri.

emosional atau emosi yang menipis auranya akibat kegagalan mental menolak perkara negetif akan meransang ketidak seimbangan arus ketenangan pada diri lalu ianya akan menghasilkan sikap 'melampau' seperti kemarahan yang tidak boleh dikawal, kesedihan yang melampaui batas dsbnya.

maka boleh kita katakan bahawa akibat mental yang lemah, emosi akan jadi gundah....

seterusnya, kita lihat pula elemen spiritual iaitu elemen diri dalaman atau boleh juga kita panggil 'semangat atau kekuatan dalaman'....

spiritual ini antara elemen yang juga penting dalam diri seseorang. spiritual ini ada perkaitan dengan keupayaan, kepercayaan, keyakinan dan kesensitivitian seseorang itu tentang hubungan 'luarbiasa' dengan Pencipta atau Tuhan.

spiritual ini melibatkan unsur-unsur 'faith' atau keimanan dan sudah semestinya ianya adalah berkaitan dengan 'hati'.
selalu kita dengar atau terbaca 'Qalbu Mukminin Baitillah'...atau dalam bahasa melayunya 'Qalbu atau hati seseorang yang beriman itu rumah Allah...' ianya lebih merujuk kepada istilah dalam ilmu 'mantiq' dan janganlah dipikir secara logik bahawa Allah 'mendiami' hati seseorang mukmin itu dan tinggal di situ...

kefahaman tentang Qalbu Mukminin Baitilah ini lebih merujuk kepada keyakinan seseorang itu, keredhoan mutlak seseorang itu terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam... yakin 200% bahawa seluruh kehidupan, hidup & mati hanya kerana Allah....

namun atas kurniaan Allah keatas hambaNya yang merangkumi 7 keupayaan seperti qudrat @ kekuatan, iradat @ kehendak, ilmu, hayat @ kehidupan, samaq @ penglihatan, basar @ pendengaran dan akhirnya qalam @ percakapan maka seseorang hambaNya itu sudah semestinya mengerti akan perjalanan hidup ini yang penuh dengan ujian-ujian yang mampu dihadapi dengan jayanya...

atas anugerah kurniaan keupayaan tersebut, maka manusia itu 'sepatutnya' akan berada dalam keadaan penuh bersemangat.

elemen spiritual ini 'tergugat' dek kerana pada peringkat awal tadi, mental telah menerima perkara negetif dan seterusnya menggangu emosi lalu diri dalaman seseorang itu akan terganggu malah tertutup untuk menerima sebarang pandangan positif lantaran terhakisnya 'keyakinan' yang ada di dada....

maka seterusnya elemen fizikal, iaitu benteng terakhir yang akan menanggung akibat... di mana kahirnya fizikal seseorang akan 'rosak' akibat penghakisan elemen mental, gangguan emosi dan penghakisan spiritual (krisis keyakinan diri)...

jadi bagaimana untuk menguatkan emosi dalaman?...

jawapannya ialah kita perlulah memastikan mental senantiasa berada dalam keadaan positif dan terkawal dengan baik...kerana ia adalah benteng pertama lapisan aura diri...

kawalan 'ketat' ke atas mental boleh dilakukan dengan usaha yang berterusan menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa... berjaga-jaga atas setiap maklumat yang diterima dan memilih untuk mengatakan 'tak mahu pikir' bagi perkara-perkara yang 'mengarut' dsbnya....(ke esertifan diri..)

dan insya Allah di lain waktu, kita akan berbicara tentang hati pula nanti yang merupakan elemen 'paling penting', 'paling mustahak' dan 'paling utama' buat diri kita...

kepentingan hati @ qalbu itu bolehlah kita lihat bagaimana kisah Nabi Allah Ayub yang diuji dengan penyakit yang amat dahsyat sehingga Baginda memanjatkan doa ke hazrat Allah agar ulat yang memakan tubuh badan Baginda tidak memakan hati @ qalbu Baginda kerana, Baginda ingin terus berzikir dengan hati Baginda...

dari segi sains metafizik juga, hati yang tulus & mulus akan melahirkan lapisan aura yang tebal dan kebal....

jumpa lagi...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails