Wednesday, August 01, 2007

Suami Isteri : Cubalah ada masa bersama, walau seketika...

salam buat semua....

berkongsi sedikit perihal isu rumahtangga...
ianya lebih kepada isu kesibukkan yang dialami oleh kedua-dua pihak; samada pihak suami ataupun pihak isteri...

almaklumlah hidup di kota metropolitan, tidak kira di mana sahaja anda berada...
kalau si suami bergaji purata rm2000 sebulan...mana mungkin akan dapat 'cover' semua expenses isi rumah...
maka si isteri akan 'terpaksa' turun padang membantu si suami... dan atas bantuan 'sukarela' ataupun 'minat' ataupun cinta & sayang pada suami dan keluarga...

apapun, rata-rata dewasa ini...kesibukkan itu tanpa disedari telah 'mencuri' kebahagiaan, kemesraan dan keintiman suami isteri...

suami atau isteri yang pulang dari bekerja sudah semestinya kepenatan....
dan paling pening apabila isu-isu di tempat kerja di bawa pulang kerumah dan malangnya dikongsi ceritanya pada pasangan masing-masing dan parahnya apabila anak-anak curi-curi dengar akan isi perbincangan tersebut...

saranan saya.....cubalah sedaya upaya mencari 'masa berkualiti' bersama....
masa-masa itu boleh jadi, seperti solat subuh berjemaah bersama berdua, breakfast bersama sebelum bekerja, mengemas rumah bersama, window shopping hujung minggu bersama, breakfast pada minggu ahad bersama dsbnya...

masa kualiti tersebut sebenarnya boleh di adakan dengan syarat ada sedikit pengorbanan dan dapat melihat matlamat dan objektif mengapa perlunya 'masa kualiti' tersebut...

ianya saya lihat lebih kepada 'charging' hubungan suami isteri.... walau ianya melibatkan masa setengah jam sahaja....

pastikan fokus adalah kepada diri masing-masing dan kepentingan hubungan mesra yang berterusan...
ini penting, kerana kesibukkan akan membawa kepada 'kelonggaran' hubungan intim dan akan mengarah kepada 'mencari' keseronokan di luar (terutamanya sang suami)...

kemesraan yang longgar akan membawa kepada banyak masalah apatahlagi jika wujud bibit-bibit cinta 3 segi... yang selalunya bermula dari perkongsian masalah antara rakan sekerja dsbnya...

cubalah elakkan perkara ini dari berlaku...

mulakan langkah mencari 'masa kualiti' tersebut...
paksa sedikit diri untuk meng'ada'kan masa tersebut...
jangan tunggu lama atau tangguh lagi.... kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku keesokkan harinya....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails