Wednesday, August 15, 2007
Politik Ofis.... nak buat camner?
salam semua....
alam pekerjaan memang merupakan satu alam yang mencabar...
tidak dinafikan ianya penuh dengan berbagai warna-warna yang bertukar silih berganti setiap masa...
warna-warna di dalam alam pekerjaan itu boleh jadi seindah warna pelangi atau semuram warna kelabu asap... atau terus kelam gelita...
saya sendiri pernah bekerja di sebuah syarikat televisyen swasta selama 7 tahun dan beralih angin ke sebuah syarikat 'home shopping' juga selama 7 tahun...
di syarikat pertama itu, saya memulakan alam pekerjaan saya dari serendah jawatan kerani sementara sehingga jawatan ketua jabatan sebelum meninggalkan syarikat tersebut...
pengalaman?... penuh dengan warna-warni....
ofis politik?... ya ianya ada dan sangat hebat sekali permainannya...
saya terlibat?.. ya saya terlibat tetapi secara tidak lansung... maksud tidak secara lansung ialah, saya terjerumus ke dalam satu kelompok yang tidak bermain ofis politik tetapi 'terpaksa' mengikut arus kelompok dominan di dalamnya...
menikam atau tertikam belakang?... alhamdulillah saya 'terlepas' dari situasi itu... kerana apabila saya menyedari 'akan berlaku' tuduhan mengatakan saya menikam belakang rakan sekerja, saya terus memohon untuk bertukar jabatan....
ianya berlaku kerana 'masa depan' saya agak cerah... pendakian ke jawatan tertinggi sentiasa memihak kepada saya sehinggakan ianya melahirkan rasa kurang senang rakan sekerja yang lebih 'senior'...
secara peribadi, saya memang tidak sukakan politik ofis...dan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari terlibat... akhirnya saya membuat keputusan untuk memohon bertukar jabatan... dan saya berterus terang kepada ketua saya maksud dan tujuan saya.. alhamdulillah permohonan saya berjaya dan saya 'biarkan' rakan sekerja saya dengan 'labu-labu' politiknya...
jika anda terlibat dengan ofis politik... pastikan anda lari darinya...sebagai mana anda lari dari seekor singa yang lapar...
kerana?... kerana kesannya amatlah buruk... ianya boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi, motivasi serta moral anda untuk bekerja...
kesan buruk tersebut akan mengakibatkan anda hilang daya tumpuan dan ianya akan menyeret anda ke kancah yang lebih dalam sehingga boleh dibuang kerja...
so, nak buat camner?.... cubalah elakkan... dan berhenti dari dari terlalu banyak berkata-kata.... diam kan diri... itu langkah awal...
seterusnya, kumpulkan data-data serta maklumat-maklumat untuk anda mempertahankan diri sekiranya ianya memaksa anda untk berhadapan dengan pihak pengurusan atau sumber manusia...
seterusnya... buat sedikit analisa akan kesan yang akan anda hadapi... buruk atau sebaliknya...
seterusnya... kenalpasti peluang yang ada untuk anda bertukar jabatan atau tempat kerja...
saya yakin, sekiranya anda berada di pihak yang benar, lambat laun ianya akan terserlah dan anda akan terlepas darinya... namun untuk menunggu situasi untuk reda ianya memerlukan kesabaran yang tinggi serta keyakinan diri yang tidak berbelah bagi...
terus tumpu kepada pekerjaan dan hasilkan mutu kerja baik setiap masa... ini adalah berasaskan kepada jika sesebuah organisasi itu menumpukan kepada 'produktiviti' dan hasil kerja yang bermutu, insya Allah anda akan tergolong ke dalam golongan warga kerja yang produktif dan mempunyai KPI yang tinggi...
ingat, kerja adalah satu ibadah... kita bekerja untuk diri dan keluarga kerana Allah Taala...
atas niat tersebut... anda semestinya berada di atas jalan yang lurus, insya Allah...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment