salam semua....
saya suka berkongsi input saya tentang poligami di dalam satu forum buat semua pembaca blog ini...
---------------------------------------------------------------------------------
salam semua....
perihal poligami ni memang akan mengundang rasa ketidak senangan hati di kalangan kaum isteri @ wanita..
dan ianya juga turut menimbulkan keributan kepada kaum suami @ lelaki...
cuma saya risaukan pegangan aqidah kita...
untuk memberi komentar tentang isu poligami, ianya sangat luas dan boleh juga disempitkan...
aqidah yang saya maksudkan ialah;
pertama; lelaki diberi keizinan oleh Allah untuk berkahwin 2, 3 atau 4 namun jika mereka tidak mampu berlaku adil maka cukuplah dengan satu....
itu cerita keizinan... keizinan yang diberi oleh Allah....
dan untuk mengawal keadaan maka kerajaan malaysia dengan undang2 syariahnya utk nikah kahwin mensyaratkan bahawa penambahan isteri perlulah mendapat persetujuan isteri pertama...
kedua; cerita aqidah... cerita aqidah ini adalah cerita keimanan dan ianya berada di dalam dada setiap manusia.... sesungguhnya tiada manusia yang boleh 'claim' imannya lebih tinggi dari manusia lain berdasarkan besarnya serban atau jumlah solatnya... ianya hanya diketahui di padang mahsyar kelak...
ketiga; cerita keadilan... cerita keadilan suami ini amat luas pengertianya... adil dari segi zahir & batin... kemampuan masing-masing dsbnya... dan kita selalu meletakkan 'material' sebagai batu pengukur keadilan itu... maka kita juga sering menggunakan contoh wang ringgit, pakaian dan tempat tinggal sebagai asas keadilan...
tiada siapa di antara kita (lelaki & perempuan) yang boleh mengaku dialah manusia teradil dimuka bumi melainkan keadilan itu diletakkan di atas kebijaksanaan seseorang itu....
hanya Allah lah Yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa...
jika seseorang isteri itu boleh mengatakan suaminya tidak berlaku adil... si suami juga boleh mengatakan isterinya juga tidak berlaku adil dan isu ini akan berterusan sehingga kiamat... maka persoalan adil ini jika tidak dilandaskan kepada sikap siddiq, amanah, tobligh & fatonah maka kita akan jadi manusia-manusia yang kerugian...(wal asyr)
beginilah....
nasihat saya, jika suami itu ingin berkahwin lagi satu...terus tanyakan mengapa beliau ingin berkahwin lagi.... tanyakan apakah yang boleh dilakukan untuk memenuhi hajat 'baru'nya itu.... adakah si isteri perlu pergi ke 'marie france body slimming' atau perlu menukar fesyen pakaian atau perlu belajar memasak atau perlu melebihkan belaian atau perlu menutup aurat?... tanyakan soalan-soalan tersebut pada suami dan juga paling penting pada diri sendiri sebab kita sering tertipu oleh nafsu yang menerima hasutan syaitan agar rumahtangga kita runtuh....
jika semuanya ok dan suami masih mahu berkahwin lagi... maka kita tanyakan diri kita adakah kita sanggup bermadu?... jika sanggup..alhamdulillah... jika tidak sanggup, maka nyatakanlah ketidak sanggupan itu dengan syarat tidak menahan suami untuk berkahwin dan boleh ambil langkah berundur...
saya memberi saranan ini berdasarkan kisah para isteri Rasulullah yang 'menarik diri' kerana tidak sanggup untuk hidup bermadu serta tidak mampu untuk memberikan yang terbaik kepada Baginda...
bukankan itu keadilan?... adil pada diri sendiri, adil pada Allah dan adil pada suami...
setiap kisah tidak sama..walaupun nampak serupa....
dalam perbincangan perlulah berlandaskan sikap siddiq, amanah, tobligh & fatonah bukannya penuh dengan nafsu-nafsi...
kerna hidup ini hanyalah sementara dan perlu diingatlagi bahawa di padang mahsyar nanti mulut kita akan terkunci dan anggota akan berkata-kata menjadi saksi...
lelaki @ suami juga wanita @ isteri nanti akan disoal & dipertanggungjawabkan di atas semua kehidupan masing-masing... suami akan ditanya tentang amanah terhadap diri, isteri & anak2, begitu juga isteri akan disoal tentang amanah terhadap suami, anak2 & rumahtangga...
sebagai manusia yang mengaku beriman.... cubalah pastikan kita sentiasa melunaskan kehendak Allah berbanding kehendak diri sendiri....
berdirilah di depan cermin dan lakukan muhasabah diri.... tanya adakah kita sudah berikan yang terbaik dalam setiap amanah kehidupan kita?...
adakah kita telah melakukan taubat tatkala kita setiap hari melakukan dosa-dosa?...
bukankah kita dalam solat antaranya menyatakan ikrar...'innas solati, WANUSUKI, wamahyaya, wamammati...lillah hi robbil alameen...
WANUSUKI itu apa?... ibadah bukan... ibadah itu apa?... goreng me, pergi kerja, mandikan anak, buatkan kopi suami, kemas rumah..dll
cuba tanya adakah kita telah berikan yang terbaik dalam ibadah kita...kerana ikrar kita ialah kita melakukan semua itu HANYA KERANA ALLAH.... atau untuk diri kita yang sering lalai & alpa serta pentingkan diri?...
dan kita juga boleh menolak semua di atas jika kita fikir bahawa kita tidak memerlukan tuhan lagi dan al quran serta hadis hanyalah digunakan waktu-waktu yang perlu sahaja...waktu kecemasan, waktu tertekan, waktu tension, waktu susah....dsbnya....
namun saya doakan semua forumers akan bertemu ketenangan abadi di dalam diri...insya Allah...
maaf dari saya jika terkasar bahasa...
wasalam
-----------------------------------------------------------------------------------
begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya berikan...
maaf kerana lama tidak update blog ini... terdapat sedikit kesibukan dalam tugas...
insya Allah saya akan kembali dalam masa terdekat...
1 comment:
It agree, the remarkable information
Post a Comment