Wednesday, August 15, 2007
...ada isteri hebat di belakang setiap suami...
salam semua...
hari ni nak celoteh pasal wanita yang bergelar isteri...
mat saleh selalu cakap benda ni "There's always a great lady behing every succesful man...'
nengok foto di atas;
Raja Permaisuri Agong kita sedang (mungkin) membuang habuk yang terlekat di belakang baju Yang Di Pertuan Agong.... begitu sekali beliau 'menjaga' suaminya...
kita? sebagai suami atau isteri adakah kita telah dan sedang menjaga dengan baik perjalanan kehidupan suami kita?...
jika jawapannya ya... alhamdulillah...
jika jawapannya tidak... maka perlulah melakukan sedikit 'checklist' utk perbaiki mana-mana yang perlu...
dan jika jawapannya tak pasti.... maka kita adalah manusia yang paling malang sekali...
malang kerana apa?... malang kerana tidak tahu.... malang kerana tidak boleh membuat satu keputusan... malang kerana masih ragu-ragu dengan kemampuan diri... malang kerana tiada keyakinan dalam diri....
suami & isteri adalah satu pasangan yang sangat istimewa...
saya pernah ditanya mengapa suami boleh 'cari lain' sedangkan segalanya 'cukup' di rumah...
saya bertanya balik... pastikah awak telah mencukupi kehidupan suami?...
saya menambah lagi.... saya pasti suami awak tidak akan mencari lain sekiranya semuanya 'tip-top' di rumah, terutamanya permaisurinya...
tip-top?... ya tip-top dari segi kasih sayang, tip-top dari segi rupa dan persembahan, tip-top dari segi layanan, tip-top dari segi menjaga tubuh badan...
saya menambah lagi... agak-agak mengapa suami awak 'terliur' untuk melihat wanita lain?....
saya terus menjawab soalan saya itu sendiri.... sebab awak tidak menjaga tubuh badan awak sehingga keliuran suami beralih arah pada wanita lain....
saya katakan.... memang adat wanita yang sudah berkahwin serta mempunyai anak..sudah tentu ada regangan sana dan sini namun... mustahil tiada cara untuk terus me'maintain'kan 'body'...?
tidaklah perlu menjadi 'slim' seperti ziana zain dengan marie francenya... memadai dengan menjaga makan dan melakukan sedikit sebanyak senaman...
untuk siapa itu?... untuk awak juga serta kebahagiaan suami isteri juga....
jadi...bagaimana untuk menjadi isteri yang hebat di belakang suami anda?... semestinya mestilah menjaga setiap perkara dan segi yang ada....
bukankah Allah telah menganugerahkan 7 potensi diri yang sangat hebat buat kita?...
janganlah terlepas pandang atau tidak mahu tahu tentang perkara ini....
sebab apa saya katakan 'kecuaian' tanpa disedari ini berlaku?... kerana sikap 'sambil lewa' kununnya setelah berkahwin dan dah dapat si cinta payung maka tidak perlulah bersusah payah lagi....
ini adalah tanggapan yang silap serta perlu diambil serius oleh kita...
mat saleh kata kita selalu 'take things for granted'... cuai, lalai dan 'khoya'...
akhirnya apabila berlaku kegoncangan rumahtangga, maka timbullah bermacam-macam cerita lama... yang menjurus kepada keruntuhan yang lebih dahsyat lagi kerana masing-masing telah diselaputi oleh nafsu-nafsi....
teruskanlah mengekalkan kehebatan sebelum ianya terlambat...
kerana menurut kajian yang saya jalankan... hampir 70% suami yang berkahwin lain adalah disebabkan oleh: isteri yang gagal memaintainkan diri.
dan kajian saya juga merujuk bahawa perkahwinan kedua ini lebih kepada menurut tuntutan 'nafsu'.. kerana nafsu 'halal' gagal menuju ke tempatnya kerana tiada lagi keliuran...
ini adalah fakta... dan ianya berlaku...
30% lagi lelaki yang berkahwin lebih adalah lebih kepada para pedagang, pendakwah dan ahli sufi yang sering mengembara dari satu tempat ke satu tempat...
so?... jadilah seorang yang hebat... nescaya suami anda akan menjadi hebat juga...
perlu diingatkan, perkara di atas hanya berkisar kepada elemen fizikal dan kita ada beberapa elemen lain yang memainkan peranan untuk meningkatkan serta mengekalkan kehebatan kita...insya Allah
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Sifu,
Orang perempuan ni cara pemikiran dia lain..mungkin pengalaman saya taklah banyak mana..tapi.. mengajar saya perihal orang perempuan yg lebih cenderung kepada kebendaan. Mereka lansung tidak mahu fokus kepada keperluan lelaki(suami). Jarang sekali yg kira temui begitu. Bagi yg baru berumah tangga tu mungkin tifak akan merasainya. Pendapat saya la ye...seorang perempuan yg bagus(tidak semesti perfect) bermula dari keluarganya sendiri.(keluarga dari sebelah perempuan) Asuhan, didikan, cara mereka berinteraksi, tatasusila mereka dan macam-macam lagi. Cuba kita renungkan sejenak. Betul atau Tidak.
ada kebenaran dan suka saya menambah....
atas segala pengalaman serta tanggungjawab yang ada pada lelaki & suami... maka... kita cubalah sedaya mungkin untuk membimbing wanita bergelar isteri ini sebaiknya....
kalau ikut kejadian... mereka itu dari tulang rusuk yang paling atas serta bengkuk...dan perlu di'belai' di'urut' dengan sebaiknya semasa melentur... agar ia tidak patah dan terasa kesakitan...
insya allah...
ada wanita mesteri disebalik kejayaan seorang lelaki. macammana tu?
salam...
wanita misteri disebalik kejayaan seorang lelaki?...
jika lelaki itu telah beristeri... sudah pasti isteri itu menjadi wanita misteri itu...
jika lelaki itu belum berumahtangga, sudah tentu ada seorang wanita yang menyuntik kekuatan lelaki itu utk berjaya...
jika ada wanita misteri dibelakang suami itu... wanita itu hanya pemberi dorongan sementara yang bersifat fatamorgana... sehingga ianya menjadi nyata...
misteri itu tidak patut ada... jika adapun ianya hanyalah 'mainan' nafsu...
wasalam
Post a Comment