Friday, August 24, 2007

NEGARAKUKU oleh namewee..... cara menanggani isu...



salam...

beberapa minggu yang lepas, seluruh negara di'geletek' oleh isu lagu kebangsaan yang di 'rap'kan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

saya sempat menonton clip video lagu tersebut...
ianya menayangkan clip nyanyian lagu negaraku oleh pelajar malaysia yang diselang-seli oleh nyanyian rap..

klip tersebut mengundang kemarahan beberapa pihak dan ada juga yang memberi pandangan yang agak lembut...

di dalam lapuran akhbar, kita dapat tahu bahawa kabinet menerima permohonan maaf dari pelajar tersebut namun tindakan tetap akan dikenakan kepada pelajar tersebut termasuk meng'ektradisi' beliau pulang ke malaysia...

saya mengambil sedikit masa untuk mengulas isu tersebut..... dan memang timbul beberapa persoalan...

pertama; mengapa pelajar ini mengambil inisiatif untuk meng'inject' irama rap ke dalam lagu negaraku...?

kedua; tahap pemahaman pelajar ini terhadap prinsip rukun negara Malaysia berada di tahap mana? di mana beliau bersekolah? siapa rakan-rakan beliau? adakah semasa beliau bersekolah dahulu tiada pelajaran sivik?.... adakah keluarga beliau tidak memberi tunjukajar tentang wujudnya berbagai kaum di malaysia ini?... adakah jiran-jiran beliau tidak memberi contoh yang baik kepada beliau?

ketiga; apa yang ingin disampaikan oleh beliau melalui lagu tersebut? apa mesejnya?...

banyak soalan yang perlu dijawab....

cuma 2 isu utama yang saya lihat yang dibawa di dalam klip tersebut ialah;

1. bagaimana sikap pasukan polis di raja malaysia yang menerima sogokan...
2. azan yang berkumandang setiap subuh mengejutkan semua orang dengan bunyi yang berbagai-bagai alunan...

kita lihat isu pertama.... adakah pasukan polis kita benar-benar bersih? (laporan akhbar hari ini ada menyebut; Ketua Polis Negara menyatakan bahawa sikap masyarakat jugalah yang turut menyumbang kepada gejala rasuah di kalangan polis... masyarakat selalu 'menghulur' kepada polis untuk menyelesaikan sesuatu perkara...)

isu kedua.... saya tidak nampak di mana si namewee ini boleh memahami islam melainkan dia mempelajarinya di sekolah atau menerusi ustaz-ustaz atau kawan-kawan dia yang beragama islam... kalau kawan-kawan dia yang beragama islam pun jenis ho ha jugak...malanglah dia...

anyway... saya teringat zaman sekolah dulu... ada pelajaran tatarakyat dan pelajaran sivik.... rasanya cukup untuk pemahaman asas buat semua 'budak sekolah' dalam memahami kerukunan hidup berbilang bangsa dan penghormatan kepada beragama...

dalam meniti hari kita akan menyambut sambutan kemerdekaan yang ke 50, saya lihat isu ini lebih kepada ingin membangkitkan 'semangat' cintakan negara... di mana ada ruang yang boleh digunakan untuk menjentik semangat rakyat maka akan digunakan sebaiknya...

dari satu sudut saya sedih dengan apa yang pelajar ini lakukan...
dari satu sudut yang lain, jika dia tidak suka (bukan tahap cinta) kan negara malaysia, sudah pasti dia akan kutuk habisan dan melakukan perkara-perkara yang lebih teruk lagi daripada memilih untuk menyanyikan lagu negaraku & meletak jalur gemilang sebagai backdrob....
dari satu sudut yang lain... saya tidak mengkategorikan pelajar ini sebagai pengkhianat negara....kerana dia tidak paham lagi, tidak sempat paham, tidak mahu dipahamkan tentang negara malaysia oleh diri sendiri, keluarga, masyarakat dan pemimpin...

rakyat yang menjadi komunis adalah pengkhianat negara...
orang yang dilantik menjadi pemimpin tetapi menyalah gunakan jawatan adalah pengkhianat kepada rakyat dan negara...
orang islam yang tidak hidup seperti orang islam adalah pengkhianat kepada agama dan lebih malang mengkhianati Allah...

orang yang tak tahu... dia jatuh kategori jahil dan kenalah belajar...
orang yang tahu tapi buat-buat tak tahu...dia jatuh kategori munafik dan kenalah bertaubat...

si namewee telah memohon maaf kepada semua rakyat malaysia atau kejahilannya...

dan saya sebagai seorang islam dan rakyat malaysia... memaafkan beliau dengan saranan agar lebih memahami dan lihat contoh pemimpin atau orang islam yang benar-benar menjalankan amanahnya...

teringat akan dakwah Rasulullah yang penuh fatonah dan hikmah terhadap seorang yahudi buta si peminta sedekah...

Rasulullah sering dilihat memberi sedekah kepada seorang yahudi buta... dan yahudi buta itu apabila Rasulullah datang kepadanya, sering mengutuk dan menghina Rasulullah.. Rasulullah diam tidak berkata dan terus mengelap muka, membersihkan pakaiaan yahudi tersebut dan menyuapkan makanan kepadanya...

sehinggalah satu hari si buta ini tertanya-tanya di manakah perginya seorang yang baik hati yang selalu mengunjungi beliau dan menjaga beliau...

ditanyanya kepada orang yang ada di situ.... kemana gerangan orang yang selalu mengunjungi itu?...

maka terperanjatlah beliau apabila diberitahu orang yang selalu mengunjungi beliau itu ialah Muhammad Rasulullah....

tiada apa yang dapat diperkatakan selain dari beliau terus memeluk agama Islam...

begitulah seadanya....

moga kita lebih fatonah @ bijaksana serta penuh dengan hikmah dalam kehidupan...
Islam itu indah.... dan keindahan itu dimanifestasikan melalui kehidupan dan diri seseorang penganutnya....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails