Monday, August 13, 2007

Membentuk Generasi Malaysia...



salam buat semua....

sana-sini kini sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 43 tahun dan ulangtahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke 50.

Bumi bertuah ini telah melalui satu proses yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke tahap sekarang.... bermula dari zaman kegemilangan Melayu Melaka, sehinggalah ke zaman Multimedia Super Corridor yang serba canggih.

Segala ucapan terima kasih buat semua pejuang-pejuang yang mempertahankan kedaulatan bumi bertuah ini dari dahulu sampailah ke hari ini...

kita juga termasuk dalam senarai pejuang-pejuang bumi bertuah ini; samada perjuangan kita itu dalam bentuk peperangan yang menumpahkan darah atau berselimutkan kot-kot tebal di dalam pejabat berhawa dingin.... samada perjuangan kita itu dilabelkan sebagai aktivis ataupun realis, perjuangan tetap perjuangan.... samada perjuangan itu yang menuntut 'kebahagiaan', 'kesamarataan', 'lonjakkan ekonomi' dsbnya... perjuangan tetap perjuangan....

siapa jaguh?... kitalah jaguhnya selagi, perjuangan kita itu berlandaskan kedaulatan agama & negara maka kita boleh dilabelkan sebagai jaguh...

hari ini...

tuntutan atau kehendak zaman terus berubah....
jika dahulu, semua pihak tidak mengira bangsa dan agama sibuk mengatur strategi serta mengorak langkah untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah... maka hari ini pula, kita sibuk mempertahankan kemerdekaan dan sibuk mengisi kemerdekaan itu agar ianya terus menyala dan membara dalam setiap jiwa kita...

untuk bercerita tentang kemerdekaan, dari konteks pahit maung zaman penjajahan dahulu ianya tidaklah menarik minat anak-anak sekuat tarikan AF, Malaysian Idol dsbnya...

anak-anak ini perlukan pengisian kemerdekaan yang lebih bermakna lagi... berbanding lakunan semula peristiwa lama, drama kesengsaraan zaman jepun dsbnya... mereka akan memberi 'statement' "alah itu zaman dulu.... tak sama dengan hari ini..."... dan bagi si tua yang pantang ditegur...akan menjawab "kau semua tak kenal erti kemerdekaan... kau semua tak reti apa itu pengorbanan bla..bla..bla..."...

so... what's next?... bagaimana kita boleh 'membawa' semangat kemerdekaan 50 tahun dahulu ke zaman sekarang selain dari drama, cerekarama dsbnya?... anak-anak zaman sekarang lebih kenal mawi berbanding Tunku Abdul Rahman... anak-anak zaman sekarang lebih suka KFC berbanding ubi kayu rebus.... anak-anak zaman sekarang lebih kenal konsert mingguan AF berbanding kuliah-kuliah maghrib... anak-anak zaman sekarang lebih kenal David Becham atau Rooney berbanding Ong Yu Tiang atau Ghani Minhat...

sebenarnya bumi bertuah ini patut terus mendapat 'tenaga merdeka' yang berterusan dari seluruh isi warganya... tidak mengenal umur, bangsa serta pangkat...

banyak khazanah bumi bertuah ini yang boleh dijadikan minyak kepada obor api kemerdekaan kita....

cuma, atas dasar 'pentingkan diri sendiri' maka, rasa kebosanan muncul di dalam diri anak-anak pengisi kemerdekaan...

mengapa mereka jadi bosan?... kerana ayah & ibu mereka terlalu asyik mengumpul harta atas dasar 'masa depan',.....kerana pakcik & makcik mereka terlalu sibuk untuk memastikan pangkat yang dipegang tidak digugat oleh sesiapa,..... kerana jiran tetangga terlalu risau akan sikap prejudis jiran yang lain,....kerana tiada siapa yang peduli siapa dalam apa yang semua orang panggil "PERLUMBAAN"....

ya... tanpa kita sedari... kita berada dalam satu perlumbaan... perlumbaan yang semakin laju dan semakin deras masa meninggalkan para pelumba...

dalam perlumbaan, hakikatnya ialah 'mesti pentingkan diri sendiri'.... kalau tidak maka orang lain akan 'potong' kita....

atas pentingkan diri sendiri itu, maka terdapat para pelumba yang 'main kotor' demi memastikan mereka terus menang dan menang...

sehingga ada yang 'terlupa' bahawa apa yang dilakukan itu akan memberi 'impak' yang sangat dahsyat dari segi 'meletakkan standard' untuk kehidupan masa hadapan... dan lebih malang, sikap pentingkan diri sendiri itu akhirnya menjadi satu 'budaya' yang terus diwarisi oleh generasi masa hadapan....

50 tahun bukanlah terlalu lama... namun jika kita lihat 'kesan' sikap 'selfish' ini... ianya amatlah menakutkan... sana sini kita boleh lihat jurang yang luas di dalam masyarakat telah wujud... tembok-tembok tinggi mula dibina sebagai pengganti pagar 'mata punai'... kawasan depan rumah makin besar sebesar padang bola wembley di england sehingga hilang rumah dari pandangan kasar....

ini ialah realiti.... dan realiti ini adalah kesan akibat sikap kita sendiri...

momokan semangat bermusim boleh jadi memberi kesan baik...namun ianya tetap bermusim dan tidak 'real'... ibarat musim buah rambutan.... semua rumah yang ada pokok rambutan akan berbuah... lepas musim rambutan... semua pokok tu akan 'kontang' semula...

juga seperti musim badminton... katalah All England... maka reket-reket di kedai-kedai akan habis... sana-sini kita boleh 'perati' ramai yang bermain badminton... sehinggalah habis All England... semangat untuk melahirkan jaguh kampung badminton akan berkubur....

dan kita cuma akan jumpa seorang Nicol David dalam masa 50 tahun atau 100 tahun...

Nicol David bagi saya adalah satu contoh bagaimana untuk menjadi juara dan bagaimana untuk mengekalkannya....

Nicol tidak berlatih di Malaysia... Nicol berlatih di luar negara.... kerana apa?... saya hanya menelah; mungkin kerana untuk mengelakkan diri dia dari dijaja oleh ahli-ahli politik yang sibuk mahukan nama atau/dan mungkin Nicol mahukan saingan serta teknologi yang terhandal dan terkini dalam bidang skuash... (Maria Sharapova juga meninggalkan Rusia utk berlatih di US sejak berumur 9 tahun lagi..)

jadi Nicol punya apa?... disiplin, semangat, jati diri dan wang untuk menggapai cita-citanya....bolahkah dia gapai itu di bumi bertuah ini?... mungkin boleh tapi untuk bertahan... rasanya payah... cukuplah bagi beliau pulang ke bumi ini untuk menerima apa sahaja hadiah dan kembali ke luar negara untuk berlatih....(barulah kepala dia relaks & boleh fokus pada meningkatkan prestasi dsbnya...)

tulisan ini hanyalah permulaan kepada pandangan saya dalam membentuk generasi malaysia yang benar-benar mantap tidak seperti pasukan bolasepak yang diberi penghargaan oleh pasukan negara Teluk dari segi permainan yang baik serta tidak ganas dan memudahkan negara mereka membelasah negara kita.... begitulah kita dengan budi bahasa yang lembut juga dipraktikkan di padang bola... lagipun bermain untuk negara bukan dapat apa... kalau 'injured' nanti kelab atau pasukan negeri yang jadi majikan akan potong gaji....

so 'element' selfish itu tetap ada di mana-mana relitinya....

menbentuk generasi malaysia yang mantap?.... ya ianya perlukan pengorbanan.... melebihi dari menyanyikan lagu-lagu patriotik setiap hari.... kerana terlalu banyak lagu patriotik juga akan memeningkan kepala anak-anak kita yang sedang tengah 'syok' dok layan lagu kumpulan 'Letto' dari seberang....

untuk generasi muda.... Malaysia baru berusia 43 tahun... manakala Persekutuan Tanah Melayu telah berumur 50 tahun....

laung merdeka, laung juga... sejarah kena tahu.... uppss.. lupa pulak, sekarang pelajaran sejarah dah tak ada di sekolah rendah macam saya dulu.... (teringat saya pada pelajaran tata rakyat, hal ehwal tempatan, ilmu alam, sejarah, ilmu hisab, pelajaran jawi dll...semasa di sekolah rendah dahulu....)

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails