Tuesday, July 31, 2007
Menenangkan Diri yang dilanda tekanan....
salam hormat buat semua....
doa saya anda semua berada dalam lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya...
alhamdulillah, masih bernafas juga kita hari ini.... syukur tidak terhingga kepada Al-Khaliq yang masih terus memberi peluang untuk kita meneruskan 'perjuangan' di alam kedua ini...
sesungguhnya kita sedang berada di alam yang kedua selepas alam 'kandungan ibu'... kemudian selepas alam 'dunia' ini, kitaakan terus menuju ke alam barzah dan seterusnya alam akhirat yakni alam yang kekal selama-lamanya...
apa yang nak dibicarakan ialah alam 'dunia' ini....
tidak dapat dinafikan, seceria bagaimanapun seseorang itu... jauh disudut hatinya tersembunyi banyak atau satu dua kedukaan.... kedukaan yang mungkin menghambat keceriaan kehidupan dsbnya....
bagaimanakah caranya untuk kita mengindari 'tekanan fikiran', 'lambungan emosi' dan kurang keyakinan diri?....
ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing dan pendedahan diri kepada alam sekitar.....
carta di atas sengaja saya letakkan untuk membantu kita 'menyusun' strategi bagaimana untuk 'keluar' dari tekanan hidup...
perhatikan disekeliling 'you' atau diri kita itu... terdapat 6 elemen yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan seharian kita....
buat sedikit 'calculation' dan kenalpasti di antara 6 elemen tersebut, berapa elemen yang berada dalam keadaan 'positif' atau yang membahagiakan kita.... sekurang-kurangnya 60% positif dalam setiap elemen....dan tidak 50-50 sahaja...
jika kita dapati 3 elemen berada dalam keadaan negetif dan 3 dalam keadaan positif, maka kita hidup sedang hidup di atas pagar...
dan saya selalu berpesan, setiap perubahan bermula dari diri kita.... ianya sejajar dengan Firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 11:" Tidak Aku ubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri..."
dan sering juga kita dengari ayat ini "anda mampu mengubahnya..."....
dan janganlah dilupa, bahawa 'kekuatan' doa yang disertakan dengan perbuatan akan memungkinkan semua perubahan ke atas diri kita berlaku....
tekanan?.... tekanan adalah umpama ombak besar atau gelora yang menghempas pantai... ia datang dan pergi....dan tidak selalu datang.... janganlah kita fobia dengan ombak gelora itu.... kerana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah: 286 "Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupannya sendiri..."
ingat...tekanan yang kita hadapi pasti akan berlalu dan pasti kita boleh mengatasinya... cuma waspada dengan perangkap nafsu & syaitan yang sering mahu melihat kita tumbang.... kerana setiap selepas kesusahan Allah telah janjikan kesenangan..namun nafsu & syaitan ini tidak mahu melihat kita senang, maka di tiupkan rasa was-was yang akan mengakibatkan diri kita hanyut dengan 'fatamorgana' tekanan itu walaupun ianya telah berlalu....
keadaan ini lebih dikenali sebagai 'trauma'....
mantapkanlah diri dan cari rakan-rakan serta sahabat yang boleh memberikan suntikan motivasi... dan kalau boleh, motivsi yang menyelitkan unsur-unsur 'tasauf' yang dapat menjadikan diri kita mentap luaran dan dalaman....
bertenanglah...keranan tenang itu dari Allah dan janganlah kelam kabut atau huru hara..kerana ianya dari syaitan...
semoga kita semua tenang hari ini...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment