Thursday, July 26, 2007

Bertemu Rasulullah.....



selawat dan salam atas Rasulullah Junjungan Mulia Kekasih Allah....

Alhamdulllah....

seringkali kita terfikir alangkah bertuah sekiranya dapat bertemu dengan Rasulullah...
pertemuan dengan Rasulullah selalunya dihajati berlaku di dalam mimpi oleh ummatnya yang di akhir zaman ini...

saya suka merujuk kepada pandangan seorang Ulama terkemuka Prof. Dr. Harun Din... tenang bertemu Rasulullah di dalam mimpi... pandangan beliau boleh di dapati di dalam sebuah akhbar.

beliau ditanya bagaimana sekiranya seseorang itu bermimpi bertemu Rasulullah?...

jawapan beliau agak ringkas dan padat;

jika seseorang itu bermimpi dan di dalam mimpinya memang beliau yakin bahawa orang yang ditemui itu ialah Rasulullah, maka benarlah mimpi itu...

jika seseorang itu bermimpi dan di dalam mimpinya itu beliau rasa was-was adakah orang yang ditemui itu ialah Rasulullah, maka bukanlah itu...

jika seseorang itu bermimpi dan di dalam mimpinya ada seorang yang berpakaian seperti orang asli bercawat dsbnya... dan si pemimpi was-was..maka bukanlah itu....

Prof. Harun Din bersandarkan kepada hadis Rasulullah iaitu "Sekiranya seseorang itu bertemu denganku (Rasulullah) di dalam mimpi, maka benarlah mimpi itu....kerana syaitan tidak boleh menyerupai daku"...

begitulah serba sedikit perihal bermimpi bertemu Rasulullah....

bagaimana dengan kita?....

adakah kita berhajat untuk bermimpi untuk bertemu Rasulullah?....
insya Allah hajat kita akan ditunaikan oleh Allah....

apa persiapan untuk bertemu Baginda?....
pastikan memohon kepada Allah dan pasanglah niat anda....
kerana tiada yang mustahil....

adakah saya pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah?....
jawapan saya..... ya saya pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah sebanyak 3 kali... 2 kali sewaktu berumur belasan tahun.... dan terbaru ialah dalam bulan Januari 2007.....

bagaimana saya dapat bermimpi bertemu Rasulullah?...
semasa belasna tahun itu... saya pernah menanyakan nenda saya... "bagaimana untuk bertemu Rasulullah nek?...." balasnya ringkas.... mintalah pada Allah..."... dan tidak lama selepas itu saya bermimpi bertemu Rasulullah..... sangat manis saat itu dan mimpi itu adalah antara mimpi yang saya tidak boleh lupakan sampai saat ini...

rindu, kasih, sayang serta cintakan Baginda adalah antara faktor yang akan 'membantu' untuk bermimpi Rasulullah....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails