Friday, July 27, 2007
Nampak Biasa....Tapi Mantap....
salam jumaat yg mulia buat semua...
alhamdulillah...perjalanan kehidupan kita sampai juga ke hari ini...
segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam...
selawat & salam atas Rasul Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah Kekasih Allah...
sembang jumaat hari ini lebih berkisar kepada diri.... ya topik yang saya selalu fokuskan...
kerana kebahagian, kegembiraan dan keceriaan kehidupan ini bermula dari diri kita...
kecemerlangan kerjaya ataupun pekerjaan ataupun perniagaan bermula dari diri yang mantap....
kebahagiaan keluarga, keceriaan persahabatan, kegembiraan bersosial juga bermula dari diri kita yang mantap....
saya sering menggunakan perkataan mantap.... sebab ianya saya rujukkan lebih kepada diri seseorang itu yang mempunyai kehebatan mental, kestabilan emosional, ketinggian spiritual dan kesihatan fizikal....
keempat-empat elemen penting diri itu perlu berada dalam keadaan 'siap sedia' dan sentiasa 'di charge' setiap masa dan ketika...
kemantapan diri tidak memerlukan ke 'over' an dalam perwatakan... cth; tidak perlu jalan mendabik dada atau mengepak...
kemantapan diri tidak perlu pengeluaran kata-kata 'over' dari mulut setiap masa...
kemantapan diri tidak perlu menghabiskan wang ribu-ribuan atau juta-jutaan...
kemantapan diri hanya memerlukan kesederhanaan akhlak dan budi pekerti....
kemantapan diri hanya memerlukan istiqomah yang berterusan (disiplin)...
kemantapan diri hanya memerlukan sikap tawadduq yang tiada berbelah bahagi...
memang insan-insan yang mantap ini bersifat sederhana dari pandangan mata kasar...
namun mereka adalah para syuhada (yang berjihad di jalan Allah) dari pandangan mata hati...
mereka begitu bulat dalam keyakinan kepada Allah... dan sudah tentu menjauhi sifat-sifat mensyirikkan Allah... (kerana dosa yang paling besar adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu...)
kita bagaimana?....
di mana perlu kita mulakan langkah-langkah memantapkan diri?
ianya bermula hari ini.... di saat ini....
dan ianya sejajar dengan Firman Allah dalam surah Al-Asyr.... "Demi Masa, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran..."
fahamilah maksud ayat yang amat ringkas tetapi padat, tepat dan berkesan tersebut....
fikir-fikirkanlah.... sementara masa masih bersama kita...(ataupun kita sudah tidak punya masa..... ataupun kita memang tiada kuasa ke atas masa....)
sama-samalah kita melakukan muhasabah dan seterusnya membuat perubahan diri....
tiada siapa yang beruntung kecuali diri sendiri.... seterusnya keluarga...seterusnya rakan taulan dan seterusnya masyarakat......
yakinlah..... kerana janji Allah amat benar lagi benar....
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment