Monday, July 23, 2007

Subhanallah..Walhamdulillah..Walailahaillah.... Allah Hu Akhbar...

salam semua....

hari ini genaplah 9 Rejab 1428 Hijriah.....

seperti yang kita maklum.... 'bahang' Ramdhan telah pun tiba.... angin halusnya telah mengenai kening-kening halus kita sesekali...

Rejab dinisbatkan sebagai 'Bulan utk Allah'...
Syaaban pula dinisbatkan sebagai 'Bulan utk Rasulullah'...
manakala Ramdhan pula dinisbatkan sebagai 'Bulan hambaNYA atau umat Rasulullah'...

ketiga-tiga bulan ini mempunyai rangkainnya yang tersendiri....

jika kita perhatikan secara mental, emosional, spiritual & fizikal.... ketiga-tiga bulan ini sangat istimewa.....(bagi yang memahami....)

siri-siri taubat atau keinsafan sering 'timbul' dalam bulan ini.... kita sering 'dipanggil' untuk insaf dan melakukan muhasabah diri acapkali dalam bulan ini... (secara biasanya....banyak kesedaran yang muncul di sudut hati setiap para hamba-hamba Allah....)

perasan atau tidak, di bulan Rejab inilah ramai hamba-hambaNYA yang berlumba-lumba membuat kebaikan...berlumba-lumba untuk menyuci diri....berlumba-lumba untuk meningkatkan perhubungan dengan Al-Khaliq.....

menjelang bulan Syaaban.... ingatan kepada Rasulullah akan menjadi semakin menebal...

dan menjelang Ramdhan nanti.... seluruh jiwa dan raga menjadi redup seredup-redupnya tatkala semua nafsu di belenggu....

marilah kita sama-sama menetapkan keazaman yang jitu dan mantap..... memperbaiki perhubungan dengan Allah.... lihat sana-sini kekurangan yang perlu kita perbaiki.... kekuatan yang perlu kita tambahi....

kerana hujung-hujung nanti....perkiraan diri dengan Al-Khaliq akan memberi jawapan kepada semua rekod-rekod kecemerlangan diri kita kelak....

perbanyakkanlah zikir.... dan perlu diingat.... zikir bermaksud mengingati Allah.... dan sejajar dengan ingatlah kamu akan Allah tatkala kamu duduk, baring atau berjalan...

dan ingatan itu perlulah dituruti dengan sifat penuh tawadduq iaitu tunduk dan menyerahkan diri hanya kepada Allah.... menjauhi sifat-sifat 'syirik' iaitu menduakan Allah kerana syirik adalah dosa yang tidak terampun....

awasilah perjalanan ini.... janganlah terperangkap dengan 'lagu-lagu' yang sering berkumandang di corong-corong radio atau skrin televisyen.... kawali nafsu dengan sebaiknya.... kerana ketaksuban kita kepada perkara yang lain selain Allah juga akan menjuruskan kita ke lembah kesyirikan yang nyata....

ingatlah.....hati akan menjadi kelam & hitam.... jika kita tidak membersihkannya sentiasa.....
ingatlah.....melayan dunia yang fatamorgana ini juga antara punca kekelaman hati....

dan akhirnya amatlah payah untuk diri kita mengenali fitnah yang datang.... sejajar dengan hadis Rasulullah.... fitnah akhir zaman nanti adalah ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam yang gelap.....

bolehkah kita mengenali dan mengenalpastinya?....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails