Tuesday, July 24, 2007

Suami @ Isteri; Pemakan daging mentah lagi busuk...

salam buat semua....

saya telah didatangi oleh seorang isteri yang telah melakukan zina...
penzinaan yang dilakukan adalah bersama seorang yang beragama lain...

beliau mencari jalan keluar dari kemelut yang dihadapinya....

masalah yang beliau hadapi ialah 'ketagihan' untuk terus melakukan zina itu masih bermain di kepalanya setiap masa....

sehingga ke tahap beliau mahu menukar agama dan mengikuti pasangan zinanya itu...
lebih malang...beliau kini ketagihan pil ectasy...dan meminum minuman keras...

beginilah kisah umat islam akhir zaman....
dan saya tidak sedikit pun berasa hairan dengan apa yang dialami oleh individu ini...

namun atas dasar kasih sayang; saya memberi beliau sedikit nasihat, cadangan jalan keluar dan sedikit motivasi untuk terus menghadapi hari hadapan....

doa saya beliau dapat melakukan perubahan demi perubahan walaupun ianya menghambat jiwa & raga... kerana perjalanan hidup ini adalah satu jihad...yang perlu kita lunaskan sebaiknya....

untuk semua... cuba susuri pengalaman & kisah Rasulullah ketika Baginda mengalami peristiwa Israq & Mikraj.... salah satu kisahnya ialah bagaimana ada sekumpulan manusia yang memilih untuk memakan daging mentah lagi busuk walaupun ada daging masak & enak di sisi...

sudah lumrah manusia.... yang halal tiada 'keseronokan'.... yang haram itu baru ada 'thrill'.... maka akhirnya...kesesalan yang kunjung tiba...

namun; bertaubatlah..nescaya Allah ampuni & menerima taubat kamu....
bagi yang berkesempatan melihat keadaan manusia ini....janganlah terus menghukum mereka...sebaiknya panjatkan doa agar mereka kembali & bertaubat.... itu adalah sebaik-baik perkara...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails