Thursday, July 26, 2007

Akibat Mulut Badan Binasa...



salam semua....

antara sebab-sebab berlakunya 'peperangan' ialah kerana mulut...
antara sebab-sebab berlakunya penceraian aialah kerana mulut...
antara sebab-sebab bercantumnya kasih sayang juga adalah kerana mulut...

mulut gamaknya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita semua...
mulut sahaja tidak bergerak dengan sendiri tanpa pengawalan dari otak manusia...
maka mulut tidak boleh dipersalahkan begitu sahaja tanpa melihat disebalik pengeluaran kata-kata yang 'berbisa'..... ianya adalah hasil dari pemprosesan maklumat samada dari kotak memori atau dari penglihatan mata...

kesihan pada si mulut.... kerana memiliki tuan yang tidak boleh menggunakan otak dengan baik...
belum habis cakap...mulut dah memotong kata-kata...
belum sempat berpikir, arahan sudah diberi pada mulut untuk memuntahkan isi-isi mentah....

begitulah manusia.... seringkali gagal menggunakan anugerah Tuhan dengan sebaiknya...

lebih malang lagi, mulut yang dihiasi dengan bibir yang cantik serta merkah...digunakan untuk memanjangkan informasi-informasi yang tidak tepat.... dari satu manusia ke manusia yang lain....

lebih malang lagi, mulut digunakan untuk mengeluarkan maklumat-maklumat palsu yang akan mengakibatkan kerosakan di muka bumi ini....

bagaimana untuk kita mengawal mulut ini?...

tanyalah pada hati.... kerana hati selalu dipingirkan dalam proses pengeluaran 'kata-kata'...

dengarilah bisikan hati yang tidak pernah menipu diri kita....

dari hati pergi ke akal.... dari akal pergi ke otak..... dari otak turun kemulut...

berbahagialah mereka-meraka yang memlihara mulut-mulut masing-masing...
namun disebalik kebahagiaan itu...ramai juga yang mencemuh....kununnya kurang bercakap itu adalah cermin bagi 'taknak campur orang'.... 'tak pandai nak bergaul' dsbnya...

janganlah dirisaukan tentang kata-kata orang.... asalkan mulut terpelihara dan akal tidak rosak...

bertenanglah dalam melahirkan kata-kata.... kerana di sebuah padang yang luas nanti, apabila jarak matahari hanya sejengkal di atas kepala.... mulut sudah tidak boleh digunakan lagi...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails