Monday, July 30, 2007

Sedikit 'Rimas' membicarakan isu percakaran orang Melayu....

salam semua....

hujung minggu lepas saya sempat menunaikan permintaan 'rakan setaman' untuk 'minum-minum' bersama mereka...

memang 'lately' ni...(lama jugak lately tu.... berbulan makan masa...) saya agak sibut dengan tugas-tugas program latihan, konsultasi dsbnya..

persoalan yang timbul dalam sesi 'minum-minum' itu bagi saya adalah persoalan 'lapuk'.. ianya berkisar kepada cerita-cerita politik, percakaran antara parti politik, bangsa melayu, islam dsbnya...

saya memang secara betulnya agak malas mahu membicarakan soal-soal bangsa melayu serta isu-isu politik negara.... bukan apa; ianya lebih kepada...biarlah si pemain politik dan pejuang bangsa yang 'sibuk' bertikam lidah dan memangkah-mangkah...

dalam kontek kenegaraan, saya telah memposisikan diri saya lebih kepada 'rakyat' di dalam sebuah negara yang merdeka... dan negara yang saya diami ini adalah negara yang berbilang kaum... dan proses pemilihan pemimpin telah disepakati melalui proses demokrasi berperlembagaan...

dan saya lebih berminat kepada isu-isu 'pembaikan diri'... bagaimana untuk menjadi insan kamil mukammil... kerana bagi saya matlamat hidup ini hanyalah untuk bertemu Al-Khaliq di hujungnya...

persoalan pemerintahan; kita telah menyaksikan bagaimana wujudnya negara-negara yang hebat dan bagaimana 'tumbangnya' negara-negara tersebut....
proses ini silih berganti dan ianya 'cucuk' dengan keadaan semasa... maka tidak perlulah ada 'perlatahan' yang terlalu maksimum dalam mengharungi kehidupan ini...

sebagaimana kata-kata saidina Ali r.a.... hidup ini umpama 'rehat' dalam satu perjalanan menuju satu arah yang telah ditetapkan....
'rehat' tersebut saya 'membaca'nya sebagai satu keadaan yang menuntut manusia 'relaks' dan menggumpul tenaga untuk meneruskan perjalanan....

so dalam keadaan 'relaks' itu, janganlah nak tension dsbnya.... janganlah terlalu 'over react' atau sebagainya....

saya selalu merujuk kepada kehidupan seseorang itu yang sekiranya beliau beragama, sudah tentu beliau bertuhan.... dan apabila bertuhan sudah tentu segala perbuatannya nanti akan dipersoalkan..dan persoalan utamanya ialah....... adakah kita sudah menjalankan tugas utama kita iaitu 'Tidak Aku jadikan Jin & Manusia itu melainkan untuk melakukan ibadah kepadaKU....'.....

skop ibadah adalah amat yang luas...ianya meliputi segala perlakuan seseorang setiap masa dan ketika selama mana beliau mengaku beliau adalah hamba Allah...

saya melontarkan satu soalan kepada teman 'minum-minum' itu.... soalannya; "di antara dua manusia yang bercakaran, dan kedua-duanya mengucap dua kalimah syahadah... siapa yang masuk syurga dan siapa yang masuk neraka?..."

soalan itu disambut oleh mereka dengan jawapan yang tidak tertutur... tiada bicara selepas itu.... masing-masing mengulum jawapan....

mengapa kita perlu bercakaran?....
mengapa suami isteri perlu bergaduhan...?
mengapa para bos-bos perlu marah-marah?...
mengapa para pekerja perlu tak puas hati?...
mengapa manusia memberontak...?
mengapa dan mengapa....?

sedangkan mereka mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Rasulullah?...

dan seharusnya...solat taubat janganlah ditinggalkan.... kerana di padang mahsyar, Allah tidak mengira siapa kita, apa bangsa kita, apa kejayaan kita, berapa harta kita, dan seterusnya.....

persoalannya akan berkitar pada hati..... adakah kita mempunyai hati serta jiwa yang tenang sewaktu di dunia....?

sama-samalah kita muhasabah.....

orang melayu yang bercakaran?..... nasihatkan mereka.... pastikan dengan hikmah...dan penuh kasih sayang.... kerana itulah dakwah Rasulullah Kekasih Allah... KECUALI ada di antara mereka yang telah jelas, nyata dan terang MEMUSUHI ALLAH & RASULULLAH.....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails