Friday, July 27, 2007

ARP: Bukan sebarang program....

salam sejahtera buat semua....

di kesempatan ini suka saya membicarakan tentang Program ARP yang diketengahkan oleh firma saya buat semua.

Program ARP terhasil berpunca dari kesedaran akan betapa peri pentingnya faktor SIKAP dalam diri seseorang itu. Faktor SIKAP ini yang menjadi 'catalyst@pemangkin' kepada setiap perubahan yang akan di ambil oleh seseorang itu.

Program ARP bermatlamatkan kepada pembentukan;

1) Diri yang Mantap.
2) Ekonomi yang Mapan.
3) Keluarga yang Cemerlang.

3 faktor keutamaan yang bermula dengan perubahan ke atas diri sendiri, kesedaran akan peri pentingnya kekuatan ekonomi dalam kehidupan dan seterusnya penghasilan kepada keluarga yang bahagia dan cemerlang.

contoh mudahnya ialah; seorang yang mempunyai kesedaran bahawa perlunya beliau melakukan perubahan untuk memperoleh kebahagiaan.

kebahagiaan adalah suatu perkara yang subjektif dan ianya bergantung kepada interpretasi individu, namun secara 'bebas'nya kita boleh menakrifkan kebahagiaan ialah satu suasana yang sangat indah dan 'bebas' dari sebarang masalah.

kebahagiaan individu juga boleh dirujuk kepada wujudnya satu unit institusi kekeluargaan individu tersebut yang melalui proses kehidupan dengan aman damai dan memperolehi apa yang dihajati tanpa sebarang kesulitan.

pendek kata...apa sahaja yang indah..maka itulah bahagia...

atas kesedaran individu itu tadi untuk melakukan perubahan maka beliau perlulah melakukan perancangan demi perancangan untuk mencapai gambaran kebahagiaan itu tadi.
paling asas, individu itu perlulah 'sedar diri', 'hadir diri' dan 'real' atau 'pasti' dalam mencorakkan segala perancangan.

di sinilah SIKAP memainkan peranannya; individu itu perlu memiliki SIKAP yang betul untuk memastikan perjalanan atau usaha untuk melakukan perubahan demi perubahan tidak 'terbengkalai' begitu sahaja dan menjadi 'habis boreh'...

SIKAP apa yang perlu individu itu ada?.....

kebiasaannya kita selalu mendengar; SIKAP POSITIF.... Ya memang betul, sikap positif tetapi apakah kandungan SIKAP POSITIF tersebut?.... boleh jadi segala-gala perkara yang positif seperti sentiasa bersemangat, sentiasa bermotivasi, sentiasa berpandangan jauh, sentiasa bertenaga dan banyak lagi...

persoalannya, mampukan kita mempertahankan SIKAP POSITIF tersebut?...

ARP mempunyai jawapannya yang tersendiri;

ARP mengenengahkan 4 Sikap Asas yang perlu dalam diri setiap individu dalam memastikan perubahan yang berterusan berlaku dalam diri.

Asas SIKAP yang perlu kepada setiap individu dalam merencana dan melakukan perubahan ialah;

1) BENAR @ TRUTHFUL
2) AMANAH @ TRUSTWORTHY
3) MENYAMPAIKAN @ SHARING
4) BIJAKSANA @ BRILLIANT.

Bermula dengan pembentukkan SIKAP yang Cemerlang, maka seseorang individu itu sudah pun memulakan langkah-langkah kecemerlangannya.

Di dalam Program ARP; setiap individu akan didedahkan kepada situasi sebenar keadaan manusia dan tingkatan-tingkatannya dengan terperinci. Setiap individu akan menjalani 'self-test' dalam mengenalpasti kedudukan masing-masing dan mula mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil dalam setiap tingkatan-tingkatan tersebut.

"Semua individu mampu berubah...permulaannya ialah pada Diri sendiri" itulah yang akan terus ditanamkam ke dalam hati setiap individu yang mengikuti Program ARP.

Program ARP ini merangkumi semua aspek keperluan sesebuah program 'bertenaga tinggi' seperti program 'anjakkan paradigma' atau 'paradigm shift', NLP atau ESQ dan sebagainya.

Program ARP mengandungi aspek IQ, EQ, SQ dan IE (Internal Energy).

Para individu yang mengikuti Program ARP sudah pasti akan berpeluang mendalami dan memahami akan makna yang tersurat atau tersirat akan maksud diri sebenar diri yang sering menjadi persoalan sesekali di sudut hati dan pikiran.

"Diri yang mantap akan menghasilkan ekonomi yang mapan seterusnya mewujudkan keluarga yang cemerlang"

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails