salam jumaat buat semua.....
nak cerita bagaimana seseorang itu becita-cita untuk mengubah keadaan dirinya... dari biasa kepada tahapan hebat dan terus ke tahapan luar biasa....
inilah cerita suapan harian kita....
hari-hari kita mengenang nasib masing-masing.... bilalah nak berubah... bilalah nak sampai masa hanya duduk rumah ajer...fulus masuk hari-hari...
tetapi dalam masa yang sama kita 'kunun'nya mencari punca atau jalan penyelesaianya... kita tak berjumpa pun..... dan masa terus berlalu... berlalu... dari saat menjadi minit....dari minit menjadi jam... dari jam menjadi hari..dari hari menjadi minggu...dari minggu menjadi bulan...dari bulan menjadi tahun.... dari tahun menjadi dekad.....dari dekad menjadi abad........
begitulah kita.....
tak tahu nak memulakan perubahan dari mana... bila dan bagaimana..... dan tanpa kita sedari...syaitan terus memainkan peranannya....nafsu terus membisikan ke diri kita.... dan kita terus khayal.... leka & lupa..... tugas, amanah serta tanggungjawab sebagai 'khalifah' di muka bumi ini....
apa masalahnya?.....
masalahnya mungkin tiada kesedaran dalam diri.... jika adapun, amatlah sedikit sahaja... dan jika timbul kesedaranpun.... tiada sekelumit keinsafan.... insaf atas masa lalu yang kita bazirkan sesaja hingga membuatkan kita meratapi nasib hari ini....
cuba jadi sedikit sensitif dalam mengharungi kehidupan....
tanya pada diri tentang tugas serta tanggungjawab sebagai 'khalifah' dan hamba Allah di muka bumi ini....
bagaimana hendak menjadi khalifah yang terbaik?.... bagaimana caranya?....
cuba cari dan terus cari 'jalan' itu....
dan pastikan pencarian itu hendaklah dibekali dengan 'ilmu serta pengetahuan'....
di sinilah kita baru sedar betapa pentingnya ilmu dalam diri seseorang....
ilmu itu perlulah difahami dengan baik....untuk melahirkan kefahaman yang jitu...
kefahaman itulah yang akan membuahkan keyakinan dalam diri kita.....
ilmu (kunci)---> tahu (pengetahuan)---> faham (pengertian)---> yakin (keimanan)
ambil tahu 'tahapan situasi manusia'... dan kenalpasti kedudukan sebenar kita....
ada 7 tahapan situasi manusia.... dan dalam agama islam ianya lebih dikenali sebagai 'makam nafsu'....
setelah kita sedari kita berada ditahap mana.... barulah kita mencorakkan perjalanan untuk mengubah sikap kita.... dan mencatur peperangan melawan 'hawa nafsu' yang telah sekian lama menjajah diri kita....
tanya juga soalan ini pada diri.... adakah selama ini kita sudah benar-benar melunaskan kehendak Allah..... atau kita sentiasa sibuk melunaskan kehendak diri sendiri?......
lupakan kita bahawa kita akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan nanti di atas segala amal perbuatan kita.... dari niat, lafazan dan perbuatan kita..... secara detailnya?....
adakah kita mampu untuk bertahan akan azab api neraka?.... atau kita layak untuk menduduki syurga firdaus....
tanyakan semua soalan itu.... dan pastikan kita sedar akan perjalanan hidup ini....
dan saya sering ingatkan..... sebenarnya kita hanya berseorangan di dunia ini....
salam hebat...
wasalam
3 comments:
assalamualaikum ..
... membaca coretan sifu ini memberi keyakinan pada saya untuk berubah memjadi lebih baik walaupun ada sindiran sinis ..
assalamualikum..
membaca coretan sifu ... memberi semangat baru pada saya untuk berhijrah kpd lebih baik ..
salam buat 'anonymous'...:-)
alhamdulillah.....
saya akan terus mendoakan awak berjaya dan cemerlang dalam hidup...
yakinlah pada diri....
buat kasturi...
segala puji bagi Allah...
saya yakin anda mampu menjadi seorang yang hebat...
teruskan semangat itu!!
wasalam
Post a Comment