Wednesday, February 24, 2010
Riak @ Sombong kepada Allah?
salam semua...
pernahkah kita terfikir bahawa ada kalanya kita riak & sombong kepada Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa?
pernahkah kita terfikir rasa riak & sombong itu merupakan salah satu punca yang membuatkan kita tergolong kedalam golongan yang mendustakan agama.
tahukah kita apa ciri-ciri pendusta agama?
mari kita lihat surah Al-Maun di bawah ini;
1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).
-------------------------------------------------------------------------------
dalam surah Al-Maun ini Allah telah menjelaskan sejelas-jelasnya tentang orang-orang yang mendustakan Agama yakni berbohong dalam beragama termasuk dalam hal-hal akhirat dan hari pembalasan.
tahukah kita apa maksud berbohong dalam beragama?
maksudnya, hanya nama sahaja beragama Islam tetapi pada hakikatnya kita tidaklah Islam malah kita tidak percaya sama sekali akan janji-janji Allah dan tidak mahupun menuruti sunnah Rasulullah.
dari ayat di atas; Allah memberi tahu kita bahawa ada dua kriteria pembohong agama;
1. orang yang menindas serta tidak memberi makan anak yatim.
- perlu diingat, janganlah kita meyangka bahawa anak yatim itu hanya yang tinggal di rumah anak yatim sahaja, ada juga anak-anak yatim yang dipelihara oleh keluarga sendiri atau keluarga angkat.
- apa bentuk penindasan yang boleh kita fikirkan? ia boleh ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas, samada penindasan itu dilakukan oleh penjaga atau keluarga hatta penindasan itu dilakukan oleh pihak pemerintah.
- penindasan anak yatim boleh hadir dalam bentuk mikro & macro;
micronya ialah menzalimi hak-hak mereka, contoh, menidakkan hak-hak harta yang ditinggalkan oleh keluarga mereka;
macronya ialah menyalah guna harta-harta yang telah jelas menjadi hak anak yatim seperti pengurusan kebajikan dan faraid mereka dsbnya. ini juga melibatkan pembanggunan oleh pihak pemerintah yang menggunakan wang rakyat, bukankah wang rakyat itu termasuk wang anak-anak yatim?
2. tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin.
- menggalakkan bermaksud berusaha untuk melakukan sesuatu.
- memberi makan bermaksud menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh orang-orang miskin yang tidak berkemampuan.
- memang banyak manusia disekeliling kita yang tidak atau kurang berminat untuk membantu orang-orang lain terutamannya yang seagama dengannya. Allah Maha Mengetahui dan pengetahuan Allah ini tiada batasnya hatta sebelum manusia dan alam ini dijadikan, maka janganlah kita cuba berselindung disebalik itu dan ini hanya semata-mata mahu melepaskan diri dari alasan nafsu nafsi yang berkepentingan diri.
- maka manusia-manusia yang sibuk dengan diri sehingga jiran sebelah lapar termasuklah ke dalam golongan yang mendustakan agama islam.
maka seterusnya dalam ayat ke 4; Allah memperjelaskan lagi betapa 2 golongan di atas itu termasuklah golongan yang solat tak tinggal. ulang alik ke surau dan masjid tak putus serta berkali-kali pergi umrah & haji namun tergolong juga mereka ke dalam golongan yang mendustakan agama, yang menipu serta membohongi Allah & Rasul serta seluruh kerajaan Allah di langit dan di bumi.
golongan solat yang mendustakan agama ini terdiri dari 3 golongan;
1. yang lalai dengan solatnya.
- golongan solat ini adalah jenis golongan yang main bantai ajer solat; rasa nak solat, dia solat; bila rasa malas, dia tak solat. mereka ini lupa bahawa rukun islam (rukun agama) yang mereka kata mereka anuti itu bermula dengan mendirikan solat dan kemudiannya mengeluarkan zakat.
- lalai dalam solat ini juga termasuk golongan yang solat tapi tidak hadir di dalam solatnya. maksud tidak hadir ialah solat tanpa roh. solat tapi khayal. solat tapi tidak faham. solat tapi tak beri kesan pada diri. solat tapi lengah.
2. yang riak sombong serta takbur.
- golongan solat ini pula ialah mereka-mereka yang solat tetapi dalam keadaan riak. riak dengan solatnya, riak dengan ibadahnya (kerja-kerja sehariannya), riak dengan ilmu serta harta benda pinjaman Allah kepadanya.
- golongan ini juga bersifat menunjuk-nunjuk amalan mereka hatta dalam solat sekalipun. sifat ini sangat halus tetapi ianya sangat diambil kira kerana ia berpunca dari hati dan hati adalah elemen pertama yang penting dalam diri manusia.
- Rasulullah pernah bersabda; di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, baik daging itu maka baiklah manusia itu, rosak daging itu maka rosaklah manusia itu.
3. yang kedekut & bakhil
- golongan solat ini pula ialah golongan yang kedekut serta bakhil, yang mana tidak mahu mengeluarkan barang sedikit pertolongan samada dalam apa bentuk sekalipun. pertolongan ini boleh jadi dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda dan hatta masa diri ataupun kudrat titik peluh.
- golongan solat jenis ini turut sama mendustakan agama serta menjadi penipu dan pembohong dalam agama. mereka menipu Allah, mereka menipu Rasulullah dan mereka menipu makhluk-makhluk Allah yang lain.
- bagaimana agama islam boleh bangkit sekiranya ramai umat islam kedekut dan bakhil?
- bagaimana umat islam boleh jadi umat yang 1st class dan superior jika di kalangan umat itu sendiri tidak mahu bantu membantu?
----------------------------------------------------------------------------------
dapatlah kita fahami bahawa sifat riak, sombong serta taqbur yang ada pada diri kita ini akan menjerumuskan kita ke lembah hina dan tergolong kedalam golongan yang mendustakan agama.
adakah kita sanggup mendustakan agama?
adakah kita sanggup menipu Allah?
adakah kita sanggup membohongi Rasulullah?
sedangkan kita percaya bahawa kita akan berhadapan dengan Allah satu hari nanti.
sedangkan kita percaya bahawa kita perlukan syafaat Rasulullah di padang mahsyar nanti.
sampai bila kita mahu terus-terusan solat tetapi lalai?
sampai bila kita mahu terus-terusan solat tetapi masih ada sifat riak sombong & taqbur?
sampai bila kita mahu terus solayt sedangkan diri kita penuh dengan sifat kedekut serta bakhil?
sampai bila?
sama-sama kita fikirkan...
wasalam
Monday, February 22, 2010
Kena Tegur; Terbukakah Kita?
salam semua...
dalam masa sehari, berapa kali kita menerima teguran? boleh kita kira? atau terlalu banyak teguran sehingga tak mampu nak kira...
bab tegur menegur ini memang satu perkara yang agak sensitif.
kerana?
kerana ada yang boleh menerima teguran dan ada yang tidak boleh menerima teguran.
ada orang yang bila ditegur, dia buat selamba ajer.
ada orang yang bila ditegur, dia melenting.
ada orang yang bila ditegur, dia akan menerima dengan baik serta memeriksa 'point-point' teguran yang diterima.
ada orang yang bile ditegur, akan bangkit dan memperbaiki diri serta berterima kasih atas teguran yang diterima.
teguran samalah seperti pesanan
selagi kita hidup, kita akan terus menerima teguran dari masa ke semasa.
pernahkah kita terfikir, cara bagaimana Allah mahu memberi peringatan, amaran, bimbingan serta nasihat atau motivasi kepada hamba-hambaNya?
sudah tentu yang pertama-tama ialah menerusi kitab suci Al-Quran yang kita baca serta mengerti maksud yang tesurat atau yang tersirat.
keduanya sudah tentu dari para utusan-utusan Allah yakni para Rasul.
ketiganya melalui para tabiat-tabien serta ulama-ulama besar yang muktabar.
dan seterusnya ialah melalui hamba-hambaNya yang lain yang diberi kekuatan dan kemudahan untuk membuka mulut dan menegur atas ilmu, iman & taqwa.
patutkah kita melenting apabila ditegur?
peratusan tinggi untuk melenting apabila ditegur memang lumrah;
ianya berlaku kerana diri kita yang masih dibelenggu dengan nafsi-nafsi yang penuh dengan perasaan marah, irihati, riak, sombong serta takbur.
apatahlagi teguran yang dibuat tidak berlandaskan fakta serta justifikasi yang boleh membuatkan diri kita menerimanya dengan baik.
jika kita rajin membuka sirah perjalanan Rasulullah, Baginda sendiri pernah ditegur oleh Allah tatkala Baginda tidak berapa melayani seorang buta dalam satu majlis.
Baginda Rasulullah sendiri adalah seorang insan yang paling banyak menerima teguran, jika kita merasakan kita sudah tidak larat untuk menerima teguran dalam hidup ini.
berbahagialah diri kita sekiranya kita masih menerima teguran.
bagaimana untuk memberikan teguran?
Allah berfirman dalam surah wal-asyr;
"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."
sekiranya kita seorang yang selalu membuka Al-Quran (baca & faham) maka insya Allah kita akan mengerti maksud setiap teguran yang kita terima.
sekiranya kita seorang yang selalu beriman & beramal soleh maka insya Allah kita akan terus berpesan & menegur saudara-saudara kita tentang kebenaran & kesabaran.
maka perlulah kita ingat dalam menegur hendaklah berdasarkan fakta yang berkisar di atas perjalanan kebenaran dan kesabaran.
ingat; seorang yang menyediakan dirinya untuk kembali dekat kepada Allah akan terus diuji dan diuji. Maka untuk memahami setiap ujian yang diterima, kita hendaklah mempunyai diri yang 'terbuka' untuk menerima teguran tidak kiralah teguran itu dengan cara sembrono atau baik.
jika teguran itu jenis sembrono; senyum ajerlah namun lihat yang tersirat yakni mengapa Allah izinkan orang ini membuka mulut dan menegur kita? bukankah kita tahu bahawa kita tiada daya upaya melainkan Allah? dan sekiranya orang itu tidak diberi keizinan oleh Allah untuk membuka mulut menegur walaupun cara sembrono, maka dia pun tak akan mampu.
Walaupun kita ditegur bab bau badan yang tengit! Apa ilmu yang boleh kita belajar jika kita ditegur kerana berbau tengit? kenalah kita sensitif dengan persekitaran, kenalah kita jaga pemakanan, kenalah kita jaga pemakaian dsbnya..
manakala jika teguran yang datang itu dari jenis yang berdasarkan ilmu, iman dan taqwa; maka kita perlulah segera mengambil serius atas teguran itu tadi serta memeriksa diri dengan kemas agar setiap teguran yang diterima dapat memberikan menafaat ke atas diri kita mahupun orang lain.
"membuka" diri untuk menerima teguran sebenarnya ialah sikap yang mulia dan merupakan sikap seorang yang berilmu; hatta teguran yang diterima dalam berbagai-bagai bentuk; sembrono, marah, tenang, tegang di khalayak, secara bersendiri dsbnya.
janganlah dirisaukan info yang tidak tepat dalam teguran sekiranya diri kita tahu perkara yang sebenarnya; memang sudah lumrah manusia berada di dalam keadaan rugi apatahlagi akhir zaman yang berada dalam fitnah yang nyata.
bukankah diri kita telah melakukan penyerahan mutlak ke hadzrat Allah?
bukanlah kita ini benar-benar melakukan ibadah di muka bumi sepertimana yang Allah kehendaki?
bukankah kita sudah menerappakai sifat-sifat cemerlang Rasulullah; siddiq, amanah, tobligh & fatonah di dalam diri dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian?
maka apa yang perlu kita takuti jika kita ditegur?
bukalah hati dalam menerima teguran kerana ada ilmu disebalik yang tersurat atas teguran tersebut.
insya Allah kita tergolong ke dalam golongan mereka-mereka yang benar & sabar.
wasalam
Friday, February 19, 2010
Tapis Filem ker Main Politik?
salam semua...
saya tidak tahu bahawa filem Ketika Cinta Bertasbih 2 tidak lulus untuk tayangan di malaysia.
saya juga tidak tahu apa hujah yang badan penapis beri utk menidak luluskan filem ini.
saya pernah dengar ada arahan agar kupiah diganti dengan songkok, sebab tu kita tengok sesekali dalam tv ada ustaz yang selalu kita lihat pakai kopiah agak janggal dengan songkoknya...
apapun, saya percaya ada 'permainan' saraf di mana-mana sahaja negara di dunia ini.
permainan saraf ini adalah salah satu strategi 'tanam, pecah & perintah'...
ianya ala-ala strategi komunis yang sibuk dengan lagu-lagu patriotiknya (cuba kita lihat negara-negara komunis yang banyak lagu-lagu patriotik untuk dihafal dan dinyanyi pada satu-satu upacara terutamanya upacara memuja pemimpin dan jasa-jasa mereka)
oklah untuk santapan weekend anda, saya terus 'cut & paste' ajer entri dari blog sahabat yang anda boleh juga dapatkan linknya di sini...
--------------------------------------------------------
Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara
Posted by Luna and Thatguy on Friday, February 19, 2010
Labels: bloggersnetwork, Cambah Fikir, FB, hebahan, kongsi artikel, penulis tamu
Oleh : Saifudin Ibrahim
-----------------------------------------------
Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara
1. Adakah benar rungutan dan tohmahan bahawa apa sahaja yang berhubungan dengan Islam seperti seni, sastera, budaya termasuk filem mendapat kesusahan yang teramat sangat untuk mendapat ruang di negara ini lantaran hujah-hujah yang mengaitkan "apa sahaja yang Islami itu maka ia adalah gerakan tersurat dan tersirat menyokong PAS"?
2. Pandangan dan pertanyaan ini diterbitkan setelah dikhabarkan sekian banyak pertanyaan juga tentang filem Ketika Cinta Bertasbih (Chaerul Umam, 2009) dari teks Habiburrahman er-Shirazi dikatakan tidak beroleh izin tayang atas alasan kandungan Islami sebagai naskahnya.
Jika ya atau benar keadaan ini terjadi, maka ia kemalangan yang amat besar buat umat Islam di negara ini khususnya dalam asa untuk memajukan pemikiran, filsafat, dan pengetahuan Islam secara konstruktif
Seni, sastera, budaya dan media Islami adalah prakarsa terbaik dalam mengadiluhung peradaban bangsa agar segala kepunahan sekarang yang terjadi, dengan segala macam tunasosial dan tunamoral di kalangan ahli masyarakat, setidaknya dapat dipulihkan dengan kemujaraban Islam sebagai ad-deen.
3. Sebab itu ramai yang bertanya, betulkah semua drama di RTM dan TV3, termasuk di media lain sama sekali tidak boleh memakai KUPIAH, SERBAN, atau JUBAH... yang dibenarkan cuma songkok dan baju Melayu sahaja?
Apakah masyarakat di Malaysia yang memakai kupiah atau serban semuanya PAS?
Sesiapa yang mempunyai data tentang hal ehwal ini sila berikan di sini atau terus ke FB Zentrum kerana rasanya perlu ada satu gerakan untuk menyelesaikan krisis tamadun ini.
4. Saya dikhabarkan sendiri oleh Akhi Habiburrahman er-Shirazi, pengarang Ketika Cinta Bertasbih, selaku pendokong malah turut berlakon dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH yang permohonan untuk tayangan telah dibuat secara serentak dengan jadual di Indonesia, Brunei, Australia, Thailand, termasuk beberapa negara di Eropah, dan satu sahaja yang tidak mendapat izin iaitu Malaysia.
Wah apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Adakah juga nanti semua imej atau visual, atau "shot" masjid juga akan diharamkan secara surat arahan sekira drama atau filem tempatan mahu mendapat izin tayang di TV atau Pawagam?
Rakyat berhak untuk mendapat penjelasan kerana kenapa semua bising bila Pulau Pinang membatalkan perarakan maulud, dan kenapa pula semua tidak bising bila "kupiah", "serban", dan lain-lain imej Islami tidak dibenarkan dalam drama-drama TV dan filem kita?
-------------------------------------------------------------
ini adalah hakikat....
salam berhujung minggu.
saya tidak tahu bahawa filem Ketika Cinta Bertasbih 2 tidak lulus untuk tayangan di malaysia.
saya juga tidak tahu apa hujah yang badan penapis beri utk menidak luluskan filem ini.
saya pernah dengar ada arahan agar kupiah diganti dengan songkok, sebab tu kita tengok sesekali dalam tv ada ustaz yang selalu kita lihat pakai kopiah agak janggal dengan songkoknya...
apapun, saya percaya ada 'permainan' saraf di mana-mana sahaja negara di dunia ini.
permainan saraf ini adalah salah satu strategi 'tanam, pecah & perintah'...
ianya ala-ala strategi komunis yang sibuk dengan lagu-lagu patriotiknya (cuba kita lihat negara-negara komunis yang banyak lagu-lagu patriotik untuk dihafal dan dinyanyi pada satu-satu upacara terutamanya upacara memuja pemimpin dan jasa-jasa mereka)
oklah untuk santapan weekend anda, saya terus 'cut & paste' ajer entri dari blog sahabat yang anda boleh juga dapatkan linknya di sini...
--------------------------------------------------------
Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara
Posted by Luna and Thatguy on Friday, February 19, 2010
Labels: bloggersnetwork, Cambah Fikir, FB, hebahan, kongsi artikel, penulis tamu
Oleh : Saifudin Ibrahim
-----------------------------------------------
Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara
1. Adakah benar rungutan dan tohmahan bahawa apa sahaja yang berhubungan dengan Islam seperti seni, sastera, budaya termasuk filem mendapat kesusahan yang teramat sangat untuk mendapat ruang di negara ini lantaran hujah-hujah yang mengaitkan "apa sahaja yang Islami itu maka ia adalah gerakan tersurat dan tersirat menyokong PAS"?
2. Pandangan dan pertanyaan ini diterbitkan setelah dikhabarkan sekian banyak pertanyaan juga tentang filem Ketika Cinta Bertasbih (Chaerul Umam, 2009) dari teks Habiburrahman er-Shirazi dikatakan tidak beroleh izin tayang atas alasan kandungan Islami sebagai naskahnya.
Jika ya atau benar keadaan ini terjadi, maka ia kemalangan yang amat besar buat umat Islam di negara ini khususnya dalam asa untuk memajukan pemikiran, filsafat, dan pengetahuan Islam secara konstruktif
Seni, sastera, budaya dan media Islami adalah prakarsa terbaik dalam mengadiluhung peradaban bangsa agar segala kepunahan sekarang yang terjadi, dengan segala macam tunasosial dan tunamoral di kalangan ahli masyarakat, setidaknya dapat dipulihkan dengan kemujaraban Islam sebagai ad-deen.
3. Sebab itu ramai yang bertanya, betulkah semua drama di RTM dan TV3, termasuk di media lain sama sekali tidak boleh memakai KUPIAH, SERBAN, atau JUBAH... yang dibenarkan cuma songkok dan baju Melayu sahaja?
Apakah masyarakat di Malaysia yang memakai kupiah atau serban semuanya PAS?
Sesiapa yang mempunyai data tentang hal ehwal ini sila berikan di sini atau terus ke FB Zentrum kerana rasanya perlu ada satu gerakan untuk menyelesaikan krisis tamadun ini.
4. Saya dikhabarkan sendiri oleh Akhi Habiburrahman er-Shirazi, pengarang Ketika Cinta Bertasbih, selaku pendokong malah turut berlakon dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH yang permohonan untuk tayangan telah dibuat secara serentak dengan jadual di Indonesia, Brunei, Australia, Thailand, termasuk beberapa negara di Eropah, dan satu sahaja yang tidak mendapat izin iaitu Malaysia.
Wah apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Adakah juga nanti semua imej atau visual, atau "shot" masjid juga akan diharamkan secara surat arahan sekira drama atau filem tempatan mahu mendapat izin tayang di TV atau Pawagam?
Rakyat berhak untuk mendapat penjelasan kerana kenapa semua bising bila Pulau Pinang membatalkan perarakan maulud, dan kenapa pula semua tidak bising bila "kupiah", "serban", dan lain-lain imej Islami tidak dibenarkan dalam drama-drama TV dan filem kita?
-------------------------------------------------------------
ini adalah hakikat....
salam berhujung minggu.
Wednesday, February 17, 2010
Kes Kartika : Bukti Tidak Bersungguh Laksana Islam
pejuang islam yang bersungguh mahu memertabatkan islam di msia..
pejuang melayu yang bersungguh mempertahankan islam dari dihina oleh bangsa lain.
salam semua...
saya mendengar berita dari corong radio tentang kisah si kartika yang katanya akan mengadap Tengku Abdullah yang menjadi ketua hal ehwal islam pahang.
samada beliau mahu mengadap atau beliau dijemput mengadap, itu saya tidak tahu.
kes kartika ini kes yang unik dalam tidak unik.
unik kerana setelah mengaku bersalah meminum minuman keras di khalayak ramai, kartika yang dijatuhkan hukuman penjara atau sebatan oleh mahkamah syariah negeri pahang; telah memilih untuk disebat.
kartika tidak mahu merayu kerana berasakan beliau patut disebat sebagai tanda taubatnya kepada Tuhan.
sejak penanguhan hukuman sebat dari hari raya puasa yang lepas, sehingga kini, kartika masih belum lagi di sebat.
apasal agaknya?
alasan pertama, tiada tukang sebat (yang akan menyebat ikut cara syariah; sebat ikut cara syariah tidak sama dengan sebat ikut hukuman sivil).
kita yang mengelar negara kita sebagai negara islam sejak 50 tahun yang lalu, rupanya tiada tukang sebat syariah.
maknakata, kita memang tidak bersedia untuk melaksanakan undang-undang syariah sejak dari awal merdeka lagi.
alasan kedua, menanti kartika memohon ampun dari sultan atau ketua agama negeri; yang mana si kartika ini memang tak mahu memohon ampun dari manusia kerana beliau tahu kesalahannya hanya kepada Allah.
alasan ketiga, sekiranya dilaksanakan hukuman sebat ke atas kartika; agak-agak pemimpin negara mana yang telefon pm kita? negara U.S, Britain, Israel serta negara-negara yang kita perlukan pelaburan mereka untuk melonjakkan ekonomi msia.
obama mesti tanya pm, you sudah mau jadi sudan ka?
berapa ramai yang dah pujuk kartika agar beliau membuat rayuan untuk tidak disebat?
berapa ramai yang sedang berpeluh dahi menanti masa kartika akan disebat dan dalam masa yang sama, amerika dan kuncu-kuncunya akan mengenakan tindakan-tindakan yang melibatkan isu ekonomi seperti penarikan pelaburan dsbnya.
kartika telah berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat malaysia bahawa undang-undang islam yang kita gunapakai hanya memfokus pada nikah kahwin sajer.
kartika telah berjaya membuktikan bahawa tiada kesungguhan dalam pelaksanaan hukum islam oleh penguasa yang beragama islam, mengaku islam, berpuasa, bersolat, menunaikan umrah & haji, berzakat.
kartika berjaya membuktikan bahawa Al-Quran itu benar, kerana di kalangan umat islam, memang ada yang benar-benar munafik (cakap tidak serupa bikin), apatahlagi yang munafik itu adalah pemimpin-pemimpin negara.
percayalah; kes kartika ini akan diulang sebut di mahkamah Allah di padang mahsyar kelak.
di sana nanti, ramai yang berebut memohon untuk dikembalikan ke dunia barang sesaat agar dapat melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang di larang...namun sudah terlambat.
kita sama-sama lihat apa kesudahannya sandiwara para penguasa.
wasalam
Basic Nafs' Management @ Pengurusan Nafsu 101
salam semua....
mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah dari segala kekafiran, kemunafikkan, keresahan, ketidaktentuan, rupa bencana, kejahatan, bisikkan syaitan dan belenggu kuncunya.
di dalam surah Al-Anam ayat ke 56, Allah s.w.t telah berfirman maksudnya;
56. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku dilarang menyembah mereka Yang kamu sembah Yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau Aku turut, Sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah Aku dari orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".
----> dari ayat di atas, bolehlah kita fahami bahawa dengan mengikut hawa nafsu, seseorang itu boleh jatuh syirik yakni dengan menyembah yang lain dari Allah.
----> perlu diingat, apabila dikatakan dengan menyembah selain Allah, ianya merujuk kepada meng'agung'kan perkara-perkara lain melebihi Allah; sebagai contoh, harta benda, kekayaan, pangkat serta kuasa dan jawatan, anak, isteri, dewa-dewa, pawang-pawang, doktor, dsbnya.
----> maka akibat dari menyembah selain Allah, maka akan jatuhlah sesat seseorang itu dari jalan kebenaran, dan kesesatan ini boleh berlaku kepada siapa sahaja hatta beliau merupakan seorang islam serta solat tidak putus siang dan malam.
----> dan tatkala seseorang itu memilih untuk menyembah yang lain, selain Allah dek kerana menurut hawa nafsu, maka jatuh sesatlah beliau dan jauhlah dia dari hidayah dan petunjuk.
----> bolehlah kita lihat bagaimana kecenderungan menurut hawa nafsu akan membuatkan seseorang itu jauh dari jalan lurus, jadi sesat dan tidak mendapat petunjuk dari Allah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
apa yang kita fahami tentang nafsu?
saya bawa pengertian nafsu, hawa & syahwat menurut beberapa kamus;
Hawa nafsu terdiri dari dua perkataan: hawa (الهوى) dan nafsu (النفس).
Dalam bahasa Melayu 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.
Jika ditambah dengan perkataan hawa (=hawa nafsu), biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.
Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan bersetubuh.
Ketiga-tiga perkataan ini (hawa, nafsu dan syahwat) berasal dari bahasa Arab:
Hawa (الهوى): sangat cinta; kehendak.
Nafsu (النفس): roh; nyawa; jiwa; tubuh; diri seseorang; kehendak; niat; selera; usaha.
Syahwat (الشهوة): keinginan untuk mendapatkan yang lazat; berahi.
--------------------------------------------------------------------------------
Nafsu
nafsu adalah sebahagian dari diri kita dan ianya adalah anugerah dari Allah s.w.t buat setiap hambanya.
dengan nafsu, manusia itu boleh jadi cemerlang dan dengan nafsu juga manusia itu boleh jadi hancur.
jika kita melihat maksud nafsu di atas, saya lebih suka merujuk nafsu ini kepada 'diri seseorang'. maknanya seseorang manusia itu terdiri dari beberapa 'diri', antaranya diri jasad, diri batin, diri nafsu dan diri nyawa.
nafsu adalah merupakan dorongan terhadap diri jasad & diri batin.
dorongan nafsu sentiasa menjurus kepada perbuatan yang berlebih-lebihan, malah nafsu juga berupaya mendorong agar manusia tidak melakukan sebarang tindakan.
maka kita boleh rumuskan bahawa nafsu bersifat mendorong.
Diri
diri jasad merujuk kepada 'sarung' tubuh badan yang berasal daripada tanah.
diri batin merujuk kepada 'roh' yang ada di dalam diri jasad; di mana roh ini akan ditarik keluar dari jasad tatkala saat kematian tiba.
diri nafsu merujuk kepada 'kuasa dorongan' yang ada di dalam diri seseorang itu yang menjadi alatan untuk menjadi cemerlang atau menjadi punca kepada kehancuran.
diri nyawa tidaklah dapat dibicarakan kerana ianya adalah di bawah urusan Allah s.w.t.
7 Potensi Diri pada Diri Jasad
di antara 4 diri di atas, kita tiada sebarang masalah untuk membicarakan tentang diri jasad walaupun kita seringkali lupa bahawa pada diri jasad, Allah telah menganugerahkan 7 keupayaan atau potensi diri untuk dimaksimakan kegunaannya pada setiap masa dan setiap ketika.
7 potensi diri ini dikawal oleh akal yang terletak di bahagian paling atas tubuh badan seseorang, sebagai pentadbir kepada diri jasad dan penghubung di antara diri jasad dan diri batiniah atau diri roh.
Akal
Akal adalah 'batin' otak. Otak tanpa akal ibarat jasad yang tiada roh.
Akal terjana oleh ilmu. Akal yang menerima ilmu akan memprosesnya dalam bentuk fikir.
Ilmu yang yang masuk ke kotak proses fikir akan menjadi 'masak' dan ia digelar pengetahuan.
Pengetahuan yang dihasilkan dari kotak proses fikir akan menjadi kefahaman setelah ianya melalui proses tindakan atau perbuatan di atas pengetahuan itu tadi.
Pengetahuan adalah titik terakhir sebelum perlaksanaan atau taqwa.
di peringkat inilah ilmu itu didorong oleh nafsu untuk digunakan sebagai ilmu baik atau ilmu jahat.
contoh; kita belajar cara-cara untuk membuka kunci. setelah memperoleh ilmu dan tahu selok belok ilmu tersebut, maka sampailah masanya untuk kita praktikkan; di sini kita ada pilihan, samada untuk mempraktikkan cara baik (membantu orang) atau cara tidak baik (merompak).
maka kita dapat lihat atau faham bahawa pada peringkat pertama seseorang itu dalam menguruskan nafsu diri, mereka memerlukan ilmu & akal.
akal yang sejak awal kita dilahirkan telah berfungsi untuk memproses segala ilmu-ilmu yang diterima oleh diri jasad.
Akal & Hati
dan pasangan akal adalah hati.... dan roh hati ialah iman.(tadi kita tahu bahawa akal ialah roh otak).
akal & iman berganding bahu dalam memastikan diri jasad dan roh dapat mengemudi kehidupan dengan cemerlang sejajar dengan firman Allah tentang hakikat kejadian manusia & jin iaitu tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
kecerdasan akal seiring dengan kesucian hati.
akal menjadi cerdas kerana sentiasa memproses ilmu dalam bentuk fikir.
hati menjadi suci kerana sentiasa dibersihkan melalui taubat dan zikrullah.
kombinasi kecerdasan akal dan kesucian hati akan memastikan seseorang itu dapat mengurus nafsu diri dengan baik dan cemerlang.
ini bermakna nafsu tidak akan dapat memperkotak-katikkan diri jasad kerena segala selok belok atau kelincahannya telah dapat dikesan oleh akal seseorang itu.
manakala hati yang bersih pula dapat mengesan pergerakan 'songsang' nafsu dari peringkat awal dalam bentuk detik atau sesaat tatkala ia mula mahu melakukan dorongan.
bersambung....
Thursday, February 04, 2010
Al-Quran : Baca, Fahami & Hayati
salam semua...
Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk kita bertemu lagi di ruang siber ini.
maaf kerana lama tidak menukil sesuatu di pentas ini atas dasar perkongsian dan berpesan-pesan sesama kita.
saya ingin berkongsi tentang kitab panduan & pedoman umat akhir zaman iaitu kandungan firman-firman Allah kepada hamba-hambaNya menerusi kekasih Allah, Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.
meletakkan kepercayaan zahir & batin kepada Al-Quran juga adalah salah satu syarat iman atau kepercayaan seseorang muslim.
menolak sebatang huruf di dalam Al-Quran, sudah cukup untuk menggolongkan kita ke dalam golongan yang 'menolak' atau dalam bahasa arabnya 'kuff'..dan golongan yang menolak ini digelar golongan kaffir.. namun jika tolakan itu tersembunyi di dalam diri tidak pernah keluar dari lafazan, maka termasuk pula ke dalam golongan munafik iaitu yang berpura-pura ikut Al-Quran tetapi pada hakikatnya menolak.
mari kita lihat bagaimana kita samada benar-benar 'meminjamkan' masa kita kepada Allah untuk membuka, membaca, memahami dan menghayati kandungan Al-Quran yang merupakan firman-firman Allah yang berbentuk nasihat, suruhan, tegahan, contoh, amaran dan bimbingan dari Allah buat hamba-hambaNya yang mahu berfikir.
kita boleh memulakan 'checklist' dengan menanyakan kepada diri kita, hari ini berapa kerat ayat atau berapa banyak surah yang telah aku baca?
baik, jika kita punya jawapan sebegini; aku sudah membaca al-fatihah & surah-surah lazim setiap kali solat (makna kata, kita setiap hari sering membaca Al-Quran)
maka soalan seterusnya; dalam beberapa surah-surah yang di baca samada di dalam solat atau di luar solat, berapa di antaranya yang kita fahami maksudnya? sebagai contoh surah Al-Fatihah; adakah kita fahami keseluruhan maksud 7 ayat yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah?
kita tahu ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah; bermula dengan nama Tuhan yang maha pemurah, yang maha pengasih, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, maha pemurah dan maha penyayang, raja hari pembalasan, Tuhan yang kita sembah dan Tuhan yang kita pohon pertolongan/bantuan; tunjukkanlah/bimbinglah kita ke jalan yang lurus/benar, jalan yang Tuhan telah tunjukkan kepada orang-orang sebelum kita, bukan jalan yang dimurkai dan bukan jalan yang sesat.
(sila lihat tafsir dan terjemahan untuk ketepatannya)
alhamdulillah jika kita tahu makna dan syukur sekiranya kita fahami maksud makna yang tersirat.
soalan seterusnya; dalam banyak-banyak kefahaman kita terhadap apa yang kita baca dan fahami menerusi ayat-ayat Allah itu tadi, berapa banyak di antaranya yang kita telah hayati?
hayati yang saya maksudkan ialah penerapan kefahaman di atas apa yang kita baca itu ke dalam bentuk perbuatan.
contoh; kepada engkaulah kami sembah, kepada engkaulah kami memohon pertolongan....
kita faham makna; Allahlah Tuhan yang kita sembah dan kepada Allah kita pohon pertolongan.
adakah kita hayati maksud yang tersirat?
begini; adakah kita benar-benar menyembah Allah zahir & batin? atau solat kita itu tadi sudah menjadi upacara harian? atau solat kita itu tadi sudah menjadi 'tiket' untuk mendapat kemuliaan, puji-pujian dsbnya? sembah yang dimaksudkan ialah menyembah dengan penuh jiwa & raga, penuh keredhoaan, penuh kasih & sayang, penuh kecintaan di mana tiada tuhan-tuhan lain yang layak untuk kita sembah melainkan Allah.
dan adakah kita benar-benar memohon pertolongan hanya kepada Allah? tidak kepada selain dari Allah? atau kita bergantung kepada perkara-perkara lain dalam memohon pertolongan? dari bomoh, dari makam keramat, dari doktor, dari orang kaya, dari yang berhormat dsbnya?
ingat bergantung pertolongan kepada yang lain selain Allah akan menjurus kita ke lembah syirik.
kita sakit, kita tidak boleh memohon pertolongan dari doktor; doktor itu hanya ikhtiar yang kita disarankan untuk melakukan sebagai satu tanda 'ketaqwaan' kepada Allah. maka di atas setiap ikhtiar itu hadir tawakkal sebagai tanda memohon pertolongan Allah.
dan taqwa ini berpasangan dengan tawakkal.
di atas hanya sekadar beberapa contoh untuk kita memulakan langkah mengemaskini diri dalam konteks keimanan di bawah rukun beriman kepada kitab suci.
jika kita boleh menghayati lagu-lagu, puisi-puisi, sajak-sajak yang didendangkan oleh artis kegemaran kita, masakan kita mahu memalingkan wajah dari menghayati firman-firman Allah?
dan suka saya berkongsi 3 potong ayat dari surah As-Saad;
As-Saad
27. dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan Yang tidak mengandungi Hikmah dan keadilan; Yang demikian adalah sangkaan orang-orang Yang kafir! maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka.
-> lihat ayat ini; percayalah, setiap apa yang Allah jadikan di atas muka bumi dan keseluruhan cakrawala semuanya mempunyai hikmah dan adil yakni tepat pada tempat dan masanya.
-> ayat ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
-> ayat ini juga menafikan 'perception' atau sangkaan atau fitnah atau cerita-cerita kosong orang-orang yang menolak kebenaran.
-> ayat ini juga memberitakan tentang balasan kepada golongan yang menolak kebenaran.
28. Patutkah Kami jadikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang Yang melakukan kerosakan di muka bumi? atau Patutkah Kami jadikan orang-orang Yang bertaqwa sama seperti orang-orang Yang berdosa?
-> masya Allah, lihat bagaimana Allah menjelaskan, menekankan bahawa tidaklah sama orang-orang yang beriman itu dengan orang-orang yang engkar (merosakkan muka bumi).
-> lihat penekanan Alah terhadap golongan yang bertaqwa (bertaqwa ialah mereka-mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan meningggalkan segala laranganya).
-> dan orang-orang yang bertaqwa ini ialah orang-orang yang beriman yang memanifestasikan keimanan mereka dalam bentuk kerja tubuh badan dan mereka-mereka ini tidak duduk diam berpeluk tubuh serta bermain dengan andaian serta persepsi.
-> lihat perbezaan antara orang yang bertaqwa dengan orang yang berdosa; kedua-duanya melakukan sesuatu (kerja tubuh); tetapi seorang melakukan hanya kerana Allah (orang bertaqwa) dan seorang melakukan hanya kerana nafsu/kehendak diri (orang berdosa).
29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
-> subhanallah, ayat ini sudah cukup untuk mematerikan tentang betapa Al-Quran ini ialah pedoman, panduan untuk kita umat islam serta hamba Allah.
-> Allah nyatakan di dalamnya terkandung banyak faedah dan menafaat. (faedah = perkara yang sangat baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara; menafaat = perkara yang memberi kesan terbaik tatkala seseorang itu mengambil setiap faedah yang ada) dan perlu diingat, faedah dan menafaatnya meliputi setiap perkara, elemen dan unsur secara keseluruhannya; mental, emosional, spiritual dan fizikal.
-> dan Allah nyatakan pula golongan yang mendapat faedah serta menafaat itu adalah dari kalangan yang memahami serta meneliti dengan baik/menghayati setiap baris ayat-ayatnya secara keseluruhan (bukan hanya mengambil satu dua untuk dijadikan tangkal kerana menggunakan ayat-ayat Al-Quran tanpa memahami maksudnya akan meletakkan kita ke dalam golongan yang memfitnah Allah)
-> dan Al-Quran ini juga memberi menafaat kepada golongan yang berakal sempurna (orang-orang yang tenang - nafsul mutmainnnah) di mana mereka-mereka ini dalam keadaan sentiasa beringat dan mengambil setiap iktibar/pengajaran dari maksud, kefahaman dan penghayatan mereka.
-----------------------------------------------------------
baiklah...
berpesan kepada diri saya sendiri dan anda semua.... marilah kita sama-sama 'meminjamkan' sebanyak-banyak masa yang kepada Allah dengan cara memenafaatannya menerusi membaca, memahami dan menghayati kitab suci Al-Quran...
mudah-mudahan kita dengan izin Allah dapat memanjang-manjangkan kefahaman dan penghayatan kita kepada ahli-ahli kita (keluarga, tetangga, rakan sepejabat dsbnya) dan mereka pula dapat memanjang-manjangkan lagi ke generasi setersunya.
insya Allah.
Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk kita bertemu lagi di ruang siber ini.
maaf kerana lama tidak menukil sesuatu di pentas ini atas dasar perkongsian dan berpesan-pesan sesama kita.
saya ingin berkongsi tentang kitab panduan & pedoman umat akhir zaman iaitu kandungan firman-firman Allah kepada hamba-hambaNya menerusi kekasih Allah, Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.
meletakkan kepercayaan zahir & batin kepada Al-Quran juga adalah salah satu syarat iman atau kepercayaan seseorang muslim.
menolak sebatang huruf di dalam Al-Quran, sudah cukup untuk menggolongkan kita ke dalam golongan yang 'menolak' atau dalam bahasa arabnya 'kuff'..dan golongan yang menolak ini digelar golongan kaffir.. namun jika tolakan itu tersembunyi di dalam diri tidak pernah keluar dari lafazan, maka termasuk pula ke dalam golongan munafik iaitu yang berpura-pura ikut Al-Quran tetapi pada hakikatnya menolak.
mari kita lihat bagaimana kita samada benar-benar 'meminjamkan' masa kita kepada Allah untuk membuka, membaca, memahami dan menghayati kandungan Al-Quran yang merupakan firman-firman Allah yang berbentuk nasihat, suruhan, tegahan, contoh, amaran dan bimbingan dari Allah buat hamba-hambaNya yang mahu berfikir.
kita boleh memulakan 'checklist' dengan menanyakan kepada diri kita, hari ini berapa kerat ayat atau berapa banyak surah yang telah aku baca?
baik, jika kita punya jawapan sebegini; aku sudah membaca al-fatihah & surah-surah lazim setiap kali solat (makna kata, kita setiap hari sering membaca Al-Quran)
maka soalan seterusnya; dalam beberapa surah-surah yang di baca samada di dalam solat atau di luar solat, berapa di antaranya yang kita fahami maksudnya? sebagai contoh surah Al-Fatihah; adakah kita fahami keseluruhan maksud 7 ayat yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah?
kita tahu ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah; bermula dengan nama Tuhan yang maha pemurah, yang maha pengasih, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, maha pemurah dan maha penyayang, raja hari pembalasan, Tuhan yang kita sembah dan Tuhan yang kita pohon pertolongan/bantuan; tunjukkanlah/bimbinglah kita ke jalan yang lurus/benar, jalan yang Tuhan telah tunjukkan kepada orang-orang sebelum kita, bukan jalan yang dimurkai dan bukan jalan yang sesat.
(sila lihat tafsir dan terjemahan untuk ketepatannya)
alhamdulillah jika kita tahu makna dan syukur sekiranya kita fahami maksud makna yang tersirat.
soalan seterusnya; dalam banyak-banyak kefahaman kita terhadap apa yang kita baca dan fahami menerusi ayat-ayat Allah itu tadi, berapa banyak di antaranya yang kita telah hayati?
hayati yang saya maksudkan ialah penerapan kefahaman di atas apa yang kita baca itu ke dalam bentuk perbuatan.
contoh; kepada engkaulah kami sembah, kepada engkaulah kami memohon pertolongan....
kita faham makna; Allahlah Tuhan yang kita sembah dan kepada Allah kita pohon pertolongan.
adakah kita hayati maksud yang tersirat?
begini; adakah kita benar-benar menyembah Allah zahir & batin? atau solat kita itu tadi sudah menjadi upacara harian? atau solat kita itu tadi sudah menjadi 'tiket' untuk mendapat kemuliaan, puji-pujian dsbnya? sembah yang dimaksudkan ialah menyembah dengan penuh jiwa & raga, penuh keredhoaan, penuh kasih & sayang, penuh kecintaan di mana tiada tuhan-tuhan lain yang layak untuk kita sembah melainkan Allah.
dan adakah kita benar-benar memohon pertolongan hanya kepada Allah? tidak kepada selain dari Allah? atau kita bergantung kepada perkara-perkara lain dalam memohon pertolongan? dari bomoh, dari makam keramat, dari doktor, dari orang kaya, dari yang berhormat dsbnya?
ingat bergantung pertolongan kepada yang lain selain Allah akan menjurus kita ke lembah syirik.
kita sakit, kita tidak boleh memohon pertolongan dari doktor; doktor itu hanya ikhtiar yang kita disarankan untuk melakukan sebagai satu tanda 'ketaqwaan' kepada Allah. maka di atas setiap ikhtiar itu hadir tawakkal sebagai tanda memohon pertolongan Allah.
dan taqwa ini berpasangan dengan tawakkal.
di atas hanya sekadar beberapa contoh untuk kita memulakan langkah mengemaskini diri dalam konteks keimanan di bawah rukun beriman kepada kitab suci.
jika kita boleh menghayati lagu-lagu, puisi-puisi, sajak-sajak yang didendangkan oleh artis kegemaran kita, masakan kita mahu memalingkan wajah dari menghayati firman-firman Allah?
dan suka saya berkongsi 3 potong ayat dari surah As-Saad;
As-Saad
27. dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan Yang tidak mengandungi Hikmah dan keadilan; Yang demikian adalah sangkaan orang-orang Yang kafir! maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka.
-> lihat ayat ini; percayalah, setiap apa yang Allah jadikan di atas muka bumi dan keseluruhan cakrawala semuanya mempunyai hikmah dan adil yakni tepat pada tempat dan masanya.
-> ayat ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
-> ayat ini juga menafikan 'perception' atau sangkaan atau fitnah atau cerita-cerita kosong orang-orang yang menolak kebenaran.
-> ayat ini juga memberitakan tentang balasan kepada golongan yang menolak kebenaran.
28. Patutkah Kami jadikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang Yang melakukan kerosakan di muka bumi? atau Patutkah Kami jadikan orang-orang Yang bertaqwa sama seperti orang-orang Yang berdosa?
-> masya Allah, lihat bagaimana Allah menjelaskan, menekankan bahawa tidaklah sama orang-orang yang beriman itu dengan orang-orang yang engkar (merosakkan muka bumi).
-> lihat penekanan Alah terhadap golongan yang bertaqwa (bertaqwa ialah mereka-mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan meningggalkan segala laranganya).
-> dan orang-orang yang bertaqwa ini ialah orang-orang yang beriman yang memanifestasikan keimanan mereka dalam bentuk kerja tubuh badan dan mereka-mereka ini tidak duduk diam berpeluk tubuh serta bermain dengan andaian serta persepsi.
-> lihat perbezaan antara orang yang bertaqwa dengan orang yang berdosa; kedua-duanya melakukan sesuatu (kerja tubuh); tetapi seorang melakukan hanya kerana Allah (orang bertaqwa) dan seorang melakukan hanya kerana nafsu/kehendak diri (orang berdosa).
29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
-> subhanallah, ayat ini sudah cukup untuk mematerikan tentang betapa Al-Quran ini ialah pedoman, panduan untuk kita umat islam serta hamba Allah.
-> Allah nyatakan di dalamnya terkandung banyak faedah dan menafaat. (faedah = perkara yang sangat baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara; menafaat = perkara yang memberi kesan terbaik tatkala seseorang itu mengambil setiap faedah yang ada) dan perlu diingat, faedah dan menafaatnya meliputi setiap perkara, elemen dan unsur secara keseluruhannya; mental, emosional, spiritual dan fizikal.
-> dan Allah nyatakan pula golongan yang mendapat faedah serta menafaat itu adalah dari kalangan yang memahami serta meneliti dengan baik/menghayati setiap baris ayat-ayatnya secara keseluruhan (bukan hanya mengambil satu dua untuk dijadikan tangkal kerana menggunakan ayat-ayat Al-Quran tanpa memahami maksudnya akan meletakkan kita ke dalam golongan yang memfitnah Allah)
-> dan Al-Quran ini juga memberi menafaat kepada golongan yang berakal sempurna (orang-orang yang tenang - nafsul mutmainnnah) di mana mereka-mereka ini dalam keadaan sentiasa beringat dan mengambil setiap iktibar/pengajaran dari maksud, kefahaman dan penghayatan mereka.
-----------------------------------------------------------
baiklah...
berpesan kepada diri saya sendiri dan anda semua.... marilah kita sama-sama 'meminjamkan' sebanyak-banyak masa yang kepada Allah dengan cara memenafaatannya menerusi membaca, memahami dan menghayati kitab suci Al-Quran...
mudah-mudahan kita dengan izin Allah dapat memanjang-manjangkan kefahaman dan penghayatan kita kepada ahli-ahli kita (keluarga, tetangga, rakan sepejabat dsbnya) dan mereka pula dapat memanjang-manjangkan lagi ke generasi setersunya.
insya Allah.
Tuesday, January 26, 2010
Riak dalam Ibadah...
salam semua...
alhamdulillah, semakin hari semakin terasa hampirnya kita ke liang lahad.
setiap tahun kita menyambut ulangtahun kelahiran diri kita ke muka bumi ini dengan majlis-majlis yang serbaneka caranya.
ada yang menyambut di hotel, ada yang menyambut di pusat-pusat karaoke, ada yang menyambut di kelab-kelab dan ada yang menyambut di rumah sahaja samada bersama rakan taulan mahupun keluarga terdekat.
dan saya pasti sebagai seorang yang mengaku Islam dan telah mengulangi syahadah berkali-kali di dalam solat-solat wajib/fardhu mahupun sekali setahun di dalam solat hari raya, diri kita sekurang-kurangnya mahu mempertingkatkan amalan ibadah kita seharian.
kita tahu ibadah khusus adalah seperti solat, puasa, zakat dan haji manakala ibadah umum ialah seperti bersedekah, berkerja seharian, belajar dsbnya.
topik perbincangan yang saya mahu bawa ialah berkisar kepada sifat Riak di dalam ibadah; tidak kiralah ibadah khusus atau ibadah umum.
riak adalah merupakan satu sifat yang 'menghancurkan' kerana ia bertentangan dengan sifat sebagai hamba. sifat seorang hamba ialah zuhud iaitu tunduk patuh mengerjakan setiap suruhan Tuannya tanpa ada sebarang pertikaian apatahlagi tuannya ialah merupakan pencipta diri hamba itu.
riak juga kita tahu adalah sifat syaitan, iblis, taghut, dajjal dan seangkatan dengannya.
riak akan memusnahkan diri
riak akan menjauhkan diri dengan Allah
riak akan menghasut diri agar engkar
riak akan mengelapkan hati
riak akan membuka jalan luas ke neraka
riak akan memisahkan kita dengan manusia
riak akan membuatkan diri alpa
di mulai dengan surah lazim yang selalu kita baca ketika solat
Al-Maun
1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).
---------------------------------------------
7 ayat dari surah Al-Maun di atas sudah cukup untuk memberikan gambaran bagaimana orang-orang riak dan golongannya.
mereka-mereka ini digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang mendustakan agama dunia dan akhirat.
sifat riak adalah perkara yang halus tetapi ia sering diterjemahkan oleh diri seseorang melalui tingkahlaku serta perbuatan dan percapakannya.
sifat riak sering dikaitkan dengan rasa bangga diri, samada secara halus (ujub=berkata-kata di dalam hati akan kebanggaan dan merendahkan orang lain yang kununnya tidak setaraf) atau secara kasar (sombong/takbur = terserlah melalui percakapan serta tingkahlaku)
maka bagaimanakah cara untuk seseorang yang riak agar dapat kembali kepangkuan Allah? jawapannya ialah Taubat sebagaimana 'taubatnya si nasuha'.
taubat seorang yang riak mestilah dilakukan dengan penyucian diri iaitu dengan ikhlas memperakui sifat-sifat mazmumah itu tadi. pendek kata seseorang itu perlu 'telanjang' di hadapan Allah sebelum dia di'telanjangkan' di padang mahsyar kelak.
hanya dengan 'telanjang' di hadapan Allah sahaja yang mampu untuk membantu seseorang itu kembali ke jalan yang benar.
kita lihat pula surah An-Nisaa'
142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
-------------------------------------
ayat 142 dari surah An-Nisaa' ini secara jelas mengolongkan orang-orang yang bersifat riak ini ke dalam golongan orang-orang munafik.
mereka-mereka ini solat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau takut diperkatakan oleh orang lain, namun hati mereka tidak kepada Allah.
dan keadaan solat mereka ialah dalam keadaan orang malas atau terpaksa melakukan atas sebab kerana sesuatu (samada segan dengan kata-kata orang atau menunjuk-nunjuk)
malah kita lihat bagaimana Allah menyatakan golongan ini penuh dengan tipu daya sehingga melibatkan ibadah khusus dan sekiranya ibadah khusus juga penuh dengan tipu daya, inikan pula ibadah umum seperti pekerjaan dsbnya.
akhir sekali, kita lihat pula ayat yang berbentuk peringatan serta amaran kepada golongan yang bersifat riak ini;
surah Al-Baqarah;
264. Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin Yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang Yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa Yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum Yang kafir.
---------------------------------------------------
sifat riak akan merosakkan amalan serta ibadah yang kita lakukan.
sifat riak tidak akan membuat kita memperoleh apa sahaja ganjaran di sisi Allah.
malah sifat riak ini jauh dari sifat orang-orang yang beriman, iaitu mereka-mereka yang percaya serta yakin dengan sebenar-benarnya dari sudut dalaman dan luaran atau zahir dan batin.
marilah kita sama-sama melakukan muhasabah diri dan melihat jauh ke dalam diri serta mengikis sifat-sifat mazmumah yang ada dengan melakukan taubat serta berzikir, mudah-mudahan kita tergolong ke dalam golongan yang memperoleh rahmat dan kecintaan Allah.
insya Allah.
Monday, January 18, 2010
Munafik di antara kita....
salam semua...
mahu berkongsi tentang mereka-mereka yang bergelar munafik di atas muka bumi ini. Mereka-mereka ini berkeliaran di sekeliling kita dan wujud di kalangan kita malah berinteraksi dengan kita setiap hari setiap masa.
suka saya berkongsi dengan diri dan semua beberapa potong ayat dari Al-Quran kisah, ciri, sikap serta sifat orang-orang munafik ini. Jika masa sekolah dulu, untuk kenal orang munafik, ustaz atau ustazah akan menerangkan ciri-ciri orang munafik ini berdasarkan; apabila berjanji dia mungkir dan apabila berkata-kata, dia berdusta.
sejak dari dahulu lagi dunia penuh dengan orang-orang munafik ini. Kita khususkan mereka-mereka ini dikalangan orang Islam kerana di kalangan orang bukan islam, mereka ini dikenali sebagai hipokrit atau cakap tak serupa bikin.
mari lihat surah At-Taubah seperti berikut;
At-Taubah
100. dan orang-orang Yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.
-> Allah memberitahu tentang orang-orang yang terlibat di dalam peristiwa hijrah; yang berhijrah dari Mekkah dan yang menyambut di Madinah dan mereka-meraka yang bersikap seperti mereka iaitu berhijrah untuk kebaikan dan menerima, menyambut dan memberi bantuan kepada mereka-mereka yang berhijrah ke jalan Allah atas keimanan dan taat (dengar & patuh arahan Allah); mereka-mereka ini berada di tahap insan yang tinggi yakni redho diredhoi.
-> dalam konteks hijrah diri kearah kebaikan, lihatlah betapa besarnya limpahan kurnia yang Allah janjikan buat sesiapa yang berusaha serta berkorban melakukannya.
-> lihat bagaimana sifat orang-orang yang melakukan hijrah atas ketaatan serta keyakinan terhadap Allah & Rasul, mereka-mereka ini hijrah dengan penuh keredhoan malah diredhoi pula oleh Allah.
-> Allah juga khabarkan janji-janjiNya kepada mereka-mereka ini di akhirat.
101. dan di antara orang-orang Yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada Yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras Dengan sifat munafik; Engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah Yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab Yang besar.
-> Allah seterusnya Allah memberitahu tentang wujudnya orang-orang yang bersifat munafik dan tetap mempertahankan sifat sedemikian di kalangan mereka-mereka yang berhijrah dan menerima hijrah ini.
-> jika kit amelihat dari konteks hijrah diri, ada juga di antara manusia sekeliling yang seperti gembira dengan hijrah kita, namun sebenarnya mereka tidak sedemikian kerana bersikap munafik.
-> Allah memberitahu agar ada langkah-langkah waspada terhadap golongan munafik ini, dan Allah mengkhabarkan janji-janjiNya terhadap golongan ini.
102. dan (sebahagian) Yang lain mengakui dosa-dosa mereka. mereka telah mencampur adukkan amal Yang baik Dengan amal Yang lain, Yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-> Masya Allah, lihat bagaimana golongan ini tahu dan mengaku akan kesalahan serta dosa mereka di mana mereka telah mencampur adukkan amalan-amalan mereka yang buruk dengan yang baik.
-> Allah mengambarkan betapa golongan ini yang telah mencampurkan amalan-amalan yang tidak baik dengan yang baik dan tiada sebarang garis sempadan untuk membezakan amalan-amalan tersebut.
-> Dan kita disarankan untuk berdoa, mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka-mereka dari golongan ini yang insaf.
seterusnya kita lihat surah An-Nissa'
An-Nissa’
59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
-> ayat ini merujuk kepada orang-orang yang percaya serta yakin (beriman) agar taat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri atau ketua di kalangan kita. Ulil Amri tersebut sudah tentu ketua yang menjalankan segala hukum serta bersikap laksana para khalifah yang ikut segala sunnah Rasulullah.
-> Allah mengingatkan agar kita semua kembali merujuk kepada Al-Quran & Sunnah sekiranya ada perbantahan atau perselisihan faham sekiranya kita benar-benar beriman kepada Allah & hari akhirat.
-> merujuk kepada Al-Quran adalah sebaik-baik penyelesaian dan sudah tentu sangat baik kesudahannya (result).
-> berapa ramai diantara kita yang sering merujuk kepada Al-Quran sebagai panduan hidup?
60. tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.
-> Allah malah memberitahu kita bahawa sifat orang-orang munafik ini yang mendakwa mereka telah beriman kepada Al-Quran dan kitab-kita terdahulu tetapi masih kekal dengan sifat berbantah serta engkar untuk merujuk kepada hukum-hakam yang telah digariskan oleh Allah.
-> orang-orang munafik ini malah lebih dahsyat lagi memakai undang-undang 'taghut' (syaitan, berhala, penyembahan dan amalan yang mensyirikkan Allah) sedangkan mereka telah diperintah agar meninggalkan amalan syirik ini.
-> lihat bagaimana tugasan syaitan yang akan menyesatkan manusia sehingga kesesatan yang amat jauh lantas manusia itu tidak menyedari kesesatan tersebut sehingga sanggup mengaku beriman dalam keadaan mensyirikkan.
61. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
-> ayat ini menjelaskan lagi sifat para munafik ini yang apabil diajak untuk menggunakan hukum Allah berlandaskan Al-Quran, mereka bersungguh-sungguh berpaling tidak mahu mengikuti, malah berusaha dengan bersungguh-sungguh menghalang orang lain dari merujuk kepada Al-Quran.
-> dewasa ini kita boleh lihat ramai yang berpaling dari menggunapakai hukum Al-Quran di dalam perjalanan hidup mereka malah ada yang lebih menyesatkan lagi dengan mengambil langkah menghalang orang lain dari mengikutinya. dan mereka-mereka ini ialah orang yang mengaku islam dan bernama islam.
-> ada ramai yang mengaku islam malah kelihatan bersungguh-sungguh berjuang menegakkan agama Allah namun apabila tiba ke bab menggunakan hukum islam, mereka ini jadi panas dan mencari rakan-rakan yang boleh menidakkan penggunaan hukum islam dalam kehidupan.
-> alasan-alasan antaranya ialah; hukum islam sudah lapuk, tidak demokrasi dsbnya.
62. maka Bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) Yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, Kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak Yang berbalah)".
-> Maha Suci Allah yang terus mengambarkan orang-orang munafik ini dengan situasi; apabila golongan ini ditimpa kemalangan atau musibah yang disebabkan oleh tangan mereka sendiri (kesalahan mereka sendiri), mereka akan sanggup bersumpah dengan menggunakan nama Allah untuk mengatakan mereka tiada niat sebenarnya untuk berbalah, bergaduh atau berselisihan faham.
-> situasi ini samalah seperti 'baling batu sembunyi tangan' tetapi cepat-cepat tak mengaku.
-> situasi ini samalah seperti 'tikam belakang' tetapi buat muka seposen malah boleh 'tukar' cerita dan menyalahkan orang lain pula.
63. mereka itulah orang-orang Yang diketahui oleh Allah akan apa Yang ada Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
-> Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati golongan munafik ini dan Allah meminta kita agar tidak melihat mereka sangat tetapi berwaspada.
-> Allah juga menyuruh kita agar terus menasihati golongan ini dan terus berdakwah dengan penuh fatonah yakni menggunakan strategi demi strategi dakwah serta syarahan yang boleh memberi bekas pada hati-hati golongan ini.
-> dalam menghadapi golongan ini, Allah mengingatkan agar kita terus berbaik sangka tetapi berwaspada, mudah-mudahan dengan dakwah kita, golongan ini akan kembali dan Maha Suci Allah akan menerima taubat mereka-mereka ini.
-------------------------------------------------------------------
masih adakah jalan kembali untuk golongan munafik di antara kita?... ya masih ada, selagi hayat dikandung badan.
perlukah kita terus berdakwah kepada golongan ini?.... ya perlu, dengan cara berdakwah dengan kata-kata atau tulisan yang berterusan dengan penuh fatonah yakni kebijaksanaan agar ianya dapat memberi bekas kepada hati mereka dengan izin Allah.
adakah kita tergolong kedalam golongan ini?....mungkin ya, mungkin tidak.. lakukanlah muhasabah diri dan cucilah hati, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita.
sifir mudah... munafik ialah sikap berpura-pura...sikap menipu diri sendiri.... kita berpura-pura dengan diri serta orang lain...lebih dahsyat dengan Allah & RasulNya.... kita menipu diri sendiri dan orang lain, lebih dahsyat kita menipu Allah & RasulNya...
kita kata kita Islam.... tetapi tidak berhukum dengan hukum Allah.
kita kata kita beriman.... tetapi kita tidak percaya dengan Rasulullah yakni dengan tidak mengamalkan sunnah Baginda iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh serta Fatonah.
kita kata kita bertaqwa yakni bersungguh-sungguh dalam ibadah...tetapi kita malas dan melenggah-lenggahkan waktu.
maka di mana kita?... adakah kita terlepas dari ikatan tali munafik yang membelit diri?... hanya diri kita, Allah serta Rasulullah serta orang-orang yang terpilih mengetahuinya...
wasalam
Wednesday, January 13, 2010
ALLAH...
salam semua...
alhamdulillah, dewasa ini ramai di antara kita yang 'segera' mencari Al-Quran yang ada di rumah, atas almari, dalam almari dsbnya.
antara sebab berlakunya fanomena ini ialah kesan dari keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam.
saya tidak mahu mengulas tentang keputusan mahkamah tersebut, jauh dari mempertikaikannya...
saya hanya mahu membawa beberapa potong ayat dari kitab suci Allah; Al-Quran nul kareem..
bermula dengan surah Al-Anfal ayat ke 2;
Al-anfal
2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
-> Allah memberitahu kita tentang sifat-sifat orang-orang di antara kita yang apabila dibacakan nama Allah maka gementarlah hati mereka. Mereka-mereka ini ialah orang-orang yang beriman, bertaqwa serta bertawakkal serta sabar dalam beribadah. Allah juga memberitahu bahawa mereka-mereka yang sempurna iman ini akan bertambah iman (yakin) serta berserah bulat.
Surah kedua iaitu surah At-Taubah;
At-Taubah
42. kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
-> ayat ini Allah menunjukkan betapa kaum munafik @ hipokrit yang bersumpah dengan nama Allah dalam melakukan dusta kepada Rasulullah. Maka kita dapati tiada sebarang masalah untuk para munafik (islam tetapi pembohong serta pendusta) untuk bersumpah dengan nama Allah. Perlulah kita menghindari sifat munafik ini kerana ianya sangat halus kerana mereka ini berugama islam berbanding dengan bukan islam atau kafir yang jelas nyata menolak islam.
56. dan mereka (yang munafik itu) bersumpah Dengan nama Allah Bahawa Sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum Yang pengecut.
-> ayat ini juga menerangkan sifat para munafik (islam tetapi berdusta lagi pembohong terhadap diri, Rasul & Allah) yang bersumpah dengan nama Allah.
62. mereka bersumpah kepada kamu Dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah Yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang Yang beriman.
63. tidakkah mereka mengetahui Bahawa sesiapa Yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam serta ia kekal di dalamnya? balasan Yang demikian adalah kehinaan Yang besar
65. dan jika Engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya Kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
-> ayat ini Allah menjelaskan lagi perangai para munafik yang sanggup mengejek dan memperolok-olokkan Allah, firman Allah (Al-Quran), serta rasulNya. Memang ada di antara kita yang bersifat munafik malah secara terus atau kias memperolok-olokkan Allah, ayat-ayat Allah serta Rasullullah.
74. mereka bersumpah Dengan nama Allah, Bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu Yang buruk terhadapmu), padahal Sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa Yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, Yang akan menjadi Pelindung dan juga Yang menjadi Penolong.
-> lihat ayat di atas; orang munafik tadi tidak menyedari mereka telah jatuh kaffir (menolak Allah, ayat Allah & Rasullullah) walaupun pada mulanya beriman. Lantas mereka ini berniat untuk menjadi lebih teruk lagi sehingga tahap mengambil nyawa (membunuh) walaupun ketika itu mereka telah beroleh kesenangan kurniaan Allah. Maha suci Allah yang terus membuka pintu taubat jika mereka bertaubat serta akan beroleh kebaikan di atas kesenangan itu tadi.
95. mereka akan bersumpah Dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana Sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati Dengan kufur); dan tempat kembali mereka pula ialah neraka Jahannam, sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah usahakan.
surah seterusnya;
Al-Hajj
35. Iaitu orang-orang Yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang Yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan Yang menimpa mereka, dan orang-orang Yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang Yang mendermakan sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepadaNya.
-> lagi Allah terangkan keadaan gementar yang dialami oleh orang yang sabar & cekal hati (beriman), yang solat serta para penderma.
39. diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
-> lihat bagaimana orang islam dibernarkan berperang (mempertahankan diri dari diceroboh) kerana di aniayai. Dan Allah lah jua yang maha berkuasa menolong untuk mencapai kemenangan.
40. Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
-> ayat ini menerangkan lagi tujuan berperang itu di mana mereka-mereka ini diceroboh tanpa sebarang sebab kukuh melainkan hanya kerana mereka berkata 'Tuhan kami ialah Allah'. Allah juga menyatakan betapa teruknya akibat jika tidak Allah titipkan dorongan menghalang pergaduhan sesama manusia sehingga merosakkan rumah-rumah ibadat seperti gereja, rumah ibadat yahudi juga masjid. Ayat ini juga menunjukkan rumah-rumah ibadat inilah tempat-tempat yang paling banyak disebut nama Allah di dalamnya. Dan Allah malah akan menolong sesiapa yang menolong agama islam.
-> Cuba kita fikir bagaimana cara kita menolong agama kita? adakah kita selama hidup ini ada menolong agama kita? berdakwah agar berkembang agama, memakmurkan masjid agar agama nampak indah dan ada tarikan? dsbnya
41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.
-> ayat ini menerangkan jenis-jenis manusia yang menolong agama islam; iaitu mereka yang solat, berzakat, berpesan kepada kebenaran dan kesabaran serta yang menegakkan hukum Allah (amal maaruf, nahi mungkar).
-> adakah kita sebagai pemimpin (samada pemimpin rumahtangga atau masyarakat atau negara) masuk dalam kategori manusia yang menolong agama islam atau kita termasuk ke dalam golongan yang meruntuhkan agama dengan bersifat dengan sifat yang berlawanan?
42. dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (Wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana Sesungguhnya sebelum mereka: kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing;
ayat seterusnya dari surah Al-Fathir;
Al-Fathir
42. dan mereka bersumpah Dengan nama Allah Dengan sebenar-benar sumpahnya: Demi Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang Yang lebih betul jalan ugamanya dari sebarang umat Yang lain. setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran,
43. sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan Yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang Yang menjalankannya. (dengan keadaan Yang demikian, maka) tidak ada Yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana Yang telah menimpa) orang-orang kafir Yang telah lalu. kerana Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.
-> kedua-dua ayat dari surah Al-Fathir ini menunjukkan sikap golongan-golongan terdahulu yang sentiasa beralasan dalam beriman. Alasan-alasan yang diberi hanya menjurus kepada satu sebab yakni mereka tidak dapat menerima Rasulullah sebagai Rasul yang terakhir serta penutup kepada para nabi & rasul. Dan perhatikan di mana mereka ini turut juga bersumpah dengan nama Allah.
-> memang ramai yang pandai serta tidak pandai mengatakan 'semua agama itu sama'... berhati-hatilah dengan 'statement' ini kerana yang dikatakan sama itu ialah agama Tauhid di mana dasar agama itu ialah menyembah pada Tuhan yang Esa serta mengamalkan 'amal maaruf nahi mungkar' . Agama-agama tauhid terdahulu yang dibawa oleh para-para nabi & rasul terdahulu memang menekankan pada sudut aqidah yang menyentuh kepada keimanan diri seseorang. Namun akibat dari dorongan nafsu serta rasa lebih mulia dari yang lain maka umat-umat terdahulu yang berugama tauhid tidak dapat menerima Rasulullah sebagai Rasul akhir zaman dan penutup para nabi & rasul.
akhir sekali saya bawa ayat dari surah Az-Zumar;
Az-Zumar
45. dan (di antara keburukan orang-orang Yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di Dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama Yang mereka sembah dan puja Yang lain dari Allah, mereka Dengan serta merta riang dan gembira.
-> lihat bagaimana Allah tunjukkan rupa, gaya dan sifat orang-orang yang syirik (menyembah, percaya, yakin kepada selain dari Allah). Mereka-mereka ini menjadi segan dan liar hati mereka; mereka-mereka ini rupanya menjadi riang dan gembira apabila disebut nama-nama atau perkara-perkara yang mereka suka (kereta, harta, perniagaan, hiburan dsbnya).
-> Maha Suci Allah yang Maha Benar lagi Maha Berkuasa... tidakkah kita mahu berfikir dan mengambil ilmu, peringatan dan dorongan untuk menjadi lebih baik apabila dibacakan ayat-ayat ini?
-----------------------------------------------------------------------
saya tidak mahu mengulas panjang kerana saya amat yakin bahawa firman-firman Allah menerusi kalamNya Al-Quran nul kareem sudah cukup untuk memberi kita pedoman dan panduan dalam menjalani hidup du muka bumi ini.
bukalah Al-Quran.... bacalah barang sepotong ayat.
nescaya kita akan beroleh rahmatNya (taufiq, hidayah serta rahmat).
hayatilah sunnah Rasulullah; Siddiq, Amanah, Tobligh serta Fatonah.
nescaya kita akan tergolongan ke dalam golongan yang sentiasa beriman, bertaqwa, bertawakkal dan sabar.
insya Allah
wasalam
Tuesday, January 12, 2010
Iman & Islam...
salam semua...
antara soalan-soalan yang kita sesekali ditanya atau disoal dalam perjalanan hidup ini ialah;
1. islamkah kamu?
2. berimankah kamu?
soalan tersebut berkait terus dengan rukun-rukun islam & iman.
rukun islam terkandung 5 perkara; bermula dengan mengucap 2 kalimah syahadah sehinggalah mengerjakan haji
rukun iman terkandung 6 perkara; bermula dengan percaya serta yakin kepada Allah sehinggalah percaya serta yakin kepada qada' dan qadar.
orang beriman sudahpasti islam.
orang islam belum pasti beriman.
zaman kehadiran Rasulullah dahulu, semua sahabat yang memeluk Islam memulakan perjalanan Islam mereka dengan iman yakni keyakinan yang mendalam terhadap Allah & Baginda menerusi sudut tasauf atau batiniah.
kemudian mereka akan diberi tunjuk ajar bagaimana menjadi seorang Islam yang sempurna dari sudut syariat.
contoh; kita percaya kepada Allah (rukun iman), maka kita solat (rukun islam) dengan menyertakan keimanan kita di dalam solat itu; ianya ialah perlakuan zahir yang berserta dengan keyakinan terhadap apa yang disembah yakni Allah.
adakah mudah bagi kita mengukur tahap keislaman kita dengan melaksanakan setiap rukun yang termaktub?
adakah mudah bagi kita mengukur tahap keimanan kita dengan menyakini setiap rukun yang diwajibkan?
bertuah kita lahir sebagai Islam...namun adakah kita terus bertuah tanpa setitis iman di dada?
bertuah yang dimaksudkan ialah betapa besarnya rahmat Allah mengizinkan kita untuk lahir sebagai seorang Islam di mana kita telah ada di atas jalan lurus sebaik lahir sebagaimana yang dinyatakan iaitu sebagai kain putih yang menanti untuk dicorakkan.
ramai mengatakan hidup ini merupakan satu perlumbaan..
apa yang kita lumbakan? adakah kita berlumba mengumpul harta sedang jiran mati kelaparan? atau kita sibuk berlumba membanding-banding kepandaian anak-anak?
adakah kita tahu bila kita akan dijemput?
kita tidak tahu bukan?...
pernah kita dengar ungkapan ini? " berusahalah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu bersungguh-sungguh seolah kamu akan mati keesokkan hari.."
memang ungkapan di atas adalah satu bentuk motivasi... motivasi yang positif.
perhatikan ungkapan tersebut dan dalami maksudnya yang tersirat...
bersungguh-sungguh adalah kriteria yang paling penting dalam gerak kerja yang disebutkan di dalam ungkapan tersebut; samada untuk berusaha ataupun untuk beribadah.
ayat pertama tentang dunia dan ayat kedua tentang akhirat dan sebenarnya, kita tidakboleh memisahkan dunia dengan akhirat.
jika kita bertindak memisahkan dunia dan akhirat, maka kita termasuklah ke dalam golongan sekular.
bagi mereka yang percaya kepada Tuhan, sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh samada dalam pekerjaan ataupun dalam ibadah.
mereka-mereka ini bersedia untuk 'dijemput' pada bila-bila masa sahaja samada dalam masa melakukan pekerjaan ataupun dalam melaksanakan ibadah.
malah bukankah pekerjaan itu satu ibadah?
bagaimana pekerjaan boleh menjadi ibadah?
ianya berlaku di atas 'niat' awal yang terbit dari hati, dizahirkan melalui lafazan dan di laksanakan dengan anggota badan...
orang yang beriman belum pasti lagi bertaqwa...
orang beriman belum pasti lagi bersabar...
orang beriman belum tentu bertawakkal...
mereka hanya sekadar percaya sahaja, tidak lebih dari itu.
kesempurnaan iman ialah taqwa, sabar dan bertawakkal...
maka tidak hairanlah dewasa ini kita melihat ramai sekali orang islam yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama islam itu sendiri.
islam mereka hanya pada nama...
islam mereka hanya pada baka...
persoalan.... adakah kita sudah menyempurnakan keimanan kita setelah kita islam?
sama-sama kita fikirkan....
wasalam
Monday, January 04, 2010
2010 : 361 days to go....
salam semua...
saya sengaja tidak buat sebarang posting sempena tahun baru masihi 2010.
bukan tidak sambut, cuma sambutan saya terhadap tahun masihi ini tidaklah sehebat menyambut tahun baru hijriah.
saya juga sengaja tidak men'gecoh' kan sambutan ini kepada anak-anak berbanding semasa menyambut tahun hijriah yang lepas bukan apa, sekadar memulakan proses pembentukan akhlak tahap kedua & ketiga untuk anak-anak.
janganlah kita terlepas pandang dalam memdidik anak-anak, tahapan pembentukan akhlak di dalam diri mereka kerana di sinilah kritikalnya 'pagar-pagar' asas yang perlu kita bina di keliling mereka agar selepas mereka 'merdeka' dari kita, tidaklah kita terlalu risau kerana mereka sudah ada 'vaksin' yang ampuh untuk sebarang 'budaya kuning' yang menyerang mereka kelak.
apapun, memgikut kiraan orag cina, tahun 2010 ini ialah tahun harimau.
jika dilihat dari sudut sifat harimau, memanglah berani, garang, tangkas, fokus, bersungguh dan sebagainya.
harimau juga adalah raja rimba yang digeruni oleh haiwan yang lain kecuali singa.
bagaimana kita sekarang? kita hanya ada sekitar 361 hari lagi untuk menyambut tahun 2011 dan masa yang berlalu sungguh pantas tanpa kita sedari..
jika kita ada banyak perancangan diri, keluarga dan sebagainya...janganlah ditangguh lagi perlaksanaannya.
jadikanlah tahun-tahun sebelum ini yang penuh dengan kemalasan, penangguhan, lembab, dsbnya sebagai satu sempadan atau batu tanda untuk kita ambil pengajaran.
mungkin juga, umur kita sekadar tinggal beberapa hari sahaj lagi dan akan 'pergi' dalam tahun ini cuma tidak tahu bila....maka di saat ini, berikanlah yang terbaik dalam hidup kita, mudah-mudahan pekerjaan terakhir itu akan menjadi satu 'score point' untuk diri diterima oleh Allah, insya Allah.
selesaikan masalah satu-satu pada satu-satu masa, jangan lambak banyak masalah pada satu-satu masa.
ingat, bila kita susah...tiada siapa bawak beras datang rumah kita...
:-)
selamat maju jaya untuk semua...insya Allah
Wednesday, December 30, 2009
Taubatan Qubro....
alhamdulillah.
salam semua...
kesedaran diri akan datang beberapa kali di sepanjang hidup kita.
tatkala hadirnya kesedaran ini, kita akan berfikir; apakah tujuan aku hidup di muka bumi ini? apakah tugas-tugas yang perlu aku lakukan di atas muka bumi ini? mengapa aku dilahirkan ke dunia ini?
disamping banyak lagi kesedaran yang hadir, kesedaran di atas adalah antara kesedaran asas atau utama yang menjadi landasan kepada perjuangan hidup di dunia ini.
sudah menjadi lumrah setiap manusia iaitu mahukan kepada satu pegangan hidup. dan sudah di atur oleh Robbul Jaleel bahawa semua hamba perlukan Tuhan atau satu kuasa mutlak yang boleh dijadikan sandaran mutlak dalam menjalani kehidupan seharian.
kita lihat manusia berbondong-bondong masuk atau menganut banyak ajaran atau agama di dunia ini.
kita lihat sejak dari zaman Nabi Allah Adam lagi, manusia terus-terusan mencari tuhan, satu-satunya tempat untuk mengadu segala-galanya.
manusia memang telah Allah beri berbagai-bagai keupayaan sebagai bekalan dalam perjalanan ini; Allah menganugerahkan setiap hambaNya kekuatan upaya, kehendak kemahuan, ilmu pengetahuan, peluang kehidupan, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.
anugerah yang Allah beri itu adalah tanda cinta, kasih serta sayangnya kepada setiap hamba-hambaNya.
dengan berbekalkan kekuatan upaya, manusia itu dapat berfikir, menjana dan terus bertenaga untuk mengerakkan setiap perkara;
berbekalkan kehendak kemahuan, manusia itu akan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki setiap perkara yang telah dilakukan dari masa ke semasa;
berbekalkan ilmu pengetahuan di atas setiap perkara baru dan selepasnya, manusia berupaya hidup lebih selesa dan bijak menangani kehidupan dari masa ke semasa;
berbekalkan penglihatan, manusia berupaya menjana tenaga dari alam sekeliling serta dapat memerhatikan setiap perkara disamping mengenal serta mendalami lantas mensyukuri ilmu-ilmu serta anugerah kebesaran Ilahi;
berbekalkan pendengaran, manusia mampu memproses setiap maklumat dengan baik serta membuat pertimbangan yang munasabah dalam setiap keputusan hidup;
berbekalkan pertuturan, manusia berupaya memyampaikan hasrat, kehendak dan menyampaikan sesuatu mesej sesama sendiri.
mampukah kita menyediakan sesuatu yang lebih hebat dari ciptaan Allah iaitu diri manusia itu sendiri?
tiada perkara di dalam dunia ini yang dicipta oleh manusia... semua perkara di cipta oleh Allah, manusia hanya menyiapkan dan Allah akan menyempurnakannya.
contoh kereta; setiap bahan untuk membuat kereta telah siap di cipta oleh Allah, manusia hanya menyiapkan kereta tersebut berdasar kepada keperluan pada satu-satu masa seperti rekabentuk, aksesori dsbnya...dan untuk menyampaikan hasrat bergerak dari satu tempat ke satu tempat, semuanya adalah dengan izin Allah; Dialah yang menyempurnakan segala-galanya.
mampukah kita untuk berpaling dari Allah?
walau palingan kita itu hanya sekadar sebezar biji sawi atau sebezar zarah, maka palingan sekecil itu sudah cukup untuk meletakkan diri kita sebagai mensyirikkan Allah...masya Allah.
mensyirikkan Allah sangat mudah; ianya berlaku tatkala terbit sebesar zarah perasaan tidak yakin atau kurang keyakinan di dalam hati kita terhadap Allah.
ini boleh berlaku apabila kita menerima samada ujian atau musibah ke atas diri.
musibah itu berlaku adalah disebabkan oleh kerja tangan kita sendiri... cth; kita tahu mencuri itu salah, kita tetap mencuri dan ditangkap...maka itu adalah musibah.
ujian itu berlaku dengan kehendak Allah dalam meletakkan tahap keimanan, kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah...cth; kita adalah seorang yang taat menjalankan ibadah, namun kehidupan kita masih tetap susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. maka itu adalah ujian untuk mengenalpasti tahap kesabaran diri.
pernahkah kita bertanya kepada diri kita dalam seharian, berapa minit kita duduk sejenak berfikir tentang kebesaran Allah?.... pernahkah kita melakukan 'calculation' berapa minit dalam sehari kita melakukan ibadah atau kerja seharian semata-mata hanya kerana Allah?....dan pernahkah kita 'tag' dalam sepanjang-panjang 'wish list' tahn baru kita, berapa yang mengikut kehendak diri dan berapa yang benar mengikut kehendak Allah?...
di mana kita letakkan Allah daam diri kita? sebelah kiri, sebelah kanan atau letak jauh-jauh dan hanya mahu dekat bila kita susah?
perkara yang saya nyatakan iini adalah perkara 'real', nyata dan benar-benar berlaku.
bukankah kita wajib mengingati Allah, memanjatkan doa permohonan, memanjatkan kesyukuran, memanjatkan kebesaran kepada Allah tidak kira semasa susah mahupun senang? atau kita hanya ingat Allah semasa susah sahaja?
berapa kali seumur hidup kita, kita melakukan taubat? sebenar-benar taubat? sekali, dua kali, tiga kali atau setiap hari?
apa cara kita mahu menyatakan kesyukuran dan terus berada dalam rahmatNya?
di mana kita hari ini?
sebagai anak, adakah kita meriupakan seorang anak yang soleh?
sebagai suami, adakah kita merupakan suami yang benar-benar mampu membimbing ahli keluarga?
sebagai isteri, adakah kita telah menjalankan tugas serta amanah dengan baik?
di mana kita sekarang?
sama-sama kita teruskan perjalanan ini dengan penuh keinsafan, pemahaman serta keyakinan yang cukup tinggi bahawa segala-galanya adalah milik Allah dan sebagai hambaNya, kita wajib melaksanakan ibadah hanya kepada Allah.
bertaubatlah....ya mari kita sama-sama bertaubat atas segala salah, khilaf serta dosa yang telah kita lakukan dengan menyedari setiap keinsafan yang kita zahirkan serta merangka satu perubahan jitu...sebelum tercabutnya nyawa dari jasad.
wasalam
Tuesday, December 22, 2009
Masih Ada Kecewa?
salam semua...
Alhamdulillah kita semua telah melangkah ke tahun baru hijrah 1431 dengan pelbagai cara dan keadaan.
ada yang menyambut di dalam kereta, ada yang menyambut di pejabat, ada yang menyambut di surau dan masjid, ada yang menyambut di kampung, ada yang menyambut di atas bas malah ada yang menyambut di panggung wayang, pub, kelab dangdut, disko dan sebagainya.
tidak kiralah apa cara sambutan kita, yang pasti masa terus berlalu...detik demi detik.
dan apatahlagi kita sendiri tidak pasti adakah kita mampu untuk hidup sedetik lagi selepas ini kerana ajal & maut itu di tangan dan ketentuan Ilahi.
entri kali ini lebih berkisar tentang manusia.
ianya lebih berkisah tentang perasaan kecewa yang ada pada diri.
kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.
kecewa adalah satu penyakit.... itu pasti, dan setiap penyakit ada ubatnya.
kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita.
ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan fizikal.
apabila seseorang tu kecewa; maka beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu.
maka kecewa adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani dengan baik.
mengapa perlu ada kecewa?
patutkah diri mengalami kekecewaan?
bagaimana mengatasi kekecewaan?
rawatan untuk penyakit kecewa adalah sangat mudah.
ianya memerlukan beberapa biji kapsul 'keyakinan', 'kefahaman', 'ilmu' serta 'amalan'.
untuk mengubat kekecewaan, kita perlu bermula dari akar umbi iaitu pemahaman diri tentang apa itu 'kecewa'.
kecewa terhasil apabila segala perancangan yang telah diatur kemas/atau tak kemas dengan mengikut kehendak diri kita gagal terlaksana.
maka kita akan mengalami satu keadaan di mana segala 'effort' adalah sia-sia sahaja.
benarkah segala 'effort' yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja?
hakikat utama kehidupan : kita adalah hamba dan (tugasan) kita dijadikan hanyalah untuk beribadah serta sujud menghamba abdikan diri kepada Tuhan atau Tuan atau Pencipta kita.
soalan.... masih adakah perkara-perkara yang kita lakukan yang kita gelar ibadah itu, kita lakukan selain dari kerana Allah? contoh; kita lakukan hanya untuk diri kita?...
jika masih ada, maka kita sudahpun melanggar ikrar kita seharian yang kita lafazkan sebanyak 5 kali sehari paling kurang di dalam doa iftitah (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala..)
apabila perlanggaran ikrar berlaku, maka apa yang datang akibat perbuatan kita itu adalah dikira musibah di atas kerja tangan-tangan kita sendiri... maka layaklah kita mendapat penyakit kecewa...
untuk terus kekal 'sihat' maka kita perlu setia atau taat kepada ikrar kita.
kecewa adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri tetapi lupakah kita bahawa dalam setiap perbuatan itu perlulah kita sertakan dengan tawakkal?
tahukah kita bahawa tawakkal itu adalah penyerahan bulat atau total di mana kita bersedia untuk menerima segala kemungkinan dalam hasil perbuatan kita tadi?
maka jika kita masih kecewa, sudah tentu kita tidak menyertakan tawakkal di dalam setiap pekerjaan kita malah lebih teruk lagi, tawakkal kita hanya 50:50 sahaja... seolah-olah kita tidak yakin dengan ketentuan Allah....dan jika kita tidka yakin dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidka yakin dengan Allah.
nah.... di mana kefahaman kita sekarang?
ubat keterlanjuran atas perbuatan kita yang bertentang dengan arahan Allah ialah taubat.
kita semua tahu ayat ini "Tiada Daya Upaya Aku Melainkan Allah Yang Maha Berkuasa"... apa yang kita fahami disebalik ayat ini?
berhati-hati kerana kesilapan dalam memahami prinsip 'iman, taqwa dan tawakkal' ini akan menyebabkan kita memfitnah Allah....(kita termasuk ke dalam golongan memfitnah Allah, ialah apabila kita hanya berserah sahaja atas dasar tiada daya upaya tanpa melakukan sebarang tindakan; walaupun kita tahu Allah telah menganugerahkan kita 7 keupayaan iaitu kudrat, iradat, ilmu, hayat, samaq, basar dan kalam)
ayat atau prinsip di atas ialah untuk mengesahkan bahawa kita hanya bergantung kepada Allah dalam setiap perjalanan kehidupan; kita perlulah bertawakkal setelah berusaha dengan sebaiknya; Allah Maha Berkuasa ke atas kita.
perlukah ada kecewa?
apabila kita melakukan sesuatu perkara atau tindakan tanpa 'kerana Allah' atau mendahulukan Allah maka tunggulah kehadiran penyakit kecewa.
cukuplah kita 'jahil' atau tidak mengerti akan diri serta kehidupan sebelum ini... pastikanlah hidup-hidup kita di hadapan di penuhi dengan penuh ilmu, kefahaman, keyakinan dan amalan yang berlipat kali ganda.
ilmu yang kita perolehi itu milik Allah... dan apa yang kita belajar secara formal itu adaah kurang 1% dari keseluruhan ilmu-ilmu Allah....selebihnya ada di sekeliling kita.... kerana kita perlu sedar bahawa kita belajar dari manusia, kita belajar dari alam, dan paling penting kita belajar dari perjalanan hidup kita.
sedikit pesanan... jika kita melakukan sesuatu untuk dipuji.... hentikanlah sikap itu kerana segala puji-pujian hanyalah milik Allah.... lebih-lebih lagi kerana manusia yang memuji itu akan mengecewakan anda pada satu hari nanti...
wasalam
Subscribe to:
Posts (Atom)