Tuesday, March 20, 2007

1957 - 2007 = 50 tahun kemerdekaan...




salam semua...

31 Ogos 2007 nanti, genaplah 50 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan...

saya lahir 12 tahun selepas merdeka... walaupun saya tidak dapat merasakan 'bahang' kemerdekaan itu namun saya dapat merasakan 'tekanan' tuntutan 'kesamarataan' oleh masyarakat pada tahun 1969... ini kerana pada tahun kelahiran saya tercetus satu peristiwa yang merobah hala tuju komposisi 'majmuk' rakyat negara kita iaitu peritiwa 13 Mei...

sebagai 'pengisi' kemerdekaan dan pewarna kemerdekaan yang dicapai oleh datuk nenek mak ayah kita semua, saya amat bersyukur kerana berjaya menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang 'berperanan' dari dulu sampai sekarang...

mmmm...nanti kita cerita pasal 'pengisian' kemerdekaan di posting yang lain yer...

hari ni nak cerita pasal foto syiling di atas.... maaf kerana foto itu 'sedikit blur'... motif saya berkongsi foto itu ialah.... saya menerima syiling berkenaan di tol kesas tempohari...

ceritanya ialah...syiling itu adalah syiling yang dikeluarkan pada tahun 1967... 2 tahun sebelum saya lahir....kira-kira 40 tahun sudah ia berkitar dari tangan ke tangan, mungkin dari perlis hingga sabah syiling itu telah meronda....

lama yer...
ya memang lama....

saya terpikir juga, siapa yang menjaga syiling?...bank negara?...pasti ada pegawai yang memantau 'circulation' syiling-syiling, yang mana perlu dilupuskan, yang mana perlu diteruskan....

penghujungnya.... setelah 50 tahun kita merdeka....masih banyak yang kita perlu pelajari lagi...

ilmu Allah itu jika mahu dinisbatkan dengan kebesarannya, ambillah seluruh lautan di dunia ini dan pena-pena untuk menulis segala ilmu itu adalah terdiri dari pohon-pohon kayu di seluruh dunia...masih belum mencukupi lagi untuk menzahirkan semuanya...

maha suci Allah.... Allah maha besar...

teruslah berjihad menuntut ilmu....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails