Monday, March 26, 2007
Wimax.....apalah cerita..?????
salam....
hujung minggu lepas, sabtu petang lebih tepat, saya membelek-belek akhbar.... dan tertarik kepada ruangan berita perniagaan akhbar 'the star'...
ceritanya perihal DiGi yang gagal mendapat lesen 'wimax'....
wimax ni aper dia yer?... wimax ni adalah gelombang jalur lebar yang akan memungkinkan para 'internet surfer' menikmati kemudahan internet tidak kira di mana sahaja.... bunyinya mudahkan...
ya memang mudah...as long as ada signal dan paling penting kita pengguna mendaftar atau subscribe pada syarikat-syarikat yang ada lesen wimax tu.... kira nanti macam 'pre-paid' lah....
cerita pasla digi ni dah berjalan lama....sejak digi gagal dapat lesen 3G, para pengguna dan pemegang sahamnya masih yakin dengan kemampuan digi untuk mendapat lesen wimax....
mereka yakin dengan keupayaan digi (yang di support oleh gergasi telekomunikasi dunia: Telenor) dalam mengendalikan perkhidmatan 3G atau wimax....
namun, digi gagal mendapat kedua-dua lesen itu tanpa sebarang alasan yang kukuh.... tapi banyak pihak meletakkan kegagalan itu kerana beberapa sebab; pertama, digi perlu merendahkan pemilikan sahamnya kepada 49% dan menjual kepada syarikat tempatan selebihnya....(dahulu saham tempatan digi dimiliki oleh Datuk Vincent Tan dari Berjaya).... sebab yang lain antaranya, mereka mahu digi bergabung dengan syarikat telekomunikasi tempatan yang dapat lesen 3G tapi tak berkeupayaan untuk melakukan perniagaan...
so, berbagai-bagai cerita dan sebagainya....
saya lebih melihat kepada faktor teknologi dan pemacuan ke arah negara maju menjelang 2020....
beberapa syarikat tempatan yang mendapat lesen ala 'wimax' telah gagal, hatta yang paling besar sekali...
apa kisahnya?.... saya lihat hanya satu... syarikat kita 'tidak mahu belajar' dari yang pandai....
digi telah terkehadapan dalam banyak perkara dalam bidang telekomunikasi ini.... dengan teknologi edge nya... pengguna digi terus boleh bertenet dengan baik selagi menerima 'signal' digi.... dan edge digi ini telah mendahului syarikat2 tempatan yang hanya sibuk dengan 'worker union', naik gaji, ambil alihan dsbnya....
siapa yang jadi mangsa?.... sudah tentu pengguna...
so, gagalnya digi dalam mendapat lesen wimax adalah satu lagi petanda bahawa kita tidak mahu belajar dari yang pandai....
sebab?.... sebabnya..biasalah kitakan orang malaysia....penuh dengan sifat PHD... dalam keadaan menjadi luncai, pak pandir & lebai malang....
begitulah....
berapa ramai Einstien yang kita dah lahirkan?....
atau berapa ramai anak-anak bohsia dan rempit yang dah kita jumpa dalam tong sampah?...
begitulah..... ntah aper-aper.....bila ada peluang belajar dengan yang pandai...tak mahu...yang disibuknya...siapa akan kaya....
so penutupnya ialah, Mr. Martin Lundal-ceo digi rasanya tak kisah kalau ada syarikat tempatan yang nak 'take over' 100% pun saham digi.... belilah...harga RM18.00 satu saham.... kalau mampu.... sebab mana ada yang free sekarang ni....
anyway...... all the best digi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment