Sunday, March 11, 2007

Tahniah Buat Bergu Badminton Malaysia....


salam semua...

saya nak ucap tahniah kepada pasukan bergu badminton negara yang baru memecahkan rekod 25 tahun 'gersang' gelaran Juara Bergu All England...

di set kedua...saya perhatikan 'suntikan semangat' dari jurulatih mereka, Rexy Maniaky.... dari gerakan mulut dan sedikit suara yg kedengaran....Rexy melaungkan, 'satu-satu'...dan 'berani!!'...

ketika itu kedudukan mata ialah 18 untuk pasukan Malaysia dan 17 untuk pasukan China...

dari segi motivasinya.... Rexy sebagai jurulatih sudah pasti mahukan anak didiknya berjaya dan sudah tentu Rexy telah turunkan segala ilmu di dadanya agar kejayaan milik anak didiknya....

dan apabila anak didiknya sudah ada digelanggang.... Rexy tidak dapat lakukan apa-apa lagi, segalanya terletak di bahu anak didiknya.....beliau hanya mampu memberi 'laungan' semangat dan sedikit tips....itupun sudah dikira terlambat...dan saya tengok Rexy tak banyak menggangu anak didiknya.... dia hanya memberi 'motivasi'...

......begitu juga dalam membimbing anak-anak, pasangan, murid-murid.....

......cikgu, guru, tok guru, pensyarah, jurulatih dsbnya hanya boleh melihat, berdoa dan memberi kata-kata motivasi, ketika muridnya menduduki 'peperiksaan'.... terpulanglah kepada anak muridnya memberikan yang terbaik....dan sudah tentu hasil peperiksaan itu adalah 'milik' anak murid itu sendiri.....

..apa yang guru miliki?...kalau guru itu ikhlas lillah hi taala..... sudah pasti darjat @ makam nya diangkat oleh allah kerana berjaya menyempurnakan tugas sebagai Hamba Allah dan Khalifah dengan sebaiknya....

begitulah sedikit sebanyak.....

apapun TAHNIAH buat Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong!.... kerana memecahkan rekod 25 tahun itu (walaupun ada pihak yang macam tak nak rekod tu pecah...)...

ingat....orang-orang hebat sentiasa memecahkan rekod setiap hari.... dan bukannya buat rekod dan tanam niat agar takda org lain boleh pecah rekod dia...(kan P.H.D tu....)......PHD ni kat negara lain rakyat dia susah nak dapat title tu....tapi kat Malaysia.....banyak orang ada title PHD......dari Jalan Chow Kit hinggalah ke Putrajaya....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails