Wednesday, March 21, 2007
Mencintai yang dicintai.....
salam ceria buat semua...
hari dah masuk 2 Rabiul Awal 1428 hijriah.... lagi 10 hari iaitu 12 Rabiul Awal, kita akan bersama-sama seluruh umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah dan Kekasih Allah...
sebagai ummat Baginda, sudah pasti kita semua akan terasa kerinduan yang amat apabila tibanya tarikh tersebut...
menyusuri kelahiran Baginda....antara peristiwa yang berlaku ialah padamnya obor kerajaan Rom yang telah lebih 500 tahun tidak pernah padam....
dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang menjadi bukti kebesaran Junjungan Kita itu...
sudah pasti, Rasulullah adalah seorang insan yang begitu dicintai oleh umatnya... Bagindalah yang akan memberi syafaat kepada seluruh umat manusia di padang Mahsyar kelak...dan sudah tentu syafaatnya itu akan diberikan kepada umat Baginda terlebih dahulu...
cuba kita sama-sama renungkan 'peranan' kita sebagai umat Baginda.... selain daripada menggantung 'frame' Allah & Muhammad di rumah...apakah peranan lain yang telah kita laksanakan?.....
adakah kita telah benar-benar kenal Baginda?.... atau kita 'lebih' menggenali penyanyi pujaan kita melebihi Baginda?....
sama-samalah kita lakukan muhasabah diri....fokuskan kepada peranan kita sebagai umat Baginda yang begitu 'diiri hati' oleh para Sahabat.... mengapa saya kata iri hati? kerana pernah dalam satu majlis Baginda disoal oleh para Sahabat, "Wahai Rasul Allah, siapakah di antara kami yang kuat imannya?..." Baginda menjawab "Mereka yang kuat imannya ialah umatku di akhir zaman...kerana mereka tidak pernah berjumpa denganku namun mereka beriman kepadaku".....
adakah kita beriman kepada Baginda?...iman dalam konteks mempercayai, membenarkan dan memperakui sebagaimana kita mengucap dua kalimah syahadah setiap detik dan ketika...
mereka-mereka yang sentiasa melakukan muhasabah diri lalu melaksanakan rancangan demi rancangan untuk merubah sikap kepada yang lebih baik sejajar dengan 'contoh' yang telah diberi oleh Rasulullah, sudah pasti akan menerima 'syafaat' kelak...
tiada janji yang lebih benar selain janji Allah s.w.t....
apa janji Allah itu?.... janji Allah ialah barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad KekasihKU, dengan sekali selawat dan salam...maka AKU dan keseluruhan malaikat akan berselawat ke atas orang itu dengan sepuluh selawat....
apa lagi yang tidak cukup dengan diri kita?...
segala-galanya telah dihamparkan oleh Allah buat hamba-hambaNYA....
namun, hamba-hambaNYA terus lalai dan leka....
hilang dalam kefanaan dunia.....
lupa untuk memberi cinta kepada yang dicintai....
cubalah untuk mencintai yang dicintai....
moga ketemu jalan kembali....
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment