Thursday, March 08, 2007

Rasuah Yang Melanda Negara....




salam....

mari kita berkongsi perihal rasuah.....

Rasuah
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.


faham?....

ya, suka saya menambah..rasuah adalah ibarat memakan daging mentah diri sendiri...

rasuah memusnahkan diri...
rasuah memusnahkan keluarga...
rasuah memusnahkan masyarakat...
rasuah memausnahkan negara....

tetapi rasuah telah menjadi perkara biasa di sini....seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku....

dan dalam kecoh-kecoh cerita rasuah dalam negara kita sekarang,....sudah tentu ramai yang kecut perut....tidak kurang juga yang menangguk di air keruh..... lebih-lebih lagi dalam masa rakyat negara sedang 'sibuk' dengan pelbagai bencana sana-sini...

wang-wang terus bolos ke saku mereka-mereka yang berkuasa tetapi hilang maruah diri...

jawapan mereka ringkas....kubur masing-masing.....

dan jawapan saya juga ringkas..........' tanggung sendirilah....hidup kat dunia pun bukan bertuhan....'

sedih...tapi itulah masyarakat kita sekarang....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails